networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Sunday, August 6, 2017

Ahli UMNO Perlu Dengar Pesanan Ketua Penerangan UMNO Supaya Tidak Terpedaya!!!


Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan ahli UMNO supaya berhati-hati agar tidak terjerat dengan bermacam-macam helah pembangkang..sekarang ini sudah ditahap kritikal..apa sahaja perkara yang boleh pembangkang buat ahli UMNO berpecah belah semuanya akan dilakukan..

Menurut Tan Sri Annuar Musa, "Fitnah Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M), yang terbaru terhadap Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kononnya TPM memohon sokongan  untuk menjatuhkan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak, adalah satu lagi percubaan Tun M untuk menenamkan syak wasangka di kalangan sanubari setiap ahli UMNO".

Tun M kita tahu sejak muda dia memang mahu jadi leader..agak mustahil untuknya dia mengikut kehendak orang lain..pergeseran Tun dan TPM sudah berlanjutan beberapa minggu ini..Tun menafikan bahawa dia bukan dari keturunan India Karala sebagaimana yang dimaksudkan TPM..yang hairannya dalam buku The Doctor..Mahathir sendiri mengakui yang dia darah daripada keturunan India tetapi sekarang dia menafikan..

Sikap U-Turn dan putar belit Mahathir memang tidak boleh dipisahkan..usia senjanya dilalui sungguh keji..setiap hari Mahathir menjilat ludahnya sendiri...

Dalam kenyataan media tersebut, Annuar Musa memuji sikap mulia dan kesetiaan ahli UMNO yang istiqomah dan solidariti serta tidak mudah terpesong degan tipu muslihat Mahathir..

Mahathir memang bijak menipu dan memutar belit cerita..sekarang ini dia memuji DAP dan tidak memusuhi mereka biarpun sejarah membuktikan 22 tahun dia mendidik rakyat memerangi ideologi DAP..

Zahid Hamidi hari ini mendedahkan bahawa bukan dia yang merayu kepada Mahathir untuk menggulingkan Najib tetapi Mahathir yang cuba memikat Zahid untuk menggulingkan Najib pada tahun 2015..lihatlah betapi zalimnya manusia bernama Mahathir...

Tidak cukup Pak Lah dia gulingkan ini mahu gulingkan Najib pula..hari ini dia nafikan tujuannya bukan mahu menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri..

Mungkin esok dia akan putar belit mahukan Mukhriz sebagai PM..banyak sudah sikap UTurn Mahathir telah didedahkan..nasihat kami kepada semua ahli UMNO ikutilah pesan Ketua Penerangan UMNO ini yang mahukan ahli UMNO terus setia dan berhati-hati dengan muslihat musuh Pakatan Haralan..

Berikut kami kongsikan kenyataan penuh Tan Sri Annuar Musa :

💢 KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA


SETIAP ahli UMNO diingatkan supaya tidak terperangkap sama sekali dengan strategi musuh, khususnya Pakatan Harapan (PH), yang tidak sudah-sudah untuk mewujudkan keretakan dalam UMNO - satu usaha PH yang masih gagal hingga sekarang.

Fitnah Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M), yang terbaru terhadap Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kononnya TPM memohon sokongannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak, adalah satu lagi percubaan Tun M utk menanamkan syak wasangka di kalangan sanubari setiap ahli UMNO.

Ia sepertimana Tun M tanpa segan silu mendakwa RM42b wang 1MDB hilang atau lesap, yang bertujuan semata-mata mengapikan dan membangkitkan kemarahan ahli UMNO.

Alhamdulillah, ahli UMNO tetap terus kental dengan istiqamah dan solidariti serta tidak mudah terpesong dgn tipu muslihat Tun M.

Apatah lagi kini Tun M sendiri mengakui beliau sebenarnya  tidak memusuhi  DAP yang dulunya beliau serang habis-habisan sebagai rasis dan anti-Melayu.

Tun M tidak pun berkata benar apabila beliau menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak jadi pemimpin UMNO kerana kesalahan moral yang mengaibkan.

Begitu juga tuduhan-tuduhan Tun M terhadap campur tangan asing, dan semua itu kini ternyata tidak benar.

Sekiranya begitu mudah Tun M membohongi rakyat, dulu atau sekarang, tiada ada apa yang menghalangnya untuk terus menghalalkan pembohongan sebagai strategi politiknya.

- Tan Sri Annuar Musa (TSAM)

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA