networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Monday, July 24, 2017

Pemimpin DAP Bacul!!Kalau Takut Jangan Ajak Berdebat!!!

Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Teo Kok Seong seharusnya berasa malu kepada diri sendiri kerana tidak sanggup untuk berdebat selepas Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon bersetuju dengan perlawaannya..

Sehingga kini..Chong masih menanti surat maklum balas daripada Teo yang menyatakan debat tersebut akan dibuat..

Jika Teo sudah memperlawa..maka Chong pula menetapkan tajuk iaitu isu Pendidikan dan Prestasi ADUN DAP..

Chong mewakil MCA turut memperlawa sekali 2 orang ADUN DAP iaitu Siow Kim Leong (ADUN LOBAK) dan Ng Chin Tsai (ADUN Termiang)..sehingga kini surat Chong tidak berbalas dan memberikan tempoh seminggu untuk ADUN DAP memberi maklum balas..

Takut Berdebat..

Kebaculan pemimpin DAP ini terserlah apabila mereka yang memulakan perlawaan tetapi mereka sendiri yang membatalkannya..Teo telah menyatakan bahawa dia memutuskan untuk menolak cabaran itu ketika majlis makan malam DAP Seremban..

Chong yang mewakili MCA menyifatkan pemimpin DAP itu hanya mahu meraih politik murahan dan menyifatkan pemimpin DAP tak berani dan hendak melarikan diri..

Takut Pecah Tembelang..

Dalam surat maklum balas Chong, beliau telah memberikan syarat bahawa pendebatan perlulah 3 lawan tiga dan topik yang dipilih perlulah berkenaan pendidikan serta prestasi semasa ADUN DAP itu..

Chong tahu penolakan perlawaan debat yang dimulakan mereka bertujuan untuk menutup aib mereka sendiri yang tidak membuat kerja sepanjang tempoh penggal..

Sokong DAP selama ini pun bukannya berpunca daripada jasa yang ditinggalkan tetapi hanya sekadar sentimen rasis yang dimainkan...

Jika DAP pengecut lebih baik simpan telur saja..PRU 14 semakin hampir..jika gagal tunjukkan kualiti jangan lawan!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA