networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Monday, July 3, 2017

TERGAMAK PEMIMPIN BUNGA TAK MENGAKU BERTUANKAN KIT SIANG DAP!!!

Nampaknya parti bunga sudah memulakan wayang sinetron supaya rakyat boleh percaya yang mereka tidak berkiblatkan perjuangan DAP dan malu untuk mengaku yang Kit Siang ketua mereka...

Poster gambar Kit Siang diletakkan ditengah-tengah pemimpin Bunga di kawasan Nusajaya..wayang ini sengaja dilakukan bagi menambat hati orang Melayu kononnya Bunga tidak bersama Kit Siang..

Cilakak!!pandai betul main wayang..di kawasan majoriti Melayu malu mengaku bertuankan Kit Siang..ingat orang Melayu bodoh ka!!

Kit Siang tiada tempat dihati orang Melayu..yang menyokong mereka hanya caunvanis pro DAP sahaja...taktik ini dilakukan bagi merampas DUN Nusajaya daripada BN..bagi mereka jika dapat Nusajaya makanya misi untuk merampas Johor menjadi lebih mudah..

Pemimpin Bunga ni bodo agaknya..Kit Siang ahli parlimen Gelang Patah..Dun Nusajaya di bawah Gelang Patah..jadi mengaku sahaja budak suruhan Kit Siang bagi memudahkan DAP kerja menawan Gelang Patah!!!misi menawan Nusajaya amat penting kerana ia terletak pusat pentadbiran kerajaan Johor...jangan sampai Nusajaya dimenangi Bunga mahupun PAN..jika anda tidak mahu melihat Gelang Patah dikuasai penuh oleh DAP...

Hentikanlah wayang bodo ni..Mahathir sendiri backup DAP Kit Siang..siapa kau nak malu mengaku bertuankan Kit Siang..Mahathir sendiri tak malu menjadi budak suruhan kit Siang untuk memuji DAP...lucu wey drama ni!!!

Belum apa2 dah pandai menipu...


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa pihak tertentu melakukan provokasi dengan meletakkan sepanduk di sekitar Gelang Patah, Johor dengan menggambarkan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang sebagai ketua mereka.
Sepanduk ucapan Hari Raya Aidilfitri itu memaparkan gambar Lim bersama-sama Timbalan Pengerusi BERSATU Johor, Ir Nasir Hashim dan timbalan ketua bahagian BERSATU Gelang Patah, Samat Atan.
Bagaimanapun imej anggota parlimen Gelang Patah itu diletakkan di tengah-tengah dan lebih besar daripada pemimpin BERSATU berkenaan.


Nasir dalam satu kenyataan berkata sepanduk itu sengaja dipasang untuk menggambarkan kepada orang Melayu di Gelang Patah bahawa parti itu hanya menjadi "budak suruhan" DAP.
"Banner ini bermotifkan untuk melaga-lagakan saya dengan Samat seolah olah saya akan terkesan dengan gambar saya yang kecil dan Samat lebih besar daripada saya.
"Banner ini juga berniat untuk menunjukkan seolah-olah saya dan Samat sebagai budak suruhan Lim Kit Siang dengan peletakan gambar Lim lebih besar dan dihimpit oleh saya dan Samat," katanya.
Nasir berkata, tiada sebab sepanduk itu hanya memaparkan pemimpin BERSATU dan DAP kerana HARAPAN terdiri daripada empat parti termasuk Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PKR.
Beliau berkata sepanduk itu ditempatkan di kawasan majoriti Melayu dalam usaha menakutkan mereka dan memainkan sentimen perkauman.
Sementara itu, Samat semalam membuat laporan polis berhubung sepanduk berkenaan.
"Saya menganggap bahawa perbuatan dan penggantungan banner tersebut berniat jahat dan untuk menggambarkan kepada orang-orang Melayu dalam kawasan DUN Nusajaya bahawa saya bersekongkol dengan Lim Kit Siang.
"Untuk makluman, saya telah mendapat pengesahan daripada DAP Gelang Patah bahawa mereka telah mengesahkan tidak terlibat dalam penggantungan banner tersebut," jelasnya dalam laporan polis.
Nusajaya dan Skudai berada di kawasan Parlimen Gelang Patah.
Ketika dihubungi, wakil dari pejabat Lim di Gelang Patah, Ng Siam Luang menafikan parti itu mempunyai kaitan dengan sepanduk berkenaan.
Ng turut menunjukkan sepanduk ucapan selamat hari raya dari DAP, yang hanya memaparkan gambar Lim.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA