networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Saturday, August 19, 2017

@RafiziRamli Kandas Lagi..Cubaan Heret DS @NajibRazak & Tan Sri @Annuar_Musa Dalam Tuduhan Isu MARA Gagal!!!


Semalam di laman sosial facebook, Rafizi sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan mempertikaikan pembelian tiga unit hartanah di Australia oleh MARA..pada permulaan cerita dia menceritakan penangkapan Tan Sri Isa Samad yang didakwanya sebagai kambing hitam untuk menyelamat Datuk Seri Najib.

Berikutan penahanan tersebut, nampak benar keghairahan Rafizi apabila Tan Sri ditahan SPRM..hairannya pula tidak pula dia bersuara selantang ini apabila ada pemimpin dari DAP, PKR dan Bunga ditahan SPRM..inilah Rafizi yang kita kenal..dia bersikap selektif isu untuk memfitnah musuh dan menyimpan aib rakan sebantalnya..

Barangkali duit kutipan derma untuk membayar ganti rugi sebanyak RM 300,000 dan kos saman fitnah Narional Feedlot Corporation (NFC) masih banyak yang tinggal..maklum sahajalah minta derma 300K dapatnya 1.5 juta..lima kali ganda lebih dari apa yang dia hendak..

Tidak tahu apa agenda Rafizi sebenarnya, sudah dijelaskan bahawa pembelian hartanah itu mengikut SOP pembelian dan sah tetapi berita khabar angin untuk memburuk-burukkan pembelian tersebut juga dia percaya..

Kita ikuti tulisan Rafizi :
Dalam kes tersebut, menteri yang bertanggungjawab ketika itu (Dato’ Seri Shafie Afdal) dan pengerusi MARA ketika itu (Tan Sri Anuar Musa) dengan secara jelas mengesahkan bahawa cadangan pembelian hartanah luar negara oleh MARA itu telah dibentangkan dan diluluskan oleh Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Dan ini jawapan daripada Tan Sri Annuar Musa :
Tanpa mahu menyentuh perkara lain buat masa ini CUMA SEKADAR MAHU MEMPERBETULKAN FAKTA DI MANA KATA RAFIZI....
 
"Menteri bertanggungjawab ketika itu(DATO SERI SHAFIE AFDAL)dan Pengerusi Mara(Tan Sri Annuar Musa)".....beliau mungkin merujuk kpd penjawat jawatan ketika ASSET  ASSET DI AUSTRALIA DI BELI OLEH MARA sekitar tahun 2012/13(rujuk printscreen)
 
Sekiranya beliau merujuk kpd ketika asset di beli,Sukacita di Jelaskan bahawa MENTERI KKLW KETIKA PEMBELIAN ADALAH DS SHAFIE AFDAL DAN PENGERUSI MARA KETIKA ITU ADA LAH DS IDRIS JUSOH,bukan saya.
 
Sewaktu saya mula di lantik 2013 semua asset asset tersebut sudahpun selesai di beli..
 
Saya menganggapkan kesilapan YB RAFIZI ITU sebagai sesuatu yg beliau tidak sengaja atau beliau mempunyai maksud lain dan wajarlah beliau perbetulkan tanpa perlu perentah Mahkamah kerana beliau sudah byk kali tewas di mahkamah..

Pedas sindiran Tan Sri Annuar Musa terhadap Rafizi..banyak kali temberangnya pecah tapi dia tetap buat muka tak malu macam orang tak berdosa.menipu pendeposit tabung haji...menipu harga minyak..menipu jangkaan harga minyak..fitnah orang lain..bagi kami dia tidak kisah pun kerana penderma untuk membayar samannya ramai..malah baki derma bayar saman masih banyak lagi...

Dari tulisannya, ternyata dia cuba mengaitkan DS Shafie Afdal yang telah dipecat UMNO dan Tan Sri Annuar Musa..

Berkenaan pembelian hartanah berkenaan, Rafizi ternyata sekali lagi berkelakuan sumbang untuk memburuk-burukkan imej Mara..Rafizi sebelum ini sudah banyak kali menyerang segala institusi yang dimiliki oleh orang Melayu seperti Tabung Haji, Mara, Felda, FIC, KWSP, KWAP, dan LTAT...
Banyak benda boleh dia buat research sampaikan benda yang betul pun boleh dia spekulasi jadi fitnah tapi bab Tan Sri Annuar Musa sebagai pengerusi MARA ketika pembelian itu dia gagal mencari kebenaran..bukan kita tidak tahu, dia sengaja mainkan sentimen bahawa TSAM pernah ditahan SPRM kes tajaan pasukan bola sepak..bezanya TSAM tidak perlu memakai baju LOKAP SPRM kerana hadir memberi keterangan..

Berkenaan dengan tuduhan cuba mengaitkan DS Najib, kes ini telah lama dijelaskan oleh bekas pemimpin UMNO, Shafie Apdal yang mengatakan urusan pembelian terebut mengikut SOP..menurut Shafie, PM ialah pengerusi Majlis Ekonomi yang dianggotai banyak menteri dan pembelian tersebut telah mendapat kelulusan selepas melalui proses yang terperinci...

TSAM pula berkata :
Cadangan pembelian tersebut sudah melalui semua peringkat kelulusan daripada Lembaga Pengarah Syarikat MARA Inc, Jawatankuasa Panel Pelaburan MARA, Majlis MARA, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Kewangan dan seterusnya Majlis Ekonomi.
Jawapan kami buat Rafizi..bertaubatlah dari membuat fitnah..anda kantol lagi kali ini..tidak perlu tulis panjang lebar..kerana yang percaya hanya macai anda sahaja..sebenarnya auta sahaja dan anda cuma pandai main persepsi dan spekulasi..itu pun kadang berjaya kadang tidak..tak bernasib baik kena saman..haha!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA