networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Monday, September 11, 2017

Kem Pakatan Pening Gara-Gara Mahathir Dan Calon Perdana Menteri..


Semalam kami ada menulis tentang sikap Mahathir yang menolak permintaan Anwar untuk PKR mengadakan hubungan semula dengan PAS..boleh rujuk SINI

Permintaan tersebut telah ditulis oleh Anwar sendiri dari dalam Penjara telah mencetuskan keadaan tidak selesa lebih-lebih lagi Mahathir yang berharap tiada kerjasama PAS dalam Pakatan dengan alasan telah disetujui gabungan pakatan...

Kali ini pula kita lihat betapa sikap Mahathir yang menyatakan Pakatan mempunyai banyak calon untuk menjadi Perdana Menteri..

Tahukah Mahathir tindakannya itu membuatkan kem PKR tersinggung...Reformis yang bermati-matian untuk menaikkan nama Anwar dan anak beranak serta PKR supaya Anwar jadi PM..bila kehadiran Mahathir sahaja ia secara tidak langsung telah umumkan ada calon lain..

Mahathir pada 6 Jun lalu ada menyatakan hasrat ingin menjadi Perdana Menteri semula selepas 15 tahun bersara dengan syarat semua setuju...

Sebelum ini dalam kongres PKR pada 21 Mei lalu kem pembangkang yang diketuai oleh PKR telah sebulat suara menaikkan placard "Anwar PM" kecuali Maharhir dan pemimpin bunga..

Ketika itu Mahathir sibuk dengan henfonnya konon mahu mengambil gambar..macai bunga raya ketika itu mempertahankan tindakan Mahathir dengan alasan teruja mengambil gambar..

Kami sedar sebenarnya amat sukar untuk Mahathir menerima Anwar sebagai PM walaupun dia ada berkata hanya bersetuju jika rakyat mahukan Anwar..soalnya Rakyat atau dia yang tak mahu Anwar jadi PM..

Sukar sangatkah dia menerima Anwar sebagai PM..bukankah sebelum kehadiran Mahathir , pakatan sudah sebulat suara mahukan Anwar sebagai PM..

Sebelum ini heboh desas desus yang Mahathir mahu memastikan anak kesayangannya Muhriz menjadi salah seorang pemimpin penting dalam Pakatan jika menang PRU14..samalah juga dengan Kit Siang yang mahu memastikan legasi berterusan kepada Lim Guan Eng..

Memang sudah resam pemimpin pembangkang amat mementingkan amalan nepotisme..

Mahathir jelas sekarang ini sudah  terbelit degan lidah sendiri..di Jepun dia menyuarakan mahu jadi PM semula..depan pemimpin PKR tak naikkan placard Anwar jadi PM..belakang pemimpin pakatan kata ada ramai calon lain..kemudian kata hanya rela Anwar jadi PM jika rakyat mahu..

Untuk menamakan bakal PM pun susah..katanya nak jaga hati rakan-rakan pakatan..nampak sangat mereka gagal dan tak boleh capai kesepakatan untuk menamakan satu nama calon Perdana Menteri..

Jadikan Barisan Nasional sebagai contoh..tanyalah semua pemimpin BN..siapa calon PM lepas PRU 14..comfem jawapan hanya DS Najib!!!

Jika nama Perdana Menteri pun sebersalah nak sebut..jangan mimpi nak tumbangkan BN!!

1 comment:

Anonymous said...

tak kan lah sampai ke saat ini orang ramai tak nampak lagi kekuatan Pakatan Harapan..? siapakah yang selama ni memperjuangkan hak rakyat dengan cuba membabitkan isu 1MDB dengan PM Najib dan membocorkan keborosan Rosmah berbelanja wang negara, begitu juga siapakah selama ini yang mendedahkan penyelewengan wang negara untuk keluarga anak tiri Najib. Tak kan lah tak nampak lagi betapa kukuhnya DAP, PKR dan PPBM ( kami cabar siapa berani menafikan kekuatan ketiga-tiga Parti tu ... siapa ?)
Hanya orang yang tak pandai menilai sahaja yang tak tahu meletak sesuatu kebenaran di tempat yang sewajarnya
Tengok macamana DAP mengikis hak istimewa orang melayu di Pulau Pinang sampai takde sesiapa pun berani menentangnya (kira kuat la tu bila takde orang berani menentang ... setuju tak ?)
Hanya orang yang tertutup mata hati sahaja yang tak nampak hakikat kebenaran yang sebenarnya
Ada sesiapa berani menafikan kekuatan bekas PM Tun Mahathir walaupun setelah tidak lagi menjadi Pemimpin No 1 Negara ?

Namun yang jelas kebenaran tidak hanya boleh dilihat dan dinilai dengan pandangan mata dan kata-kata

kah kah kah ... kah kah kah hanya PAN jer yang tak nampak apa-apa dan seolah-olah tidak ujud (ada sesiapa berani menafikannya ? )

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA