networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Tuesday, September 12, 2017

Perjuangan For All Ancaman Terbaru Pakatan Pembangkang Diketuai Tan Sri Annuar Musa!


Pembangkang dengan nada bongkaknya berbangga dengan Program Nothing To Hide 2.0 yang mana menuduh UMNO punca kepada keadaan huru hara...

Bila disuruh tunjuk bukti..mereka bermain dengan persepsi kononnya nak mencederakan Mahathir..macamlah orang UMNO heran sangat dengan Mahathir tu..dia pilih untuk sertai pembangkang siapa suruh..kalau dah sertai pembangkang..kau hero 7 keturunan sekalipun kami akan tetap pertahankan parti keramat ni..

Baru-baru ini satu program Bicara Minda & Sesi Dialog Bersama Perjuangan For All telah dianjurkan dengan jaya dan aman sekali tanpa sebarang kerusi berterbangan..

Panelis program tersebut ialah :
1) Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa
2) Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari
3) Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Biro Profesional Muda, Shahril Hamdan
4) Moderator - Datuk Dahlan Maamor..


Selaku tuan rumah Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah telah berucap sepatah dua kata..

Jika dilihat barisan panelis kita dapat lihat betapa variasi pemimpin UMNO dari muda sehingga ke taraf otai..ini tiada pada pembangkang..mereka terpaksa mengusung Tun M yang sudah tua..kami kasihan nasib Mahathir..dah tua-tua masih lagi bekerja..maklum sahajalah tiada pelapis yang dia percaya..Mahathir mana percaya kat orang..baginya semua orang perlu ikut telunjuknya..

Berbalik kepada program berkenaan..

Saudara Shahril Hamdan:
Pemuda ini memang hebat..mampu mengalahkan Pendebat terbaik parti bunga, Sayed Sadik..dari ucapan anak muda ini kita dapati anak muda ini mempunyai visi yang amat jelas mengapa beliau memilih untuk bersama Barisan Nasional..penjelasannya mempunyai fakta yang mudah difahami..

Kemudian Datuk Rosni Zahari menyambung baton microfon..beliau menjelaskan bahawa kekuatan UMNO ialah jentera wanitanya berfungsi dengan baik..beliau menyentuh peranan Jalinan Rakyat (JR) yang begitu dekat dengan masyatakat akar umbi..

Gerakan Jalinan Rakyat amat membimbangkan pembangkang..ini kerana model JR ini amat efektif dalam memberi bantuan yang amat pantas..JR merupakan barisan hadapan BN dalam memberi bantuan kepada rakyat..

Bak kata Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil "Wanita akan terus menjadi mata dan telingga rakyat, membantu dan mendengar rintihan mereka serta membawa perkara yang dibangkitkan itu ke peringkat tertinggi mahupun pihak berkuasa"

JR ini mendapat perhatian khusus YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak yang mana telah melancarkan Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) yang bajal berfungsi sebagai platform bersama jentera UMNO dan BN mengadapi PRU 14..


Masa yang dinanti-nanti tiba apabila baton disambut oleh Tan Sri Annuar Musa..

Pidato Tan Sri Annuar Musa berkisar kepada sikap Mahathir yang angkuh seolah-olah dia masih lagi berkuasa..Tan Sri mendedahkan betapa korupsinya Mahathir dan kegagalan Mahathir dalam pentadbirannya selama 22 tahun...

Kisah silamnya hanya ditutupi dengan pembinaan bangunan pencakar langit dan projek-projek mega sahaj..disisi gelap Mahathir ketika itu tisak ramai yang berani dedah kerana akan disumbat dalam ISA...

Perkara paling menarik yang dibicarakan Tan Sri ialah mengenai Rezab negara dan skandal forex..

Menurut Tan Sri "Rizab negara. Dulu zaman Mahathir negara ada 60 billion, akhir pentadbiran lebih kurang 90-100b. Hampir separuh hilang (skandal forex). Zaman Najib, rizab negara ada 430 b. Tapi orang terutamanya pembangkang sibuk cerita pasal 2.6b"

UMNO menurut Tan Sri mempunyai kekuatan tersendiri kerana adanya DNA dalam parti yang telah wujud sejak sekian lama lagi..

UMNO bersatu dengan pelbagai kaum untuk memerdekakan negara kita.

"Melayu bersatu daripada pelbagai kaum bugis, jawa, mamak dan lain-lain. Hendak membentuk megara tak boleh hanya satu kaum. Senan itu kita ada rakan-rakan MCA, MIC, dan komponen lain dalam BN"

"Malaysia satu-satunya negara yang membela nasib kaum dan masyarakat minoriti. Misalnya Menteri Idris Jala, beliau daripada masyarakat Kelabit di Sarawak yang hanya ada 600-700 keluarga sahaja. Inilah perjuangan BN yang tidak terdapat dalam mana-mana parti lain di Malaysia".

Tan Sri turut melabelkan Mahathir sebagai mempunyai penyakit diktator. Walaupun berhenti (letak jawatan) tapi masih hendak menguasai. Mahathir mula menentang Najib dalam kes anaknya boboi, Mukhriz ketika pemilihan jawatam Naib Presiden suatu masa lalu. Malahathir melihat Najib sebagai seorang pemimpin yang tidak boleh diarah-arah mengikut telunjuk"

Hubungan Mahathir dengan pembangkang pastinya tidak lama..DAP sebenarnya diamkan sahaja kerana tidak mahu merosakkan momentum pakatan menjelang PRU 14..

Tengok sahajalah lepas PRU nanti..ia sendiri pernah diakui Mahathir..pakatan ini hanya berpakat..lepas mereka berpakat mereka akan ambil kepentingan masing-masing..

Saksikan video rakaman menarik Tan Sri Annuar Musa membalun Mahathir..ini barulah namanya buku bertemu ruas!!DI SINI


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA