networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, August 17, 2017

Pembukaan Sukan #SEA2017 - Gunakan Pengangkutan Awam Menyaksikan #SukanSEA!!!Ayuh #BangkitBersama #KL2017 #NEGARAKU #SEAGames


Malaysia menjadi tuan rumah untuk kejohanan Sukan SEA 2017 yang sedang berlangsung ketika ini..Sukan SEA merupakan satu upacara sukan yang berprestij di rantau asia tenggara..

Nampaknya penganjuran kali ini bukan sahaja diukur dari tahap keupayaan Malaysia menyediakan gelanggang untuk setiap kejohanan tetapi kemudahan pengangkutan awam darat juga menjadikan suasana Sukan Sea ke-29 kali ini mempunyai prestij yang tersendiri...

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dipertanggungjawabkan bagi mengelola kelancaran operasi pergerakan penonton dan pelancong asing ke destinasi berlangsungnya kejohanan Sukan SEA kali ini...

SPAD dalam satu kenyataan media menyeru rakyat negara kita menggunakan pengangkutan awam bagi melancarkan pergerakan ke destinasi kejohanan...SPAD telah memastikan setiap tempah kejohanan disediakan mod pengangkutan awam yang mencukupi disamping kualiti ketepatan masa..

Operasi pada kejohanan Sukan SEA kali ini perlu dilaksanakan dengan baik..oleh itu, SPAD telah bekerjasama dengan Prasarana dan KTMB bagi memanjangkan waktu operasi perkhidmatan tren bagi memastikan penonton disajikan kemudahan yang mencukupi pada upacara perasmian dan penutupan Sukan SEA Ke-29 nanti...

Sudah pastinya lokasi tumpuan penonton pada Sabtu ini (19 Ogos 2017) terarah di KL Sports City (Stadium Bukit Jalil)..ini kerana banyak jalan yang ditutup separa dan sepenuhnya bagi memastikan kelancaran majlis perasmian lusa..

Bagi menjanjikan mutu pengangkutan awam darat dalam keadaan baik..sebanyak 60 buah bas khas akan disediakan oleh Rapid KL dengan kekerapan 10-15 minit, daripada 7 lokasi untuk ke Stadium Bukit Jalil..setiap bas berkenaan akan dipaparkan tulisan "KL SEA GAMES 2017" di board led...

Daripada 28 lokasi acara sukan tersebut, 26 berada di Greater Kuala Lumpur/ Lembah Klang dan boleh diakses menggunakan pengangkutan awam darat yang termasuk laluan Hijau bagi perkhidmatan Bas percuma GoKL, iaitu daripada KLCC ke Bukit Bintang..

Selain itu, 11 laluan bas Rapid telah diubah suai untuk memastikan kesalinghubungan ke 5 lokasi acara sukan dapat disediakan dengan keketapan 10-60 minit..

Di bawah ini kami kongsikan Perkhidmatan Bas pengantara Rapid :

Untuk makluman anda, sebanyak 13,000 sukarelawan dan 2,500 wakil media akan diberikan pas percuma untuk menggubakan perkhidmatan Prasarana yang termasuk LRT/Monorel/BRT/MRT/RapidKL/Bas Perantara MRT bermula 14 hingga 31 Ogos 2017 untuk menyokong Sukan SEA KE-29 dan 16 - 24 September 2017 untuk menyokong Sukan Para ASEAN Ke-9..

Bagi menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam pada kejohanan ini..kerajaan telah memberikan diskaun sebanyak 50% untuk perkhidmatan Rapid Rail ke destinasi Sukan SEA sehingga 31 Ogos 2017..

Ini bermakna Sukan SEA Ke-29 2017 bukan dilihat kepada pencapaian atlet negara sahaja malah kualiti pengangkutan juga menjadi salah satu KPI pengangkutan awam bagi memastikan operasi dan keselesaan pengangkutan awam ditahap tinggi.

Di bawah ini kami kongsikan pergerakan pengangkutan awam untuk Upacara Pembukaan Sukan Sea bagi memudahkan pergerakan anda : 


Di bawah ini pula pergerakan pengangkutan awam untuk Upacara Penutupan Sukan Sea bagi memudahkan pergerakan anda


Ayuh #BangkitBersama #KL2017 #SukanSEA #NEGARAKU #SEAGames

*GUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM DARAT DENGAN BERHEMAH..TUNJUKKAN CONTOH TAULADAN YANG BAIK KEPADA PELANCONG ASING...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA