networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, August 17, 2017

MENGAPA DAP LINDUNGI KILANG HARAM??


DAP Lindungi Kilang Haram Di Pulau Pinang 

Sudah terang lagi bersuluh. Imej satelit telah membuktikan kilang haram dibina pada zaman pemerintahan DAP bukannya BN.

Ketua Menteri DAP, Lim Guan Eng cuba lari dari tanggungjawab bila meminta maaf kepada penduduk Sungai Lembu kononnya kilang berkenaan sudah ada di zaman ketika BN memerintah Pulau Pinang. Ini adalah kenyataan yang tidak benar. 

Padahal bukti imej satelit dari aplikasi Google Earth menunjukkan kilang berkenaan masih tidak ada sehingga Mac 2008. Pemeriksaan oleh Tzu P Wong mendapati tapak kilang berkenaan masih kosong pada 31 Ogos 2008, iaitu tahun DAP menang di Pulau Pinang. 

“Kajian mudah menggunakan aplikasi Google Earth untuk meninjau kawasan Bukit Mertajam menggunakan panduan garis masa menunjukkan Lim Guan Eng terbukti berbohong. Imej satelit kawasan tersebut dengan bukti masa pada 31 Ogos 2008 dimana terletaknya lokasi kilang haram mendapati tiada binaan di kawasan tersebut.

“Umum mengetahui pada tarikh ini, DAP sudah memenangi Pilihan Raya Umum ke 12 dan Lim Guan Eng sudah lama mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan menikmati kopinya di tingkat tertinggi Wisma Komtar.

“Dan selepas itu, kilang haram berkenaan muncul pada semua garis masa imej satelit bermula 2009 sehingga terbaru pada 2016.

“Maka sekali lagi, terbukti tanpa ragu bahawa Lim Guan Eng berbohong. Tiada apa yang ikhlas mengenai beliau dan parti DAP, walaupun penduduk Pulau Pinang hidup dalam bahaya,” katanya semalam. 

26 Februari 2012, satu himpunan memprotes Lynas dianjurkan di Pulau Pinang. Guan Eng dalam ucapan memprotes Lynas itu menyatakan ;

"Mereka yang sokong Lynas ini tiada perikemanusiaan... kita mahu buat pembersihan Lynas kerana mahu anak kita selamat" kata Guan Eng. 

Hari ini siapa yang tidak ada perikemanusiaan? Guan Eng sendiri, bila sanggup melihat hampir 7 orang penduduk di kampung Sungai Lembu mati akibat dijangkiti kanser akibat kilang haram. 

Selepas lima tahun, tiada orang yang kena apa apa penyakit pun akibat Lynas di Pahang. Namun di Penang, ada kilang haram yang membahayakan keselamatan penduduk. 

Tuduhan jahat yang dibuat ke atas kilang milik syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd ada yang nakal termasuk mendakwa ada penduduk akan berubah menjadi "zombie" dek kerana terkena radiasi bahan radioaktif nadir bumi yang diproses di kilang berkenaan. Tuduhan terhadap Lynas ini sudah terbukti karut. 

Bagaimanapun, sebuah kilang haram penapis karbon di Bukit Mertajam, Pulau Pinang sudah ada bukti jelas ia berbahaya kepada penduduk sekitar yang menderita akibat pencemaran yang dihasilkan. 

Seorang penduduk, Ong Cheng Giap mendakwa dia serta 11 orang ahli keluarganya mengalami masalah alahan kulit termasuk gatal gatal sejak kilang haram yang terletak 100 meter dari rumahnya beroperasi. 

Untuk rekod, kilang haram itu sudah 10 tahun beroperasi tanpa lesen. Sehingga hari ini tiada tindakan diambil oleh kerajaan DAP Penang, malah kilang ini dilindungi lagi. 

Exco DAP Penang dipercayai melindungi kilang haram ini biarpun mengetahui kewujudannya dan sudah pun mendapat bantahan dari penduduk setempat. 

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, 11 dari 500 orang di kawasan Kampung Sungai Lembu, Penanti sudah pun disahkan menghidapi kanser.

Pengarahnya, Datuk Dr M Sukumar berkata, Penolong Ketua Kampung berkenaan mengatakan bahawa 7 orang muda telah mati kerana kanser sejak dua tahun yang lepas.

Lebih menakutkan jika ia ditukar kepada nisbah, 11 daripada 500 orang ia akan menjadi 2,200 orang daripada 100,000 orang. Kata Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia 2007 - 2011 oleh Institut Kanser Kebangsaan,  kadar peringkat nasional insiden kanser untuk lelaki dan wanita pada kadar 86.9 peratus dan 89.0 peratus bagi setiap 100,000 penduduk.

Bahayanya di Pulau Pinang ini, kadar nisbah kanser di Sungai Lembu adalah amat tinggi iaitu 2,342 peratus. Lebih tinggi dari kadar purata kebangsaan dan 7 orang telah mati akibat kanser.

Kasihan penduduk Pulau Pinang khususnya di Sungai Lembu. Tujuh orang mati akibat kanser dan berpuluh orang lagi alami penyakit gatal gatal dan risiko kanser.  Guan Eng masih lagi buat pekak badak dan salahkan BN. 

Jual tanah di Jalan Peel Penang salahkan BN, banjir berlaku di Penang salahkan BN, beli banglo harga murah pun salahkan BN juga. Ada orang mati kerana kanser akibat kilang haram pun, Guan Eng masih mahu putar belit salahkan BN. 

Ini Ketua Menteri sudah gila agaknya. Rakyat Pulau Pinang kena bangkit dan bantah perangai Ketua Menteri sebegini. Sampai bila hendak memperbodohkan rakyat? Cukup cukup sudah. Rakyat kena hukum DAP di Pulau Pinang atas kertas undi nanti. 

Guan Eng dan DAP tidak berperikemanusiaan lagi terhadap rakyat Pulau Pinang.


Tulisan : 
Beruang Biru
BB542, Khamis
17 Ogos 2017

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA