networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, November 30, 2017

Anak Buah Azmin Ali Ditahan Reman SPRM..Isu Ni Lebih Hot Daripada Bonus 3 Bulan!!

0 comments

Nampaknya pemberian bonus 3 bulan gaji tidak mampu menaikkan imej Menteri Besar Selangor..walaupun pemberian bonus 3 bulan itu akan diberi 21 Disember ini ia merencatkan populariti Azmin yang cuba menarik undi rakyat untuk mengekalkan Pakatan perintah Selangor pada PRU 14 nanti..

Pemberian Bonus 3 Bulan ini dipertikaikan kerana ia terkandung dalam bajet 2018 tetapi diberi pada tahun 2017..agak hairan bagaimana bajet untuk tahun depan boleh digunakan pada tahun ini...

Hari ini kecoh anak buah Azmin ditahan reman SPRM..


EMPAT suspek termasuk anak saudara menteri besar ditahan reman tujuh hari bagi siasatan kegiatan perlombongan pasir dan batu haram di Selangor. 

Perintah reman dikeluarkan Majistret Ainna Sherina Saipolamin terhadap semua suspek sehingga 6 Disember ini, di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini. Suspek terdiri daripada dua pengarah syarikat, pengurus tapak dan pekerja syarikat pengiklanan yang ditahan semalam.

Dalam pada itu, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semalam, media melaporkan SPRM membekukan beberapa akaun syarikat bernilai RM4 juta selepas menahan individu dipercayai ada kaitan dengan kegiatan perlombongan pasir dan batu haram di Selangor.

Difahamkan, dalam operasi itu, pasukan penyiasat SPRM memeriksa beberapa lori disyaki membawa pasir haram, kira-kira 10 pagi semalam. Syarikat perlombongan itu dikatakan merasuah penguat kuasa tempatan supaya tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan berkenaan.

Mesti frust Azmin..baru nak bangga jadi MB prihatin beri bonus 3 bulan..sekali anak buah ditahan SPRM..kini tersebar pula banyak gambar anak buah dia kerap bersama Azmin sampai dalam mesyuarat pun dia hadir..

Timbul persoalan apakah status dan kredibiliti anak buahnya menempek dengan Azmin..apakah Azmin juga terlibat?kita tunggu siasatan SPRM..

Wednesday, November 29, 2017

Pemimpin PAN Kantol Menipu Aksi Beri Bantuan Mangsa Banjir..Bangang!!!

2 comments

Apa nak jadi engkau ni jang oi!!!beri bantuan mangsa banjir pun kau nak tipu..agak-agaklah nak tunjukkan diri tu berjiwa rakyat..

Banjir parat betis pun kau duduk supaya nampak keadaan banjir tu dalam..what the fish!!!

Korang tengok gambar atas..kereta 4WD tu tunjukkan paras banjir separuh tayar sahaja...tapi manusia PAN ni boleh bersila supaya paras banjir dapat cecah ke paras perut dia..

Ini semua ikutkan sangat perangai bodo Md Sabu tu..tengok bawah!!!asal bodoh dan menipu saja mesti PAN!!!KAHKAHKAH!!!


"Lori Di Bawa MP Rantau Panjang Memang Tiada Kunci Kerana Guna Push Start Button" - Dakwa Penyokong Tegar

0 comments

Kecoh dimedia sosial bahawa YB MP Rantau Panjang menghantar bantuan banjir menggunakan lori..

Aktivis Media UMNO memperlekehkan usaha YB MP Rantau Panjang kononnya dia bawa lori tanpa kunci..isunya terjadi apabila tiada kunci dilihat pada lori tersebut..

Nampaknya pejuang siber UMNO telah tersilap kerana menuduh YB MP Rantau Panjang bawa lori tanpa kunci..seorang penyokong tegar pembangkang menyatakan bahawa lori yang di bawa YB MP RANTAU PANJANG itu telah di modified..

"Ya betul YB bawa lori hantar bantuan banjir.lori itu telah diubahsuai..ada push start button" Kata penyokongnya..

Mungkin yang dimaksudkan penyokong tegar itu macam gambar di bawah..


Haha!

Meminta MAAF Sikap Terpuji Disarankan Islam...Menyalahkan Orang Lain Hasutan Syaitan...

1 comments

Ini yang sebaiknya, Ku Nan meminta maaf kepada semua pihak yang terasa dengan kenyataan "Slow Learner" ketika ucapannya dihadapan pemimpin pelajar UiTM...

Walaupun sudah dijelaskan bahawa kenyataan tersebut telah diputar belit oleh media penjilat pakatan harapan Malaysia Kini..namun sikap terpuji Ku Nan harus dipuji..tetap meminta maaf biarpun dia menjadi mangsa keadaan...

Budaya meminta maaf ini hanya ada pada pemimpin UMNO dan PAS sahaja..Rasulullah  SAW sendiri sarankan umatnya meminta maaf jika mengguriskan hati orang lain..

Tapi..ia agak mustahil untuk kita lihat pemimpin pakatan pro DAP meminta maaf..mereka akan cuba meletakkan kesalahan tersebut kepada pihak lain..maka terjadilah keadaan dimana pemimpin pakatan akan menyalahkan UMNO dan BN..

Si tua kutuk pula jangankan nak minta maaf...mengaku salah pun tidak..siap beri jawapan SAYA TAK TAHU..lagi shit..

Tuesday, November 28, 2017

Aung San Suu Kyi Kini Manusia Biasa..Gelaran Nobel Perdamaian Ditarik Balik!!!

0 comments

Nampaknya suara DS Najib meminta Presiden Amerika Donald Trumph untuk menentang penindasan terhadap etnik Rohingya hamoir membuahkan hasil..

Campur tangan Malaysia untuk membantu etnik ini dikritik hebat oleh Myanmar kerana cuba campur tangan hal dalaman negara itu..

Jadi penarikan nobel perdamaian terhadap Aung San Suu Kyi adalah bertepatan kerana dia dilihat sendiri gagal menyelesaikan penindasan etnik berkenaan...

Baca berita selanjutnya di bawah:

Aung San Suu Kyi kehilangan Freedom of Oxford kerana krisis Rohingya

Tulisan asal oleh:
Patrick Greenfield, The Guardian, 27 November 2017

Aung San Suu Kyi secara rasminya telah dilucutkan dari anugerah Freedom of the City of Oxford kerana tindak balasnya terhadap penindasan kaum Muslim Rohingya di negaranya.

Majlis bandarraya Oxford sebulat suara mengundi untuk secara kekal menarik balik anugerah yang diberikan kepada ketua de facto Myanmar itu pada tahun 1997, dan berkata ia tidak mahu meraikan "orang-orang yang menutup mata terhadap keganasan".

Ahli majlis Oxford sebelum ini mengundi untuk menyokong usul rentas parti untuk menarik balik anugerah itu, dan membuat keputusan rasmi menerusi undian pada petang Isnin.

Undian itu adalah pada hari yang sama ketua tentera berkuasa Myanmar memberitahu Pope Francis bahawa "tidak ada diskriminasi agama" di Myanmar.

Lebih 600,00 orang Muslim Rohingya telah dihalau meninggalkan negeri Rakhine di Myanmar barat dan mencari perlindungan di negara jiran iaitu Bangladesh melalui satu siri operasi ketenteraan, yang mana PBB telah menggambarkan sebagai "contoh sebenar pembersihan etnik".

Cllr Mary Clarkson (Lab), yang mencadangkan usul itu, memberitahu BBC: "Oxford sudah lama dikenali sebagai bandar yang pelbagai dan berperikemanusiaan, dan reputasi kami tercemar dengan memberi penganugerahan kepada orang-orang yang menutup mata terhadap keganasan. Kami berharap hari ini kami telah menambah suara kecil kami bersama-sama mereka yang lain yang menggesa untuk hak asasi manusia dan keadilan bagi rakyat Rohingya."

Pada tahun 2012, Suu Kyi diraikan dengan doktor kehormat dari Oxford, dan mengadakan sambutan ulang tahunnya yang ke-67 di kolej St Hugh, di mana beliau telah mempelajari politik, falsafah dan ekonomi antara tahun 1964 dan 1967.

Tetapi dalam beberapa bulan kebelakangan ini beliau telah mendapat kritikan yang semakin meningkat kerana jawapan yang diberikannya berhubung krisis kemanusiaan Rohingya. Pada bulan September, badan pentadbir St Hugh memutuskan untuk menurunkan lukisan potretnya dari pintu utamanya, beberapa hari sebelum permulaan penggal universiti dan kedatangan pelajar baru.

Pada bulan Oktober, mahasiswa di St Hugh mengundi untuk mengeluarkan nama pemimpin Myanmar itu dari nama bilik umum junior mereka.

Setakat ini, Oxford telah memutuskan untuk tidak menimbang semula ijazah kehormat Suu Kyi. Tetapi universiti itu telah menyatakan "keprihatinan yang mendalam" terhadap tindakan ke atas minoriti Rohingya di Myanmar. 

Pada awal bulan November, pemuzik Bob Geldof mengembalikan anugerah Freedom of the City of Dublin, yang juga dipegang oleh Suu Kyi, sebagai protes atas tindak balasnya terhadap krisis Rohingya.

Link asal artikel:
https://www.theguardian.com/world/2017/nov/27/aung-san-suu-kyi-loses-freedom-of-oxford-over-rohingya-crisis

VIDEO!! Jatuh Air Muka Azmin Kena Tiaw Dengan Rakyat..

0 comments

Ingat lagi masa gambar ni viral..macai dedak pakatan bukan main lagi ampu Azmin kata berjiwa rakyat..tak de pemimpin mcm dia..sampai menangis makcik tu tengok kesungguhan Azmin basuh pakaian dia..

Tiba-tiba keluar pulak gambar mak cik tu gelak ketawa..macai yang kecoh tadi tiba-tiba buat2 meninggal..macam kerajaan umum harga minyak turun..

Dah sunat jangan belanja makan ais krim
pulak dik!!!
Kelmarin pemimpin yang sama basuh baju tunjuk muka dalam majlis berkhatan di Johor..dia ni MB Selangor ada hati nak jadi MB Johor pulak..hal rakyat kat Selangor pun tak selesai..

Nak bawa model Selangor ke Johor tak payahlah Azmin oi!!nanti pesta beer dianjurkan besar-besaran..rumah urut..pusat judi bergelimpangan..siapa nak bertanggungjawab??bab janji manis memang sedap..kilanh arak yang dulu kata nak tutup sekarang masih operasi mana janji manis??

Apa boleh buat rakyat Selangorkan bijak pandai..Azmin umum bonus 3 bulan terus senyap..dah tak kesah dengan perangai MB dan pemimpin pakatan hanya tahu bermain wayang..

Jadi wakil rakyat dekat sepenggal..bila nak PRU saja bagi sebuku roti..apa depa fikir rakyat ni ayam ka??

Sebab itulah kami nasihatkan Azmin lebih elok fokuskan Selangor..banyak sangat kerosaman telah dilakukan..rakyat tidak berpuas hati dalam bangak aspek..bonus 3 bulan gaji bukan penawar terhadap pahit yang dirasai..

Buktinya di bawah ini..video bagaimana rakyat meluahkan tidak puas hati kepada Azmin ketika sesi dialoh bersama PKNS..terdiam Azmin beb!!peminpin plastik pandai bermuka-muka!



Bagi bonus 3 bulan pun rakyat masih melawan..kenapa?xbersyukur ke???

Wan Azizah Memalukan Diri Sendiri Pertikaikan Gaji KP JASA..Gaji Dia Sebagai Ahli Parlimen & ADUN Lagi Banyak Tak Ada Sapa Kesah!!!

0 comments

WAN AZIZAH SALAH FAKTA KONONNYA GAJI KETUA PENGARAH JASA LEBIH TINGGI DARIPADA GAJI MENTERI

1. Tuduhan Kak Wan mengenai gaji KP JASA membuktikan pembangkang tidak selidiki terlebih dahulu fakta;

2. Gaji KP JASA adalah di bawah tajuk VU5 bukan VU7 (RM20,592) seperti yang didakwa oleh Kak Wan;

3. Gaji KP JASA sekarang di bawah tajuk VU5 adalah sebanyak RM19, 398;

4. Gaji KP JASA adalah gaji 'Lump Sum'. Bermakna dia tidak boleh claim elaun lain seperti keraian, perumahan, cola, insentif khas, pembantu rumah, elaun tetap jawatan JUSA dan elaun penyelenggaraan rumah dan lain-lain;

5. Gaji Menteri sebanyak RM14 ribu yang disebut oleh Kak Wan adalah 'gaji pokok' iaitu tidak termasuk elaun dan claim-claim lain. Kalau dicampurkan dengan elaun elaun lain jumlah gaji Menteri ialah lebih kurang RM38,000.00

6. KP JASA menerima gaji 'Lump Sum' sebab dia adalah pegawai 'Contract for Service' bukannya “Contract of Service”.

7. Bahkan Pegawai JUSA A “contract of service” turut layak menerima beberapa elaun seperti Menteri tetapi tidak kepada Pegawai “Contract for Service” seperti KP JASA sekarang.

8. Wan Azizah mungkin tidak tahu bahawa GAJI pokok di bawah VU5 (JUSA A) adalah RM9,038 (minimum) dan RM24,465 (maksimum) tidak termasuk elaun elaun lain berjumlah hampir RM12K.

9. Wan Azizah patut tanya kenapa GAJI pokok Saifuddin Nasution Pengarah Strategik Lim Guan Eng RM12,000 lebih tinggi daripada GAJI pokok wakil rakyat RM11,250.


Sebelum Wan Azizah bertanyakan gaji KP JASA..eloklah dia menjawab mengapa Guan Eng bayar Saifuddin Nasution melebihi gaji seorang ADUN..

Apakah rasionalnya membazir wang rakyat untuk menerbitkan akhbar Buletin Mutiara yang mana kita tahu ia perkakas DAP membodohkan rakyat...

Apa pula sumbangan Wan Azizah kepada rakyat Permatang Pauh dan Kajang sejak dia memimpin?sila senaraikan sumbangan yang telah dilakukan..kami yakin tiada..paling tidak pun beri sebuku roti kepada rakyat..itu pun anak dia yang buat...

Gaji berbelas ribu..gaji Ahli Parlimen dia sakau..gaji ADUN dia sakau..tiba-tiba pertikaikan gaji orang lain..bodo!!!


Slow Learner Yang Dimaksudkan Tengku Adnan Ialah Pelajar Akademik Sederhana..Bukan Pelajar Slow Learner OKU..

1 comments

Kecoh netizen semalam mencerca Tengku Adnan yang mengatakan pelajar UiTM Slow Learner..tanpa kerajaan yang menubuhkan UiTM pelajar Melayu tidak akan kemana..jumlah anak Melayu yang masuk U pun tak seramai sekarang..

Janganlah salah faham..takkanlah bodoh sangat Tengku Adnan nak hina orang Melayu sendiri..yang patut korang marah bukan Tg Adnan..tapi Malaysia Kini yang sengaja keluarkan cerita ni..

Menyingkap kembali ucapan Tengku Adnan..kami memahami ada kesilapan kosa kata penggunaan "Slow Learner"..Slow Learner yang dimaksudkan Tengku Adnan ialah pelajar yang akademiknya Sederhana..bukanlah level pemikiran Slow Learner yang mempunyai masalah pembelajaran OKU..

Kalau korang Slow Learner betul mesti dah ada kad OKU..hasil penjelasan balas Tengku Adnan ternyata dia maksudkan akademik sederhana..

Kita kena terima hakikat bahawa UiTM banyak melahirkan pelajar Melayu yang berjaya...UiTM untuk anak Melayu..anak bumiputera..tak perlulah pelajar-pelajar ni nak bersaing dengan bangsa lain..

Kalau nak harapkan Universiti dalam negara yang lain..comfem ramai anak Melayu tak melanjutkan pelajaran..

Korang kena terima hakikat bahawa UiTM adalah Universiti termurah di negara kita..kemudahan terbaik dan pendidikan setanding universiti lain..

Kalau dah taraf pendidikan sederhana janganlah nak bongkak sangat nak buat-buat tak faham apa maksud Slow Learner yang ingin disampaikan..

Seperti yang aku cakap sebelum ini, ini hanyalah kesilapan penggunaan kosa kata Slow Learner sahaja..tak perlu sentap dan tak perlu nak acah-acah konon ko pelajar cemerlang sangat..

Tengok balik result ko setiap sem tu.adakah senarai dekan?kalau tidak bukan ertinya kau bodoh..tapi level sederhana..

Jadi tak perlulah nak rasa malu..UiTM memang ditubuhkan untuk orang Melayu..membantu anak Melayu melanjutkan pelajaran walaupun taraf pendidikan sederhana..

Lagi satu kena terima hakikat..UiTM wujud kerana perjuangan pemimpin UMNO..nak harapkan DAP nak bagi pendidikan untuk orang Melayu?sampai kiamat pun takkan jadi..pendidikan orang Cina pun depa menagih ehsan daripada MCA...

Kalau Tengku Adnan maksudkan Slow Learner tu pelajar yang sederhana akademik..kami pula kata pelajar Slow Learner itu ialah pelajar yang tak nak bayar PTPTN...haha!

Kita tengok statement Tg Adnan di bawah :

Kenyataan dari YB Datuk Seri Tengku Adnan

Ucapan saya di salah tafsir. Saya memberi sedikit huraian sejarah mengenai bangsa kita orang melayu. Sebelum 13 Mei memang melayu amat mundur. Akibat nya pelajar melayu luar bandar khususnya begitu mundur dalam pelajaran.

Ini kerana sek luar bandar banyak kekurangan.Akibat nya ramai tidak dapat masuk U. Malah awal Tahun 70an,syarat masuk U di turunkan sekadar 2 principal dan 1 sub pun layak masuk U. Maka Kuota di laksanakan menguna Hak Keistimewaan Melayu di bawah DEB.

Namun ramai pelajar melayu peringkat SPM tercicir malah peringkat STPM.Maktab Mara di tukar menjadi ITM dan pelajar2 melayu spm yg dapat Grade 3 pun di terima masuk ITM. Bahasa Inggeris langsung sifar. Tapi apabila di beri peluang dan kemudahan2 yg cukup,cuba lihat ramai yg dapat PHD dan peringkat professional saperti ACA, ICMA, Kejuruteraan dan berpuluh lagi.

Malah ada pelajar melayu dari UITM  yg TOP OF WORLD saperti bidang ACA.Sekarang UITM sudah menjadi Mutiara Bangsa dan University MAYA dgn 13 Cawangan seluruh negara dan pelajar sekitar 170 ribu. Semua tahu setakat ini terdapat 600 ribu alumni UITM.

Tahniah kpd TS Arshad Ayub Bapak UITM.TAPI APAKAH UITM DAN KEHEBATAN PELAJAR MELAYU INI MENJADI KENYATAAN TANPA UMNO DAN BN.

Hakikat nya UMNO dan BN lah yg merealisasikan kebangkitan bangsa melayu yg dulu mundur atau 'slow' akibat kemiskinan yg tegar.BEGITU JUGA MAKTAB RENDAH SAIN  MARA yg menempa kejayaan luar biasa.

LUPAKAH kpd UMNO?.Inilah yg saya cuba huraikan secara spontan melalui ucapan 'off the cuff' yg mungkin tidak kemas penyampaian nya.Jika ada kesilapan teknikal dari segi ucapan yg tidak di sengajakan,itu adalah kelemahan yg ada pada semua manusia.

Sama sama kita tegakkan kehebatan bangsa melayu kita seterusnya.

Macai Pakatan Pertikai Cadangan Tukar Nama Proton!!Ni Bukan Slow Learner Tapi Learning Disabled!!!

0 comments

Macai upahan pakatan tunjukkan mereka mempunyai tahap pemikiran lembap berfikir apabila mempertikaikan cadangan tukar nama Proton Bao Teng..

Perlu diingat..pertukaran ini hanyalah berlaku di negara China sahaja...nama Bao Teng diambil nama pendaftaran Proton di China..

CEO baru Proton hanya bercadang untuk bawa nama pendaftaran tersebut di China..jadi tiada kaitan dan tiada perubahan langsung yang berlaku di Malaysia..

Kita masih menggunakan nama Proton di Malaysia..Bao Teng bermaksud Lebih Bertuah...sebelum ini mereka menggunakan nama Pu Teng..jadi pertukaran ini hanya melibatkan kesedapan dan mantik sahaja dari sudut kosa kata China. .

普 (pu) = ordinary = biasa-biasa
宝 (bao) = precious = berharga, bernilai, 
腾 (teng) = soar, rise, gallop = melambung, naik, melompat

普腾 (pu teng) = lompatan biasa-biasa
宝腾 (bao teng) = lompatan berharga

Buat macai pakatan yang Slow Learner..bukan Proton sahaja yang mengalami perubahan nama bila masuk ke pasaran China..banyak lagi jenama terkenal dunia yang ditukar nama..


Ia bukan isu besar untuk jenama lain..cumanya Proton ni sengaja dijadikan isu kerana boleh salahkan Najib..bodo cai dedak level learning disable!!!

Korang tak pelik ke bila isu berkaitan ekonomi DAP diam menikus??dulu serangan terhadap forest city DAP pun buat tak tahu saja...

Monday, November 27, 2017

KESELAMATAN PENGGUNA PENGANGKUTAN AWAM MUSIM CUTI, RAYA KRISMAS & TAHUN BARU 2018 JADI KEUTAMAAN @SPADCHANNEL

0 comments

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sentiasa peka dengan keselamatan pengguna pengangkutan awam darat setiap masa..

Lebih-lebih lagi ketika musim puncak...SPAD sentiasa mengambil langkah-langkah meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pengguna pengangkutan awam darat..

Ketika ini musim cuti sekolah..pasti ramai mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung halaman..boleh dikatakan bulan Disember setiap tahun merupakan bulan yang sibuk..akhir bulan disember nanti perayaan krismas dan sambutan tahun baru 2018..

Seperti tahun-tahun sebelum ini SPAD akan bekerjasama pelbagai agensi PDRM,JPJ,AADK dan pihak Penguatkuasa Lebuh Raya bagi melaksanakan operasi penguatkuasaan..

Bermula 23 sehingga 26 November 2017 (selama empat hari) dan operasi Perayaan Krismas serta Tahun Baru 2018, operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan bermula pada 22 Disember 2017 sehingga 2 Januari 2018...

Aspek penguatkuasaan yang diberi tumpuan ialah menangani isu pengendali dan pemandu yang melanggar undang-undang dan peraturan meliputi audit penguatkuasaan terhadap rekod GPS kenderaan, operasi penyamaran bagi pengendali hang berisiko tinggi, rondaan di lokasi berisiko tinggi dan perangkap kelajuan serta pemantauan CCTV di Pusat Operasi Lebuh Raya..

Selain itu, Pegawai penguatkuasaan SPAD juga akan meronda lokasi-lokasi di pusat bandar, berhampiran pusat membeli-belah dan terminal-terminal bagi memantau dan mengambil tindakan terhadap aktiviti ulat tiket.

Pemantauan ulat tiket ini termasuk pemeriksasn kaunter-kaunter tiket dan dokumen-dokumen juga akan dilakukan di terminal-terminal bas..

Bagi memastikan keselamatan dan pematuhan undang-undang SPAD telah mengatur pertemuan bersama para pengendali bas ekspress bagi memberi peringatan kepada mereka agar mengutamakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya melalui penekanan terhadap pematuhan Kod Amalan Industri SPAD (ICOP) serta pematuhan keselamatan setiap masa..

Sekiranya terdapat pelanggaran peraturan SPAD tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap pengendali yang melanggar peraturan..

Jadi tidaklah nanti SPAD dihukum kerana mahu mencari salah..sebelum menghukum SPAD telah memberi peringatan berkali-kali kepada pemain industri supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan..ini semua dilakukan demi memastikan keselamatan pengguna ditahap maksimum..

Untuk rekod, hasil operasi penguatkuasaan yang dilakukan SPAD dan pelbagai agensi yang dijalankan ketika musim cuti Deepavali yang lalu pada 12-22 Oktober 2017 sebanyak 313 kesalahan telah dikenal pasti dan tindakan selanjutnya telah diambil ke atas pengendali serta pengusaha yang terlibat..

Orang ramai diingatkan tidaklah bergantung kepada SPAD semata-mata..justeru, orang ramai disarankan melaporkan segala pelanggaran undang-undang melibatkan pengangkutan awam ditalian hotline 24 jam SPAD di talian 1-800-88-7723 (SPAD) atau menerusi emel aduan@spad.gov.my atau twitter @AduanSPAD.

Penumpang bas ekspress juga boleh memuat turun aplikasi MeterOn untuk memudahkan mereka menyemak status syarikat atau melaporkan sebarang kesalahan..

Semua aduan dihujung jari anda..bersama-samalah kita membantu dan bekerjasama demi memastikan industri pengangkutan awam darat negara kita berada dalam keadaan baik dan selamat!!

Sunday, November 26, 2017

Festival Pelancongan Kebudayaan Durian Antarabangsa Di Bentong..Macam-Macam Durian Ada!!!Power Bak Hang!!!

0 comments

Malaysia terkenal dengan kepelbagaian buah-buahan tempatan...ia diiktiraf oleh masyarakat luar sehinggakan ada pelancong yang sanggup datang ke Malaysia semata-mata mahu merasai sendiri keenakan durian bila tiba musimnya..

Di negara luar, orang ternanti-nanti kejadian 4 musim..di Malaysia musim buah menjadi satu peluang terbaik masyarakat dalam dan luar negara untuk menikmatinya..

Tambahan pula dengan galakan kerajaan yang menganjurkan pesta buah-buahan tempatan telah membuka peluang kepada masyarakat dari pelbagai tempat untuk menghadiri pesta yang dianjurkan..

Sekarang ini sedang berlangsung Festival Pelancongan Kebudayaan Durian Antarabangsa Malaysia 2017 yang dilangsungkan di daerah Bentong, Pahang bermula semalam sehingga hari ini..

Program ini dilaksanakan kerana pihak kerajaan mahu orang kampung turut terlibat dengan aktiviti pengeluaran buah-buahan tempatan terutama durian sebagai raja buah untuk dipasarkan ke luar negara khususnya China, Dubai serta Hong Kong..

Pesta ini juga mampu mengetengahkan industri pelancongan di daerah itu seperti menyediakan pusat informasi pelancongan untuk memberikan maklumat kepada pelancongan tentang keenakan durian kunyit..

Program ini telah dianjurkan oleh MCA Belt and Road Centre (Mbrace) dengan kerjasama Syarikat Sistem Penyiaran Hunan, Mango Entertainment, acara ini mensasarkan jumlah pengunjung seramai 50,000 orang ke Bentong..

Menteri Pertanian & Industri Asas Tabi Dato' Sri Ahmad Shabery Chek menyifatkan festival tersebut merupakan pendekatan terbaik memperkenalkan buah-buahan tempatan ke pasaran antarabangsa..

Menurut, Shabery lagi kementeruan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM 33 juta bagi projek tanaman buah-buahan tempatan terpilih dalam kawasan bekeluasan 6,200 hektar sejak projek itu dimulakan pada tahun 2013 lalu.


Ketika ucaptama pelancaran Festival Pelancongan Durian, Presiden MCA yang juga Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata "selain raja buah itu, pengunjung juga berpeluang menikmati buah-buahan tempatan dan juga halia Bentong"

"Produk seni budaya termasuk makanan berasaskan durian yang unik akan diperkenalkan kepada rakyat Cina menerusi Hunan TV bagi memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara"katanya.

Terdapat juga gerai-gerai yang menawarkan durian dab produk berasaskan raja buah itu dan buah-buahan tempatan lain di Dewan Perhimpunan Cina Bentong..


Kumpulan Nirvana Asia merupakan penaja utama, YY Dynamic Resources Sdn Bhd penaja emas manakala Kumpulan Mah Sing sebagai penaja perak..

Kalau ditanya kami durian apa yang sedap?kami memilih durian udang merah.

Saturday, November 25, 2017

WOW!!!Gambar Terowong Pertama Di Bumi Sabah..Sabah Maju Diera @NajibRazak..

0 comments

Kami ingin kongsikan satu lagi kejayaan kerajaan Barisan Nasional yang telah berjaya membawa pembangunan demi pembangunan di bumi borneo..

Umum mengetahui bahawa projek lebuh raya Pan Borneo dalam pembinaan..ia satu lagi detik bersejarah buat bumi Sabah dan Sarawak yang mana lebuh raya berkenaan tidak dikenakan tol..

Projek ini amat mustahil di bawah Mahathir biarpun dia telah memerintah selama 22 tahun..

Kali ini kami ingin kongsikan terowong pertama di negeri Sabah..Terowong ini dinamalan Terowong Sepanggar yang mana dibina sepanjang 600 meter.

Terowong ini akan memendekkan laluan menghubungkan pusat bandar Kota Kinabalu dengan Pelabuhan Teluk Sepanggar..

Ia terowong pertama menembusi kawasan bukit di Sabah..kos pembinaan tersebut memakan perbelanjaan sebanyak RM 81.5 juta..

Terowong ini dibina pada tahun 2011 akan mengurangkan kesesakan trafik selain perjalanan lebih tersusun mengikut destinasi.  Sektor industri mahupun perusahaan kecil dan sederhana juha dapat menjimatkan masa serta kos perjalanan seterusnya mewujudkan persekitaran ekonomi lebih kondusif.

Terowong ini juga akan menjimatkan perjalanan sejauh 6 KM atau 15 minit dari jalan sebelumnya..

Inilah kerajaan sebenar..bila berjanji pasti ditepati..berbeza dengan pembangkang..mereka hanya tahu cakap mahu buat terowong dasar laut tetapi sehingga kini satu habuk pun tak ada..membazir duit rakyat sahaja buat kajian..

Syabas DS Najib dan Barisan Nasional!!!





Ustaz Abdullah Memalukan Ulama', Gunakan Pentas Ceramah Untuk Memfitnah!!PHD Low Class!!!

0 comments

Sedang tersebar satu video seorang Ustaz bernama Abdullah Khairi menyampaikan ceramah agama di mimbar surau yang tidak diketahui lokasi..

Sepatutnya sebagai seorang ulama'..tugas anda ialah menyatukan umat manusia dan menyampaikan dakwah supaya manusia berada dilandasan yang diredhai Allah SWT..

Bila Ust Abdullah ini menyampaikan ceramahnya..lain pula terjadi..dia menggunakan pentas mimbar untuk mengutuk dan menyatakan ketidakpuasan hatinya melada kerajaan..

Cara Ust ini bercakap kita sudah tahu yang dia ini penyokong kuat pakatan harapan pro DAP yang secara jelas mahu menggugat agama Islam ketika pembentangan RUU355...

Langsung tidak disentuh tentang perilaku biadap pemimpin DAP..tetapi memfitnah pula kerajaan bermacam-macam...

Dia membandingkan Thailand lebih baik kerana tiada tol..malangnya itu adalah fitnah yang direka..di Thailand juga terdapat tol..


Orang macam inilah yang merosakkan agama..menggunakan agama untuk melaga-lagakan masyarakat..

Buat pengetahuan Ust fitnah..jika Malaysia sahaja yang melaksanakan GST anda boleh kutuk kerajaan..tetapi seratus lebih negara juga melaksanakannya..jika tidak masakan banyak negara melaksanakannya...

Kami menggesakan ust tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka..insaflah Ustaz..fitnah ini amalan syaitan..

Anda boleh lihat sendiri video ust Abdullah yang sungguh kurang hajar dan biadap..bangsat!


Friday, November 24, 2017

Pemain Baru JDT Naturalisasi Ada Iras-Iras Pelakon Adlin Aman Ramli..

0 comments

Akhirnya teka-teki siapa pemain naturalisasi yang dimaksudkan pihak pengurusan telah terjawab..

Gambar seorang pemain yang iras-iras pelakon tenpatan Adlin Aman Ramli telah menjadi pemain baru pasukan JDT yang mana sebagai pemain naturalisasi..

Berikut kami kongsikan sedikit biodatanya :

WELCOME LA' VERE CORBIN-ONG TO JDT FAMILY 😎

Name : La' Vere Corbin-Ong
Age : 26 years old
Date of Birth : April 22nd 1991
Place of Birth : London, England
Position : Left Back, Center Back
Previous League : Second Division Holland

PHOTO JOHOR Southern Tigers

Ingatan Buat PPBM..Buatlah Mesyuarat Cawangan Dulu..Usah Salahkan ROS!!!

0 comments
Buatlah Mesyuarat Cawangan Dulu, Usah Sibuk Salahkan ROS


Pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir kini dalam keadaan terdesak. Pendaftaran PH untuk menjadi satu gabungan masih belum diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) disebabkan masalah dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Meskipun ia adalah masalah dalaman sendiri, namun Mahathir mengambil pendekatan untuk menyalahkan pihak lain. Mula-mula beliau menyalahkan ROS, kemudian menuding jari kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Kini beliau menyalahkan pula Datuk Seri Najib Tun Razak, kononnya Perdana Menteri hanya mendiamkan diri sahaja apabila berdepan dengan tuntutan hak parti lawan.

Sekiranya semua tuntutan yang diminta oleh ROS dipenuhi, sudah pasti pihak berkuasa tiada masalah untuk menolaknya namun apa yang berlaku adalah disebabkan isu dalaman PPBM dan DAP yang masih belum diselesaikan.

PPBM berdepan masalah atas tiga kesalahan yang dilakukannya iaitu tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai ARMADA dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti sehingga boleh menyebabkan parti itu dibatalkan.

Manakala dalam isu DAP pula, parti itu berdepan dengan kemelut pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang tidak sah sebelum ini dan perlu mengadakan semula pemilihan CEC baru.

Selepas mengadakan pemilihan semula CEC, parti tersebut masih belum menghantar laporan kepada ROS untuk pengesahan rasmi.

Dan baru-baru ini, pemilihan DAP itu didakwa mempunyai unsur meragukan apabila bekas Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar, G Asoghan, berkata ada perwakilan tidak berpuas hati dengan pengendalian proses itu oleh firma audit antarabangsa, Grant Thornton.

Beliau mendakwa, ketika pengiraan kertas undi, tiada sebarang wakil atau ejen dibenarkan masuk melihat proses berkenaan, sekali gus memungkinkan tipu helah berlaku sekali lagi.

"Ketika proses pengundian, ada wakil tanya di mana tempat kiraan undi. Pemerhati yang dilantik DAP menyatakan mereka membuat pengiraan di sebuah bilik, namun tiada sesiapa pun dibenarkan masuk,'' katanya.

Dengan isu-isu yang berbangkit itu, jelas menunjukkan bahawa PPBM dan DAP masih belum menyelesaikan masalah dalaman mereka, jadi bagaimana pendaftaran PH sebagai satu parti gabungan dapat dijalankan.

Sesiapa sahaja yang waras tahu mengenainya, jadi kenapa nak salahkan ROS, Zahid dan Najib? Tulisan terbaru Mahathir di blog Che det adalah tidak masuk akal sama sekali. 

Dulu Mahathir jawab tidak tahu berkenaan isu kerugian RM30 bilion Bank Negara Malaysia (BNM) akibat urus niaga matawang asing, kini beliau menyalahkan orang lain pula apabila PH masih belum diluluskan pendaftarannya.

Mahathir sudah terdesak kerana Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan diadakan pada bila-bila masa. Beliau bimbang jika pembangkang tidak bergabung dengan segera maka sukar untuk pembangkang memberikan saingan sengit kepada Barisan Nasional.

Jika mahu bertanding atas tiket Pakatan Harapan, sepatutnya semua isu diselesaikan terlebih dahulu dalam parti masing-masing.

Isu dalam parti pun tidak mampu diselesaikan, ada hati nak memerintah negara. Langsung tidak profesional pembangkang di Malaysia ini. 


Tulisan : 
Beruang Biru
BB676, Jumaat
24 November 2017

Hina Bugis, Isteri Tak Bertudung & Nepotisme..Teruk Mahathir Kena Taruk!!!

0 comments

Hari ni rasanya hari malang buat Mahathir dan keturunannya..Sultan Johor juga terasa dengan penghinaan Mahathir..sebelum ini Sultan Selangor dan rakyat berketurunan Bugis meluahkan rasa kesal dengan sikap biadap Mahathir yang tidak langsung menjaga sensitiviti kaum lain..

Kalau nak lawan politik dengan Najib perlu ke hina keturunan?barangkali Mahathir tidak tahan dengan sindiran masyarakat anti Mahathir yang dikatakan datang dari keturunan Karala..

Hang hina dia rakyat yang menyampah dengan Mahathir tetapi yang jadi mangsa ialah PM Najib..dia boleh pula hina Najib yang tidak pernah menghinanya sebelum ini...


Tak cukup itu..portal Malaysia Kini yang juga penjilat rasmi pakatan pembangkang memuatkan satu cerita tentang Isteri Mahathir yang mengatakan "Suami larang saya bertudung"..itu hak masing-masing tapi dakwaan terbaru Siti Hasmah ini telah menconteng arang di muka Mahathir..

Habis terbuka aib suami yang melarangnya bertudung..isteri solehah kah itu?

Sebelum ini tersebar cerita kononnya Siti Hasmah tidak mempunyai rambut..dan yang dia pakai itu adalah rambut palsu..entah betul atau tidak kami tak pasti..kita dengar dari cerita rakyat..

Tapi bab Mahathir melarang Siti Hasmah bertudung ini memang amat aneh..lihat sahaja anak beranak dan cucunya..kita sendiri dapat lihat bagaimana kelakuan mereka..

Hidup mewah tapi nak berjuang kononnya Malaysia miskin..


Tak cukup kisah Bugis dan rambut..laman web FMT turut mendedahkan cerita tentang dakwaan Mahathir bahawa PM Najib bela ramai nepotisme..

Adakah Mahathir berkata dengan dirinya sendiri?kalau dilihat bukan PM Najib yang amal nepotisme tetapi pemimpin-pemimpin pakatan yang amalkan budaya anak beranak ini..

MAHATHIR ada Mukhriz..anak beranak Mahathir kaya raya..Kit Siang..anaknya Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim paling nepotisme..boleh digelar bapak segala Nepotisme dalam Malaysia...tak cukup anak..isteri juga dibawa masuk ke kancah politik..

Hari ini hari malang buat Mahathir..kesian...

SPAD Gantung Operasi Tren Kargo KTMB Yang Tergelincir Beri Laluan Proses Siasatan & Penambahbaikkan!!!

0 comments

Awal pagi kelmarin telah berlaku satu insiden melibatkan 12 gerabak tren kargo KTMB yang tergelincir di antara Stesen Bank Negara - Stesen Kuala Lumpur..

Ekoran kejadian tersebut, Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengarahkan KTMB untuk mengantung operasi tren kargo sepanjang laluan Rawang - Salak Selatan..


Arahan tersebut bertujuan supaya KTMB dapat menjalankan siasatan menyeluruh mencari punca berlaku insiden berkenaan dan mencari penyelesaian agar kejadian seumpama ini tidak berulang.

Antara langkah yang dilakukan SPAD ialah:
1) SPAD menegaskan kepada KTMB untuk mengkaji semula dan memperbaiki prosedur pengendalian gerabaknya bagi memastikan keselamatan terjamin. 
2) Mengarahkan KTMB mempercepatkan projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) yang bertujuan untuk menaik taraf rangkaian rel sepanjang 42k, terutamanya di landasan sejauh 7km di antara Simpang Batu dan Stesen Kuala Lumpur kerana indeks kualiti landasan (track quality index) dalam sektor ini perlu dipertingkatkan dengan kadar yang segera. 
3) KTMB juga diminta untuk melakukan pemulangan tambang kepada penumpang ETS yang mengalami gangguan perjalanan serta ingin membatalkan perjalanan mereka supaya penumpang tidak menanggung sebarang kos tambahan bagi perkhidmatan MRT dan bas, penunpang juga boleh mengubah tarikh perjalanan. 
4) Penumpang yang terjejas digalakkan mengguna perkhidmatan rel alternatif seperti MRT di Sungai Buloh, Kajang, Muzium Negara, Pasar Seni, dan LRT dari Subang Jaya. 
5) KTMB juga memastikan penumpang Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan dihubungkan ke Stesen Sungai Buloh menggunakan MRT sebelum beralih ke ETS sebelum memulakan perjalanan masing-masing. 
6) SPAD mengarahkan KTMB untuk menyediakan perkhidmatan bas untuk perjalanan Sentul-KL Sentral-Sentul sebagai satu alternatif perjalanan bagi penumpang yang terjejas.


Sekiranya anda ingin mendapatkan penjelasan boleh menggubungi KTMB ditalian 03-22671200.

KTMB berdepan dengan penalti kewangan sekiranya hasil siasatan mendapati KTMB cuai dalam melaksanakan SOP yang telah ditetapkan...

Semua ini dilakukan supaya kualiti pengangkutan berada dalam keadaan yang terbaik..kita harapkan kejadian seumpama ini tidak berulang lagi..

Thursday, November 23, 2017

Ekonomi Malaysia Teruk Tuduhan Karut Pakatan Pembangkang..Rakyat Jangan Percaya!! Cc @LiowTiongLai @WeeKaSiongMP

0 comments

Pembangkang penuh bongkak dan penipunya sentiasa memainkan sentimen bahawa Malaysia ini sebuah negara yang teruk..ekonomi negara di bawah tahap kritikal dan dijangka bankrap..

Mereka sengaja memainkan sentimen jahat itu bukanlah realiti sebenar tetapi tidak lebih hanya mahu memancing undi daripada rakyat yang kategori bawah 40..

Rakyat peringkat ini tidak dinafikan mempunyai masalah ekonomi..apa yang dilakukan kerajaan ialah memberikan bantuan berupa BR1M..bantuan kebajikan..bantuan awal persekolahan dan bermacam-macam bantuan lagi..rakyat yang beragama Islam boleh memohon bantuan dari pusat zakat..

Lumrah manusia..menghasut lebih mudah daripada memberi..mereka tidak memberi tetapi menghasut..itulah yang mereka kata pandangan Malaysia mahu bankrap..mereka menggunakan harga minyak sebagai medium untuk membangkitkan kemarahan kepada pemimpin kerajaan..sudah dijelaskan bahawa yang harga minyak bergantung kepada harga pasaran dunia..kita bukan negara Opec untuk menetapkan harga minyak..

Sekarang inipun nilai ringgit semakin mengukuh dimana kadar 1USD sebanyak RM4.11449..

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan mengatakan Malaysia bukanlah 'Failed State'atau negara gagal, bahkan tidak juga muflis seperti yang didakwa pembangkang..

"Kita mencari kebenaran melalui fakta. Pihak pembangkang cuba menafikan bahawa ekonomi negara berada di landasan yang betul malah menipu fakta" kata Liow

"DAP telah menjadikan MCA musuhnya dan memilih kaedah memfitnah untuk mendapatkan kemenangan lada dua pilihan raya yang lalu"

Disebabkan hal ini, Liow mengesa jentera publisiti MCA untuk mendedahkan sikap sebenar DAP kepada masyarakat..

DAP bukanlah parti yang harus dibanggakan..mereka hanya parti yang gila dan tidak peka..buktinya di Pulau Pinang..Habis lereng bukit ditarah untuk dibangunkan tanpa rasa bersalah..


Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong turut menyelar sikap bermuka-muka pemimpin DAP...

DAP tanpa segan silu cuba 'hijack' hasil kerja MCA memajukan sekolah Cina..mereka sengaja mahu mengaburi masyarakat berbangsa Cina dan cuba menafikan jasa dan kerja keras MCA membantu pendidikan orang Cina..

Apa yang dilakukan MCA ketika ini adalah untuk memulihkan mentaliti masyarakat Cina terhadap MCA..sekarang ini mereka hanya nampak DAP yang berbakti kerana termakan hasutan pembangkang...

Rakyat perlu berhati-hati dengan muslihat DAP..cukup-cukuplah..banyak sangat dah kerosakan yang DAP telah lakukan..PRU 14 bukan tempoh eksperimen..kita hendak membina negara kearah lebih berdaya saing supaya mencapai hasrat Transformasi Nasional 50..

Wednesday, November 22, 2017

TERKINI!!MINYAK TURUN 8 SEN 23-39 NOVEMBER 2017!!!

0 comments

Alhamdulillah syukur..ekoran harga minyak turun beberapa hari minggu lalu..kerajaan menggumumkan penurunan harga minyak sebanyak 8 sen..

Kami tidak mahu memuji DS Najib kerana harga minyak dipengaruhi harga minyak dunia..jadi jangan salahkan Najib jika minyak naik..

Faktor lain penurunan minyak juga dipengaruhi oleh pengukuhan matawang ringgit.. 1 USD bersamaan RM 4.11...


Apapun kami tetap penyokong Najib Razak..Rafizi Ramli dan macai pro DAP sila berambus!!!

Ada faham!!!

Sultan Johor Ingatkan Orang Melayu Johor Jangan Berpecah!!!

0 comments
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berpesan kepada seluruh orang Melayu Johor agar tidak berpecah...

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Royal Press Office, berkata "biar apapun yang mendatang, kepentingan dan pengaruh orang Melayu mesti dijaga sebaiknua tanpa kompromi dan berdolak-dalih"

Berikut kami kongsikan petikan ucapan baginda:




Kerajaan BN Janji Akan Bantu Kurangkan Kesan Kenaikan Harga Minyak..

0 comments

Kerajaan Barisan Nasional menunjukkan keprihatinan kepada rakyat bagi membantu mengurangkan kos minyak rakyat berikutan kenaikan harga minyak dunia dan kos inflasi...

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Kerajaan melalui kementerian kewangan telah mengenal pasti langkah bersesuaian bagi mrngurangkan impak kenaikan harga minyak sekiranya harga runcit produk RON 95 dan diesel melebihi RM 2.50 seliter secara berterusan selama tiga bulan..

Malaysia mengamalkan langkah rasionalisasi subsidi produk petroleum mengikut harga trend kenaikan atau penurunan harga minyak mentah dunia untuk mengurangkan ketirisan dan memastikan pemberian subsidi yang bersasar..

Walaupun begitu, kerajaan masih memberi subsidi kepada sektor pengangkutan awam dan nelayan, di samping gas masak (LPG)..

Inilah kerajaan BN, memberikan subsidi kepada golongan yang memerlukan..minyak yang tiada subsidi pun terpaksa diberikan bantuan jika keadaan memerlukan...

Dipihak pembangkang pula hanya tahu menyalahkan DS Najib yang tiada kena mengena dengan kenaikan harga minyak..inilah pembangkang..mereka hanya meraih sokongan daripada orang bodoh yang mempercayai segala apa yang dicakap...


Tuesday, November 21, 2017

Aik!!!Perdana Menteri Paling Lama Malaysia Pun Tak Tahu Undang-Undang Parti Sendiri...Lawak Bodo Apa Mahathir Buat Ni!!!

0 comments

Mahathir seharusnya berasa malu kerana menuduh UMNO cuba mempengaruhi ROS kerana melenggahkan pendaftaran Pakatan Harapan..

Mahathir cuba menjadikan Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi sebagai alasan kegagalan Pakatan Harapan didaftarkan..tuduhan ini amat kurang hajar apatah lagi ia datang sendiri daripada orang yang pernah menjadi Perdana Menteri paling lama dalam Malaysia..

Melihat tuduhan tersebut amat berat yang datangnya dari Perdana Menteri paling lama, DS Zahid menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam keputusan ROS dan mendedahkan sebab kelewatan tersebut berpunca daripada pihak PPBM dan DAP...

Sebabnya ialah :
1. PPBM melanggar perlembagaan parti iaitu belum mengadakan mesyuarat agung tahunan.
2. Menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai ARMADA
3. Menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagagaan
4. ROS masih menuggu laporan pemilihan semula CEC DAP..

Alangkah ruginya jadi Perdana Menteri paling lama dalam Malaysia tetapi hal berkaitan ROS dan pertubuhan langsung tak tahu..

Mahathir sejak join DAP otaknya macam banyak yang putus..benda mudah pun tak tahu..yang mereka tahu hanyalah menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional..bangang bukan??

Mukhriz dan Muhyiddin juga relax..semua bapak uruskan..

PERUNTUKAN BESAR UNTUK TVET DALAM #BAJET2018 BUKTI KERAJAAN PENTINGKAN PENDIDIKAN VOKASIONAL..PEMBANGKANG DIMALUKAN LAGI!!!

0 comments

Kerajaan Malaysia telah menggalakkan pembangunan pendidikan berteraskan vokasional bagi memastikan setiap rakyat mempunyai pilihan untuk memasuki bidang vokasional..dalam menghadapi dunia serba maju..persaingan pendidikan rakyat Malaysia harus diberi keutamaan dan yang paling penting sekali ialah holistik...

Karakter setiap pelajar berbeza..ada yang berkebolehan dalam bidang akademik maka kita dapat lihat pelajar ini akan cemerlang dalam peperiksaan akademik..selain itu, karakter pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik mungkin minat mereka dalam bidang lain seperti sukan, seni dan kemahiran iaitu bidang vokasional..

Dalam bajet 2018 yang lalu, DS Najib telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM61.6. Billion untuk pembangunan kemahiran dan bakat..dan TVET sebanyak RM 4.9 Billion untuk pelan induk TVET..

Jumlah ini amat besar..ini menunjukkan betapa kerajaan mementingkan aspek kemahiran bagi menjayakan perancangan mega kerajaan iaitu Transformasi Nasional 2050 atau TN50..

Malangnya perancangan murni disalah erti..Menteri Besar Selangor, Azmin Ali telah tersilap langkah dalam misinya untuk mencerca imej kerajaan..

Azmin dalam laman twitternya menuduh DS Najib hanya memperuntukkan RM 4.5 juta sahaja dengan membandingkan Selangor gang menyediakan peruntukan RM 50 juta.



Angka ini telah disanggah oleh PM Najib..Dalam kemaskini Facebook, DS Najib menyindir seseorang supaya janhan salah baca kerana peruntukan kerajaan bukanlah RM 4.5 juta tetapi RM 4.9 billion..


Modal yang sama juga digunakan oleh Pertubuhan tidak diiktiraf ARMADA..Syed Saddiq juga jadi bodoh apabila menggunakan point yang sama dengan Azmin..

Jika anda tidak mahu memuji tidak perlulah mencari silap sehingga menampakkan kebodohan diri!!!

Monday, November 20, 2017

DIAZ & FIGUEROA KEMBALI BERSATU..KEMBALI KE JDT 2018!!!

0 comments

Luciano Figueroa, Pereyra Diaz Sah Sertai JDT Musim 2018, Selamat Tinggal Cabrera & Guerra!                 

Semakin panas dalam perpindahan pemain musim 2018, dimana hari demi hari kelab pasukan Johor Darul Takzim mengumumkan pemain baharu mereka yang bakal beraksi di Liga Super 2018. Jika sebelum ini dua pemain muda iaitu Adam Nor Azlin dan Syamer Kutty Abba telah mengesahkan akan menyertai bersama JDT.

Khabar baik buat peminat pasukan Harimau Selatan, dimana pemain legend mereka iaitu Luciano Figueroa telah mengambil keputusan untuk kembali bermain bolasepak bersama JDT. Jika sebelum ini beliau telah mengumumkan persaraannya, namun kerinduan beliau untuk beraksi dengan pasukan JDT tidak dapat dinafikan.


Hari ini, menerusi page rasmi Johor Southern Tigers telah mengumumkan kembali bekas bintang sensasi JDT, Jorge Fereyra Diaz yang telah menyertai kelab itu semula dari kelab Linus. Rata-rata penyokong JDT telah memberi khabar gembira dan positif kepulangan pemain itu.

Dalam masa yang sama, JDT mengucapkan selamat tinggal kepada Gabriel Guerra dan Gonzalo Cabrera yang akan meninggalkan pasukan ini untuk musim hadapan. Memang tak dinafikan kedua-dua pemain import ini adalah antara penyumbang terbesar dalam kejuaraan Liga Super 2017.

MALAYSIA TAK GAGAL..YANG GAGAL PPBM MAHATHIR!!!

0 comments


Laporan Bank Negara Malaysia pada 17 November 2017 menyatakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK Malaysia adalah pada kadar 6.2% pada suku ketiga tahun 2017. 

Pencapaian 6.2% ini menjadikan Malaysia antara negara yang merekodkan pertumbuhan ekonomi yang tertinggi di dunia pada tahun ini.  Bermaksud dasar dan perancangan ekonomi yang dibuat oleh kerajaan BN pusat  sekarang ini berada di landasan yang betul. 

Semasa pembentangan Bajet 2018 di Parlimen pada bulan lepas, Datuk Seri Najib ada menyindir pembangkang yang selalu sangat menuduh Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal dan bankrup. Pembangkang di Malaysia ini seronok sangat hendak lihat negara ini jadi bankrup dan gagal.

Datuk Seri Najib sebut rizab negara sekarang lebih USD$100 billion, Jika hendak dibandingkan dengan hanya USD$21 billion pada tahun 1997. Dengan jumlah rizab USD$21 billion pun Malaysia tidak bankrap, apatah lagi dengan jumlah rizab yang ada pada masa sekarang ini. “Sekarang hendak kata bankrup?” kata Datuk Seri Najib.

Itu belum lagi dikira yang hilang RM32 billion. Kemudian Datuk Seri Najib sebut “senyap je pembangkang?”.  Lagilah senyap pembangkang bila melihat laporan terbaru mengenai statistik ekonomi negara yang dikeluarkan oleh Bank Negara ini. Apa yang mereka jaja selama ini bahawa Malaysia hendak gagal dan bankrup sudah terbukti hanya dakyah palsu semata mata. 

Sampai data Bank Dunia pun mereka sanggup selewengkan semata mata hendak menuduh Malaysia negara yang hendak bankrup. Negara hendak bankrup apa kalau penuh orang beratur menyerbu IKEA baru yang dibuka di Tebrau?. Apakah tanda tanda negara ini hendak bankrup bila jualan kereta baru MyVi yang baru mendapat 6,000 tempahan dalam masa seminggu. 

Apakah ini tanda rakyat negara ini tiada duit dan ikat perut bila rakyat Malaysia berbelanja RM100 juta membeli belah di Lazada pada 11 November 2017. Rakyat Malaysia menderita sangat kerana naik minyak 7 Sen tetapi 10 juta barang di Lazada ditinjau setiap minit oleh rakyat Malaysia.  

Ada 1,400 transaksi jual beli setiap minit di Lazada dan antara barang yang dibeli adalah TV bernilai RM13,499. Ini tanda tanda rakyat Malaysia susah? Rakyat Malaysia sanggup bertumbuk bila beratur hendak membeli kasut Adidas NMD Hu Trail Pharrel Williams berharga RM900 sepasang. Bukan bertumbuk berebut makanan tetapi bertumbuk hendak beli kasut mahal. Ini yang berlaku di Malaysia. 

Semua tanda tanda ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bukanlah seperti yang digambarkan oleh pembangkang. Negara paling murah minyaknya di dunia iaitu Venezuela, pertumbuhan ekonominya adalah (-12%). 

Pertumbuhan ekonominya adalah negatif dan berada dalam kedudukan yang paling bawah dalam pertumbuhan ekonomi dunia. 

Buat apa berbangga dengan kedudukan nombor satu minyak paling murah di dunia jika pertumbuhan ekonomi negara adalah pada kadar negatif dan paling rendah sekali di dunia. 

Menurut data Bank Dunia, kadar pertumbuhan ekonomi 6.2% yang dicapai Malaysia adalah lebih baik berbanding Singapura negara jiran hanya mencatat 2.5%. Lebih baik dari Thailand 3.7%, Jerman 2.1%, Russia 1.8%, Perancis 1.6%, Jepun 1.5%, United Kingdom 1.7% dan Turki 5.1%.

“Angka 6.2 peratus itu menunjukkan satu perkembangan yang sihat. Walaupun dunia amnya menghadapi masalah peningkatan harga barang dan sebagainya, hubungan yang jitu antara ketiga-tiga faktor ini menjadikan Malaysia antara negara yang merekodkan pertumbuhan ekonomi yang tertinggi di dunia pada tahun ini” kata Prof. Dr. Zulkornain Yusop, Presiden Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM).

Bloomberg dalam satu artikelnya bertajuk “Malaysian Economy Expands at Fastest Pace in More Than 3 Years” pada 17 November 2017 turut menyatakan Malaysia adalah satu tempat terbaik untuk ekonomi di Asia Tenggara pada tahun 2017.

Bloomberg juga turut memujji pemotongan cukai dan pembayaran bonus yang diumum oleh Datuk Seri Najib dalam Bajet 2018 akan meransang perbelanjaan pengguna pada tahun 2018.

Ini bukan kali pertama cara pengurusan ekonomi Malaysia dipuji dan dijadikan contoh oleh orang luar, malah kaedah BR1M yang diperkenalkan Datuk Seri Najib turut dipuji oleh 35 orang pakar ekonomi di United Kingdom. Mereka ini pakar ekonomi sebenar bukannya pakar ekonomi “mee segera’ yang tumbuh bagaikan cendawan di Facebook pada hari ini.  

Sudah terbukti, Malaysia yang diterajui oleh kerajaan BN pusat tidak gagal ekonominya, yang gagal adalah parti politik yang sering menuduh negara ini hendak gagal dan bankrup. Parti PPBM sekarang ini sebenarnya yang gagal dan tidak berada di landasan yang betul. 

Bukan main lagi jaja cerita ada 6 juta orang hendak daftar jadi ahlinya masa awal hendak tubuh parti dahulu. Bukan main lagi cerita ada 1.2 juta tandatangan hendak "Selamatkan Malaysia". Mana pergi semua itu?

Realitinya hari ini,  mesyuarat cawangan pun tidak boleh. Hanya 12 orang sahaja hadir mesyuarat di peringkat pusat. Ini sebenarnya tanda kegagalan. Parti bunga sebenarnya yang gagal. 


Tulisan :

Beruang Biru
BB666, Isnin
20 November 2017

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA