networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, August 30, 2017

SPAD Panggil Pengendali Dan Pemandu Bas Ekoran Kes Tumbuk Penumpang!


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bertindak pantas menyiasat kes seorang penumpang yang ditumbuk pemandu bas setelah penumpang berkenaan menegurnya kerana tertidur..

Mangsa Fann berusia 56 tahun telah membuat laporan polis kerana ditumbuk pemandu berkenaan..

Dalam kejadian tersebut..Fann dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru telah menaiki bas Ekspress Seni Budaya..

Fann menyedari bas tidak bergerak dan mendengar kenderaan luar membunyikan hon..setelah mengiasat Fan mendapati pemandu bas tertidur dan terus membuat aduan tentang kejadian berkenaan..

Berang dengan tindakan Fann, pemandu berkenaan telah menumbuknya..

Ekoran daripada insiden berkenaan SPAD telah memanggil syarikat pengendali dan pemandu untuk menjalankan siasatan menyeluruh..ini penting bagi memastikan kejadian berkenaan tidak berulang dan memastikan keselamatan penumpang terbela..

Dalam satu kenyataan media, SPAD berkata "Berikutan aduan rasmi yang diterima daripada mangsa, satu sesi temuramah telah diadakan di pejabat SPAD Johor Bahru pada hari ini.

Bergantung kepada hasil siasatan,SPAD akan mengenakan tindakan perundangan terhadap pemandu, dan akan menggambil tindakan sewajarnya terhadap pengendali termasuk tindakan undang-undang dengan denda sehingga RM500,000 dan/atau penjara sehingga 2 tahun dan/atau tindakan pentadbiran yang mungkin melibatkan penggantungan atau pembatalan lesen."

Tindakan tegas perlu diambil kepada pemandu dan pengendali kerana nyawa penumpang seharusnya diambil perhatian serius!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA