networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Saturday, September 23, 2017

Banyak Lori Di Negara Kita Langgar Undang-Undang...Apa Pihak Berkuasa Buat??

0 comments

Inilah realiti kita hari ini..memandu di atas jalan raya seperti tidak selamat apabila berselisih atau mengekori belakang lori..

Ramai pemandu bimbang apabila follow belakang lori yang membawa batu di jalan raya..bilamana batu tersebut jatuh..ia mampu memecahkan cermin kereta..

Ada juga lori yang memandu dalam keadaan merbahaya dan membawa muatan melebihi had..semua itu kita dapat lihat hari-hari..

Pasti kita akan bercakap..apa pihak berkuasa buat?tak ada pemantauan ke?

Sebenarnya hal ini dalam radar pihak bertanggungjawab..Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sentiasa mengambil pandangan dan aduan rakyat supaya dapat diambil tindakan sewajarnya..jika anda susah hendak membuat aduan kami cadangkan ambil sahaja gambar dan nombor plat lori dan post di twitter dengan mention @AduanSPAD..aduan anda pasti akan diambil tindakan..

Ketua Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datu Che Hasni Che Ahmad mendedahkan sebanyak 1,267 kes direkodkan melibatkan pelbagai kesalahan oleh pemandu dan penguasa lori dalam Ops Hippo yang dilaksanakan bermula Januari sehingga kini..

Antara kesalahan yang direkodkan ialah :
1) Lori membawa lebih muatan
2) Lori membawa muatan secara merbahaya
3) Muatan melebihi paras ketinggian panel sisi

Baru-baru ini SPAD telah melaksanakan Ops Hippo di sekitar Puchong.hasilnya sebanyak 22 kesalahan telah dicatatkan selepas memeriksa 11 lori di kawasan berkenaan..

Che Hasni berkata 11 keselahan melibatkan membawa muatan dengan cara berbahaya..8 dikesan membawa muatan berlebihan..1 kes masing-masing bagi kesalahan tidak mempunyai permit sah ketika beroperasi, enggan memberi kerjasama kepada kakitangan awam dan meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan...

Sesungguhnya kes melibatkan lori yang tidak mematuhi undang-undang amat membimbangkan kita sebagai pemandu kenderaan ringan..pihak berkuasa SPAD juga telah dimaklumkan hal ini..jadi tidak usahlah kita menyalahkan pihak berkuasa tidak buat kerja..sebagai rakyat kita perlu menjadi mata-mata bagi menyalurkan maklumat dan aduan kepada SPAD agar tindakan dapat dikenakan..

Anda boleh menghubungi SPAD melalui saluran berikut:

1) Aduan SPAD / Hotline 1-800-88-7723

2) Twitter @aduanspad

3) SMS
Taip : SPAD Aduan <Aduan Anda>
Hantar ke : 15888

4) Facebook
Suruhanjaya Pengangkutan
Awam Darat

5) E-mel
aduan@spad.gov.my

6) Datang Terus ke:
Pengurusan Aduan SPAD di Kelana Jaya
Pejabat Penguatkuasaan SPAD di terminal Pejabat negeri SPAD

Friday, September 22, 2017

Bila Penang Nak Selesai Masalah Banjir Guan Eng Oi!!!

0 comments

Sikap Guan Eng Makin Teruk Dalam Isu Banjir

Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng sudah semakin mengarut dan ke laut nampaknya. Masih tidak mahu akui kesilapan sendiri. Asyik hendak salahkan orang lain sahaja.

Sikap teruk Guan Eng ini makin menjadi jadi, selepas gagal selesaikan isu kilang haram. Kali ini dalam isu banjir, lebih teruk Guan Eng selesaikannya.

Pada 15 September lepas, Pulau Pinang dilanda banjir teruk sampai bandaraya Georgetown lumpuh kerana banjir. Itu pun Guan Eng masih tidak mengaku. Dia salahkan Taufan Doksuri sebagai punca, bukan kegagalan sistem peparitan dan tebatan banjir sebagai punca utama. 

Guan Eng ibaratkan petugas media berat sebelah. Guan Eng kata semua memihak kepada Barisan Nasional (BN). Guan Eng menuduh media membuat laporan palsu berkenaan bencana banjir itu. Guan Eng sebut ada negeri lain yang berjiran dengan negerinya lagi teruk tetapi hanya Pulau Pinang digambarkan begitu buruk.

Negeri mana agaknya yang dimaksudkan oleh Guan Eng itu? Sila beri gambar dan video kejadian banjir yang teruk di negeri itu? Ada dengar berita kejadian mati disebabkan banjir di negeri lain? Tiada, hanya di Pulau Pinang sahaja. Guan Eng yang buat tuduhan palsu, bukannya media.

Oleh itu, Guan Eng jangan main tuduh tuduh sahaja. Jawapan bodoh daripada Guan Eng ini akhirnya memakan diri sendiri. Rakyat Pulau Pinang derita berenang dalam banjir, Guan Eng senang lenang sahaja datang pakai baju “Batman” berlakon di gigi air sahaja.

Guan Eng yang juga anak Lim Kit Siang kena tahu, media hanya melaporkan kejadian itu selepas kejadian yang melanda Pulau Pinang itu ditularkan oleh orang ramai di media sosial. Beratus-ratus keping gambar dimuat naik ke Facebook menceritakan keadaan banjir yang menyukarkan pergerakan orang ramai pada hari kejadian.

Masyarakat yang buat laporan jujur dari hati mereka, bukannya media yang memperbesar-besarkan cerita. Portal pembangkang pun cerita banjir yang sama. Hanya Guan Eng sahaja yang bercakap situasi masih tidak serius kepada China Press pada hari banjir berlaku.  

Apa Guan Eng hendak tunggu sampai Komtar dan pejabat Ketua Menteri tenggelam baru hendak cakap ianya serius?

Apabila banjir berlaku, Guan Eng tidak mahu mengaku kesalahan dirinya, sebaliknya menyalahkan pihak lain sampai kuasa Tuhan pun disalahkannya. Dia tuduh Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) kerana banjir dan pernah salahkan takdir hujan terlalu lebat yang turun di negeri itu.

Inilah dia cara “Tokong DAP”, Guan Eng menyelesaikan isu banjir. Menyalahkan semua pihak lain, termasuklah kuasa Tuhan. 

Bencana banjir di Pulau Pinang telah sebabkan seorang mati lemas. Mangsa, Noor Afidah Yajunas, 30, bekerja sebagai operator kilang dihanyutkan arus banjir ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Guan Eng kata mati bukan sebab banjir tetapi disebabkan kemalangan jalan raya.

Logik macam ini pun ada macai macai DAP dan parti bunga mahu terima. Logik dan alasan yang diberikan oleh Guan Eng amat menghina mangsa mangsa banjir termasuklah keluarga mangsa yang terbunuh.  

Maruah mangsa juga dipandang rendah kerana Guan Eng hanya membayar RM400 kepada mangsa banjir yang mengalami kerugian. Hendak baiki apa dengan wang sebanyak itu?

Dengan kerosakan serta kerugian yang berlaku disebabkan banjir, kosnya adalah lebih tinggi. Lebih banyak wang dihabiskan untuk kajian terowong berbanding yang diberi pada mangsa banjir. Sudahlah begitu, rakyat yang menjadi mangsa pula kena mengisi borang permohonan untuk minta bantuan.

Tujuh orang mati kerana kanser akibat kiilang haram di Sungai Lembu. Guan Eng datang bawa sebakul durian dan RM10,000 untuk tutup kes. Dalam isu banjir, ribuan orang terlibat, Guan Eng salahkan taufan, salahkan media dan beri hanya RM400 kalau mangsa banjir isi borang.

Inilah cara DAP memerintah, cara diktator dan kuku besi. Sentiasa tidak mahu mengaku kesalahan diri sendiri. Gagal salurkan RM22 juta untuk projek tebatan banjir tidak pula diakuinya. Cara kepimipinan Guan Eng ini adalah cara kepimpinan yang paling teruk sekali sebagai seorang Ketua Menteri di Malaysia.

Berjanji bukan main lagi hendak selesaikan isu banjir selama sepenggal memerintah. Kini sudah sepuluh tahun DAP di Pulau Pinang. Tiap tiap tahun ada banjir, Ketua Menterinya masih sama. Guan Eng hanya pandai cari alasan dan tuding jari kepada pihak lain sahaja. Masalah banjir tidak pernah selesai juga.

Undilah lagi DAP. Jangan sampai Komtar tenggelam, baru hendak bercucuran air mata. Rakyat Pulau Pinang perlu bertindak dari sekarang. Tukar kerajaan di Pulau Pinang.


Tulisan:
Beruang Biru
BB586, Khamis
21 September 2017

Industri Pengangkutan Awam- Impian Transformasi Menjadi Realiti!!!

0 comments

Tanggal 3 Jun 2010 merupakan detik penting buat negara kita dalam mentransformasikan pengangkutan awam darat..ketika itu YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak telah menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)..

SPAD ditubuhkan daripada idea DS Najib bagi mengemudi Rancangan Induk Pengangkutan Awam Negara, dengan tujuan memastikan pengangkutan awam darat negara sentiasa berkembang dan bertambah maju dari semasa ke semasa, selain menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama rakyat Malaysia..

Ia bukan tugas yang mudah kerana memerlukan penglibatan pelbagai pihak bagi mencapai agenda transformasi pengangkutan awam..

SPAD terus melaksanakan segala impian cetusan DS Najib untuk menjadikan ia realiti dan pencapaian yang harus dibangga rakyat negara kita..

Pembangunan infrastruktur dan dihubungkan dengan pelbagai mod pengangkutan awam telah memudahkan rakyat..umpamanya pembinaan Terminal Bersepadu Selatan (TBS)..kita lihat hari ini negara kita sudah mencapai standard kemudahan pengangkutan awam setaraf negara maju..

Impian DS Najib ialah mahu rakyat memaksimumkan penggunaan pengangkutan awam..oleh itu pembangunan infrastruktur perlu dititik beratkan..seterusnya kualiti dan masa menunggu pengguna harus diutamakan...

Ia bukan tugas mudah kerana melibatkan banyak pihak..pelbagai inisiatif kerajaan telah diberikan kepada pemain industri ini..bermula bantuan Tayar pemandu teksi..sehinggalah kini ramai pemandu teksi telah dibebaskan dari sistem pajak..

Ditambah pula dengan aplikasi e hailing yang mana pengguna mempunyai banyak pilihan seperti Uber dan GrabCar..

Dahulu setiap bas ada konduktor bas untuk membeli tiket dan menebuk tiket..sekarang semuanya boleh dilakukan dengan mudah..pengguna perlu menukar token..ataupun membayar mengikut amaun untuk menaiki bas..

Sistem tiket ini juga harus diberi nafas baru supaya lebih segar dan memudahkan pengguna..akan datang semuanya urusan pembayaran perlu melaluinkad Touch n Go..ia lebih mudaj dan efektif..

Memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Seri Nancy Shukri baru-baru ini..

"Semua sistem pengangkutan awam di Malaysia akan menggunakan sistem tiket bersepadu menerusi platform Touch n Go menjelang 2019..

Ketika ini sistem Touch n Go hanya dilaksanakan untuk perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa sahaja..

Pada masa ini, semua pemain pengangkutan awam bersedia dengan sistem ini dan perlu bersedia mengalami perubahan menjelang 2019..

Perkhidmatan KTM Komuter sahaja mempunyai sistem berbeza..oleh itu mereka digesa untuk bekerjasama dengan pihak Prasarana bagi tujuan itu..

YB Nancy menjelaskan bahawa pada masa akan datang semua penumpang akan menggunakan kaedah pembayaran tiket tunggal yang boleh digunakan untuk senua pengangkutan awam termasuk bas..

Sudah tentu cara ini memerlukan masa dan kos untuk berubah kerana ia juga melibatkan keperluan teknologi seperti pengesan global (GPS)..

Kami yakin perubahan ini tidaklah mengejutkan pengguna kerana mereka juga perlu menggunakan Touch N Go untuk membayar tol...

Setiap perubahan perlukan kesediaan..pastinya setiap rakyat perlu beesedia menerima perubahan sebagaimana saranan DS Najib untuk mentransformasikan industri pengangkutan awam darat..

Thursday, September 21, 2017

Cilaka!!Ayat Suci Al-Quran Dibuat Selipar!!!

2 comments

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) merampas selipar yang dipercayai menggunakan kertas tertulis kalimah syahadah sebagai pelapik di sebuah hotel di Sitiawan, di sini.

Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Manjung, Roslin Om, berkata bertindak atas maklumat awam, pemeriksaan dilakukan sepasukan anggota di premis berkenaan pada jam 11 pagi, semalam.

"Kami mengambil lima pasang selipar, namun hanya sepasang yang menggunakan kertas keras tertulis kalimah syahadah pada bahagian dalamnya.

"Empat lagi selipar tiada ayat suci al-Quran atau syahadah, sebaliknya hanya gambar kartun," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Roslin berkata, beliau tidak menolak kemungkinan ada pelanggan premis berkenaan yang menyedari penggunaan kalimah suci itu selepas pelapik selipar terbabit terkoyak sebelum meneliti kandungannya.

"Pihak premis berkenaan mendakwa tidak mengetahui perkara itu, namun apa yang dikesalkan adalah tindakan pihak yang membuat selipar itu seolah-olah tidak menjaga sensitiviti masyarakat beragama Islam," katanya.

Sementara itu, Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusof Husin, ketika dihubungi mengesahkan rampasan dibuat dan memaklumkan pihaknya sudah membuat laporan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan lanjut.

Kejadian ini menjadi viral di laman sosial sejak malam tadi dan mendapat kecaman netizen, yang melihat perbuatan itu sebagai memperlekeh dan tidak menjaga sensitiviti agama Islam.


Presiden MCA Sependapat DBKL Batal Pesta ARAK..DAP PAKATAN HARAPAN Meroyan Macam Mabuk Todi Kenapa???

0 comments

Hairan betul kami dengan sikap DAP dan Pakatan Harapan yang menyalahkan DBKL kerana membatalkan pesta arak yang akan dilaksanakan di KL..

Tindakan DAP ini sudah melampau..mereka buta agaknya yang mereka berada di negara Islam..kerajaan sudah memberi kebenaran untuk menjual arak hanya untuk orang bukan Islam sudah cukup baik..

Ini mahu pula minta anjurkan pesta arak..sudah gila agaknya...DBKL tak beri kebenaran kerana faktor keselamatan..

Yang mereka nak tuduh pembatalan tu atas alasan pokitik pasal apa?

DAP kena tiru bagaimana ketegasan kerajaan Singapura membatalkan festival berkaitan arak..DAP telah mempolitikkan hal arak sebagai ancaman keselamatan..

Terdesak untuk nampak relevan sampai sanggup nak halalkan arak..

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menerima dengan terbuka keputusan DBKL membatalkan permit kepada Better Beer Festival 2017..

Menurut Liow "Jika ia adalah sensitiviti politik atau agama, maka saya tidak boleh menerimanya tetapi jika ia adalah soal keselamatan, ini sesuatu yang tidak boleh mengecewakan saya"

Mengenai kenyataan akhbar Sin Chew Daily yang mengutuk pembatalan pesta arak ini sebagai bahan ketawa antarabangsa..akhbar sampah inilah yang merosakkan pemikiran masyarakat...

DAP pula ambil kesempatan terhadap pesta arak..pergi Singapura..tengok..mereka pun haramkan acara seperti ini...

Jadi tidak usahlah mempolitikkan hal ini semata-mata mahu raih politik murahan!!!

Wednesday, September 20, 2017

Musykilnya Mahathir & Daim Jawap Tak Tahu #RCIForex..Jangan Banyak Sangat Kencing!!!

0 comments

Nampaknya Mahathir betul-betul sudah nyanyuk..dia diagung oleh pencacai-cainya seorang yang handal dan bijak tapi bab Skandal Forex dan bank negara dia tak tahu..

Mungkin agaknya terkejut dengan drama Mahathir dan Daim..Anwar pula dimasukkan ke hospital..bayangkanlah dia mampu menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun tetapi hal Forex yang kerugian sebanyak RM 30 billion yang berlaku pada tahun 1989-1994...

Benda ni ada dua sebab..antara Mahathir dan Daim komplot dalam skandal ini atupun Anwar yang cuba sembunyikan kehilangan RM 32 billion dari pengetahuan Mahathir dan Daim..

Macai-macai Mahathir kata:

"Najib ni kecoh bongkar kerugian forex tapi dia tak kecoh pula forex untung.."

Kami tertunggu-tunggu juga jika Mahathir mengesahkan perkara ini..secara tidak langsung kita dah tau jawapannya yang Mahathir menjadi orang yang harus dipertanggungjawabkan kerugian RM 32 billion bank negara..

Masakan mungkin Mahathir dan Daim tidak tahu..ketika itu mereka berdua Perdana Menteri dan Menteri Kewanfan .siapa yang memberi arahan kepada BNM untuk bermain forex yang mencecah hanpir RM 1 billion sehari..takkan mak cik jual popiah pula yang disalahkan???haha!!!

Mustahil sebuah bank utama bermain FOREX dalam jumlah yang amat besar tanpa pengrtahuan kerajaan..

Jika dilihat kembali sejarah...Kit Siang antara golongan pertama yang menyuruh kes ini disiasat..

Bekas Naib Penge­rusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata:

"Semasa skandal itu berlaku, Kit Siang menuduh Dr. Mahathir dan Menteri Kewangan ketika itu, Tun Daim Zainuddin yang bertanggungjawab untuk ‘bencana’ forex dan beliau juga menulis sebuah buku untuk menyokong dakwaannya.

“Meskipun ketika itu Kit Siang merupakan barisan pertama yang ingin membongkar isu tersebut, tetapi kini beliau akan berfikir panjang sebelum memberi kenyataan. Pastinya Kit Siang tidak mahu mengeruhkan hubungan dengan Dr. Mahathir yang kini ‘sekatil’ dengannya dan dilihat boleh memenuhi impian politiknya untuk ‘menakluki’ Putrajaya,"

Anwar juga pernah mengeluarkan statement berkenaan kes ini yang mana berkata dalam laporan The Edge pada 4 September 2002, Anwar Ibrahim dengan jelas telah mengatakan bahawa:

"Foreign exchange trading activities undertaken by Bank Negara Malaysia (BNM) in the early 1990s, which resulted to the central bank losing at least RM5.7 billion of its reserves, was approved by then Minister of Finance Tun Daim Zainuddin, with the support by former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamed,"

Daripada kenyataan Anwar dan Kit siang sebelum ini kita sudah nampak bagaimana kes ini berlaku..yang pelik bin ajaibnya Mahathir boleh kata "SAYA TAK TAHU!!"

Kahkahkah!!!

Tuesday, September 19, 2017

Piala Juara Liga Super Baru Tampil Elemen Futuristik Bermula Era Baru Bola Sepak Malaysia!!

0 comments

TROFI BAHARU LAMBANG KEKUATAN, DINAMISME DAN DOMINASI

Ciri-ciri piala

1. Direkebentuk dan dihasilkan dengan tangan oleh tukang-tukang yanh mahir dari tukang emas DiRaja

2. Diperbuat daripada tembaga, perak dan emas tulen 24k.

3. Berdiameter 252mm di bahagian tapak. Tinggi 633mm. Berat 20kg.

4. Nama pemenang tahunan diukir di bahagian bawah belakang trofi.

5. Logo pasukan juara dipateri dibahagian pusat trofi supaya tampak ekslusif.

6. Berkonsepkan futuristik dan elegan.

7. Simbolik lambang kekuatan dan dinanisme 12 pasukan bertanding.

8. Warna emas lambang kekuatan dan donimasi buat pasukan yang layak sahaja.

Foto: Nizam Rahman - www.asiana.my

Haiya Guan Eng..Pulau Pinang Banjir Lagi Low..Mana Janji You?

0 comments

Baru-baru ini Pulau Pinang sekali lagi dilanda banjir..sampai bila masalah ini akan berlarutan..you sudah janji mahu kasi selesai ini masalah sejak merampas kuasa dari Barisan Nasional..

Sehingga ke hari ini masih lagi tidak selesai..rakyat sudah banyak rugi harta benda...kereta rosak..rumah masuk air..orang hendak bisnes tak boleh..

You senang saja beri alasan hujan banyak turun..dahulu masa Kelantan awal tahun 2015 you kutuk Kelantan dilanda banjir kerana rasuah..

You fikir rakyat buta ka?air hujan warna jernih..tapi itu banjir warna tanah..siapa punya hal?tangan manusialah kasi itu hutan tebang jual buat duit..

You tarak tau ka puncanya you gagal dan tidak cekap membina sistem tebatan hujan..habis bukit jadi botak kerana projek lereng bukit yang diluluskan sewenang-wenangnya..penerokaan haram Bukit Relau..

Makan boleh sebarang makan..beer boleh minum..tapi cakap you jangan sebarang cakap..you lupa ka you kata mahu selesai isu banjir sebelum PRU13...

See!!!apa sudah jadi sekarang..itu you punya macai Ahli Parlimen DAP, Ng Wee Aik dulu riuh angkat kain sepanduk kata DAP berjaya selesai masalah banjir..you tengok apa sudah jadi??

Banjir lagi woo!!!

You dulu kutuk MCA tak buat kerja..sekarang MCA Pulau Pinang pula kata you tak buat kerja!!you cakap banjir sebab hujan banyak!!mana peruntukan yang disalurkan kerajaan pusat kepada kerajaan Penang???

You buta ka?tak tahu yang Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) dalam Laporan Audit Pulau Pinang 2016 sudah beri teguran..

Kenapa sekarang baru mengaku gagal salur dana lingkungan RM 22.09 juta hasil caruman perparitan kepada Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri sejak 2008 hingga Jun tahun lalu..

Dana bernilai RM 22.09 juta yang dinyatakan dalam Laporan Audit 2016 dikatakan hanya merangkumi jumlah caruman perparitan oleh pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai dan tidak termasuk nilai tertunggak di Majlis Bandaraya Pulau Pinang...

Jangan banyak beri alasan..mahu salahkan kerajaan BN pusat tak bantu..you kalau nak BN bantu dan you tak buat apa-apa..letak jawatan sajalah..isu rasuah you kat mahkamah pun tak setle lagi..

Dulu masa kempen PRU 12 you janji mahu kasi selesai isu banjir ini dalam tempoh satu penggal sahaja..sekarang sudah dua penggal..nak kempen PRU 14 masih tak setle isu banjir ini..

Janganlah bodohkan rakyat dengan janji kosong..Pahang banjir you kata kerajaan negeri buat rasuah sampai gagal urus pembinaan tebatan banjir tidak dilakukan dengan baik..

Sekarang Pahang sudah atasi masalah banjir..tak macam penang..10 tahun perintah banjir masih berlaku..bila kena kutuk you minta nyawa dari kerajaan Pusat bantu duit..

MCA Penang kutuk sikap bermuka-muka Guan Eng..dengan melabelkan banjir kerana rasuah jika ikut logik Guan Eng..

You jangan main-main sama rakyat..mereka boleh undi siapa yang mereka mah..you gagal selesai banjir..kita kasi ubah Pulau Pinang..beri Barisan Nasional sepenggal..kita tengok macamana BN ajar you setlekan hal banjir ni!!!

CHAK!!!

Mahathir Kena Akui Yang Johor Ada Sejarah Hitam Dengannya..

0 comments

Mahathir perlu akui yang dia mempunyai sejarah gelap di Johor...rakyat Johor sendiri tidak gemar sikap buruknya yang mahu menjadikan Johor untuk ikut acuannya..

Kemajuan Johor umpamanya projek forest city dikritik Mahathir kononnya mahu membawa pendatang dari China..jambatan bengkok idea kuno Mahathit..

Sultan Johor sendiri tidak berkenan terhadap individu yang memburuk-burukkan negeri Johor..ikuti kisah di bawah yang mana hanya sehelai daripada lipatan sejarah Mahahir dan Johor...


MAHATIR DI MALUKAN DI JOHOR BHARU.

Tan Sri Shahrir Samad pernah keluar Umno di zaman Tun Mahathir.

Bukan setakat beliau keluar Umno, malah beliau mengambil keputusan untuk bertanding di atas tiket bebas lawan calon yg diletakkan oleh Mahathir di Parlimen Bandar Johor Bharu.

Shahrir membuat kejutan tersebut pada tahun 1988, kira-kira 7 tahun selepas Tun Mahathir menang tipis ketika dicabar Tengku Razaleigh Hamzah dalam pemilihan agung UMNO 1987 dan selepas beliau memecat Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas.

Ketika itu, kedudukan politik  Tun Mahathir sangat goyah dan kemelut yang dihadapi jauh lebih teruk berbanding apa yang Presiden UMNO hadap sekarang. UMNO diharamkan dan Mahathir menubuhkan UMNO ‘baru’. Sokongan terhadap Mahathir sangat rendah ketika itu sama ada di dalam parti, mahupun dari sudut pandang rakyat .

Shahrir membuktikan betapa goyahnya sokongan rakyat terhadap Tun Mahathir apabila membuat kejutan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen BN Johor Bharu dan mahu Pilihan Raya Kecil (PRK) berlangsung.

Keputusannya Tan Sri Shahrir telah mengalahkan calon Mahathir dengan majoriti yang sangat besar walaupun ketika itu Mahathir sendiri yang mengemudi kempen Prk tersebut.

Namun begitu, selepas dimalukan Shahrir sebegitu teruk sekali, Mahathir tetap enggan meletak jawatan sebagai Presiden UMNO, apatah lagi melepaskan jawatan Perdana Menteri yang beliau sandang. Alasannya mudah, hanya pengundi Johor Bharu saja yang tidak suka pada Mahathir dan kerana itu tidak perlulah dia meletak jawatan.

Mungkin Tun Mahathir boleh lupa kejadian tersebut,
tetapi sejarah tetap tidak boleh terpadam begitu sahaja.
Tun Mahathir merupakan Perdana Menteri dan Presiden Umno yang paling lemah di dalam lipatan sejarah politik Malaysia.

Teruskanah kamu berbangga dengan KLCC kamu wahai Tun Mahathir .
Semoga KLCC mampu memenangkan kamu pada Pru 14 Nanti.

Omong Bibik

Monday, September 18, 2017

Kereta Api Laju HSR KL - Singapura Beri Manfaat Menyeluruh..Janji 110,000 Peluang Pekerjaan!!!

0 comments

Perkembangan pesat industri pengangkutan awam darat negara kita tidak boleh dinafikan lagi..ia berkembang amat pantas..

Program Transformasi Pengangkutan Awam Darat yang dicetuskan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan hanya omong-omong kosong..cakap dan buat..itulah yang prinsip pegangan yang dipegang barisan pentadbiran kerajaan..

Jika pucuk pimpinan sudah baik...sudah tentu agensi-agensi bawahan yang diberi amanah seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melaksanakan segala perancangan menjadi realiti..

Bak kata peribahasa Melayu Pucuk dicita ulam mendatang..segala apa yang diimpikan bukan sahaja menjadi realiti malah hasilnya melebih dari apa yang dijangkakan..

Umpamanya kemudahan pengangkutan MRT SBK..jumlah penumpang hariannya melebihi 140,000 iaitu melebih paras yang dijangka...bukan itu sahaja sejumlah 21,000 penumpang telah menggunakan bas perantataan di laluan SBK..

Itu kita ambil daripada aspek jumlah penumpang..tahukah anda kemudahan yang dinikmati hari ini merupakan rahmat untuk semua?

Melalui kemudahan MRT SBK, hampir 60,000 rakyat mendapat peluang pekerjaan dan sumber rezeki dari pelbagai aktiviti sepanjang laluannya..

Ia bukan perkara main-main..setiap apa yang kerajaan buat pasti dapat dinikmati rakyat dari segenap golongan..

Untuk projek HSR KL-SINGAPURA pula..dijangkakan seramai 110,000 peluang pekerjaan dari peringkat pengurusan sehingga pekerjaan marhaen menjelang 2060..perkara ini dinyatakakan sendiri oleh CEO SPAD, En. Azharuddin Mat Sah..

Projek perancangan masa depan dua negara HSR ini bakal menyumbang lebih kurang RM 21 billion pertumbuhan kasar dalam negara..

Menurut Azharuddin "Inilah yang dimaksudkan sebagai game changer"

Laluan disepanjang HSR ini akan membangun dan menjadi tempat accessible jika sebelum ini kawasan itu tidak berapa popular..

Kajian mendapati projek HSR ini akan menjimatkan masa dan penumpang yang mahu menjimatkan masa akan menggunakan perkhidmatan ini..

Jika dilihat dari aspek penerbangan KL Singapura pula banyak permintaan ke negara seberang tambak..

Sudah tentu mereka yang menggunakan pengangkutan udara akan berubah ke perkhidmatan ini yang menjanjikan keselamatan serta penjimatan waktu..

"Pihak SPAD dan Land Authority of Singapura (LTA) akan memastikan reka bentuk, operasi serta ciri-ciri keselamatan HSR ini sebagai keutamaan.." kata Azharuddin lagi..

Perkembangan projek kemudahan pengangkutan awam ini amat berbaloi kerana dapat dinikmati oleh rakyat..kita sudah ada MRT, ECRL bakal memulakan pembinaan dan HSR melibatkan dua negara akan bermula tidak lama lagi..

Jelaslah bahawa apa yang kerajaan cakap maka mereka akan kotakan semua janji-janji...

Sunday, September 17, 2017

Sidang Media PM Yang Mendebarkan Mengumumkan Kemasukan Semula Tan Sri Mohammad Mat Taib..

1 comments

Riuh dimedia sosial yang PM mahu umumkan kenyataan media yang menggemparkan..rata-rata menjangkakan PM mahu membubarkan parlimen..ini memang kelakar bila Najib mahu umum bubar parlimen dalam sidang media..

Teka teki terjawab apabila DS Najib memgumumkan kemasukan semula UMNO Mantan MB Selangor, Tan Sri Mohammad Mohd Taib

Sebelum ini ramai beranggapan pemimpin Bunga mahu buat u turn..sekali PM umum Mohd Taib masuk UMNO..oklah..orang ini kita mahu bersama dalam parti...setakat perempuan 4 kali..hurm..buat malu saja..

Saturday, September 16, 2017

Ucapan #HariMalaysia Oleh DS @LiowTiongLai Seru Rakyat Bersatu Lebih Teguh..

1 comments

Tepan jam 12 malam ini..negara kita menyambut ulang tahun penubuhan persekutuan Malaysia yang ke-54..

Peristiwa ini amat penting bagi kita ingat kembali penubuhan persekutan Malaysia yang mana mengimbau kembali penyatuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura pada 16 Sept 1963..

Sepanjang tempoh ini Malaysia telah berkembang pesat daripada era pertanian sehingga ke saat ini banyak transformasi telah dilakukan Malaysia untuk dikenali di mata dunia..

Sesungguhnya pencapaian ini adalah berkat kerja keras pemimpin-pemimpin terdahulu sehingga era transformasi DS Najib Razak..

Malaysia moden sekarang ini lebih terbuka dan menghormati hak demokrasi yang subur di bawah kepimpinan DS Najib..YAB PM kita telah membawa lembaran baru Malaysia lebih demokrasi berbanding zaman diktator Mahathir..

Jika hendak dibandingkan dengan kepimpinan Mahathir selama 22 tahun..era Najib lebih mencabar kerana beliau lebih terbuka disamping cabaran ledakan teknologi maklumat dan kebebasan menyeluruh..

Sesungguhnya keamanan negara kita harus dikekalkan bagi merealisasikan hasrat Transformasi Nasional TN50..yang jauh kehadapan..

Justeru itu kami mengharapkan setiap rakyat harus bersatu dan menyokong agenda nasional agar kemakmuran dapat dikecapi bersama..

Bersempena sambutan Hari Malaysia ke-54 kami kongsikan kenyataan media YB Dato' Sri Liow Tiong Lai yang mana menyeru rakyat Malaysia bersatu lebih teguh di bawah Malaysia tercinta..

16 SEPTEMBER 2017
UNTUK SIARAN SEGERA

KENYATAAN MEDIA
OLEH YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI PENGANGKUTAN

Liow: Bersatu Demi Malaysia yang Lebih Teguh

Sambutan peristiwa penting dalam sejarah negara kita pada hari ini memberi peluang untuk kita menghayati dan mendalami semangat Negaraku Sehati Sejiwa.

Tema ini adalah pengiktirafan usaha gigih Bapa-bapa Pengasas kita dan visi mereka untuk mewujudkan sebuah negara yang berjaya. Nilai-nilai yang mereka pamerkan iaitu berganding bahu dalam persefahaman dan penghormatan merupakan suatu perkara yang harus dijadikan sebagan pegangan dan amalan, sebagai rakyat yang benar-benar menghayati makna sehati sejiwa.

Sesungguhnya, Hari Malaysia bukan sahaja menandakan kelahiran negara kita, malah juga meraikan semua kejayaan yang telah kita kecapi selama ini. Dari mengorak langkah sebagai peneraju sektor pertanian sehinggalah transformasi kita menjadi sebuah negara yang berasaskan pengeluaran dan ekonomi berteraskan eksport, kita telah menyesuaikan diri, berkembang, dan membangun sejak tahun 1963.

Inilah asas yang perlu diperkukuhkan dalam pembangunan negara, bagi diwarisi generasi masa depan. Meskipun akan tetap ada pihak yang ingin memecah-belahkan kita, saya pasti bahawa rakyat Malaysia mampu memacu ke hadapan  dan menangani segala cabaran.

Setiap antara kita mempunyai peranan yang tersendiri, bukan sahaja dalam merancakkan pembangunan negara, malah juga dalam memelihara kepelbagaian budaya, tradisi dan warisan di Malaysia. Dengan pendirian teguh dan menyokong satu sama lain, kita pastinya akan terus berkembang sebagai sebuah Malaysia yang progresif dan bersatu padu.

Kepada semua warganegara Malaysia, Selamat Hari Malaysia!

Tuesday, September 12, 2017

Perjuangan For All Ancaman Terbaru Pakatan Pembangkang Diketuai Tan Sri Annuar Musa!

0 comments

Pembangkang dengan nada bongkaknya berbangga dengan Program Nothing To Hide 2.0 yang mana menuduh UMNO punca kepada keadaan huru hara...

Bila disuruh tunjuk bukti..mereka bermain dengan persepsi kononnya nak mencederakan Mahathir..macamlah orang UMNO heran sangat dengan Mahathir tu..dia pilih untuk sertai pembangkang siapa suruh..kalau dah sertai pembangkang..kau hero 7 keturunan sekalipun kami akan tetap pertahankan parti keramat ni..

Baru-baru ini satu program Bicara Minda & Sesi Dialog Bersama Perjuangan For All telah dianjurkan dengan jaya dan aman sekali tanpa sebarang kerusi berterbangan..

Panelis program tersebut ialah :
1) Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa
2) Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari
3) Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Biro Profesional Muda, Shahril Hamdan
4) Moderator - Datuk Dahlan Maamor..


Selaku tuan rumah Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah telah berucap sepatah dua kata..

Jika dilihat barisan panelis kita dapat lihat betapa variasi pemimpin UMNO dari muda sehingga ke taraf otai..ini tiada pada pembangkang..mereka terpaksa mengusung Tun M yang sudah tua..kami kasihan nasib Mahathir..dah tua-tua masih lagi bekerja..maklum sahajalah tiada pelapis yang dia percaya..Mahathir mana percaya kat orang..baginya semua orang perlu ikut telunjuknya..

Berbalik kepada program berkenaan..

Saudara Shahril Hamdan:
Pemuda ini memang hebat..mampu mengalahkan Pendebat terbaik parti bunga, Sayed Sadik..dari ucapan anak muda ini kita dapati anak muda ini mempunyai visi yang amat jelas mengapa beliau memilih untuk bersama Barisan Nasional..penjelasannya mempunyai fakta yang mudah difahami..

Kemudian Datuk Rosni Zahari menyambung baton microfon..beliau menjelaskan bahawa kekuatan UMNO ialah jentera wanitanya berfungsi dengan baik..beliau menyentuh peranan Jalinan Rakyat (JR) yang begitu dekat dengan masyatakat akar umbi..

Gerakan Jalinan Rakyat amat membimbangkan pembangkang..ini kerana model JR ini amat efektif dalam memberi bantuan yang amat pantas..JR merupakan barisan hadapan BN dalam memberi bantuan kepada rakyat..

Bak kata Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil "Wanita akan terus menjadi mata dan telingga rakyat, membantu dan mendengar rintihan mereka serta membawa perkara yang dibangkitkan itu ke peringkat tertinggi mahupun pihak berkuasa"

JR ini mendapat perhatian khusus YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak yang mana telah melancarkan Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) yang bajal berfungsi sebagai platform bersama jentera UMNO dan BN mengadapi PRU 14..


Masa yang dinanti-nanti tiba apabila baton disambut oleh Tan Sri Annuar Musa..

Pidato Tan Sri Annuar Musa berkisar kepada sikap Mahathir yang angkuh seolah-olah dia masih lagi berkuasa..Tan Sri mendedahkan betapa korupsinya Mahathir dan kegagalan Mahathir dalam pentadbirannya selama 22 tahun...

Kisah silamnya hanya ditutupi dengan pembinaan bangunan pencakar langit dan projek-projek mega sahaj..disisi gelap Mahathir ketika itu tisak ramai yang berani dedah kerana akan disumbat dalam ISA...

Perkara paling menarik yang dibicarakan Tan Sri ialah mengenai Rezab negara dan skandal forex..

Menurut Tan Sri "Rizab negara. Dulu zaman Mahathir negara ada 60 billion, akhir pentadbiran lebih kurang 90-100b. Hampir separuh hilang (skandal forex). Zaman Najib, rizab negara ada 430 b. Tapi orang terutamanya pembangkang sibuk cerita pasal 2.6b"

UMNO menurut Tan Sri mempunyai kekuatan tersendiri kerana adanya DNA dalam parti yang telah wujud sejak sekian lama lagi..

UMNO bersatu dengan pelbagai kaum untuk memerdekakan negara kita.

"Melayu bersatu daripada pelbagai kaum bugis, jawa, mamak dan lain-lain. Hendak membentuk megara tak boleh hanya satu kaum. Senan itu kita ada rakan-rakan MCA, MIC, dan komponen lain dalam BN"

"Malaysia satu-satunya negara yang membela nasib kaum dan masyarakat minoriti. Misalnya Menteri Idris Jala, beliau daripada masyarakat Kelabit di Sarawak yang hanya ada 600-700 keluarga sahaja. Inilah perjuangan BN yang tidak terdapat dalam mana-mana parti lain di Malaysia".

Tan Sri turut melabelkan Mahathir sebagai mempunyai penyakit diktator. Walaupun berhenti (letak jawatan) tapi masih hendak menguasai. Mahathir mula menentang Najib dalam kes anaknya boboi, Mukhriz ketika pemilihan jawatam Naib Presiden suatu masa lalu. Malahathir melihat Najib sebagai seorang pemimpin yang tidak boleh diarah-arah mengikut telunjuk"

Hubungan Mahathir dengan pembangkang pastinya tidak lama..DAP sebenarnya diamkan sahaja kerana tidak mahu merosakkan momentum pakatan menjelang PRU 14..

Tengok sahajalah lepas PRU nanti..ia sendiri pernah diakui Mahathir..pakatan ini hanya berpakat..lepas mereka berpakat mereka akan ambil kepentingan masing-masing..

Saksikan video rakaman menarik Tan Sri Annuar Musa membalun Mahathir..ini barulah namanya buku bertemu ruas!!DI SINI


Monday, September 11, 2017

Kebakaran Di Pasar Seremban..MCA Beri Bantuan Pantas!!Kaedah DAP Bantu Timbul Tanda Tanya...

0 comments

9 September lalu jam 7.30 malam telah berlaku satu kebakaran yang memusnahkan sama sekali tingkat atas pasar Seremban..

Kejadian ini amat mengejutkan rakyat Seremban..bencana ini telah memusnahkan sumber pendapatan para peniaga di pasar berkenaan...

Pada malam kejadian, Menteri Besar Negeri Sembilan, DS Mohamad Hasan telah tiba dilokasi kejadian kira-kira jam 10.40 malam bagi melihat sendiri keadaan kebakaran tersebut..turut mengiringi MB N9, wakil MCA Datuk Chong Sin Woon, YDP Majlis Perbandaran Seremban..

Pihak kerajaan BN negeri telah mempertimbangkan untuk membuat satu pelan tindakan bagi membantu peniaga yang terjejas..


Dalam pada itu, MCA melalui dana Crisis Relief Squad MCA (CRSM) telah menyumbangkan bantuan sebanyak RM 327,000..Dana tersebut adalah atas inisiatif MCA untuk membantu mangsa kejadian yang tidak diingini..

Namun..dalam keadaan peniaga menghadapi dugaan..DAP pula difahamkan menjalankan kutipan derma untuk membantu..tabung telah diedarkan bagi mengutip duit derma telah menjadi tanda tanya tentang ketelusan DAP mengira jumlah wang hasil sumbangan..

Perkara yang dibimbangi berlaku takut jikalau DAP mengambil kesempatan terhadap jumlah kutipan tersebut..DAP kita kenal mereka ada masalah dalam bab mengira..lihay sahaj bagaimana pemilihan parti CEC..masalah undi telah berlaku yang mana mereka dengan mudah menjawab hanya masalah teknikal perisian komputer..tembelang mereka pecah kerana yang dikita jumlahnya ialah orang..

Untuk duit sumbangan ini kami turut merasakan bimbang jika perkara yang sama berlaku..

Sumbangan turut boleh dilakukan melalui transaksi bank melalui akaun Publik Bank atas nama Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan..kita sendiri tidak tahu perjalanan akaun tersebut..jika ada yang menderma dan DAP memanipulasi wang berkenaan tiada siapa yang tahu kerana nama akaun tersebut bukanlah akaun dicipta khas untuk membantu mangsa kebakaran pasar Seremban..

Jadi jika benar DAP telus kami cabar DAP agar mendedahkan segala penyata transaksi akaun berkenaan..

Mudah sahaja DAP nak bantu rakyat..kutip duit dari rakyat dan beri...macam ini cara mereka bekerja..hanya meraih simpati dan bermain politik murahan..

Lihat bagaimana BN membantu rakyat...sudah ada pelan tindakan awal-awal lagi..usung tabung dan kredit ke akaun yang bukan dinamakan khas untuk insiden berkenaan telah meninbulkan tandatanya kepada kita tentang ketelusan mereka!!




Kem Pakatan Pening Gara-Gara Mahathir Dan Calon Perdana Menteri..

1 comments

Semalam kami ada menulis tentang sikap Mahathir yang menolak permintaan Anwar untuk PKR mengadakan hubungan semula dengan PAS..boleh rujuk SINI

Permintaan tersebut telah ditulis oleh Anwar sendiri dari dalam Penjara telah mencetuskan keadaan tidak selesa lebih-lebih lagi Mahathir yang berharap tiada kerjasama PAS dalam Pakatan dengan alasan telah disetujui gabungan pakatan...

Kali ini pula kita lihat betapa sikap Mahathir yang menyatakan Pakatan mempunyai banyak calon untuk menjadi Perdana Menteri..

Tahukah Mahathir tindakannya itu membuatkan kem PKR tersinggung...Reformis yang bermati-matian untuk menaikkan nama Anwar dan anak beranak serta PKR supaya Anwar jadi PM..bila kehadiran Mahathir sahaja ia secara tidak langsung telah umumkan ada calon lain..

Mahathir pada 6 Jun lalu ada menyatakan hasrat ingin menjadi Perdana Menteri semula selepas 15 tahun bersara dengan syarat semua setuju...

Sebelum ini dalam kongres PKR pada 21 Mei lalu kem pembangkang yang diketuai oleh PKR telah sebulat suara menaikkan placard "Anwar PM" kecuali Maharhir dan pemimpin bunga..

Ketika itu Mahathir sibuk dengan henfonnya konon mahu mengambil gambar..macai bunga raya ketika itu mempertahankan tindakan Mahathir dengan alasan teruja mengambil gambar..

Kami sedar sebenarnya amat sukar untuk Mahathir menerima Anwar sebagai PM walaupun dia ada berkata hanya bersetuju jika rakyat mahukan Anwar..soalnya Rakyat atau dia yang tak mahu Anwar jadi PM..

Sukar sangatkah dia menerima Anwar sebagai PM..bukankah sebelum kehadiran Mahathir , pakatan sudah sebulat suara mahukan Anwar sebagai PM..

Sebelum ini heboh desas desus yang Mahathir mahu memastikan anak kesayangannya Muhriz menjadi salah seorang pemimpin penting dalam Pakatan jika menang PRU14..samalah juga dengan Kit Siang yang mahu memastikan legasi berterusan kepada Lim Guan Eng..

Memang sudah resam pemimpin pembangkang amat mementingkan amalan nepotisme..

Mahathir jelas sekarang ini sudah  terbelit degan lidah sendiri..di Jepun dia menyuarakan mahu jadi PM semula..depan pemimpin PKR tak naikkan placard Anwar jadi PM..belakang pemimpin pakatan kata ada ramai calon lain..kemudian kata hanya rela Anwar jadi PM jika rakyat mahu..

Untuk menamakan bakal PM pun susah..katanya nak jaga hati rakan-rakan pakatan..nampak sangat mereka gagal dan tak boleh capai kesepakatan untuk menamakan satu nama calon Perdana Menteri..

Jadikan Barisan Nasional sebagai contoh..tanyalah semua pemimpin BN..siapa calon PM lepas PRU 14..comfem jawapan hanya DS Najib!!!

Jika nama Perdana Menteri pun sebersalah nak sebut..jangan mimpi nak tumbangkan BN!!

Sunday, September 10, 2017

Mahathir Tolak Surat Anwar Dari Penjara Kerana Punca Perpecahan Dalam Pakatan!!!

1 comments

Nampaknya hubungan Anwar dan Mahathir masih lagi tidak baik..cadangan Anwar melalui surat dari penjara baru-baru ini agar PKR merisik kembali PAS untuk bersama dalam PRU-14 ditolak mentah-mentah oleh Mahathir...

Setakat mahu berjumpa di mahkamah kami merasakan itu bukan masalah besar untuk Mahathir..setakat jenguk muka..tak bererti Mahathir terbuka untuk menerima Anwar luar dan dalam..

Anwar baru-baru ini menulis surat supaya PKR menjalinkan kerjasama dengan PAS untuk memastikan UMNO dapat ditumbangkan..Rafizi pula memaki hamun PAN yang menjadi barua DAP..

PKR sekarang ini dalam kekeliruan..kesipuan..nak bersama DAP atau PAS...Mahathir pula dengan gaya kuku besi menolak sebarang kerjasama dengan PAS kerana sudah mendapat mandat DAP dan HARAPAN..

Sebagai top dog..dia kena akur...Anwar pula merasakan kehadiran Mahathir belum cukup kuat untuk menumbangkan UMNO...mereka memerlukan PAS..sedangkan PAS awal-awal lagi sudah bercerai dengan DAP..

Hairannya kami PAS Selangor tak pula ikut apa keputusan mukhtamar..keputusan musyawarah dipersetankan demi kerjasama dengan PKR dan DAP..

PAS kesipuan..di Selangor menerima kerjasama DAP dan PKR..di pusat menolak DAP dan Pakatan..

PKR celaru..Anwar hantar surat suruh bersepakat dengan PAS..Mahathir pula herdik PKR jangan memandai-mandai kerana bakal menganggu ketenteraman Harapan..

Bunga dan PAN terus setia jadi kuda tunggangan DAP..

Mahathir seperti kita kenal..dia nak semua ikut arahannya..maklum sajalah top dog..menurut Mahathir kerjasama dengan PAS bakal melingkupkan parti bunga dan Harapan..

Jika PAS bertanding takkan Bunga nak follow saja..mereka pun nak bertanding banyak kerusi juga..sebenarnya inilah alasan utama Mahathir..takut tak dapat kerusi..takut xde autoriti..

Penat sahaja Anwar menulis dari dalam penjara..sampai pengetahuan Mahathir..dia batalkan hasrat itu..semuanya kerana bimbang Bunga tak dapat bertanding kerana sudah tentu PAS akan sapu 60 kerusi yang diidam-idamkan...

Mana mungkin Mahathir nak ikut telunjuk Anwar!!kesian Mahathir daripada seorang legend terpaksa melukut ditepi gantang untuk memastikan BUNGA terus relevan..boboi pula masih tak berubah..tak malu dah besar panjang masih lagi harapkan bapak!

Friday, September 8, 2017

Kerajaan Pertimbang Laksana #MRT3 Lebih Awal #DemiRakyat!!!

0 comments
Nampaknya belum pun 2 bulan dari tarikh 17/7/17 projek mega negara MRT Fasa 2 dilancarkan..sudah kedengaran yang projek MRT 3 bakal diawalkan tempoh pembinaan...

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sudah mendapat respon positif daripada YAB Perdana Menteri tentang cadangan untuk mempercepatkan pembinaan MRT 3 yang mana meliputi laluan berimpak tinggi sekitar Greater KL dan menghubungkan lebih banyak stesen sedia ada..

Berkenaan MRT ini yakin ianya projek berimpak tinggi dan mampuguna oleh rakyat kebanyakan..

Setakat ini MRT 1 fasa 1 dan 2 telah dilancarkan dan rata-rata berpuas hati dengan kemudahan serba moden ini..malah peminpin pembangkang juga turut memuji idea YAB Perdana Menteri Najib yang kehadapan..

Berikut kami kongsikan laluan MRT 1-3 yang telah siap dan dalam perancangan.

> MRT 1 Fasa 1 Sg Buloh Kajang - Sg Buloh Semantan (21KM) yang mula beroperasi pada 16 Disember 2016

> MRT 1 Fasa 2 Semantan - Kajang (51KM) melalui 31 stesen dan 7 di bawahbtanah telah mula beroperasi pada 17 Julai 2017

> MRT 2 Sg Buloh - Serdang - Putrajaya dijangka siap pada tahun 2024

> MRT 3 melinatkan laluan Greater KL dijangka siap pada tahun 2027

Setiap projek melibatkan tempoh masa lingkungan 5 tahun jadi disebabkan hal ini DS Liow Tiong Lai mahu ianya dibina lebih awal dan sudah pasti ia akan siap lebih awal..

Namun menurut DS Liow ianya masih diperingkat cadangan dan bergantung kepada pihak lain seperti Unit Perancang Ekonomi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan juga Jabatan Perdana Menteri..

Kami melihat idea daripada DS Liow merupakan satu perkara yang bagus dan perlu dipercepatkan memandangkan ia amat penting buat pengguna dan rakyat..

Jika kita lihat kepimpinan DS Najib dan pemimpin seperti Mahathir..DS Najib lebih elok..beliau membuat projek yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat sekaligus membawa kemegahan kepada negara yang mempunyai kemudahan awam yang baik..

Berbanding Mahathir..dia banyak buat projek untuk golongan yang berduit..umpamanya KLCC..Litar Sepang..tak semua rakyat mampu memanfaatkannya...

Kami yakin projek MRT 1,2,3 jika siap nanti pasti akan membawa perubahan besar kepada negara kita di mata dunia..

Bak kata DS Liow "Melalui perancangan yang sistematik dalam jaringan pengangkutan, negara dapat mewujudkan perbandaran koridor dengan rangkaian transit kemudahan awam serta menjimatkan kos dan masa pengguna untuk bergerak ke lokasi-lokasi tertentu...

Syabas Kerajaan Malaysia!!!

Thursday, September 7, 2017

Pelantikan Ketua Pegawai Operasi @SPADChannel, Qamar Wan Noor Bakal Memacu Industri Pengangkutan Awam Darat!!

0 comments

Kami ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Qamar Wan Noor ke dalam keluarga besar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)..

Qamar telah dilantik sebagai Pegawai Operasi (COO) SPAD berkuatkuasa 5 September 2017..industri pengangkutan awam darat di negara kita sedang berkembang pesat..

Agensi ini memerlukan seorang yang mampu membawa SPAD ke arah lebih berdaya maju dan memacu masa depan negara dalam industri ini..semua sedia maklum yang industri pengangkutan awam darat negara kita sedang pesat membangun..

Pelantikan Qamar sebagai COO yang baru amat tepat..melihat akan latar belakangnya kami yakin beliau ialah orang yang paling layak memandangkan beliau mempunyai pengalaman berurusan dengan sektor-sektor koperat, perancangan koperat, pengurusan projek, operasi pengagihan dan pengedaran serta strategi pembangunan untuk perniagaan serantau...

Menyingkap kembali sejarah penubuhan SPAD, YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak telah memilih Pengerusi Tan Sri Syed Hamid Albar..ini kerana pengalaman yang dimiliki Tan Sri yang mampu menjadi perantara kerajaan kepada pihak luar dan dalam negara dalam berhadapan dengan pemain industri ini..

Ternyata ianya satu percaturan yang berjaya..kini perlantikan COO pula yang mana pelantikan Qamar dilihat mampu menjadi perantara dalam dunia koperat..

Industri ini amat memerlukan pemimpin yang berkalibel kerana banyak perancangan masa depan telah dan masih dalam proses perkembangan industri yang semakin pesat membangun..

Siapa dan apa kriteria yang difikirkan layak memilih Qamar Wan Noor sebagai COO yang baru?pasti anda ingin mengetahui..kami akan kongsikan sedikit sebanyak latar belakang COO baru SPAD...

Qamar Wan Noor ialah penerima Anugerah Magna Cum Laude Sarjana Muda dalam Bidang Sains Kejuruteraan Kimia dari Rensselaer Polytechnic Institute, New York pada tahun 1990..

Beliau telah memulakan kerjaya sebagai seorang ahli teknologi penapisan Shell pada tahun 1990..Sepanjang kariernya selama 26 tahun bersama Shell..beliau telah memegang pelbagai jawatan termasuk menjadi ahli pengurusan kanan di Malaysia, Asia Pasifik dan Timur Tengah..

Beliau juga telah mengetuai pasukan Bekalan dan Pengedaran Pemasaran yang memastikan penggunaan aset secara selamat dan cekap di terminal-terminal darat dan logistik marin di Oman san Emiriah Arab Bersatu (UAE), kemudian di Malaysia serta Singapura..

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Encik Mohd Azharruddin Mat Sah "kami menyambut baik kedatangan Qamar ke SPAD pada peringkat ini di mana SPAD sedang giat membangunkan projek-projek pengangkutan awam darat yang bertujuan meningkatkan kesalinghubungan antara mod bandar dan merapatkan jurang mobiliti antara kawasan bandar dan luar bandar seperti diaspirasikan kerajaan"

"Qamar bertanggungjawab atas transformasi keseluruhan industri pengangkutan barangan, bas dan teksi serta infrastruktur berkaitan. Ini termasuk pelaksanaan projek-projek nasional seperti MyBas di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti dan penyusunan semula rangkaian bas di Greater KL dan Lembah Klang bagi memastikan mod pengangkutan bas cekap, beesepadu dan mampan serta menekankan peningkatan mutu perkhidmatan bagi pengguna"kata Mohd Azharuddin lagi..

Dari apa yang telah dinyatakan berkaitan latar belakang, pengalaman dan visi SPAD kami yakin Qamar mampu memaksimumkan keupayaan dan perancangan masa depan industri pengangkutan awam darat..

COO merupakan tugas yang amat besar bagi menjadi mastermind untuk mengerakkan segala impian menjadi kenyataan..tiada yang mustahil!

Setakat ini pun kita sudah lihat bagaimana kemajuan industri pengangkutan awam di negara kita..

Akhir kalam..kami ucapkan selamat bertugas buat COO SPAD, Qamar Wan Noor!!!

Monday, September 4, 2017

Video Merdeka Viral 2017 - DS @LiowTiongLai Berjaya Bawa Mesej #Negaraku #SehatiSejiwa!!!

0 comments

Setiap kali tiba bulan kemerdekaan kita pasti ternanti-nanti video mesej kemerdekaan..begitu jugalah menjelang musim perayaan..sudah tentu kita menantikan filem pendek yang biasanya didominasi oleh Petronas dan Tenaga Nasional Berhad..

Untuk bulan kemerdekaan tahun ini, kami telah memilih video pendek mesej kemerdekaan yang bertajuk 'Citizen'..skrip dan arahan video ini atas daripada Pete Teo & Liew Seng Tat...sebuah karya A Little Picture House..

Video pendek ini menyaksikan penampilan istimewa Dato' Seri Liow Tiong Lai..dalam video tersebut DS Liow membawa 2 watak iaitu watak sebagai seorang pemimpin politik dan seorang lagi rakyat yang hidup penuh kerisauan...

Dalam filem berdurasi 5.54 minit itu, DS Liow (pemimpin politik) menasihati rakyat yang hidup penuh kerisauan supaya sentiasa yakin dan sayangkan tanah air tercinta..

Dari tinjauan kami..video tersebut telah berjaya ditonton sebanyak 257,925 dalam tempoh seminggu..seramai 2 ribu lebih orang menyukainya..ia petanda jelas bahawa video tersebut mendapat perhatian orang awam bahawa kerisauan itu wujud dan perlu melawan supaya hasrat kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengecapi keamanan akan tercapai. 

Diakhir video berkenaan, DS Liow (kerisauan) telah mengantung bendera Malaysia..kerisauan masyarakat Cina wujud sebenarnya kerana DAP yang berjaya menghasut dengan bermacam-macam tohmahan dan tuduhan...rakyat pulsa terperdaya...mereka mendabik dada menuduh Barisan Nasional rasuah walhal dalam masa yang sama pemimpin DAP telah ditahan dan dalam proses siasatan SPRM..

Pemilihan parti DAP pun tidak telus ada hati untuk menghasut..normal bagi kita akan mudah percaya sesuatu yang negatif..yang positif depan mata seperti tidak nampak..

Apapun kami memuji usaha DS Liow ini yang mampu memupuk kesedaran masyarakat Cina bahawa tidak perlu merasa bimbang..mana mungkin sebuah negara yang dituduh bankrup tetapi rakyat hidup penuh kegembiraan..jalan raya sesak..shoping conplek penuh..bila pelancaran telefon bimbit baru beratur orang untuk menjadi orang yang pertama memilikinya..

Yakinlah kepada Malaysia!!!Selamat Hari Merdeka!!Negaraku Sehati Sejiwa!!!

Saksikan video tersebut di SINI


Filem Ahmad Idham Tiada Sambutan..Syafik Yusof Semakin Menyerlah Dengan Filem Abang Long Fadil 2!!!

0 comments

Tahniah kami ucapkan kepada filem Abang Long Fadil 2 yang berjaya mengutip sebanyak RM5 juta dalam masa 5 hari tayangan sahaja..

Filem hasil karya Syafiq Yusoff anakanda Pengarah filem tersohor Datuk Yusoff Haslam..dengar komentar rakan2 yang sudah menonton ternyata rata-rata memberi level 9.5/10..

Kami sendiri belum berkesempatan menonton..kami yakin dengan idea anak muda seperti Syafiq ini mampu memperoleh jumlah kutipan setidak-tidaknya RM 10 juta menerusi filem Abang Long Fadil 2 ni..

Berbeza dengan pengarah filem Ahmad Idham yang sering menimbulkan kontroversi berbaur politik mengutuk kepimpinan DS Najib Razak...

Kami yakin, rata-rata masyarakat menyampah dengan tindakan seniman yang menceburkan diri dalam politik dan mengutuk kepimpinan kerajaan..

Buktinya jelas..hasil kutipan terbaru filem Ahmad Idaham tidaklah harus dibanggakan..hanya mendapat RM 100 ribu sahaja..


Nampaknya..Ahmad Idham semakin ketinggalan untuk bersaing dengan Pengarah-pengarah filem tempatan yang lain..rakyat bukannya tidak berminat dengan jalan cerita yang di bawa..cumanya filem yang diarahkan oleh Ahmad Idham tiada daya tarikan yang mampu membuatkan penonton ingin menyaksikan sendiri filem itu..

Bula peminat kritik Ahmad Idham di twitter..dia melompat dan marahkan pemonat..katanya tak layak cakap soal filem dll..sekarang kami rasa anda kena muhasabah diri kenapa filem anda tidak laki..

Nasihat kami kepada Ahmad Idham..jika buat filem tak laku..eloklah tukar kerjaya..sertai kem Azmin Ali untuk berkempen politik dan fokus kerja-kerja kebajikan anda...

Anda boleh tengok sendiri bagaimana perangai Ahmad Idham di twitter..patutlah orang tak layan cerita dia..boleh rujuk SINI..

Belagak bagus!

Sunday, September 3, 2017

Rakyat Singapura Berperangai Teruk..Anda Telah Memalukan Negara Kami Dengan Menuduh Perkhidmatan Hospitaliti Dan Anggota Polis Kami Zalim Sekarang Anda Nak Kata Masalah Konunikasi???

2 comments

Kalau dari awal anda cakap ada masalah komunikasikan sudah tentu masalah ini tidak berpanjangan...tak payah buat tuduhan hospital tak nak beri rawatan kerana tidak bayar..tak payah tuduh Polis suruh cuci darah atas jalan...tak payah tuduh ambulan kami lambat..

Kalau anda hadapi masalah komunikasi..kena faham anda berada di Malaysia dan bahasa Melayu adalah bahasa utama kami...perkara yang sama juga jika anda melancong ke Jepun, Korea, China, France, German dan mana2 negara lain yang berbangga dengan bahasa ibunda mereka..

Ini sebenar taktik alih isu sebenar iaitu anda menuduh perkhidmatan hospital dan anggota polis kami zalim..tidak sangka..Singapura yang dikenali mempunyai rakyat berdisiplin tetapi bila keluar di negara orang anda berkelakuan buruk...

Kami tidak hairan mengapa rakyat negara luar berani mengutuk negara Malaysia..ini semua berpunca dari sikap pembangkang Pakatan Harapan yang berani memburuk-burukkan negara sendiri..

Inilah akibatnya jika kita mempunyai manusia yang taksub politik sehingga memberi gambaran buruk kepada orang negara luar..malangnya orang luar yang percaya itu datang dari negara Singapura yang lebih suka membuat spekulasi tentang keburukan Malaysia daripada menceritak perkara baik tentang negara kami!

Kami mengesa anda meminta maaf kepada negara kami!!

Saturday, September 2, 2017

Warga Singapura Fitnah Hospital Malaysia..Dia Patut Bersyukur Ada Orang Hubungi 999...

1 comments

Cerita yang viral ketika ini melibatkan insiden membawa maut dan kritikan terhadap prosedur perubatan hospital negara Malaysia mencerminkan betapa rakyat Singapura tidak langsung menghormati institusi negara kita..

Sebelum ini warga Singapura itu mengkritik hospital kerana lambat hantar bantuan ambulan dan memilih jalan yang lambat..kemudian dia mengkritik polis menyuruhnya membersihkan darah..setibanya di Hospital dia menuduh pula kakitangan hospital memintanya membayar duit sebelum membuat sebarang rawatan..

Kes berkenaan membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia..mereka seolah-olah berani mengutuk negara kita sesuka hati..tetapindia tidak tahu dalam kes tersebut ada insan yang prihatin terhadap insiden berkenaan..

Terkini Warga Singapura tersebut telah menukar statement kepada tidak tahu untuk menghubungi talian 999..dia patut beryukur kerana ada insan yang menghubungi talian 999...jika tidak mereputlah anda di situ..

Sikap warga Singapura ini menunjukkan betapa teruknya moral rakyat negara itu..kerajaan Singapura perlu bertanggungjawab dan menyatakan permohonan maaf kepada kerajaan Malaysia kerana tindakan rakyat anda telah memburukkan negara kami!!!

Dakwaan penulis ini sangat jahat iaitu :

1. Ambulance sampai 30 minit ke tempat kejadian walhal google map hanya 9 minit. 

👉 Dari rekod servis ambulance, panggilan diterima jam 2.57 am. Ambulance bergerak jam 2.59am dan sampai jam 3.10am. 

Berikut kami kongsikan timeline pergerakan ambulan untuk kes itu..jelas kenayataan sebelum ini adalah fitnah yang telah direka oleh portal dari Singapura..

2. Minta wang pendahuluan

👉 Sama ada warganegara ataupun bukan termasuk PATI, jika pesakit kategori red zone, rawatan akan diutamakan. Bayaran kemudian. Bagi kes ini, survey xrays, CT brain dan CT Thorax dilakukan dahulu. Neurosurgical team telah di refer pada waktu yg tepat. Craniectomy telah dijalankan. Deposit di minta setelah waris pesakit sampai. 

3. Pesakit meninggal dunia kerana rawatan yang lambat?

👉 Waris meminta AOR discharge - discharge at own risk, untuk hantar ke Hospital di Singapura - salah satu punca pembedahan dilengahkan. 

Bawah ini kenyataan media dari Kementerian Kesihatan:

Kenyataan Akhbar KPK 

Tiada Kelewatan atau Desakan Bayaran Pendahuluan oleh Hospital Sultanah Aminah Hospital, Johor Bahru

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan portal akhbar atas talian “The Independent SG” (theindependent.sg) bertarikh 31 Ogos 2017 mengenai seorang warga Singapura yang telah meninggal dunia setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Johor Bahru. Takziah diucapkan kepada keluarga dan rakan mendiang atas pemergian beliau. Namun begitu, KKM ingin menjelaskan bahawa tiada kelewatan atau desakan bayaran pendahuluan oleh Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru bagi pesakit ini.

Dalam laporan tersebut, the theindependent.sg menyatakan bahawa lelaki warga Singapura yang berumur 25 tahun itu telah mengalami kecederaan kritikal akibat kemalangan jalan raya di Johor Bahru. Portal itu juga melaporkan bahawa masa respon ambulan dari HSA adalah lewat iaitu 30 minit. Semakan rekod perkhidmatan ambulan HSA mendapati bahawa panggilan kecemasan telah dibuat pada 25 Ogos 2017, pukul 2:57 pagi. Ambulan telah dihantar daripada HSA pada pukul 2:59 pagi dan telah tiba di tempat kejadian pada pukul 3:10 pagi. Ambulan kemudiannya telah bertolak kembali ke HSA pada pukul 3:15 pagi. Syabas diucapkan kepada perkhidmatan ambulan yang telah berjaya memberikan perkhidmatan kecemasan yang pantas, iaitu dengan masa penghantaran (despatch time) selama dua (2) minit dan masa respon selama 13 minit.

Keadaan pesakit didapati kritikal dan setibanya di Jabatan Kecemasan HSA, beliau telah dikejarkan ke Zon Merah di mana rawatan kecemasan yang telah sebelum itu dimulakan oleh petugas ambulan adalah diteruskan mengikut protokol Advanced Trauma Life Support (ATLS). Pasukan Jabatan Kecemasan yang cekap telah melaksanakan tugasan dengan professional dan pantas, termasuk menjalankan ujian yang diperlukan (Imbasan X-ray, imbasan CT otak, tengkuk dan dada), rawatan (termasuk bantuan pernafasan) dan rujukan kepada pasukan pakar yang berkaitan. Memandangkan ini adalah kes kecemasan, rawatan dan ujian tersebut telah dijalankan tanpa memohon sebarang bayaran atau deposit terlebih dahulu. Ini adalah selaras dengan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM bertarikh 4 Mac 2015 berkaitan Garis Panduan pengurusan kutipan hasil bagi pesakit warga asing yang tidak membayar deposit semasa mendapatkan rawatan di hospital Kerajaan.

Memandangkan beliau telah mengalami kecederaan otak, pesakit telah dirujuk kepada pasukan Pembedahan Neuro di mana pembedahan kecemasan telah dirancang (decompressive craniectomy plus removal of clot and intracranial pressure monitoring), tanpa sebarang permintaan untuk bayaran deposit. Hanya setelah keluarga pesakit tiba di HSA, mereka telah dipohon membuat bayaran deposit iaitu sama seperti protokol pengurusan kutipan hasil bagi pesakit warga asing. Suka dinyatakan di sini bahawa sebarang ujian dan rawatan kecemasan yang diperlukan pesakit tidak pernah diberhentikan atau dilewatkan seperti yang dilaporkan. Malahan keluarga pesakit sendiri telah memohon untuk mendiscaj pesakit bertentangan dengan nasihat oleh pakar (discharge at own risk – AOR discharge). Mereka berhasrat untuk dimasukkan ke sebuah hospital di Singapura, iaitu setelah memahami risiko yang terlibat dengan melengahkan pembedahan tersebut.

KKM memohon semua pihak yang terlibat untuk berhati-hati dalam membuat laporan dan mengeluarkan komen dengan penuh bertanggungjawab. Tindakan mengeluarkan maklumat yang tidak tepat dan kenyataan yang tidak berasas boleh mengakibatkan salah faham dan boleh menggugat keharmonian. KKM sememangnya menghargai nyawa dan berusaha sehabis baik untuk merawat sebarang pesakit tanpa mengira latar belakang mahupun status kewarganegaraan. Ini adalah selaras dengan budaya kerja dan korporat KKM iaitu “Penyayang, Profesionalisme dan Kerja Berpasukan”.

“Kami Sedia Membantu”

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA



ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA