networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, July 20, 2017

DAP Guna Strategi Sun Tzu..Membunuh Dengan Pisau Yang Dipinjam - Tan Sri Annuar Musa



Beberapa hari lalu, Pakatan pembangkang telah membuat satu kenyataan media mengumumkan bahawa gabungan parti-parti pembangkang akan bernaung di bawah satu nama iaitu Pakatan Harapan..Merujuk daripada barisan kepimpinan Harapan, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menghidu kelicikan pemimpin DAP dalam merencana agenda Pembangkang..

Agak pelik bila kita lihat pemimpin tua kutuk DAP, Kit Siang langsung tiada dalam senarai kabinet Pembangkang itu..Seperti biasa pemimpin yang terkenal dengan amalan nepotisme tetap menyenaraikan siisteri dalam kabinet pembangkang..Wan Azizah turut mendapat tempat biarpun tiada apa sumbangan yang mampu dilakukan dalam pembangkang..tidak lebih hanya bergelar Isteri Anwar..

Tan Sri Annuar berkara dalam satu kenyataan media berkata "MEMBUNUH DGN PISAU YG DI PINJAM...KEPUNG WEI UTK SELAMATKAN ZHAO...PERDAYA LANGIT UTK MELEWATI SAMUDERA.....antara strategi perang yg sangat licik dan benar benar di hayati DAP"

Yang kita nampak Kit Siang tiada jawatan penting dalam harapan..Anak Kit Siang hanya diberi jawatan Timbalan Presiden..mempunyai 3 kepala dalam satu bahtera pastinya kita dapat meramalkan apa akan terjadi dengan bahtera itu...tidak lama...bakal karam dengan impian dan harapan penuh kepalsuan..

Sebagaimana strategi perang Sun Tzu..begitulah kelicikan DAP..mereka tahu yang membuatkan pakatan menang adalah sokongan Melayu..bagi mereka Cina solid membuta tuli menyokong mereka..dalam parlimen dan ADUN sendiri DAP majoriti dalam pembangkang..apalah sangat dengan jawatan dalam kabinet angan-angan Harapan tu..

Menurut Tan Sri Annuar lagi, DAP bijak..mereka sengaja membiarkan tiga pemimpin atasan Harapan, Mahathir (Pengerusi), Anwar (Ketua UMUM), Wan Azizah (Presiden)..tengok usia Mahathir sudah tua.Anwar dalam penjara dan tidak mempengaruhi apa-apa dalam keputusan dan Wan Azizah kita tahu betapa lemahnya dia...sokongan dia hanya bermodalkan air mata sahaja..

Sebab itu Kit Siang tidak kisah, dia sengaja membiarkan Anaknya menjadi Timbalan Presiden kerana baginya jumlah sokongan lebih penting...

Kedudukan ini tidak memberi apa-apa makna pun..ini kerana gabungan pakatan Harapan belum lagi didaftarkan..dari cakap-cakap orang, dengarnya mereka tidak  boleh mendaftarkan atas nama HARAPAN kerana sudah ada beberapa parti telah didaftarkan di bawah nama HARAPAN..ini bermakna nama pakatan ini hanya impian yang belum dilaksanakan..nanti mulalah nak salahkan Barisan Nasional..

Strategi DAP berpolitik memang bijak..mengyerang musuh dengan pisau yang dipinjam...dengan tujuan utama dapat tumbangkan BN..gabungan parti lain dalam Harapan hanyalah perkakas untuk mencapai impian DAP..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA