networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Monday, September 4, 2017

Video Merdeka Viral 2017 - DS @LiowTiongLai Berjaya Bawa Mesej #Negaraku #SehatiSejiwa!!!


Setiap kali tiba bulan kemerdekaan kita pasti ternanti-nanti video mesej kemerdekaan..begitu jugalah menjelang musim perayaan..sudah tentu kita menantikan filem pendek yang biasanya didominasi oleh Petronas dan Tenaga Nasional Berhad..

Untuk bulan kemerdekaan tahun ini, kami telah memilih video pendek mesej kemerdekaan yang bertajuk 'Citizen'..skrip dan arahan video ini atas daripada Pete Teo & Liew Seng Tat...sebuah karya A Little Picture House..

Video pendek ini menyaksikan penampilan istimewa Dato' Seri Liow Tiong Lai..dalam video tersebut DS Liow membawa 2 watak iaitu watak sebagai seorang pemimpin politik dan seorang lagi rakyat yang hidup penuh kerisauan...

Dalam filem berdurasi 5.54 minit itu, DS Liow (pemimpin politik) menasihati rakyat yang hidup penuh kerisauan supaya sentiasa yakin dan sayangkan tanah air tercinta..

Dari tinjauan kami..video tersebut telah berjaya ditonton sebanyak 257,925 dalam tempoh seminggu..seramai 2 ribu lebih orang menyukainya..ia petanda jelas bahawa video tersebut mendapat perhatian orang awam bahawa kerisauan itu wujud dan perlu melawan supaya hasrat kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengecapi keamanan akan tercapai. 

Diakhir video berkenaan, DS Liow (kerisauan) telah mengantung bendera Malaysia..kerisauan masyarakat Cina wujud sebenarnya kerana DAP yang berjaya menghasut dengan bermacam-macam tohmahan dan tuduhan...rakyat pulsa terperdaya...mereka mendabik dada menuduh Barisan Nasional rasuah walhal dalam masa yang sama pemimpin DAP telah ditahan dan dalam proses siasatan SPRM..

Pemilihan parti DAP pun tidak telus ada hati untuk menghasut..normal bagi kita akan mudah percaya sesuatu yang negatif..yang positif depan mata seperti tidak nampak..

Apapun kami memuji usaha DS Liow ini yang mampu memupuk kesedaran masyarakat Cina bahawa tidak perlu merasa bimbang..mana mungkin sebuah negara yang dituduh bankrup tetapi rakyat hidup penuh kegembiraan..jalan raya sesak..shoping conplek penuh..bila pelancaran telefon bimbit baru beratur orang untuk menjadi orang yang pertama memilikinya..

Yakinlah kepada Malaysia!!!Selamat Hari Merdeka!!Negaraku Sehati Sejiwa!!!

Saksikan video tersebut di SINI


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA