networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Tuesday, August 15, 2017

DAP Parti Yang Sangat Teruk Hanya Tahu Cakap!! Buatnya Tidak!!! @WeeKaSiongMP


Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendedahkan DAP sebuah parti yang teruk dan tidak tahu bekerja..

Sikap DAP hanyalah tahu meminta dan mengkritik tetapi tiada pula usaha yang dilaksanakan..Di Johor parti DAP hanya tahu membuat kempen daftar pengundi, beri kurma bulan puasa dan berceramah menipu rakyat supaya membenci Barisan Nasional..

Umpamanya, Ahli Parlimen Gelang Patah, Kit Siang dikhabarkan akan berpindah ke Pulau Pinang..dari cakap-cakap orang Gelang Patah..dia hanya tahu berkempen dan kemudian hilang..tidak ada satu pun sumbangan setelah menang..malah rakyat pula menderita dan menggantung banner mengakui wakil rakyat mereka hilang..

ADUN Penggaram bawah Parlimen Batu Pahat..tidak banyak dan mungkin tidak ada satu pun sumbangan yang telah dilaksanakannya..paling tidak pun pergi mengacau tugas Majlis Perbandaran sedang melakukan kerja-kerja membersih longkang..kemudian ambil gambar dan post kt facebook seolah-olah telah banyak bakti..

Dr Wee mengutuk Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching yang bersikap tidak matang berulang kali mengadu mengenai kekurangan sekolah Cina di Serdang ketika menjadi Ahli Parlimen Serdang..

Setelah dia berpindah ke Parlimen Kulai..Dr Wee mengusahakan sekolah Cina di Parlimen Serdang sehingga dapat ketika menjadi Timbalan Menteri Pelajaran..

DAP mengutuk MCA kononnya tidak memperjuangkan masalah orang Cina tetapi sehingga hari ini kita lihat ahli-ahli DAP yang menjadi peminpin tidak ada satu pun idea mereka yang relevan dan telah direalisasikan..

Dr Wee turut menafikan bahawa pembangkang akan merampas parlimen Tg Piai, dan Ayer Hitam dalam PRU yang akan datang..ia mustahil kerana ahli Parlimen di kedua-dua kawasan tersebut telah melaksanakan amanah dengan baik termasuklah Dr Wee sendiri yang menjadi MP Ayer Hitam..

Dalam keadaan DAP berkecamuk dengan pelbagai isu moral pemimpin Dr Wee selaku Pengerusi jawatankuasa perhubungan MCA Johor menyeru agar pemuda MCA agar memperbetulkan kembali persepsi masyarakat Cina..

Agenda perjuangan DAP hanyalah mahu kuasa dan apabila menang jangan mimpilah segala janji akan dimakbulkan..silap hari bulan batang hidung peminpin pun susah nak jumpa..

Justeru ahli MCA perlu memperbetulkan pandangan rakyat kerana DAP PRO dalam membuat kenyataan spin dan memburuk-burukkan parti BN..

Jadikan semangat Sarawak sebagai iltizam untuk mengalahkan DAP di PRU 14 ini..bagaimana orang Cina boleh memilih DAP walhal ketika itu mereka berpihak kepada MCA..tidak mustahil mereka akan kembali semula kepada Barisan Nasional..

Rakyat perlu bertindak matang menilai kerja-kerja yang telah dilakukan sepanjang tempoh 2013 hingga kini..kalau rakyat mampu menilai insya'allah BN menang..jika sebaliknya maka kempen memperdaya dan menipu rakyat oleh pembangkang berjaya mempengaruhi mereka untuk mengundi...jangan biarkan diri anda terus diperbodohkan pakatan pro DAP!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA