networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Saturday, August 12, 2017

#ECRL - Abaikan Kata Pengkritik!!Bakal Memberi Limpahan Ekonomi Buat Rakyat Pantai Timur...


Kerajaan Barisan Nasional sekali lagi memperkenalkan sebuah projek Mega iaitu East Coast Rail Link (ECRL) atau Train yang menghubungkan pantai timur dan  ibu kota..

Ia seperti limpahan rahmat berterusan dari kerajaan kepada rakyat dalam industri pengangkutan awam darat..kemajuan yang diimpikan pada masa akan datang diperolehi daripada idea luar kotak dan realistik serta dikotakan segala janji..

Sebelum ini laluan kereta api patai timur telah menjadi modal pakatan pembangkang dari PAN iaitu Husam Musa yang mengatakan mahu membina train KL - Kelantan..


Tahun berganti tahun tidak pula kedengaran ia akan dilaksanakan..kita harus bersyukur kerana dikurniakan pemimpin seperti Dato' Seri Najib Tun Abd Razak..

Apa yang dikatakannya pasti dikotakan!!ketika pelancarannya tempoh hari seperti biasa pembangkang yang ketandusan isu menggunakan modal kerajaan telah menggadaikan negara kepada negara luar iaitu China..

Dengan hanya memaparkan gambar kren dari negara China dan billboard tulisan China yang mana digunakan untuk pertemuan sesama kontrak dari China telah disalahgunakan kononnya ketika majlis pelancaran oleh YAB Perdana Menteri Malaysia..

Idea kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) amat berbaloi..banyak usaha dan tugas yang diamanahkan telah berjaya dilaksanakan dengan lancarnya..untuk projek ECRL ini sekali lagi SPAD telah dipertanggungjawabkan untuk menyelia projek ini kelak..

Pastinya mulut pengkritik tidak dapat ditutup..yang penting jika siap sahaja nanti ia pasti dapat mengimbangkan limpahan ekonomi ke pantai timur pula..lihat sahaja MRT..pengkritik mengatakam ia projek membazir..tetapi bila dapati ia memberi manfaat kepada rakyat..orang yang mulanya mengatakan ia projek membazir telah menukar kepada projek tersebut digunakan dari duit cukai rakyat...

Projek ini telah dirancang yang mana telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-11 untuk kepentingan pembangunan dan perkembangan ekonpmi bandar-bandar utama di Pahang, Terengganu dan Kelantan..

SPAD dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah diamanahkan untuk membuat kajian bersama bagi mengukur faedah pasaran dan mendapatkan pandangan untuk projek ECRL ini..

ECRL ini dijangka siap pada Jun 2024 pastinya menjadi kelegaan buat rakyat pantai timur yang bekerja diibu kota..bayangkan jika perjalanan biasa memakan masa 6 hingga 8 jam..tetapi dengan ECRL masa dapat dijimatkan sehingga 4 jam..

Projek ini bernilai RM 55 bilion yang bakal menyaksikan laluan sepanjang 688 KM boleh dikira satu projek bertaraf dunia untuk rakyat yang mana dijangkakan bakal memberi manfaat kepada 4.4 juta penduduk di negeri Pantai Timur...

Sepanjang projek ECRL ini terdapat sebanyak 19 buah terowong yang akan memakan jarak sejauh 49 KM..terowong yang akan menghubungkan laluan Bentong di Pahang dan Gombak di Selangor adalah yang terpanjang di Malaysia iaitu sejauh 17.8KM...

ECRL ini merupakan satu lagi projek yang diusahasamakan oleh SPAD untuk memastikan transformasi pengangkutan awam darat berjaya dilaksanakan mengikut perancangan...

Syabas kerajaan!!!

Kami ingin kongsikan jawapan balas buat rakyat yang jumud menuduh kerajaan tidak patriotik dan menggadaikan negara kepada China :




ECRL : Penonjolan yang remeh dan abaikan faktor pembangunan yang penting?

-Ayman Rashdan Wong

Saya ingat perasmian ECRL akan buat orang bangkitkan semula isu geopolitik atau keselamatan.

Rupanya tak. Yang lebih dikecohkan ialah beberapa "banner" dalam Bahasa Cina yang dikatakan sebagai "bukti" penjajahan China.

Aduhai tersembur sago santan saya. Itu pun jadi isu? 

Yang duduk kecoh tu boleh baca Bahasa Cina? Tahu tak apa yang ditulis atas banner?

Gambar yang ditular tu pun terbalik. Mungkin mereka yang tak faham Bahasa Cina akan anggap atas tu ditulis "Long Live China" atau "China Number One". 

Apa yang ditulis hanyalah slogan atau "tagline" syarikat China Communications Construction Company (CCCC) yang menyatakan visi, misi dan nilai teras syarikat. 

Yang sebelah kanan ialah visi syarikat (企业使命 atau "qiye shiming") yang berbunyi "guji xiudao, lüfang zhiyuan" (固基修道,履方致远). Bahasa Cina klasik yang agak puitis. 

Secara harfiahnya "guji" (固基) bermaksud "mendirikan asas", "xiudao" (修道) pula bermaksud "membina jalan". Padan dengan fungsi CCCC sebagai syarikat pembinaan jalan dan infrastruktur. 

Tapi secara maknawiah ia merujuk kepada "memantapkan asas keperibadian dan menempuh jalan penyempurnaan akhlak". Maka ia disambung dengan "lüfang" (履方) yang bermaksud "berpijak di bumi yang nyata" dan "zhiyuan" (致远) membawa maksud "terbang tinggi" atau "mencapai impian".

Yang sebelah kiri ialah nilai-nilai teras syarikat (企业核心价值观 atau "qiye hexin jiazhiguan") iaitu "gongping" (公平) yang bermaksud saksama, "baorong" (包容) yang bermaksud inklusif, "wushi" (务实) yang bermaksud pragmatik dan "chuangxin" (创新) yang bermaksud inovatif.

Itu slogan syarikat orang. Apa kena mengena dengan "gadai maruah negara dan bangsa" pun saya tak tahu. Takkan slogan syarikat pun kena diterjemahkan kot. 

Yang kelakarnya ada kenyataan berbunyi "hal gadai maruah negara dan bangsa" tidak berlaku "ketika membina KLIA, Putrajaya, ERL, LRT, Litar F1, West Port dan Menara Berkembar Petronas".

Tak tahu ke "KLIA" tu singkatan "Kuala Lumpur International Airport"? Kenapa kita tak guna "LTAKL" sebagai jenama? Kenapa Westports guna slogan "Proven. Trusted. Friendly" bukannya "Terbukti. Dipercayai. Peramah"? Kenapa Suria KLCC guna tagline "Always Something New" bukannya "Sentiasa Sesuatu Yang Baru"?

Iklan AirAsia di mana-mana pun tulis "Now Everyone Can Fly" bukannya "Sekarang Semua Orang Boleh Terbang". Tak rasa jelek dengan bahasa bekas penjajah pula?

Oh, begitu ya? Kalau syarikat orang putih atau mat salih celup tayang slogan Bahasa Inggeris, itu bukan penjajahan. Tapi kalau syarikat China guna bahasa mereka, itu dikatakan penjajahan pula. 

Ibarat "kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak".

Atau sebenarnya ada hipokrisi dan "double standard" di situ?

Sebenarnya tak ada isu pun. Dalam majlis perasmian di mana PM berucap, "backdrop" yang diguna meletakkan Bahasa Melayu di kedudukan atas sekali. Itu dah cukup membuktikan kita mendaulatkan Bahasa Melayu.

Tapi apa-apa pun, di abad ke-21 yang bakal jadi "Chinese Century", wajar kita belajar Bahasa Cina/Mandarin untuk kekal berdaya saing. Orang Nusantara kan sentiasa beradaptasi mengikut perubahan zaman demi kelangsungan tamadun. 

Ni bukan. Dah lah ambil gambar pun terbalik, buat cerita fitnah pula.

#dedak #macai #ampu

1 comment:

Anonymous said...

Abaikanlah nasib rakyat.ya allah buka segala salah laku najirazak...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA