networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Monday, August 21, 2017

Bahana Mencuri Jam Tangan, Pemandu Sukan SEA Ditahan Kantol Tiada Lesen!@SPADChannel Panggil Syarikat Pengendali!!



Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, seorang pemuda berusia 27 tahun ditahan polis kerana mencuri seutas jam tangan milik pegawai sukan bola sepak wanita Malaysia yang tertinggal di dalam bas yang dipandu suspek..

Susulan penangkapan suspek, pihak polis mendapati pemandu berkenaan tiada lesen memandu..perbuatan pemuda berkenaan telah mencemarkan nama negara ketika sukan SEA sedang rancak berlangsung...

Mujul kes berlaku melibatkan pegawai dari Malaysia..bayangkan jika terjadi kepada negara luar..ia amat memalukan kita sebagai sebuah negara penganjur yang mempunyai rakyat berperangai teruk..

Selepas siasatan mendapati pemandu bas tersebut tidak mempunyai lesen, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bertindak pantas akan memanggil syarikat pengendali Kiffah Travel & Tours Sdn Bhd bagi membantu siasatan..

Dalam satu kenyataan media, SPAD memberi peringatan keras kepada para pengendali dan pemandu terbabit dalam dengan Sukan SEA KL 2017 agar mematuhi syarat ketat kelerluan perlesenan dan Kod Amalan Keselamatan Industri (SPAD-ICOP).

SPAD dengan kerjasama JPJ dan PDRM akan meneruskan pemantauan rapi terhadapi pemandu dan kenderaan yang digunakan sepanjang acara Sukan SEA berlangsung..

SPAD telah mengerahkan lebih 100 anggotanya ke lokasi acara sukan utama bagi meningkatkan aktiviti penguatkuasaan supaya semua kenderaan dan pemandu mematuhi ICOP..

Cukup-cukuplah mencemarkan nama Malaysia..acara pembukaan malam kelmarin memang dipuji semua rakyat Malaysia dan rantau ini yang mana persembahan majlis pembukaan memang berkelas dunia..

Malangnya terdapat sedikit kesilapan bendera Indonesia yang terbalik telah merencatkan kemegahan upacara pembukaan..sikap merendah YB Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan yang meminta maaf seharusnya dipuji..

Janganlah mengambil kesempatan sehingga mencemarkan nama negara..kita tunjukkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai mentaliti kelas pertama..barulah selari dengan perkembangan fasiliti bertaraf antarabangsa..

Tindakan pantas SPAD dalam menangani kes ini sangat tepat memandangkan kita kini menjadi perhatian negara ASEAN..tunjukkan moral yang tinggi demi negara tercinta!!!

Berikut kami kongsikan kenyayaan SPAD berhubung perkara ini:

KENYATAAN MEDIA 
SPAD AKAN MENYIASAT INSIDEN MELIBATKAN
PEMANDU BAS SUKAN SEA TIDAK MEMPUNYAI LESEN

Kuala Lumpur, 19 Ogos 2017: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memanggil Kiffah Travel & Tours Sdn. Bhd. bagi membantu siasatan berikutan kes mengenai pemandu syarikat tersebut yang dipercayai tidak mempunyai lesen pemandu. 

Justeru itu, SPAD ingin memberikan peringatan kepada para pengendali dan pemandu yang terlibat dengan Sukan SEA KL 2017 supaya sentiasa mematuhi secara ketat keperluan￾keperluan pelesenan dan Kod Amalan Keselamatan Industri (SPAD-ICOP). 

SPAD dengan kerjasama JPJ dan PDRM akan meneruskan pemantauan rapi terhadap pengendali yang dilantik bagi memastikan senarai lengkap pemandu dan kenderaan akan disemak dan diperiksa selanjutnya. Di samping itu lebih daripada 100 anggota penguatkuasa SPAD akan dikerahkan ke semua lokasi acara sukan utama bagi meningkatkan aktiviti penguatkuasaan serta untuk memastikan pematuhan syarat-syarat wajib keselamatan ICOP dan pelesenan.

-Tamat–

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: 
Bahagian Komunikasi 
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 
Tel : +603 2726 7000/Faks: +607 2726 7300 
Emel : communications@spad.gov.my


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA