networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Monday, August 28, 2017

Krisis Mahathir-Anwar : Melayu Berpaling Arah..Undi Cina Penyelamat BN Ketika PRU 1999.. @WeeKaSiongMP


Semasa PRU 1999..Barisan Nasional mengharapkan sokongan undi daripada pengundi Cina untuk membantu Barisan Nasional kekal berkuasa..

Semuanya gara-gara skandal salahguna kuasa Anwar dan tindakan Mahathir menggunakan kuasanya menahan penyokong yang tidak berpihak kepada kerajaan ke dalam ISA..

Kita perlu ingat..Mahathir ketika itu membuatkan ramai orang Melayu meninggalkan BN kerana tindakannya menggunakan ISA..menahan orang Melayu yang turun ke jalanan menyokong Anwar Ibrahim..namun ketika itu 20% undi BN Cina berpihak kepada BN..hasilnya BN tetap berkuasa..zaman itu Reformasi amat merisaukan Mahathir dan kerajaan BN..jika tidak kerana ISA rasanya lebih ramai orang Melayu berpaling tadah..

Perkara ini diingatkan kembali oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang menyatakan undi orang Cina amat penting ketika itu bagi mengekalkan tampuk pemerintahan BN...beliau berkata demikian ketika majlis perasmian membuka Bahagian UMNO Ayer Hitam kelmarin..

Dr Wee berkata "PRU 1991 membuktikan bahawa tanpa undi Cina ketika itu ia akan mengubah landskap politik negara".

Bila mana Mahathir meletak jawatan..Tun Pak Lah ibarat mencuci tahi yang ditinggalkan Mahathir..pada PRU 2004 menyaksikan orang Melayu yang sesat menyokong Anwar dan anti Mahathir kembali ke pangkal Jalan..

Buktinya Umno berjaya memenangi 109 daripada 117 kerusi yang ditandingi atau 93.2% berbanding kurang 50% atau 72 kerusi daripada 148 kerusi yang ditandingi pada 1999...

Ketika itu aura Mahathir telah lenyap sama sekali..semuanya berjaya dicuci Pak Lah..

Perlu diingat..tanpa orang Cina ketika era reformasi pasti suasana politik Malaysia akan berubah sama sekali..

Dr Wee, Timbalan Presiden MCA berkata "himpunan sejarah ini menunjukkan ada ketika satu komponen menjadi lemah dan keadaan boleh berlaku sebaliknya pada masa depan"

Ketika era Reformasi, Cina bantu BN..dan PRU 13 Melayu pula bantu BN..sudah menjadi resam politik..parti komponen memerlukan satu sama lain dan membantu satu sama lain..jika undi Melayu rendah..undi Cina membantu begitulah sebaliknya..

Umpamanya di Dun Yong Peng..pada PRU 12 MCA menang dengan majoriti 2,000 lebih..tetapi PRU 13 MCA kecundang ditangan DAP..

Apa yang penting untuk merampas semula DUN Yong Peng ialah perlukan kerjasama parti komponen lain..dalam politik adatnya begitu..

Tatkala DAP mengalami krisi moral pemimpan..parti PAS keluar  Pakatan sudah pastinya PRU 14 akan memberi landskap yang menarik..orang PAS pasti tidak mahu memberi undi kepada Pakatan...Pakatan sudah tentu kehilangan banyak undi..

DAP mengharapkan Bunga boleh dijadikan kuda tunggangan..jangan pula kita lupa ramai umat pembangkang belum memaafkan dosa Mahathir..mereka tidak mampu lakukan apa-apa yang hanya mampu dilakukan hanyalah mengusung Mahathir berkempen..ini terpaksa dilakukan kepada orang Tua seperti Mahathir..kerana Bunga sudah tidak ada aura..nak harapkan Muhyiddin dia sentimental..nak harapkan boboi dia tak cerdik..nak harapkan Armada..bodo..buat ceramah pun huru hara..

Apa yang kami boleh katakan ialah kita perlu terus yakin untuk mendapatkan kelebihan ini dan misi menang 3/4 PRU14 perlu direalisasikan...

Najib sudah melakukan macam-macam untuk rakyat..segala tohmahan dan fitnah telah dipatahkan satu persatu..sehinggakan pembangkang buntu..terpaksa menyerang keperibadian Datin Sri Rosmah..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA