networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Saturday, September 2, 2017

Warga Singapura Fitnah Hospital Malaysia..Dia Patut Bersyukur Ada Orang Hubungi 999...


Cerita yang viral ketika ini melibatkan insiden membawa maut dan kritikan terhadap prosedur perubatan hospital negara Malaysia mencerminkan betapa rakyat Singapura tidak langsung menghormati institusi negara kita..

Sebelum ini warga Singapura itu mengkritik hospital kerana lambat hantar bantuan ambulan dan memilih jalan yang lambat..kemudian dia mengkritik polis menyuruhnya membersihkan darah..setibanya di Hospital dia menuduh pula kakitangan hospital memintanya membayar duit sebelum membuat sebarang rawatan..

Kes berkenaan membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia..mereka seolah-olah berani mengutuk negara kita sesuka hati..tetapindia tidak tahu dalam kes tersebut ada insan yang prihatin terhadap insiden berkenaan..

Terkini Warga Singapura tersebut telah menukar statement kepada tidak tahu untuk menghubungi talian 999..dia patut beryukur kerana ada insan yang menghubungi talian 999...jika tidak mereputlah anda di situ..

Sikap warga Singapura ini menunjukkan betapa teruknya moral rakyat negara itu..kerajaan Singapura perlu bertanggungjawab dan menyatakan permohonan maaf kepada kerajaan Malaysia kerana tindakan rakyat anda telah memburukkan negara kami!!!

Dakwaan penulis ini sangat jahat iaitu :

1. Ambulance sampai 30 minit ke tempat kejadian walhal google map hanya 9 minit. 

👉 Dari rekod servis ambulance, panggilan diterima jam 2.57 am. Ambulance bergerak jam 2.59am dan sampai jam 3.10am. 

Berikut kami kongsikan timeline pergerakan ambulan untuk kes itu..jelas kenayataan sebelum ini adalah fitnah yang telah direka oleh portal dari Singapura..

2. Minta wang pendahuluan

👉 Sama ada warganegara ataupun bukan termasuk PATI, jika pesakit kategori red zone, rawatan akan diutamakan. Bayaran kemudian. Bagi kes ini, survey xrays, CT brain dan CT Thorax dilakukan dahulu. Neurosurgical team telah di refer pada waktu yg tepat. Craniectomy telah dijalankan. Deposit di minta setelah waris pesakit sampai. 

3. Pesakit meninggal dunia kerana rawatan yang lambat?

👉 Waris meminta AOR discharge - discharge at own risk, untuk hantar ke Hospital di Singapura - salah satu punca pembedahan dilengahkan. 

Bawah ini kenyataan media dari Kementerian Kesihatan:

Kenyataan Akhbar KPK 

Tiada Kelewatan atau Desakan Bayaran Pendahuluan oleh Hospital Sultanah Aminah Hospital, Johor Bahru

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan portal akhbar atas talian “The Independent SG” (theindependent.sg) bertarikh 31 Ogos 2017 mengenai seorang warga Singapura yang telah meninggal dunia setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Johor Bahru. Takziah diucapkan kepada keluarga dan rakan mendiang atas pemergian beliau. Namun begitu, KKM ingin menjelaskan bahawa tiada kelewatan atau desakan bayaran pendahuluan oleh Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru bagi pesakit ini.

Dalam laporan tersebut, the theindependent.sg menyatakan bahawa lelaki warga Singapura yang berumur 25 tahun itu telah mengalami kecederaan kritikal akibat kemalangan jalan raya di Johor Bahru. Portal itu juga melaporkan bahawa masa respon ambulan dari HSA adalah lewat iaitu 30 minit. Semakan rekod perkhidmatan ambulan HSA mendapati bahawa panggilan kecemasan telah dibuat pada 25 Ogos 2017, pukul 2:57 pagi. Ambulan telah dihantar daripada HSA pada pukul 2:59 pagi dan telah tiba di tempat kejadian pada pukul 3:10 pagi. Ambulan kemudiannya telah bertolak kembali ke HSA pada pukul 3:15 pagi. Syabas diucapkan kepada perkhidmatan ambulan yang telah berjaya memberikan perkhidmatan kecemasan yang pantas, iaitu dengan masa penghantaran (despatch time) selama dua (2) minit dan masa respon selama 13 minit.

Keadaan pesakit didapati kritikal dan setibanya di Jabatan Kecemasan HSA, beliau telah dikejarkan ke Zon Merah di mana rawatan kecemasan yang telah sebelum itu dimulakan oleh petugas ambulan adalah diteruskan mengikut protokol Advanced Trauma Life Support (ATLS). Pasukan Jabatan Kecemasan yang cekap telah melaksanakan tugasan dengan professional dan pantas, termasuk menjalankan ujian yang diperlukan (Imbasan X-ray, imbasan CT otak, tengkuk dan dada), rawatan (termasuk bantuan pernafasan) dan rujukan kepada pasukan pakar yang berkaitan. Memandangkan ini adalah kes kecemasan, rawatan dan ujian tersebut telah dijalankan tanpa memohon sebarang bayaran atau deposit terlebih dahulu. Ini adalah selaras dengan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM bertarikh 4 Mac 2015 berkaitan Garis Panduan pengurusan kutipan hasil bagi pesakit warga asing yang tidak membayar deposit semasa mendapatkan rawatan di hospital Kerajaan.

Memandangkan beliau telah mengalami kecederaan otak, pesakit telah dirujuk kepada pasukan Pembedahan Neuro di mana pembedahan kecemasan telah dirancang (decompressive craniectomy plus removal of clot and intracranial pressure monitoring), tanpa sebarang permintaan untuk bayaran deposit. Hanya setelah keluarga pesakit tiba di HSA, mereka telah dipohon membuat bayaran deposit iaitu sama seperti protokol pengurusan kutipan hasil bagi pesakit warga asing. Suka dinyatakan di sini bahawa sebarang ujian dan rawatan kecemasan yang diperlukan pesakit tidak pernah diberhentikan atau dilewatkan seperti yang dilaporkan. Malahan keluarga pesakit sendiri telah memohon untuk mendiscaj pesakit bertentangan dengan nasihat oleh pakar (discharge at own risk – AOR discharge). Mereka berhasrat untuk dimasukkan ke sebuah hospital di Singapura, iaitu setelah memahami risiko yang terlibat dengan melengahkan pembedahan tersebut.

KKM memohon semua pihak yang terlibat untuk berhati-hati dalam membuat laporan dan mengeluarkan komen dengan penuh bertanggungjawab. Tindakan mengeluarkan maklumat yang tidak tepat dan kenyataan yang tidak berasas boleh mengakibatkan salah faham dan boleh menggugat keharmonian. KKM sememangnya menghargai nyawa dan berusaha sehabis baik untuk merawat sebarang pesakit tanpa mengira latar belakang mahupun status kewarganegaraan. Ini adalah selaras dengan budaya kerja dan korporat KKM iaitu “Penyayang, Profesionalisme dan Kerja Berpasukan”.

“Kami Sedia Membantu”

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA



1 comment:

AZMI BIN ISMAIL said...

Syabas KKM bertindak cepat dlm menjelaskan kedudukan sebenar orang yg buat fitnah ti jgn biar masuk Malaysia

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA