networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, October 19, 2017

"Pakatan Pembangkang Nak Hapuskan GST Hanya Janji Kosong"-Presiden MCA


Himpunan Kliptokrasi tempoh hari terus mendapat kecaman rakyat sejak berlangsung sehingga pasca himpunan..seperti ada sahaja tidak kena dengan himpunan berkenaan..

Banyak cacat cela dari penyokong hingga pemimpin..ungkapan pemimpin pakatan ada sahaja yang tidak kena..biasalah kalau dah namanya pun menghasut rakyat pun jadi keliru..bapak penghasut rafizi pun tak hadir..tak tahu apa sebabnya..

Mahathir bapak penyamun no1 menurut Anwar cuba menghalau Najib kerana mempunyai darah bugis..ketika pemimpin pakatan bertukar ganti berucap..penyokong di bawah pula syok berlendir..melampiaskan nafsu sambil berpelukan ditempat umum..


Lim Guan Eng pula dengan ucapan hanya menggelarkan orang lain Gila..buila berucap nampaknya DAP mahu hapuskan GST..

Kami sifatkan tindakan DAP untuk hapuskan GST hanyalah politik murahan untuk menarik perhatian rakyat..

Berkenaan kenyataan Guan Eng ini, Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai persoalkan kredibili Guan Eng yang hanya tahu cakap sahaja..banyak janjinya yang tak tertunai..

Liow menyifatkan itu hanyalah "janji kosong".

Apa yang harus difokuskan ketika ini menurut Liow ialah "Kita perlu menyampaikan hasil dan meneruskan usahanya untuk mengembangkan ekonomi, memastikan kestabilan masyarakat."

"Pakatan boleh mengadakan lebih banyak perhimpunan atau protes tetapi saya tidak fikir ini akan memberi kesan kepada kita"kata Liow lagi..

Berkenaan janji mahu hapuskan GST..Pakatan perlu semak semula adakah ini janji serius ataupun sekadar mahu memperbodohkan rakyat..

Ini kerana Mukhriz pemimpin Bunga ketika jadi Menteri Besar mahu GST diadakan dan kadarnya ialah 3%..

Azizah pula pernah berkata yang pakatan akan manjadikan GST kepada 0% dengar erti kata lain Undang-undang berkenaan cukai GST bagaimanapun tidak dihapuskan..

Nurul Izzah pula berkata lebih kurang seperti Azizah cuma GST akan dikurangkan jika pakatan merintah..


Perlu diingat cadangan GST wujud sejak 1988 lagi ketika itu Tun Daim mencadangkan..cadangan ini tetap diteruskan ketika zaman Anwar pada tahun 1992..ketika itu era Mahathir sebagai Perdana Menteri..dan GST dilaksanakan ketika Najib merintah pada 2015..

Tetapi setelah 29 tahun cadangan dan 2 tahun dilaksanakan Mahathir pula menyatakan GST akan dihapuskan jika Pakatan memerintah..

Pemimpin pembangkang kalau berkata semuanya halal..BN saja haram dan layak masuk Neraka..walhal dia lupa banyak janji-janji mereka tidak dilaksanakan..

DAP berteriak soal integriti tetapi pemimpin mereka sedang dalam kes mahkamah berkaitan rasuah..nak buat terowong dasar laut..baru peringkat cadangan banyak duit telah dibazirkan..

Ini mahu hapuskan tol pula..Lim Guan Eng pernah berkata pada tahun 2008 untuk memohon kepada kerajaan Persekutuan supaya tol Sg Nyior dihapuskan dalam tempoh lima tahun akan datang. Tol Sg Nyior adalah di bawah pengurusan Lingkaran Luar Butterworth (LLB) yang merupakan syarikat konsesi kepada Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth..

Soalnya mana janji itu?

Bila sudah tersepit isu banjir yang kerap berlaku dia beri pula alasan masalah yang berlaku berpunca dari kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu..Selangor pula kata Manifesto bukan janji..

Apa anda fikir rakyat ni binatang???hanya percaya apa yang anda kata??

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA