networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, September 7, 2017

Pelantikan Ketua Pegawai Operasi @SPADChannel, Qamar Wan Noor Bakal Memacu Industri Pengangkutan Awam Darat!!


Kami ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Qamar Wan Noor ke dalam keluarga besar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)..

Qamar telah dilantik sebagai Pegawai Operasi (COO) SPAD berkuatkuasa 5 September 2017..industri pengangkutan awam darat di negara kita sedang berkembang pesat..

Agensi ini memerlukan seorang yang mampu membawa SPAD ke arah lebih berdaya maju dan memacu masa depan negara dalam industri ini..semua sedia maklum yang industri pengangkutan awam darat negara kita sedang pesat membangun..

Pelantikan Qamar sebagai COO yang baru amat tepat..melihat akan latar belakangnya kami yakin beliau ialah orang yang paling layak memandangkan beliau mempunyai pengalaman berurusan dengan sektor-sektor koperat, perancangan koperat, pengurusan projek, operasi pengagihan dan pengedaran serta strategi pembangunan untuk perniagaan serantau...

Menyingkap kembali sejarah penubuhan SPAD, YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak telah memilih Pengerusi Tan Sri Syed Hamid Albar..ini kerana pengalaman yang dimiliki Tan Sri yang mampu menjadi perantara kerajaan kepada pihak luar dan dalam negara dalam berhadapan dengan pemain industri ini..

Ternyata ianya satu percaturan yang berjaya..kini perlantikan COO pula yang mana pelantikan Qamar dilihat mampu menjadi perantara dalam dunia koperat..

Industri ini amat memerlukan pemimpin yang berkalibel kerana banyak perancangan masa depan telah dan masih dalam proses perkembangan industri yang semakin pesat membangun..

Siapa dan apa kriteria yang difikirkan layak memilih Qamar Wan Noor sebagai COO yang baru?pasti anda ingin mengetahui..kami akan kongsikan sedikit sebanyak latar belakang COO baru SPAD...

Qamar Wan Noor ialah penerima Anugerah Magna Cum Laude Sarjana Muda dalam Bidang Sains Kejuruteraan Kimia dari Rensselaer Polytechnic Institute, New York pada tahun 1990..

Beliau telah memulakan kerjaya sebagai seorang ahli teknologi penapisan Shell pada tahun 1990..Sepanjang kariernya selama 26 tahun bersama Shell..beliau telah memegang pelbagai jawatan termasuk menjadi ahli pengurusan kanan di Malaysia, Asia Pasifik dan Timur Tengah..

Beliau juga telah mengetuai pasukan Bekalan dan Pengedaran Pemasaran yang memastikan penggunaan aset secara selamat dan cekap di terminal-terminal darat dan logistik marin di Oman san Emiriah Arab Bersatu (UAE), kemudian di Malaysia serta Singapura..

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Encik Mohd Azharruddin Mat Sah "kami menyambut baik kedatangan Qamar ke SPAD pada peringkat ini di mana SPAD sedang giat membangunkan projek-projek pengangkutan awam darat yang bertujuan meningkatkan kesalinghubungan antara mod bandar dan merapatkan jurang mobiliti antara kawasan bandar dan luar bandar seperti diaspirasikan kerajaan"

"Qamar bertanggungjawab atas transformasi keseluruhan industri pengangkutan barangan, bas dan teksi serta infrastruktur berkaitan. Ini termasuk pelaksanaan projek-projek nasional seperti MyBas di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti dan penyusunan semula rangkaian bas di Greater KL dan Lembah Klang bagi memastikan mod pengangkutan bas cekap, beesepadu dan mampan serta menekankan peningkatan mutu perkhidmatan bagi pengguna"kata Mohd Azharuddin lagi..

Dari apa yang telah dinyatakan berkaitan latar belakang, pengalaman dan visi SPAD kami yakin Qamar mampu memaksimumkan keupayaan dan perancangan masa depan industri pengangkutan awam darat..

COO merupakan tugas yang amat besar bagi menjadi mastermind untuk mengerakkan segala impian menjadi kenyataan..tiada yang mustahil!

Setakat ini pun kita sudah lihat bagaimana kemajuan industri pengangkutan awam di negara kita..

Akhir kalam..kami ucapkan selamat bertugas buat COO SPAD, Qamar Wan Noor!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA