networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, July 7, 2017

@RafiziRamli Terdesak!!Terpaksa Guna Modal Pemandu Teksi Anti Grab Uber..Apa Kata @N_Izzah??

NURUL IZZAH GEMBIRA GUNA GRABCAR TAPI RAFIZI DAN WAN AZIZAH ANTI GRABCAR & UBER..MEREKA SENDIRI CELARU ADA HATI NAK HASUT RAKYAT & PEMANDU TEKSI!!!

Nampaknya Rafizi semakin hilang arah dalam menentukan strategi untuk menjana sokongan kepada pakatan harapan...semua strateginya menemui jalan buntu..

Jangkaan harga minyak naik mendadak bulan laku amat meleset..apa yang berlaku lima minggu harga minyak di negara kita mencatatkan penurunan sehingga ke RM1.88 seliter..sehinggakan pengusaha minyak mengeluh dengan keadaan ini...

Tuduhan songsangnya terhadap Tabung Haji turut meleset apabila semua tuduhan dijawab dengan baik oleh pihak TH..yang kami sedihnya ialah kesan daripada tuduhan tersebut ramai umat Islam yang hendak mengerjakan ibadah haji rukun Islam kelima terpaksa berputih mata gara-gara percaya dengan tuduhan Rafizi..ramai yang mengeluarkan semua duit dari Tabung Haji dan akibatnya giliran haji mereka terpaksa dibatalkan..angkara Rafizi banyak insan yang tidak berdosa menjadi mangsa..yang hairannya kami dia menuduh macam-macam kat Tabung Haji tetapi akaunnya masih ada..rakyat pula yang menderita kerana percaya dengan hujah bohongnya..

Isu 1MDB DoJ panas kembali tetapi Rafizi tidak ambil kisah sangat..dia menumpukan target sasaran kepada pemandu teksi..kami amat risau nasib bakal haji akan melarat kepada pemandu teksi...

Sebenarnya data aduan terhadap pemandu teksi yang dikemaskini oleh unit aduan SPAD mencatatkan jumlah penurunan ketara..ini disebabkan ramai orang sudah berpindah kepada aplikasi e filling iaitu perkhidmatan UBER dan GRAB...

Bilangan penggunaan UBER dan GRAB meningkat..mereka juga ada masalah apabila kes ragut,rompak dan rogol berlaku pada perkhidmatan ini tetapi mereka masih berdiri stabil kerana mentaliti mereka (pemandu uber dan grab) lebih matang..bagi mereka lebih elok bersaing secara sihat daripada mengkritik sahaja...

Ramai pemandu teksi sudah beralih kepada perkhidmatan ini...buat pengetahuan anda, 5 aduan utama yang dicatatkan oleh pengguna terhadap teksi ialah :
1) Tidak menggunakan meter
2) Memandu secara merbahaya
3) Mengenakan tambang lebih
4) Enggan mengambil penumpang
5) Mengeluarkan kata-kata kesat

Semua ini berpunca daripada sikap pemandu teksi sendiri..bab mogok oleh pemandu teksi ini bukan perkara baru..bilangan mereka tak ramai pun.adalah 2-3 ratus orang..tapi pemimpin pembangkang pandai ambil kesempatan..

Baru-baru ini Rafizi berhimpun dengan 200 orang pemandu teksi dibawah persatuan PENJIWA..Pemandu Teksi Jiwa Kacau agaknya..

Apa yang diutarakan dalam konvensyen tersebut ialah :

1)Rafizi mahu menangguhkan pembentangan RUU E Hailing..inilah politik ala Rafizi..dia hanya tahu menghasut..kalau gentleman mengapa tidak dia perjuangkan e hailing diharamkan...

2) Pemandu teksi tidak mempunyai kenderaan sendiri dan terpaksa menyewa..buat pengetahuan Rafizi yang tak cerdik..anda tidak boleh bandingkan situasi ini dengan Grab dan UBER kerana mereka menggunakan kenderaan sendiri..jika anda hendak menyelesaikan masalah ini anda boleh tubuhkan satu syarikat sendiri memberi khidmat kenderaan percuma kepada pemandu teksi..

3) Pemandu UBER dan GRAB membayar komisen 23-30% dari yuran yang mereka terima untuk perkhidmatan e-hailing..ini tidak ada pada pemandu teksi..

Buat pengetahuan Rafizi yang lemau..anda sebenarnya terlewat untuk mengambil hati pemandu teksi..yang anda dapat itu hanyalah pemandu teksi jiwa kacau..

Kerajaan sekarang ini sedang menyelesaikan masalah pemandu teksi yang utama iaitu masalah permit pajak..jika dahulu permit diberikan kepada syarikat-syarikat teksi tetapi kini kerajaan sedang meenyelerasa industri ini dalam Program Transformasi Industri Teksi (TITP)..Setakat uni sudah 600 lesen individu telah diserahkan kepada pemandu yang layak dan tamat tempoh pajak..

600 pemandu teksi yang telah menerima lesen individu juga telah menerima geran RM5,000 untuk membantu mereka membeli kenderaan baru di bawah nama sendiri..Geran ini merupakan inisiatif kerajaan Barisan Nasional berjumlah RM 150 juta yang telah diumumkan DS Najib pada bajet 2017...

Semua kerajaan dah beri bantuan..cuma kena bersabar sementara hendak menunggu tempoh perjanjian sewa pajak..

Kami kasihan dengan nasib Pemandu Teksi Jiwa Kacau..kerana anda telah diperkotak-katikkan Rafizi..jangan percaya Rafizi..banyak dah orang kena tipu..banyak juga dia kena saman..buat Pemandu Teksi Jiwa Kacau..insaflah...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA