networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, July 28, 2017

Kerajaan Lulus Operasi E-Hailing & Jamin Hak Sama-Rata Pemandu Teksi - E-Hailing.. @RafiziRamli Sila Beri Sepatah Dua Kata!!!Kahkahkah!


Awal bulan lalu..Rafizi dengan lantang berkata akan menuntut kerajaan menangguhkan pembentangan RUU Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaaan) dihadapan persatuan pemandu teksi Jiwa Kacau..

Rafizi kononnya berjaya menghidu peluang baru dengan isu pemandu teksi dengan alasan kerajaan tidak mampu menyelesaikan isu pemandu teksi dan lebih mengutamakan perkhidmatan e-hailing tetapi jangkaan Rafizi meleset sama sekali..Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hajah Nancy Syukri telah selesai menggulung perbahasan berkenaan E-Hailing ini..


Bagi pemandu teksi pula sudah tentu sesuatu yang indah diharapkan daripada Rafizi tetapi impian mereka musnah kerana ditipu Rafizi hidup-hidup..dakwa Rafizi nasib pemandu teksi selama ini tidak terbela..hanya pemandu teksi yang malas dan tidak ada jiwa untuk bersaing sahaja akan menunggu peluang terhidang depan mata..

Di era moden ini, perkhidmatan pemandu teksi dan aplikasi e-hailing tidak boleh dipisahkan..ini peluang baru yang harus diceburi untuk kekal relevan..Grab Car dan UBER yang baru wujud pun mampu menawarkan perkhidmatan yang baik dengan harga yang lebih berpatutan..

Malangnya, perancangan Rafizi untuk meracuni pemikiran pemandu teksi jiwa kacau gagal kerana selang beberapa hari daripada tarikh Rafizi mengadakan konvensyen pemandu teksi, UBER mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani MoU bersama pemandu teksi untuk bekerjasama dalam perkhidmatan e hailing..

Hasutan Rafizi nampaknya tidak berjaya..pemandu teksi dikatakn menderita dengan kerajaan sebenarnya rekayasa oleh pihak tidak bertanggungjawab..sebenarnya kerajaan telah melancarkan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) untuk meningkatkan kualiti industri ini..

Salah satunya ialah pemberian permit teksi individu dan geran sebanyak RM 5,000 bagi yang layak..setakat ini seramai 600 orang pemandu teksi berjaya menerima permit teksi individu..

TITP ini akan menyelesaikan masalah pemandu-pemandu teksi yang tertekan dengan sistem pajak..seterusnyan memberi peluang yang lebih luas kepada pemandu teksi untuk bersaing dengan perkhidmatan e hailing...

Dalam ucapan pengulungan YB Nancy semalam, beliau telah menyatakan dengan jelas bahawa kerajaan akan memberi hak sama-rata kepada pemandu teksi dan pemandu e-hailing..

Pemandu E-hailing perlu mengikuti SOP yang sama dengan pemandu-pemandu teksi iaitu pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan kenderaan berkala, keperluan dilindungi insurans dan kad pemandu, akan turut perlu dipatuhi oleh pemandu-pemandu perkhidmatan e-hailing.

Di bawah ini kami kongsikan apa yang kerajaan telah dan bakal laksanakan untuk industri teksi dan e-hailing..Rafizi dan mahacai diwajibkan baca!

Pemeriksaan Kesihatan :
Pemeriksaan kesihatan diwajibkan kepada semua pemandu teksi dan e-hailing supaya pemandu-pemandu ini diakui sihat untuk membawa nyawa penumpang..

Pemeriksaan Kenderaan :
Sebelum ini, pemandu teksi perlu melakukan pemeriksaan kenderaan berkala setiap 6 bulan..selepas ini pemandu teksi hanya disyaratkan untuk meakukan pemeriksaan kenderaan setahun sekali sahaja..bagi kenderaan yang berusia bawah 3 tahun daripada tarikh ia didaftarkan dikecualikan pemeriksaan berkala..

Insurans :
Setiap pemandu teksi dan perhkidmatan E-Hailing perlu dilindungi insurans yang melindungi pemandu, penumpang, kenderaan dan pihak ketiga.

Kad Pemandu :
Semua pemandu teksi dan pemandu kenderaan e-hailing perlu mempunyai kad pemandu yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Sebelum kad ini dikeluarkan, setiap pemandu perlu mengikuti ujian saringan tapisan keselamatan dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta semakan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)..Kad Pemandu ini akan menyimpan data dan dijadikan 'bank data' bagi memudahkan SPAD memantau rekod pemandu.

Permit Teksi:
Rafizi menggunakan modal permit teksi bagi menambat hari pemandu teksi menyokong pembangkang..buat pengetahuan Rafizi, SPAD sejak ditubuhkan 2010 hingga 2016 tidak lagi mengeluarkan permit teksi yang baru kepada individu mahupun syarikat.

Sistem Pajak :
Sistem pajak sebenarnya telah mendapat perhatian kerajaan dan SPAD..Rafizi tidak perlu sibuk hendak jadi hero membohong pemandu teksi..Kerajaan sentiasa membantu pemandu teksi untuk keluar dari sistem pajak sedia ada..

Permit Individu :
SPAD melalui pelaksanaan TITP telah mula mengeluarkan permit teksi individu baru kepada pemandu teksi yang telah tamat tempoh perjanjian pajakan dengan syarikat..usaha ini sedang dilakukan secara berperingkat. Setakat ini seramai 600 orang pemandu teksi telah berjaya mendapatkan permit individu.

Geran RM 5,000:
Pemandu yang layak akan menerima geran sebanyak RM 5,000 bagi memberi peluang kepada pemandu teksi yang menerima permit individu untuk membayar pendahuluan kenderaan baru.

Kita tunggu apa pula akan dilakukan Rafizi selepas ini..apa yang kami ingin katakan ialah.."Jangan Sibuk Hal Pemandu Teksi!"

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA