networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Sunday, July 23, 2017

"DAP Gagal Selesaikan Masalah Sendiri..Ada Hati Nak Selamatkan Malaysia.."- Chong Sin Woon


Parti DAP semakin bercelaru dengan berbagai isu dan skandal yang dicipta sendiri oleh ahli dan parti tersebut...arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) agar DAP mengadakan semula pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) perlu diakui oleh parti itu...

Ketua Pemuda MCA pusat, Datuk Chong Sin Woon menempelak sikap pemimpin DAP yang kebudak-budakkan..DAP kerap mengadu tentang Pendaftaran Pertubuhan (RoS) seolah-olah mahu menganiaya parti itu..walhal ianya berpunca daripada sikap pemimpin mereka sendiri..

"Jika mereka tidak dapat menyelesaikan masalah mereka sendiri bagaimana mereka hendak 'menyelamatkan Malaysia'" jelas KP MCA, Datuk Chong..

Nampaknya DAP nak atau tidak terpaksa kena akur dengan gesaan RoS..dengar khabar Antony Loke berkata DAP akan patuh tuntutan RoS tetapi bersyarat...ingin meneruskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap RoS..

Inilah cari DAP..mereka akan transfer kelemahan mereka kepada pihak lain..mereka akan cuba mencari kelemahan teknikal undang-undang supaya dapat memenangi kes mahkamah..

Nampaknya ajaran Anwar telah berjaya meresap kepada DAP..melengah-lengahkan urusan mahkamah dengan menangguh serta mencari kelemahan teknikal..

Di pihak Mahathir pula..dia tidak membenarkan sama sekali mana-mana anggota parti DAP untuk bertanding guna logo PPBM..

Alasannya PPBM ialah hak mutlak orang Melayu dan orang DAP yang bukan Melayu disuruh bertanding bawah PAN atau PKR jika hendak..hairannya belum apa-apa kita dah tahu bagaimana hati Mahathir..

Dulu iktiraf DAP lebih Patriotik daripada MCA sekarang tak boleh bersama PPBM kerana bukan Melayu...

Apapun keputusan CEC yang akan berlaku..ia akan dijadikan modal politik murahan DAP bagi menutup segala kudis-kudis yang telah dilakukan selama ini...

Mungkin sebab itu 3 jawatan penting dalam PAKATAN tiada langsung DAP bukan Melayu..

DAP pun tak kisah kerana mereka akan tunggu masa yang tepat untuk skrew Melayu pakatan...ketika PRN Sarawak pun mereka bergaduh sesama sendiri..

Jika DAP berniat mahu menyelamatkan Malaysia..mereka perlu selamatkan parti sendiri..selamatkan Guan Eng dan semua anggota DAP yang sedang dalam kes mahkamah...

Ada berani ka DAP sambut debat bersama KETUA PEMUDA MCA??jangan tahu politik murahan sahaja!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA