networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Sunday, December 31, 2017

AGM PPBM TIADA YANG ISTIMEWA..HANYA MEDAN MENGUTUK NAJIB DAN UMNO...

0 comments

Nampaknya peristiwa AGM pertama parti bunga PPBM hanya sekadar ucapan kosong dan tiada hala tuju untuk memperjuangkan bangsa Melayu dan Malaysia..rata-rata ucapan pemimpin tertinggi PPBM sekadar tidak lebih melepaskan geram kepada UMNO dan Najib sahaja...


Ia turut diakui oleh seorang perwakilan yang mengeluh kekecewaan apabila agenda menjatuhkan Najib dan UMNO lebih utama daripada memperjuangkan Bangsa Melayu dan bumiputera...

Itu statement oleh perwakilan PPBM sendiri..PPBM sebenarnya sebuah parti yang belum bersedia untuk mengepalai parti sendiri apatahlagi ingin bertanding pada PRU 14 nanti..

Mahathir pula dikatakan ingin menjadi Perdana Menteri semula setelah sekian lama meletak jawatan..teringat kami peristiwa Mahathir mengumumkan perletakan semua jawatannya di PWTC..dia kata dah fikir lama dah sebelum membuat keputusan muktamad...

Pada usia 93 tahun sepatutnya Mahathir perlu berehat..tidak usahlah jadi hamba politik sampai mati..kita lihat Tun Abdullah mantan PM yang menjadi mangsa kerakusan Mahathir..hidupnya kini bahagia dan penuh ceria..

Berbeza dengan Mahathir..hidup penuh dendam dan hasad dengki untuk menjatuhkan UMNO..bayangkan alam ucapannya semalam 36 kali dia sebut Najib..menunjukkan betapa benci dan dendamnya Mahathir kepada Najib..Mahathir kena terima hakikat bahawa kegagalan terbesarnya dalam hidup ialah menjatuhkan Najib yang mana masih gagal hingga kini...

Mahathir meletakkan dirinya penuh kehinaan apabila banyak kali melakukan UTURN..semua musuh-musuh politiknya ketika menjadi PM disokong..pemimpin UMNO yang menyokongnya ketika pemerintahannya 22 tahun dijadikan pula musuh..

Tidak bersyukur langsung..jika tiada UMNO..Mahathir hanya doktor gigi sahaja yang tidak dikenali...buat macai-macai PPBM tak usahlah berbangga dengan kejayaan silam..kerana itu bukannya kudrat Mahathir seorang..itu semua berkat kebersamaam pemimpin BN dalam memastikannya berjaya menjadi PM 22 tahun..

Mahathir hanya seorang warga emas yang layak menerima BR1M jika tiada UMNO..haha!permohonan Maaf Mahathir semalam kerana budaya bukan kerana keikhlasan dan sedar akan khilafnya selama ini..PPBM kena terima hakikat..perjuangan mereka tidak akan hidup tanpa Mahathir..sebab itu Mahathir terpaksa diheret dalam keadaan uzur dan fikiran MUDAH LUPA kemana sahaja mereka berkempen..

Mengulas AGM PPBM semalam ternyata ia dilakukan dalam keadaan terdesak seperti seorang wanita yang mengandung luar nikah..cepat-cepat nak kawin bagi menutup maruah..sehinggakan melanggar hukum agama...

Samalah dengan PPBM ..perlembagaan mirip UMNO tapi agenda perjuangan mengehentam UMNO..UMNO pula agenda perjuangan memartabatkan bangsa Melayu, Agama Islam dan Tanah Air...

Mesyuarat Cawangan dan Bahagian entah ada atau tidak tiba-tiba terus buat AGM..kan lucu nampaknya..

CHAK!!!

Saturday, December 30, 2017

MAHATHIR MINTAK MAAF..HANG MENGARUT APA NI CHEDET???PENAT MACAI PERTAHANKAN HANG SELAMA INI SEBAGAI INSAN SUCI..KAHKAHKAH!!!

2 comments

Nampaknya Allah SWT telah memakbulkan doa almarhum Ust Fadzil Noor agar dipanjanglan usianya supaya dapat melihat segala kerosakan yang dia lakukan sebelum ini..

Dulu dengan penuh angkuh dia kata tak pernah buat silap sepanjang jadi PM 22 tahun..

Kalau tak percaya baca SINI

Hari ini dia buat lawak pulak..cakap nak mintak maaf atas segala kesalahan yang dia pernah lakukan..hang cakap apa ni Mahathir..

Nyatakanlah dosa apa yang ko lakukan?skandal Forex ka?mohon maaf banyak lakukan penindasan atas projek-projek mega yang diserahkan kepada kroni ka?atau apa Mahathir?

Kami rakyat Malaysia nak tahu apa temberang ko selama ini yang sampai kata banyak dosa dan mintak maaf...

Senarai UTURN Mahathir selepas keluar UMNO...GST, BR1M, ANWAR, KIT SIANG, DAP, SODOMI, Memecat Anwar bukan satu kesilapan..

Nampak tak..Mahathir dah pecah tembelang dia banyak dosa kepada rakyat Malaysia..macai saja yang masih mengagung-agungkan dia..

Friday, December 29, 2017

VIDEO VIRAL..WARGA EMAS NYATAKAN SOKONGAN PENUH KEPADA UMNO #PRU14!!!

3 comments

Sedang tersebar satu video seorang warga emas yang berdialek jawa menyatakan sokongan penuh kepada UMNO tanpa kompromi..

Dalam video berkenaan sianak bertanya soalan: "Bapak nanti pilihan raya nak undi UMNO ke PKR?"

Sibapa dengan penuh yakin dan penuh bangganya berkata menyokong UMNO..

Kalau kami ni ada kuasa..memang kami akan beri BR1M 2 kali ganda kat pak cik ni..orang macam nilah yang bagus tidak mudah terpedaya dengan hasutan dan tipu daya syaitan...

Amacam orang muda??warga Emas berani nyatakan pendirian...jangan jadi lalang sudah!!!

DAP bagi kurma kau sebat..tapi undi UMNO...kahkahkah!!!

Saksikan video di bawah :


Thursday, December 28, 2017

1MDB LANGSAI HUTANG..PAKATAN ALIH ISU PENGUNDI POS PULA..

6 comments

Berita ini pasti tidak mahu didengar oleh macai-macai Pakatan pro DAP..1MDB berjaya membuat pembayaran kepada Petroleum Investment Company PJSC (IPIC) lebih awal berbanding perjanjian awal iaitu 31 Disember 2017...

Ini semua hasil daripada kejayaan program Rasionalisasi 1MDB yanh sedang berlangsung..jumlah yang dibayar ialah RM 2.45 billion..

Ini bermakna satu lagi tuduhan pembangkang terhadap 1MDB berjaya dipatahkan dan mereka kini sedang mengalihkan perhatian rakyat kepada pengundi Pos pula..

Mereka sengaja lakukan serangan tersebut kerana mahu menutup kisah kejayaan 1MDB membayar sebelum tarikh yang ditetapkan..bukan mereka tidak yang SOP undi POS amat adil dan telus...

Berikut kami kongsikan potongan akhbar :

Langkah itu telah memaksa IPIC, yang merupakan syarikat pelaburan kerajaan Abu Dhabi, membawa tuntutan arbitrasi di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London terhadap 1MDB dan kerajaan berhubung tuntutan berjumlah AS$6.5 bilion (RM26.4 bilion).

Susulan itu, 1MDB bersetuju untuk membayar AS$1.2 bilion (RM4.9 bilion) dalam dua kali ansuran kepada IPIC dengan pembayaran pertama bernilai kira-kira AS$600 juta pada 31 Julai 2017.

Namun 1MDB gagal memenuhi tarikh akhir berkenan ekoran keperluan untuk mendapatkan kelulusan kawal selia dan membuat pembayaran yang diperlukan pada bulan Ogos lalu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham London semalam, IPIC berkata, ia kini telah menerima kesemua dana yang diperlukan menjelang 31 Disember di bawah penyelesaian yang dibuat dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan 1MDB.

Tan Sri Annuar Musa Penyelamat MARA..Fakta Yang Harus Diketahui!!!

2 comments

Tan Sri Annuar Musa dilihat sebagai seorang pemimpin UMNO yang harus ditumbangkan Pakatan Harapan..

Serangan demi serangan TSAM ke atas DAP, Mahathir dan Pakatan membuatkan kem pembangkang sangat tidak selesa..ibaratnya setiap isu yang keluar dari mulut TSAM nahkoda Pakatan kacau bilau seperti dilanda ombak besar...

Jadi bagi menjatuhkan imej TSAM yang dilihat ancaman terbesar pakatan maka serangan untuk memburuk-burukkan TSAM perlu dilakukan segera sebelum lebih banyak pendedahan dikeluarkan oleh Ketua Penerangan UMNO itu...

Pakatan hendak menyerang TSAM ke atas salahguna kuasa menaja skuad bola sepak Kelantan sudah tidak berjaya..jadi cari punya cari maka mereka perlu menyerang MARA agar dapat mengaitkan isu MARA dengan TSAM..

Inilah agenda utmanya..sebelum kami menulis lebih panjang eloklah pembaca menghayati video di bawah untuk mendengar ucapan pemimpin pembangkang..


Dengan memasukkan angka maka tugas fitnah nampaknya mudah kerana orang Malaysia lebih mudah percaya tanpa menyiasat kesahihan maklumat tersebut...

Dalam video berkenaan pemimpin Pakatan itu menyatakan TSAM telah terlibat dalam skandal pembelian bangunan di Australia..

Sebenarnya isu berkenaan telah berlaku di era kepimpinan pemimpin pembangkang , DS Syafie Apdal ketika dia menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan kroninya..

Nampaknya pakatan telah melakukan "Friendly Fire"..tidak hairanlah orang yang bermasalah sepertinya Syafie Apdal telah dibuang UMNO...

Kita cabar pemimpin pakatan berkenaan keluarkan bukti yang menunjukkan TSAM terlibat dalam transaksi tersebut...

Keduanya..TSAM sebenarnya telah menyelamatkan MARA dari terus disalah erti masyarakat tetapi orang yang hendak membetulkan keadaan pula dituduh perosak MARA..ini tidak adil baginya..

Ketika TSAM menjadi Pengerusi MARA, beliau telah meluluskan rasionalisasi Mara Incorporated (Mara Inc.)..hasil penubuhan Mara Inc. ini beberapa aset di Australia telah dijual dengan keuntungan dan semua pinjaman Mara Inc. Di Australia telah dijelaskan..

Sekarang ini MARA hanya ada dua aset sahaja di Australia..itu pun tiada hutang dan semuanya mencipta keuntungan dan memberi pulangan hang positif..

Adalah tidak benar jika kita hendak mengatakan Mara Inc. rugi..

Sepanjang TSAM di MARA, beliau telah meminta kes ini disiasat dan memberi kerjasama dengan SPRM..selain itu, TSAM juga mahukan siasatan Audit luar dan forensik..

Sebenarnya hasil kebijaksanaan TSAM inilah berjaya menyelamatkan MARA dari terus diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab membuatkan nama MARA terus tercemar..

Janganlah terikut-ikut rentak pembangkang..mereka sengaja mengaitkan TSAM dan MARA bagi memberi imej buruk kepada UMNO....jika hendak mendedahkan isu ini sepatutnya pemimpin pakatan kaitkan dengan Syafie Apdal..itu mustahil dilakukan kerana ia akan memberi tamparan buruk buat mereka..

Tuesday, December 26, 2017

PANAS!!!50% Anak Muda Cina Akan Mewakili MCA Menentang Pakatan Pro DAP #PRU14...

0 comments

DAP kini menghadapi masalah apabila tiada calon muda yang layak menggantikan pemimpin-pemimpin tua DAP seperti Lim Kit Siang...

Sepatutnya orang tua seperti Lim Kit Siang ini seharusnya duduk berehat di rumah bermain bersama cucu..tetapi itu tidak mungkin dapat dilakukan apabila memikir nasib parti..

Kit Siang dan Mahathir masih lagi berpolitik tatkala usianya sudah tua..ini realiti yang harus rakyat tahu..pakatan ketandusan calon muda...

Tidak bagi Barisan Nasional..umpamanya MCA, parti keramat Cina itu mengumumkan awal-awal lagi senarai calon yang mana terdiri daripada orang Muda untuk mengalahkan calon Pakatan Pro DAP...

50% peratus calon muda dan muka baru bakal mewakili MCA pada PRU nanti..sasarannya adalah untuk mengalahkan calon tua DAP..tambahan pula ramai pemuda Cina mahukan perubahan dari pucuk pimpinan yang mana mampu membawa suara mereka ke peringkat lebih tinggi..

Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai mahu semua pemimpin dan calon MCA rajin, turun padang agar lebih dikenali dan disukai oleh rakyat. Mereka semua perlu mempunyai komitmen yang tinggi dalam memberi khidmat kepada rakyat..

Menurut Liow, MCA telah mengumumkan beberapa nama calon di beberapa tempat antaranya kerusi Parlimen Tebrau akan ditandingi Datuk Dr. Hou Kok Chung dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya pula bakal ditandingi Datuk Tan Cher Puk..


Tatkala pemimpin DAP sibuk dengan ceramah fitnah memburuk-burukkan Barisan Nasional jentera MCA telah lama bergerak diperingkat akar umbi..kebanyakannya muka baru bersemangat dan berkarisma..

Jika dilihat tidak ada pun pemimpin dari MCA yang mempunyaj masalah moral krisis melibatkan SPRM...ini petanda bahawa MCA mahukan pemimpin yang bersih yang tidak terpalit dengan sebarang kontroversi..

Inilah yang kita mahu..setiap pemimpin bersih dan disenangi masyarakat berbilang kaum..

Al-Fatihah : Sasterawan Negara Shahnon Ahmad Meninggal Dunia..

0 comments

Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun.
Mendapat berita  Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dato' Dr. Hj. Shahnon Ahmad telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini 26/12/2017 ( sekitar 8 pagi), di Hospital KPJ Kajang. Jenazah akan disolatkan di Surau Madani Seksyen 3 Bandar Baru Bangi selepas solat Zuhur.

Negara kehilangan tokoh sasterawan yang berjasa besar. USM kehilangan mantan pensyarah, Dekan PP Ilmu Kemanusiaan dan Pengarah Pusat Islam yang banyak berjasa kepada Menara Ilmu ini.

Alfatihah.

Monday, December 25, 2017

Pemimpin Pakatan Gabra Terpaksa Buat Video "Damage Control" 'Saya Mahu Jadi PM' Bagi Meyakinkan Pengundi #PRU14!!

0 comments

Beberapa hari lalu tersebar sebuah video yang mana semua pemimpin tinggi pakatan rakyat mahu jadi Perdana Menteri..

Video berkenaan bermula dengan keghairahan situa kutuk Mahu menjadi Perdana Menteri..ia diyakinkan lagi dengan aksi boboi mengatakan bapa saya mahu jadi PM..seterusnya anak beranak Wan Azizah dan Nurul Izzah yang menyatakan Bapak Anwar Bin Ibrahim juga mahu jadi Perdana Menteri..

Dalam video tersebut turut kelihatan pemimpin PAN Md Sabu yang sentiasa kalah bila bertanding Pilihan Raya..

Amat lucu sekali..video tersebut terpaksa dilakukan bagi mengembalikan sokongan rakyat yang menyampah kepada pemimpin Pakatan Harapan yang gila kuasa..masing-masing mahu jadi Perdana Menteri..

Sehinggakan pemimpin Pakatan Harapan dilihat sebagai pemimpin yang tiada kredibiliti dan tak guna..

Justeru bagi membaiki kerosakan calon Perdana Menteri..mereka cuba putar belit bahawa mereka semua calon PM yang berpotensi..

Apa yang dilakukan pemimpin pakatan hanyalah sia-sia..ini kerana ia tidak mampu mengubah persepsi rakyat bahawa Pakatan Harapan tiada calon Perdana Menteri..

Mereka pasti akan berebut jika sudah menang..nauzubillah..ya allah minta dijauhkan Pakatan Memerintah..amin...


Korak Mung..Semua Nok Jd PM..KAHKAHKAH!!

Sunday, December 24, 2017

Tiada Lagi Jurang Pemandu Teksi & Aplikasi E-Hailling..Kerajaan Usaha Wujudkan Persaingan Sihat Teksi, UBER & GRAB!!!

0 comments

Kerajaan sentiasa mendengar rungutan pemain industri pengangkutan awam darat pemandu teksi yang selama ini merintih kononnya kerajaan menganaktirikan mereka di negara ini..Kerajaan telah melaksanakan usaha untuk mentransformasi industri ini yang mana salah satunya ialah memberikan geran kepada pemandu teksi..

Pemberian geran ini bagi membebaskan pemandu teksi daripada cengkaman syarikat pengendali dan pemandu teksi yang telah menerima lesen individu yang layak akan menerima bantuan geran sebanyak RM 5,000..

Ini antara usaha yang dilakukan oleh pihak SPAD..Terkini SPAD dan kerajaan bakal memberi peluang sama rata kepada teksi, uber dan Grab melalui sistem baru bagi mengantikan lesen PSV yang bakal dimuktamadkan pada bulan depan..

Sistem baru ini bakal dimuktamadkan seawal tahun hadapan bagi menyelesaikan kemelut pemandu teksi yang merasakan diri mereka dianiaya..setakat ini rundingan sedang berjalan amtara pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata "sebaik sahaja pindaan ini selesai, UBER, GRAB dan TEKSI tiada lagi perbezaan dan mereka akan bersaing untuk menyediakan perkhidmatan yang saksama"

"Malaysia mempunyai acuan tersendiri dalam mengubal dasar bersesuaian untuk mengawal selia perkhidmatan Uber dan Grab yang semakin mendapat permintaan dalam kalangan generasi muda. Walau bagaimanapun kerajaan tidak mahu industri teksi tercicir dari arus kemodenan dimana menyaksikan aplikasi ini dilaksanakan berteraskan penggunaan aplikasi telefon pintar" jelas DS Nancy lagi.

Latihan Pemanduan 6 Jam Antara Syarat Lesen E-Panggilan

Ketua Pengawai Operasi SPAD, Qamar Wan Noor memberi bayangan bahawa setiap pemandu Teksi, Uber dan Grab perlu menjalani latihan pemanduan selama 6 jam sebagai sayarat memliki lesen yang bakal dimenggantikan PSV...

Bagi memastikan semua pemandu pengangkutan awam mencapai tahap yang dikehendaki, Ketua Pegawai Operasi SPAD, Qamar Wan Noor berkata "kursus pemanduan berhemah dan perkhidmatan pelanggan juga perlu dilalui permohon lesen baru menggantikan Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV)..

"Kandungan modul latihan dibangunkan SPAD, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) itu kini dalam fasa akhir penelitian" Kata Qamar.

Semua perancangan kita lihat untuk mensrtuktur semula industri Teksi, Uber dan GRAB ini berada dalam keadaan terbaik..Pemandu teksi bebas daripada cengkaman pihak pengendali..kemudian semua pemandu teksi, uber dan grab perlu mengikuti latihan dan kursus khas mengikut modul yang telah ditetap..

Jadi jika berjaya nanti semua pemandu kenderaan awam di Malaysia telah terlatih dan mempunyai lesen..yang paling penting ialah data peribadi pemandu akan direkodkan dan disimpan..semua ini dilakukan bagi memastikan industri teksi terus hidup dan mampu bersaing untuk jangka masa panjang..

Daripada pengalaman langsung kami, pemandu teksi perlu menurunkan kadar tambang mereka sebagaimana yang dilakukan oleh GRAB dan UBER...pelanggan akan memilih kenderaan murah, selesa dan tidak menipu pelanggan..siapa yang mampu memberi mutu perkhidmatan yang baik merekalah akan diterima pengguna!

Anak Jantan Seperti Tan Sri @AnnuarMusa Menyerang Mahathir Seorang Diri..Tapi Boboi Melawan Bawa Geng..Bapak Pula Guna ISA Untuk Terus Berkuasa!!

5 comments


Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa meneruskan serangannya ke arah DAP dan Mahathir membuatkan kem pembangan tidak selesa dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan Tan Sri..

Terbaru, Tan Sri Annuar menyerang Mahathir dengan menyatakan orang Melayu yang menyokongnya ketika di dalam Barisan Nasional ialah orang Melayu yang menyokong UMNO dan bukannya faktor Mahathir..kenyataan tersebut dikeluarkan ketika Forum UMNO Online, bertajuk 'UMNO - Parti Untuk Masa Depan' yang berbunyi :

“Waktu saya bekerja untuk Mahathir, saya menghadapi masalah menyakinkan orang Melayu. Orang Melayu yang menyokong PAS sekian lama tolak Mahathir. 
“Orang Melayu yang ikut Mahathir pula, adalah orang Melayu yang ikut kerana Umno-nya, bukan Mahathir-nya. 
“Jadi orang Melayu yang ikut Mahathir kerana Mahathir, jumlahnya tidak besar,” 
"Dari jumlah (penyokong) yang tidak besar (ketika ini) pula, tengok cara Mahathir sekarang, yang menggugat kewibawaannya sendiri 
“Saya tak fikir Tun M boleh take for granted orang Melayu nak ikut beliau,” katanya.
Kita perlu bercakap mengenai perkaa yang realistik dan tidak perlu berpura-pura..pertamanya ketika Mahathir umum keluar parti yang ikutnya hanyalah Muhyiddin dan Mukrhriz..dari situ kita dapat lihat betapa tidak berpengaruhnya Mahahtir..jika Mahahtir mempunyai power dan pengaruh..sudah tentu ramai pemimpin UMNO akan turut serta menyertainya...

Selepas itu barulah ahli-ahli bawahan yang mana pemimpin peringkat cawangan UMNO turut serta..itu pun berapa kerat sangat..ada yang dah keluar UMNO masuk parti Mahathir kemudian umum keluar semula kerana terasa dianak tirikan...kahkahkah!!!

Hakikat ini pahit untuk ditelah pemimpin-pemimpin bunga Mahathir..Ia amat menyinggung perasaan boboi yang mana terasa hati bila kenyataan tersebut kena kepada bapanya..sebagai anak, boboi perlu memikirikan untuk melancarkan serangan balas..

Nampaknya untuk menyerang balas Tan Sri Annuar Musa, boboi tidak boleh berseorangan..maka dia perlukan teman..4 orang diperlukan untuk membalas hujah Tan Sri..lucukan?


Malangnya hujah balas boboi tidak cukup padu..kenyataan dikeluarkan Tan Sri berkisar kepada orang UMNO tidak ikut Mahathir kerana mereka menyokong parti melebihi individu bernama Mahathir..tetapi serangan balasnya pula mengungkit kemenangan BN era Mahathir ialah 2/3..

Ini hujah budak sekolah pra matang..jika DS Najib melakukan perkara yang sama dilakukan oleh Mahathir sudah tentu lebih dari 2/3 BN boleh berkuasa..tetapi DS Najib perlu membuat beberapa keputusan tidak popular bagi menyuburkan demokrasi yang telah mati diera Mahathir...

Mahathir ketika pemerintahannya diakui ramai seorang yang kuku besi..bermacam-macam gelaran dilabelkan sehingga penghinaan kepada Mahafiraun..apakah ketika itu Boboi berbangga BN menang 2/3 tetapi semuanya dikawal ketat?

Pahlawan sebenar akan berlawan dengan musuh dengan tangan kosong..di era Mahathir dia menang sebab musuh diikat tangan dan mulut..

Diera Mahathir rakyat ditakutkan dengan ISA..mahasiswa pula dengan AUKU..siapa lebih sumbat kamunting!!apakah ini yang dibanggakan Mukhriz Anak Lelaki Mahathir??

Umpamanya, GST..cadangan ini diera Mahathir tetapi takut kerana takur hilang sokongan walaupun cukai tersebut amat baik kepada negara..subsidi minyak ditarik balik ini helah pakatan..diera Mahathir jika jumlah kenderaan sebanyak hari ini, kami yakin Mahathir tidak mampu memberi subsidi minyak..percayalah!!!

Mahathir tidak usahlah nak berbangga sangat dengan pencapaian menang 2/3.pada era anda anda menggunakan ISA..baca pengakuan bekas tahanan ISA yang menjadi mangsa Madir!!!
BEKAS tahanan ISA, dari kiri, Lim Chin Chin, Dr. Nasir Hashim, Moderator, E. Nalini, Irene Xavier dan Dr. Kua Kia Soong ketika forum awam 'My Side Of Story' sempena Sambutan Memperingati 30 Tahun Operasi Lalang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor.
Bekas tahanan ISA kecam Dr Mahathir 
'Taubat' Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menyertai pakatan pembangkang disifatkan sekadar sandiwara, selain tidak menghapuskan kesalahan lampaunya selama 22 tahun.


Selain terpalit dengan skandal kewangan dan amalan kronisme menerusi kepemimpinan 'kuku besi', bekas Perdana Menteri itu masih mempunyai 'hutang' dengan 106 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diberkas ketika zaman pemerintahannya.

Penasihat Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Dr Kua Kia Soong, yang ditahan dua kali menerusi ISA, iaitu pada 1987 dan 1996, berkata keputusan Dr Mahathir beralih arah ke pakatan pembangkang adalah hanya bermotifkan dendam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak pernah menyesali perbuatannya memanipulasi ISA dengan menahan 106 orang demi kepentingan peribadi dalam dunia politik.

"Sejak bersara, beliau asyik merapu saja setiap kali orang tanya mengenai Operasi Lalang yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987. Justeru, tiada istilah taubat dalam kamus Dr M (Tun Mahathir).

"Selepas 30 tahun, tiba-tiba beliau hanya tahu jawab 'eh, saya tak ingatlah apa yang terjadi'," katanya dalam nada berseloroh ketika menghadiri Forum Awam 'Sisi Cerita Saya' sempena tiga dekad Operasi Lalang, di sini, malam ini.

Forum anjuran SUARAM di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur itu turut dibarisi tiga pembahas lain yang juga bekas tahanan ISA, iaitu Dr Nasir Hashim; Irene Xavier dan Lim Chin Chin.

Kia Soong berkata, Dr Mahathir tidak layak menggunakan perkataan 'kleptokrasi' ketika berkempen untuk meraih undi kerana pengerusi pakatan pembangkang itu disifatkan 'kepala lanun' selama 22 tahun menerajui negara.

"Beliau sudah 'sapu licin' Malaysia sampai kering, kemudian sibuk menuduh orang lain sebagai pemimpin yang mengamalkan 'kleptokrasi'," katanya.

Sementara itu, Irene yang juga bekas tahanan ISA pada 1987 mendedahkan dirinya dipukul oleh pegawai penyiasat kerana didakwa menipu ketika memberikan pengakuan.

Beliau berkata, tindakan agresif itu dilakukan ketika berada di kem tahanan Kamunting kerana didakwa mempunyai kepercayaan komunis yang menebal.

"Sehingga kini saya dibelenggu kisah silam sepanjang berada dalam tahanan ISA, malah sukar untuk gambarkan apa yang dilalui selama 60 hari itu," katanya.

Hashim yang juga Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) pula berkata, penahanannya menerusi ISA adalah mangsa manipulasi politik yang didalangi Dr Mahathir.

Katanya, keadaan sel tahanan berasingan di kem Kamunting direka untuk menyeksa banduan, berbanding melaksanakan program pemuliharaan.

"Dalam sel tahanan tiada langsung lubang pengaliran udara sampai saya rasa sesak nafas. Itu betapa teruknya keadaan di sana (Kamunting)," katanya.

Chin Chin yang turut berkongsi kisahnya ketika menjadi tahanan ISA, berkata peluang untuk bertemu dengan keluarga hanya sekali, malah berlangsung untuk tempoh 10 minit.

Pertemuan itu, katanya, seolah-olah hanya peluang untuk mengucapkan 'hello' dan 'bye' kepada ahli keluarga yang datang menziarah, sebelum diarahkan kembali ke sel tahanan.

"Pada mulanya saya ditahan 60 hari sebelum Dr Mahathir lanjutkan tempohnya kepada tiga tahun. Semua 106 mangsa ISA ketika itu ibarat 'gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah'," katanya.

Saturday, December 23, 2017

Hentian Akhir Bandar (HAB) Medan Pasar Dialih Bagi Kelancaran Trafik

0 comments

Bagi melancarkan aliran trafik di ibu kota, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan media telah mengumumkan bahawa Hentian Akhir Bandar (HAB) Medan Pasar akan dikategorikan semula sebagai sebuah hentian bas.

Ini bermakna bas tidak dibenarkan menunggu atau parkir di lokasi tersebut. Bas hanya dibenarkan untuk mengambil dan menurunkan penumpang sahaja..

Perubahan ini dilaksanakan bagi mengawal aliran trafik lebih-lebih lagi ketika waktu puncak..hasil dapatan daripada pihak SPAD menunjukkan bas merupakan penyumbang kepada kesesakan lalu lintas di kawasan Medan Pasar (Berdekatan HSBC)..

Dalam pada itu, HAB Lebuh Pudu juga menyediakan kemudahan dan tempat berteduh yang lebih selesa bagi keselesaan pengguna..

Peralihan ini akan melibatkan kira-kira 50 buah bas yang dikendalikan Syarikat Selangor Omnibus Co Bhd dan Setaya Jaya Sdn Bhd.

Berikut ialah senarai laluan yang dikeluarkan dalam kenyataan media yang dikeluarkan SPAD :
Perkhidmatan yang terbabit bagi Selangor Omnibus adalah  bagi laluan 100, 103, 104, 107, 120, 121 & 122, manakala bagi Setara Jaya adalah laluan 151 & 152. Bas -bas tersebut akan menamatkan perjalanan di HAB Lebuh Pudu di hadapan Emporium Mydin Sinar Kota, yang terletak 350 meter daripada HAB Medan Pasar.  
Para penumpang boleh mendapatkan maklumat yang mana telah dipamerkan di dalam bas-bas terlibat serta di HAB Medan Pasar dan Lebuh Pudu sejak minggu lalu..

Kakitangn SPAD, kakitangan daripada Selangor Omnibus dan Setara Jaya akan bertugas pada Sabtu, 23 Disember 2017 ini di hentian Medan Pasar bagi memantau dan membantu para pengguna..

Selepas perubahan ini, bermakna akan ada 3 HAB di Pusat Bandar Kuala Lumpur iaitu HAB Munshi Abdullah bagi koridor Ampang, HAB Pasar Seni bagi koridor Lebuhraya Persekutuan & Jalan Klang Lama, dan HAB Lebuh Pudu, yang mana akan merangkumi bas-bas yang menjalankan perkhidmatan bagi koridor laluan Cheras, Sungai Besi, Jalan Ipoh dan Jalan Pahang. HAB Lebuh Pudu juga digunakan oleh bas-bas Nadi Putra, Seri Indah dan RapidKL. 

Sekiranya penumpang ingin mendapatkan maklumat secara terperinci boleh menghubungi hotline SPAD di  1-800-88-7723 (SPAD) atau melalui facebook.com/SPAD.my atau Twitter di @SPADchannel atau melalui laman sesawang SPAD www.spad.gov.my. Selain daripada itu, pengguna  boleh menghubungi Selangor Omnibus di talian 03-6258 1579 atau Setara Jaya di talian 03- 4021 7692.

Friday, December 22, 2017

PM @NajibRazak Tegas Perjuangkan #BaitulMaqdis #SavePalestine Walaupun Ada Hubungan Baik Dengan Trump!!!#KN @Zahid_Hamidi

0 comments

Himpunan Solidariti Selamatkan Baitul Maqdis yang berlangsung di Putrajaya sebaik sahaja selesai solat Jumaat tadi menunjukkan betapa Malaysia tegas dalam membantah Israel memindahkan ibu negara mereka di Baitul Maqdis..

Ia telah menarik kehadiran dari parti UMNO PAS dan beberapa pihak NGO..namun parti DAP yang berjanji akan memperjuangkan syiar Islam tidak pula kelihatan menghantar wakil menyatakan bantahan kepada saudara Islam kita di Palestin yang dianiaya Amerika dan Israel..

Malaysia menentang dan menyuarakan bantahan di pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB..kita berjaya merai kemenangan dimana sebanyak 128 Negara menolak kependudukan ibu kota Israel di Palestin..


Biarpun menang keputusan berkenaan tidak memberi kesan apa-apa apabila Amerika menggunakan kuasa VETOnya untuk menyekatkan resolusi berkenaan..

Dalam himpunan tersebut Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Abd Razak berkata "Perhimpunan solidariti hari ini akan hantar mesej jelas kepada dunia bahawa umat Islam di Malaysia bersatu pertahankan Baitulmuqaddis"

"PM tegaskan beliau tidak akan gadai prinsip dan kesucian Islam, walaupun mempunyai hubungan baik dengan Trump".

"Perhimpunan solidariti pertahan Bailtulmuqaddis akan diadakan pada minggu ketiga setiap bulan di masjid-masjid seluruh negara" kata Najib lagi.

Di bawah ini kami kongsikan gambar yang sempat dirakam oleh rakan blogger:





DIVIDEN & BONUS ASB AKAN DIKREDITKAN PADA 1 JANUARI 2018..BONUS ISTIMEWA 1 MAC 2018...

0 comments

Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan agihan pendapatan untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) pagi tadi dengan kadar dividen 7 sen seunit bonua 0.25 sen seunit..tahun ini lebih istimewa apabila bonus khas 1 sen seunit ke atas baki sehingga 10,000 unit sempena Ulang Tahun ke-40nya pada Mac 2018..

Agihan ini diberikan sehingga 31 Disember 2017..dividen dan bonus akan dikreditkan pada 1 Januari 2018 manakala bonus ulang tahun istimewa akan dikreditkan pada 1 Mac 2018..

Ini menunjukkan ekonomi negara berada ditahap yang memberangsangkan..jika diikut kata pembangkang..mustahil bonus dan dividen dapat diberikan kerana menurut mereka Malaysia akan bankrup..alasannya Malaysia nak bankrup ialah 5 pasar raya Giant menutup operasi di negara kita..

Thursday, December 21, 2017

Rumah Selangorku Angan-Angan Mat Jemin..Dicanang Rumah Mampu Milik..Bila Siap Rumah Mampu Tengok!!!

0 comments

Kerajaan Azmin dikritik hebat apabila rumah mampu milik Selangorku yang dicanang akan dibina masih lagi tidak dikelihatan..

Tanah telah diserahkan kepada pemaju..malangnya yang disiapkan dulu ialah projek rumah mampu tengok..rumah mampu milik untuk golongan yang memerlukan masih lagi tidak kelihatan..

Rata-rata rakyat Selangor hanya tertipu dengan janji-janji manis Jemin yang bijak mengutarakan angka walhal tiada pulak dilaksanakan dahulu..

Apalah salahnya siapkan dulu rumah mampu milik..dalam hal ini Azmin tidak perlulah hendak persalahkan sesiapa..sebaliknya mengakui kesilapan diri sendiri yang gagal mengotakan janji untuk rumah mampu milik rakyat Selangor.

Kemuncak kemarahan rakyat yang terasa dianiaya oleh kerajaan Jemin..satu video sedang tersebar dimana mengambil sedutan rakaman filem P. Ramli Berjudul Seniman Bujang Lapok..

Layan video di bawah!!!


Bila mengutuk kerajaan Barisan Nasional pimpinan DS Najib bukan main galak lagi si jemin dan kincu-kuncunya seolah-olah merekalah kerajaan terbaik dimuka bumi ini..puih!!

Setidak-tidaknya kerajaan BN mengotakan janji..Azmin pula??

RUMAH MAMPU MILIK BN!!




Ada kakitangan awam negeri Selangor tanya.. "Saya bekerja dengan kerajaan negeri..terima bonus 3 bulan gaji..boleh ke saya undi BN PRU 14 nanti??halal ke Bonus 3 bulan yang saya terima??"

JAWAPANNYA BOLEH..BONUS TU HALAL DIMAKAN..BUKAN DUIT DEPA PUN..DUIT CUKAI RAKYAT...HANGPA BAYAR BEG PLATIK 20 SEN KAN..ORANG BAGI KITA AMBIL SAJA..UNDI BN..KITA TUKAR SELANGOR!!!

Wednesday, December 20, 2017

Blog @NajibRazak Berwajah Baru Dengan 5 Prinsip Pegangan!! #KekalNajib

0 comments
5 Prinsip Tunjang Kepimpinan..
KLIK SINI
Blog DS Najib Razak berwajah baru yang telah dilancarkan semalam..laman blog tersebut memaparkan 5 prinsip  yang berfungsi sebagai penunjuk arah dalam memacu negara kepada kejayaan Malaysia..
5 Prinsip berkenaan boleh dirujuk di Link yang kami pautkan di bawah gambar di atas..

Prinsip ini seharusnua diamati dan dihayati supaya kita mengetahui matlamat yang menjadi pegangan YAB PM kita..

5 Prinsip tersebut dibahagikan kepada Ekonomi, Global, Berwawasan, Rakyat dihati dan penyampaian atau delivery...

KENYATAAN MEDIA
UNTUK SIARAN SEGERA

WAJAH BAHARU LAMAN WEB WWW.NAJIBRAZAK.COM
Bermula 21 Disember 2017, laman web www.najibrazak.com akan berwajah baharu yang lebih menarik, informatif dan mesra pengguna.

Antara ciri-ciri baharu yang akan diperkenalkan adalah ruangan “Pencapaian”, di mana pengguna boleh mengikuti sendiri kejayaan-kejayaan yang telah dicapai termasuk janji-janji Kerajaan Barisan Nasional yang telah ditepati.

Selain itu, ruangan “Rakyat Didahulukan” pula mencerminkan perjalanan transformasi negara yang telah berjaya menambah baik kualiti hidup rakyat serta pengiktirafan antarabangsa yang telah diterima sejak tahun 2009.

Pengguna juga berpeluang untuk meneliti hubungan diplomatik Malaysia dengan dunia luar, termasuk kuasa-kuasa besar global di ruangan “Hubungan Antarabangsa” dan bagaimana hubungan baik yang telah dijalinkan berjaya memanfaatkan negara dari segi ekonomi, kemajuan serantau atau keselamatan.

Semua dijemput untuk melayari laman baru ini bermula 21 Disember 2017.

Mohon untuk hebahan media.

Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad
Setiausaha Akhbar kepada YAB Perdana Menteri
21 Disember 2017


Konsep Malaysian Malaysia Ancaman Terbesar Kepada Rakyat Malaysia..

4 comments

Bukan lagi rahsia bagi DAP ketika ini yang mahu tetap memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia atau dengan kata lain tiada kaum yang dominan dan semuanya diberi hak sama rata antara kaum dan agama..

Ini amat bahaya buat kita sebagai rakyat Malaysia..umum mengetahui yang Malaysia mengetengahkan dasar Bahasa Melayu sebagai bangsa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan ketuanan Melayu sejak Merdeka lagi..

Justeru jika Pakatan memerintah ketiga-tiga perkara ini bakal dikacau bagi mencapai hasrat Malaysian Malaysia yang mana menjadi prinsip pegangan DAP sejak dahulu lagi..

Jurang ekonomi antara kaum di Malaysia akan lebih jauh biarpun kerajaan cuba merapatkan melalui DEB dan terkini kerajaan mengutamakan rakyat yang berpendapatan rendah bagi memberikan segala bentuk bantuan yang difikirkan relevan..

Umpamanya pemberian BR1M, Bantuan Awal Persekolahan RM 100..Bantuan Buku 1 Malaysia, Bantuan ADAM50 kepada bayi kelahiran 2018 dan bermacam-macam lagi..

Perlu diingat..DAP tidak pernah bersetuju dengan semua cadangan kerajaan..lihat sahaja sokongan mereka di Dewan Rakyat..semua membantah ketika Bajet 2018 hendak diluluskan...

Namun demikian..sikap pemimpin DAP seperti menyelamat anjing yang tersepit..pemimpin DAP lah yang banyak mengambil kesempatan dengan bantuan BR1M..mereka membuka gerai-gerai kecil untuk membantu rakyat mendaftar dan pada masa yang sama menjalankan kempen daftar pengundi..

Sikap Hipokrasi DAP memang jelas kelihatan...mereka bermuka-muka membantah tetapi merekalah yang cuba meraih politik sentimen daripada usaha kerajaan Barisan Nasional...

Baru-baru ini Guan Eng meminta bantuan kerajaan pusat kerana Pulau Pinang dilanda banjir teruk..sebaik sahaja semuanya selesai mereka pula mengigit Barisan Nasional...

Bagi memastikan impian Malaysian Malaysia terlaksana maka mereka memerlukan Mahathir untuk skrew kepala Melayu..

DAP amat mengharapkan Melayu berpecah belah dan mereka yakin orang Cina amat mudah diskrew untuk percaya ideologi mereka melalui Malaysian Malaysia..

Mereka menggunakan Mahathir sehabis mungkin untuk memastikan undi Melayu berpecah banyak..jika dilihat impian mereka hampir berjaya..

Namun Allah SWT masih menyelamatkan Malaysia...PAS yang mempunyai penyokong tegar kedua teramai selepas UMNO ditakdirkan berjaya menghidu gerakan sulit DAP..

Impian DAP agak terencat apabila PAS umum cerai daripada pakatan..DAP sedar tanpa Melayu untuk memastikan DAP merealisasikan impian Malaysian Malaysia tidak akan terlaksana..

Mereka mengharapkan PAN yang mana telah berjaya diskrew yang telah keluar daripada PAS..mereka juga menggunakan PPBM yang juga berjaya diskrew daripada UMNO..

Kini mereka telah memegang remote kontrol..Mahathir sekarang memainkan peranan untuk mengubah persepsi rakyat Malaysia kepada DAP..

Mahathir sebenarnya gagal menjahanamkan UMNO dari dalam terpaksa berjuang dari luar untuk menjahanamkan UMNO..sekian kali mencuba misinya masih tidak berjaya..

DAP bermain play safe..mengharapkan Mahathir mencuci tahi terhadap DAP..tetapi apabila Mahathir diserang dengan isu fitnah Johor dijajah China isu Forest City maka tidak ada seorang pun pemimpin DAP yang vokal mempertahankan DAP...

Ini kerana mempertahankan Mahathir tidak termasuk dalam misi utama DAP mencapai Malaysian Malaysia..

Mahathir terpaksa menjilat ludah sendiri dengan membuat pengakuan bahawa memburukkan DAP sewaktu pemerintahannya..amat hina sekali level Mahathir kerana sanggup menjilat ludah sendiri..

Lihat pemimpin DAP mereka percaya diri mereka mempunyai standard..tidak ada seorang pun pemimpin DAP menjilat ludah mereka..sebaliknya orang yang menghina perjuangan DAP sekian lama pula yang datang dan menyembah mereka..

DAP sekarang ini cuba memainkan sentimen bahawa Tn Guru Hj Hadi pernah bersama mereka dalam perjuangan..maka mereka kitarlah nombor 95% perjuangan PAS selari dengan DAP dan 5% sebaliknya..

Sejarah dengan Mahathir DAP cuba lupakan tetapi sejarah dengan PAS pula cuba diingat oleh DAP..

Inilah kasta DAP mereka akan menyokong apa sahaja cara dan usaha agar impian hak sama rata Malaysian Malaysia tercapai...

DAP silap besar cuba bermain politimk perkauman di Sarawak..Politik mereka memakan diri sendiri apabila hampir lumpur di negeri Kenyalang pada PRN yang lalu..ini signal yang harus kita guna dan petanda yang cuba dihilangkan oleh DAP..

DAP cuba memperjuangkan hak semua etnik sama rata walhal orang Sarawak sudah teramat yakin bahawa etnik mereka sentiasa dibela..kita perlu berhati-hati dengan strategi politik licik DAP...

Impian mereka hanyalah Malaysian Malaysia...tetapi tidak juga direalisasikan di Pulau Pinang..yang dapat dilihat di Penang banyak kampung Melayu dimusnahkan..bukit ditarah untuk pembinaan rumah untuk rakyat..nasib rakyay diperjudikan...

DAP memperjuangkan tiada rasuah tetapi kes Lim Guan Eng dan kes kilang haram beracun telah mencemarkan imej kononnya suci bagi mereka..

Di Sarawak DAP hampir karam..disemenanjung pula DAP Melaka pula terumbang ambing..nampak gayanya karam bakal terjadi...100 orang ahli akar umbi DAP keluar parti..

Mereka sedar bahawa kerjasama DAP dengan Mahathir juga menjerat ahli mereka sendiri yang mempersoalkan prinsip Malaysian Malaysia yang diperjuangkan..tetapi DAP tidak peduli..untuk berkuasa peluang kerjasama dengan Mahathir amat penting bagi melihat orang Melayu berpecah undi..

Sekarang ini DAP hanya menyinpan kuku..bila tiba masa sesuai habis semua mereka terkam tidak kira lawan atau kawan bagi merealisasikan impian Hak sama rata Malaysian Malaysia..

Sekarang ini mereka hanya menyimpan kuku walhal mereka sendiri buat pengakuan tidak kesah siapa jadi Perdana Menteri..andai kata menang nanti calon PM pasti orang Melayu dan akan ada PM yang dijadikan kambing hitam..tidak mustahil DAP juga ada calon Melayu untuk dijadikan calon Perdana Menteri..

Amat bahaya muslihat DAP..jadi janganlah kita perjudikan nasib Malaysia..mereka telah mencuba sekian lama..dan sekarang ini sahaja mereka melihat peluang itu ada kerana orang Melayu sudah leka dengan mainan politik hasutan Pakatan..bagi memastikan Malaysia kekal tenteram yakinlah kerajaan Barisan Nasional..sebuah kerajaan yang memerdekakan Malaysia tidak akan memusnahkannnya..Percayalah!!!

Tuesday, December 19, 2017

PANAS!!!MENJAWAB FITNAH PEMBANGKANG YANG DILEMPARKAN KEPADA BN...

0 comments

Kami melihat pakatan setiap hari secara terus menerus menjalankan kempen menghasut rakyat dengan kebencian kepada Barisan Nasional..

Pemimpin-pemimpin pakatan tidak kisah maklumat yang disebarkan itu tidak tepat mahupun sedikit sahaja betul yang selebihnya fitnah..

Sudah tercatit dalam Al-Quran umat akhir zaman akan terdedah dengan fitnah bermaharajalela..inilah dia kita lihat hari ini..demi untuk menguasai kerajaan pakatan tergamak menjatuhkan nama Malaysia di luar negara..

Mereka tiada bukti..cukup sekadar bermain persepsi jahat..halal haram tolak tepi asalkan dapat membuatkan rakyat Marah kepada BN..

Bayangkan..pemimpin BN makan ketam bersama dengan membaca doa sebelum makan pun mereka hina..pemimpin mereka anjur pesta minum air syaitan tidak pula dihina...pemimpin DAP yang bergambar bersama Babi..pemimpin Islam pula rela makan babi dengan dap berbanding makan halal dengan Najib tidak ada seorang macai dedak pakatan pun berani tegur..

Inilah pakatan pembangkang hari ini..terbaru Rafizi yang sebelum ini mengakui dia menghasut akhirnya kantol dalam usaha memburukkan Expo Negaraku..

Banyaklah lagi fitnah pembangkang yang berlingkar sekitar circle kehidupan kita..China jajah Malaysialah..ekonomi Malaysia rosak teruklah walhal realitinya nilai ringgit semakin mengukuh..

Kenaikan harga baranglah dengan alasan GST..what the fuck!kami sangat pantang bila ada guna alasan kenaikan harga barang kerana GST..sepatutnya benda ini berlaku sekali sahaja ketika GST dikenakan..itu pun tak semua barang kena GST..tapi peniaga bangsat ini telah dilatih dengan alasan barang naik sahaja jawab GST!!

Dengan GST lah duit itu digunakan untuk kos rawatan kesihatan dan bermacam-macam lagi untuk membangunkan kerajaan..

Ok..di bawah ini kami kongsikan 27 jawapan di atas fitnah pembangkang yang sungguh jumud..

JAWAPAN KEPADA 27 FITNAH PEMBANGKANG BAHAWA SEMUA TELAH DIJUAL KEPADA CHINA

1. MALACCA GATEWAY - BUKAN milik China
 Kejuruteraan Asas Jaya Development KAJD (51%) &. Power-China International Group Limited (49%). 

KAJD ialah syarikat tempatan yg dikorporatkan di Malaysia pada 2001

2. JOHOR ISKANDAR  - BUKAN milik China
ia adalah projek kerajaan johor yg menjual plot hartanah
 china RM26 billion, singapura RM20 billion, US, Jepun, Spain, Korea Selatan

3. FOREST CITY - BUKAN milik China
projek kerajaan johor yg menjual unit hartanah; leasehold utk landed property dan freehold utk strata title

4. CAREY ISLAND - TIADA kaitan dgn China.. tapi India
Syarikat India, Adani Ports, dan syarikat Malaysia MMC Port Holdings (milik Syed Mukhtar Bukhari) dan Sime Darby Property.

5. EAST COST RAIL LINK - BUKAN milik China
ia dimiliki 100% oleh Kementerian Kewangan Malaysia dgn pembiayaan drpd Exim bank drpd China

6. BANDAR MALAYSIA - BUKAN milik China
dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui TRX City Sdn Bhd

7. HIGH SPEED RAIL HSR - BUKAN milik China
Pemilik tender ialah kerajaan Malaysia dan Singapura. Pemenang tender belum diumumkan

8. IMPRESSION MALACCA - BUKAN milik China
Dimiliki oleh syarikat tempatan Yong Tai Berhad

9. EDRA ENERGY - Dimiliki oleh Syarikat China
menang melalui tender antarabangsa.. berjaya menjimatkan TNB dgn memperkenalkan tariff yg lebih kompetitif berbanding tariff zaman IPP kroni2 Mahathir

10. SUTERA HARBOR - Dimiliki oleh syarikat China
Ia adalah urusniaga jual beli saham syarikat swasta oleh syarikat swasta yg tak melibatkan mana2 kerajaan. GSH ialah syarikat hartanah China yg dilisted di pasaran saham Singapura SGX

11. BIRDS NESTS - BUKAN milik China
syarikat tempatan export sarang burung kpd China. Syarikat swasta dapat untung, syarikat china dapat sarang burung. Tiada sebarang  tanah yg tergadai kpd China. 

12.  DURIANS - BUKAN milik China 
syarikat tempatan export Durian kpd China. Syarikat swasta dapat untung, syarikat china dapat Durian. Tiada sebarang tanah yg tergadai kpd China. 

13. TOURISM - BUKAN milik Cmilik
penduduk China datang melancong ke Malaysia.. tiada sebarang tanah yg tergadai kpd China.

14. AQUACULTURE - China
syarikat tempatan export produk2 aquaculture kpd China. Syarikat swasta dapat untung, syarikat china dapat produk2 aquaculture. Tiada sebarang tanah yg tergadai kpd China. 

15. PALM OIL - China 
syarikat tempatan export kelapa sawit kpd China. Syarikat swasta dapat untung, syarikat china dapat kelapa sawit. Tiada sebarang tanah yg tergadai kpd China. 

16. NAVAL PATROL BOAT
Malaysia beli patrol boat drpd China. Malaysia juga beli kapal selam drpd perancis, jet drpd U.S. dan Russia, kapal drpd UK. tak ada sebarang tanah yg tergadai kpd China

17. FELDA FGV - BUKAN milik China
dimiliki oleh Felda, tabung haji, KWAP, Koperasi Felda, krjaan pahang. 89% Malaysia 11% org luar

18. ALIBABA DFTZ REGIONAL  HUB - mmg asal milik China
Projek ini sebenarnya kita rampas drpd Singapura. DFTZ dijangka akan gandakan export Malaysia. Alibaba mmg asalnya milik China dan tak pernah jd milik Malaysia.. jd tak ada isu tergadai

19. PROTON - BUKAN milik China
Proton ialah milik Syed Mukhtar Bukhari 51% dan Geely 49%. Rkyat Malaysia sudah lama memilih Perodua sebagai kenderaan mereka dgn jualan Perodua 200 ribu dan Proton hanya 70 ribu pada 2016

20. SHELL
 Shell tak pernah jadi milik Malaysia pon.. Malaysia tak pernah memiliki Shell.. penukaran hak milik tidak melibatkan kerajaan Malaysia dan tiada sebarang tanah yg tergadai.

21. KEDAH INTEGRATED FISHERIES TERMINAL - BUKAN milik China
Pelaburan China tak menjadi.. akan cari pelabur lain

22. KUANTAN MSIA-CHINA IND PARK - BUKAN milik China
Kuantan Pahang Holding menguasai 51% MCKIP dan Guangxi memiliki 49%. ini adalah projek twin cities dimana Kuantan memiliki bandar kembarnya CMQIP di Guangxi, China

23. KEDAH RUBBER CITY
Mukhriz yg mulakan projek rubber city dgn China. Kalau salah, takkanlah Mukhriz nk mulakan kerjasama dgn China. China dijangka akan melabur RM10 billion dan akan menaikkan harga getah tempatan

24. NAVY NAVAL 50 VESSELS GRADE
Bukan 50 tapi hanya 10. Malaysia beli patrol vessel drpd China. Malaysia juga beli kapal selam drpd perancis, jet drpd U.S. dan Russia, kapal drpd UK. tak ada sebarang tanah yg tergadai kpd China

25. ROYAL MULU SWAK - BUKAN dimiliki China
masih dimiliki kerajaan sarawak

26. LUMUT MARITIME TERMINAL PERAK - BUKAN dimiliki China
dimiliki oleh Perak Corp Berhad dan Tenaga Nasional Bhd

27. ALOR GAJAH POWER PLANT
dimiliki oleh Edra

Ni sebenarnya sama seperti dasar pandang timur oleh Tun Mahathir dimana Proton bermula dgn perkongsian dgn Jepun 70%:30%, Maminco-Makuwasa..

Dayabumi bagi kat Takenaka Kumagai, Kedah Simen kat Mitsui, Penang Bridge kat Hyundai , Proton kat Mitsubishi , Produa kat Daihatsu , Perwaja kat Nippon Steel , lepas sangkut bagi kat POSCO , kebanyakan empangan Jepun dan Korea yg sapu , Twin Tower pun Korea Jepun , KLIA pun akitek Jepun, pendek kata penasihat ekonomi pun Kasumaza Suzuki dan Keinichi Ohmae dibawa dari Jepun. walaupun kita bagi mcm2, tapi masa tu Malaysia nk dpt hak mendarat dibjepun pon Jepun tak bagi.. cheh. - saj
Rujuk

Melaka Geteway
 https://asia.nikkei.com/Politics-Economy/International-Relations/Malaysia-and-China-ink-7.3bn-Melaka-Gateway-project

Iskandar Malaysia 2017
 https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://iskandarmalaysia.com.my/wp-content/uploads/2017/10/IM-BizWatch-July-2017.pdf&ved=0ahUKEwiNtunQwYnYAhUElpQKHQV2DnYQFgh7MBE&usg=AOvVaw0lpFxi3DSPC3v65zK0h6Kf

Carey Islad
 https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/04/03/sime-darby-mmc-and-adani-ports-may-develop-maritime-city-on-carey-island/

ECRL
 http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/minister-yes-local-firm-in-ecrl-project-a-rm2-company-but-parked-under-mof

Bandar Malaysia 
 https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/05/04/mof-calls-off-bandar-msia-deal/

HSR
 http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/spad-malaysia-singapore-to-build-own-portion-of-hsr-track

Impression Melaka
 http://www.theedgemarkets.com/article/cover-story-yongtai-launch-maiden-project-melaka-year

Sutera Harbour
 https://www.propertyhunter.com.my/news/2014/01/320/sabah/china-firm-now-owns-sutera-harbour-resort-with-big-plans

Patrol Vessel 
 https://www.nst.com.my/news/2016/11/185136/malaysia-buys-navy-vessels-china

FGV
 http://www.feldaglobal.com/investors/substantial-shareholders/

DFTZ
 http://statestimesreview.com/2017/05/21/jack-ma-chooses-malaysia-over-singapore-as-e-hub-of-asean/

Proton
 https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/06/23/drb-hicom-and-zhejiang-geely-ink-final-contract-for-proton-lotus/

KIFT
 https://www.nst.com.my/news/nation/2017/11/303589/kedah-govt-seeks-new-investor-kedah-integrated-fishery-ttempatan

Kedah rubber
 http://www.theedgemarkets.com/article/malaysia-thailand-‘friendly-competition’-rubber-city-fdi

Lumut maritime
 https://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/05/25/lumut-maritime-termin[truncated by WhatsApp]

DAP Seperti Cacing Kepanasan Bila Diserang Presiden MCA, DS @LiowTiongLai!

0 comments

Pemimpin DAP mengamuk sakan apabila Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai mengeluarkan statement pedas bahawa Malaysia perlu diselamatkan daripada pemimpin seperti Kit Siang menjadi Perdana Menteri..

Lebih membuatkan DAP marah apabila DS Liow mengatakan Kit Siang ialah pemimpin yang tidak boleh dipercayai yang mana hanya menurut agenda peribadi sahaja..

Menurut Liow :
"Kita beritahu mereka sebenarnya DAP, PKR, PPBM, Amanah adalah pakatan yang tidak mempunyai nilai teras yang sama sebaliknya hanya untuk parti masing-masing sahaja. 
"Terutama DAP, mereka tidak ada prinsip dalam kerjasama. Dulu dengan Pas... kemudian PPBM. Ini menunjukkan mereka parti yang mementingkan kuasa tetapi ia tidak ada prinsip dari segi perjuangan negara,"
Memang benar apa yang dikatakan..Selepas menang di Gelang Patah..batang hidung jarang-jarang kita jumpa..rakyat sengsara tertanya-tanya dimanakah pemimpin mereka sehingga naik berang dengan menggantungkan sepanduk Kit Siang Missing!

Seperti biasa DAP akan melompat apabila maharaja mereka disentuh..seolah-olah tidak boleh langsung menyentuh kepribadian Kit Siang..DAP menafikan bahawa mereka tidak boleh menjadi Perdana Menteri..

Jika begitu mengapa mereka selama ini berkempen yang MCA tiada power membela masyarakat Cina??DAP memang kita tahu mereka berkempen dengan hasutan penuh kebencian..

DAP sebenarnya mahukan kuasa dalam pentadbiran kerajaan..jika tidak boleh menjadi PM maka mereka akan cuba menjadi dominan dimana setiap keputusan perlu diputuskan dan diperkenankan DAP..

Lihat sahaja bagaimana Selangor dikawal DAP..Sang MB mahu atau tidak terpaksa turutkan..

Pembohonglah kalau DAP tidak mahukan kuasa dalam kerajaan sedangkan mereka berjuang untuk itu selama ini..

Jika benar DAP tidak gilakan kuasa apa kata kita buka kuota orang Melayu dan India dalam jawatankuasa DAP pada CEC akan datang..barulah betul hak sama rata..

Usahlah DAP bermuka-muka konon tidak gilakan kuasa..bukti dah banyak depan mata..Kit Siang amat takut jika popularitinya dalam DAP merudum..habislah legasinya Guan Eng terkapai-kapai..

Cikgu Azizan Dibebaskan..Kes Ditarik Balik..#PrayForAzizan

0 comments

Orang ramai memenuhi perkarangan Kompleks Mahkamah Seremban bagi mengikuti perbicaraan Cikgu Azizan Manap, hari ini dan Mahkamah Majistret Seremban melepas dan membebaskan Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan daripada pertuduhan mencederakan muridnya, Oktober lalu.

Mahkamah membebaskan Cikgu Azizan tanpa sebarang pertuduhan ekoran kes ditarik balik


ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA