networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Monday, August 14, 2017

Tan Sri Annuar Musa Selar Penganjur #NothingToHide 2..Jangan Tuduh UMNO!!!


Ekoran kejadian buruk ketika Program Nothing To Hide 2 semalam..pihak penganjur dengan rasa tidak bertanggungjawab telah menuduh pihak UMNO yang menjadi dalang kekecohan program yang berlangsung di Dewan Raja Muda Shah Alam semalam..

Dengan bermodalkan kronologi yang direkayasa seolah-olah ia menuduh pihak UMNO..penyokong PPBM mengatakan ia didalangi oleh budak Datuk Jamal..mudah sajakan kerja mereka menutup segala kelemahan..UMNO juga dipersalahkan...

Melihat kejadian berkenaan dan tuduhan yang dilemparkan kepada UMNO..Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menafikan ia dilakukan oleh UMNO dan menyelar pihak berkenaan sebagai tidak bertanggungjawab khususnya penganjur..

Menurut Annuar, mereka mengetahui yang Program yang sama pernah dianjurkan sebelum oleh SukaGuam ini mempunyai masalah keselamatan tetapi mereka tetap lakukan seolah-olah mahu menimbulkan situasi yang berlaku semalam..


Dalam kejadian berkenaan, kasut, botol, kerusi dan suar dinyalakan ketika Mahathir menjawab isu berkenaan tragedi Memali..

Tan Sri Annuar Musa juga menyelar pihak penganjur yang gagal menyediakan kawalan keselamatan apabila ada wanita dan petugas media dicedera..menurutnya lagi, petugas media tidak patut disentuh walaupun program itu betul dapat kelulusan atau dianjurkan secara haram..

Ternyata ARMADA gagal dalam segenap aspek menganjurkan program tersebut..dari awal lagi mereka telah bersikap kurang hajar kepada Perdana Menteri dengan menuduh Dato Seri Najib bacul dan pengecut kerana tidak turut serta dalam program berkenaan..

Ternyata Allah SWT membayar cash orang yang takbur dan bongkak!!sikap biadap pemimpin ARMADA dibalas dengan kekecohan..

Yang menghairankan kami mengapa mereka mahu menuduh UMNO sedangkan Dewan itu di bawah Tadbiran kerajaan Azmin..mengapa tidak menuduh geng-geng reformis yang tidak belum lagi memaafkan dosa-dosa Mahathir?jangan jadi bacul..

Yang menganjurkan program tersebut ARMADA,
Yang membuat jemputan ialah ARMADA,
Yang membuat tapisan keselamatan ialah ARMADA,
Yang menyediakan kawalan keselamatan berpakaian "security" ialah ARMADA
Yang bertanyakan soalan Memali ialah Exco ARMADA PPBM (Taufiq)
Yang baling kasut ke arah Taufiq ialah ahli PPBM
Yang membaling kerusi dari atas ialah ahli PPBM
Tapi yang disalahkan ialah UMNO..

Budak mat gian ketagih ketum bolehlah kau temberang..kami sependapat dengan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang menyelar pihak penganjur kerana menuduh UMNO..

Polis belum buka kertas siasatan ARMADA dah tuduh UMNO punca kekecohan..memalukan!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA