networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Friday, September 8, 2017

Kerajaan Pertimbang Laksana #MRT3 Lebih Awal #DemiRakyat!!!

Nampaknya belum pun 2 bulan dari tarikh 17/7/17 projek mega negara MRT Fasa 2 dilancarkan..sudah kedengaran yang projek MRT 3 bakal diawalkan tempoh pembinaan...

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sudah mendapat respon positif daripada YAB Perdana Menteri tentang cadangan untuk mempercepatkan pembinaan MRT 3 yang mana meliputi laluan berimpak tinggi sekitar Greater KL dan menghubungkan lebih banyak stesen sedia ada..

Berkenaan MRT ini yakin ianya projek berimpak tinggi dan mampuguna oleh rakyat kebanyakan..

Setakat ini MRT 1 fasa 1 dan 2 telah dilancarkan dan rata-rata berpuas hati dengan kemudahan serba moden ini..malah peminpin pembangkang juga turut memuji idea YAB Perdana Menteri Najib yang kehadapan..

Berikut kami kongsikan laluan MRT 1-3 yang telah siap dan dalam perancangan.

> MRT 1 Fasa 1 Sg Buloh Kajang - Sg Buloh Semantan (21KM) yang mula beroperasi pada 16 Disember 2016

> MRT 1 Fasa 2 Semantan - Kajang (51KM) melalui 31 stesen dan 7 di bawahbtanah telah mula beroperasi pada 17 Julai 2017

> MRT 2 Sg Buloh - Serdang - Putrajaya dijangka siap pada tahun 2024

> MRT 3 melinatkan laluan Greater KL dijangka siap pada tahun 2027

Setiap projek melibatkan tempoh masa lingkungan 5 tahun jadi disebabkan hal ini DS Liow Tiong Lai mahu ianya dibina lebih awal dan sudah pasti ia akan siap lebih awal..

Namun menurut DS Liow ianya masih diperingkat cadangan dan bergantung kepada pihak lain seperti Unit Perancang Ekonomi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan juga Jabatan Perdana Menteri..

Kami melihat idea daripada DS Liow merupakan satu perkara yang bagus dan perlu dipercepatkan memandangkan ia amat penting buat pengguna dan rakyat..

Jika kita lihat kepimpinan DS Najib dan pemimpin seperti Mahathir..DS Najib lebih elok..beliau membuat projek yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat sekaligus membawa kemegahan kepada negara yang mempunyai kemudahan awam yang baik..

Berbanding Mahathir..dia banyak buat projek untuk golongan yang berduit..umpamanya KLCC..Litar Sepang..tak semua rakyat mampu memanfaatkannya...

Kami yakin projek MRT 1,2,3 jika siap nanti pasti akan membawa perubahan besar kepada negara kita di mata dunia..

Bak kata DS Liow "Melalui perancangan yang sistematik dalam jaringan pengangkutan, negara dapat mewujudkan perbandaran koridor dengan rangkaian transit kemudahan awam serta menjimatkan kos dan masa pengguna untuk bergerak ke lokasi-lokasi tertentu...

Syabas Kerajaan Malaysia!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA