networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, February 27, 2017

Geng Reformis Tidak Berganjak Dengan Prinsip Perjuangan Biarpun Ada Pemimpin PKR Gesa Berdamai Dengan Tun M...

1 comments

Tindakan Tun M yang menjadi tetamu tidak diundang dalam konvensyen Reformis baru-baru ini terus mendapat kecaman para aktivis Reformis..

Kami respek dengan prinsip dan pendirian Para reformis yang tetap dalam prinsip mereka untuk terus memegang prinsip reformasi..tidak hairan mengapa Tun M dibenci kerana orang inilah mencetuskan gerakan Reformasi..

Sekarang Tun M cuba memperbodohkan para reformis agar memadam memori Reformasi dan mengubah dasar perjuangan kepada kerjasama dengan Tun M untuk mengalahkan BN..

Tun M terpaksa bergerak bersendiri kerana tiada macai yang sanggup berdepan dengan para reformis..Kit Siang langsung tidak mengambil endah dengan keputusan Tun untuk hadir walaupun tidak diundang..

Para Reformis memberi peluang kepada Tun bercakap dengan syarat Tun M memohon maaf..tetapi mentah-mentah para reformis telah ditipu..sudahlah tidak meminta maaf sebagaimana yang dijanjikan..lepas tu boleh pula ajak reformis bersamanya untuk mengalahkan Najib..

Apa kau ingat aktivis reformis ni macam Din Pagoh?tidak semudah itu para reformis untuk melupakan apa dosa yang telah kau buat Tun..

Kami respek dengan pendirian aktivis Reformis....Tun sudah keluar dari prinsipnya tetapi reformis tetap sama..

Biarpun ada pujukan daripada pemimpin PKR agar reformis mengangkat bendera putih..kami yakin aktivis ini tidak terpedaya..cepat betul pemimpin PKR melupakan sejarah hitam mereka..

Mudahnya Tun M nak paksa orang ikut dia..dari muda sampai ke tua..apa yang dia nak semua orang nak kena ikut..walaupun dia terpaksa mungkir janji..

Bawah ini cerita pemimpin PKR yang telah lupa prinsip perjuangan Reformasi untuk bekerjasama dengan Tun..haha!


Sunday, February 26, 2017

Perkembangan Terkini Projek KVDT Fasa 1..Satu Lagi Perkembangan Positif Industri Pengangkutan Awam Negara!!

0 comments

Industri pengangkutan awam negara semakin hari dilihat semakin menampakkan perkembangan pesat..ada sahaja pembangunan baru projek seperti MRT fasa 1 & 2, HSR, LRT, ETS...itu berkaitan laluan rail..di atas jalan raya pula kami tertarik dengan inovasi projek baru sistem Bas henti-henti MyBas dan BRT KL - KLANG..

Kemudahan itu bukan setakat hanya menyediakan infrastruktur kepada pengguna tetapi lebih daripada itu apabila SPAD turut melaksanakan makmal Teksi dan Makmal Transformasi bas ekspress baru-baru ini bagi tujuan mengkaji untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan ini..

Untuk entry kali ini, kami ingin kongsikan perkembangan terkini Projek Menaiktaraf Landasan Keretapi Lembah Klang (KVDT) fasa 1...

Dua hari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En. Mohd Azharuddin Mat Sah telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Menaiktaraf Landasan Keretapi Lembah Klang (KVDT) untuk Fasa 1 Rawang - Kuang..


Untuk makluman pembaca projek ini melibatkan kerja-kerja pemulihan sepanjang 42KM antara Rawang - Salak Selatan dan Sentul - Simpang Batu termasuk kerja menaiktaraf 16 Stesen, isyarat dan sistem bekalan elektrik landasan berkembar di Lembah Klang..

Projek ini telah bermula dari 2 November 2015 dan dijangka siap pada 1 November 2019..

Ketika diminta mengulas berkenaan perkembangan projek, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata projek itu membabitkan kerja-kerja naiktaraf 16 stesen KTM, sistem Isyarat, elektrik dan pemasangan sistem radio metra...


Setakat ini progress projek sudah mencapai 28%..Azharuddin mengakui ada sedikit kelewatan disebabkan beberapa faktor terapi menjangkakan kontraktor yang dilantik Dayamaju Infrastructure Asia Sdn Bhd (DMIA) akan menyiapkan projek mengikut jadual..

Pada ketika ini, seramai 100,000 penumpang menggunakan perkhidmatan tren setiap hari dijangkakan jumlah ini bakal meningkat sebanyak 5% setiap tahun dan akan terus meningkat apabila projek ini siap kelak..

Kerajaan telah melaburkan sebanyak RM 1.4 billion untuk projek ini sepanjang 42 KM..ini menunjukkan betapa seriusnya Kerajaan melalui SPAD untuk memajukan industi pengangkutan awam..ini kerana pengangkutan awam merupakan bidang fokus utama yang disenaraikan sebagai NKRA di dalam Pelan Transformasi Kerajaan cetusan DS Najib Razak..

Suka kami jelaskan di sini adalah pada era DS Najib pembanggunan yang diutamakan DS Najib ialah pembangunan yang dapat memberi manfaat kepada kebanyakan rakyat di negara kita..

Sebab itulah kita dapat lihat banyak pembangunan pesat berlaku dalam industri pengangkutan awam..ini semua nak menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam..

Yang pastinya setiap pembangunan melibatkan pengangkutan awam akan diintegrasikan dengan kemudahan awam yang lain bagi memudahkan pengguna seperti pembinaan Terminal Bersepadu Selatan yang mana kita saksikan projek ini telah mengintegrasikan banyak jenis pengangkutan awam di satu pusat TBS..

Syabas! Kami menjangkakan dalam masa 10 tahun lagi kita akan saksikan industri pengangkutan awam di negara kita setaraf dengan negara maju seperti Jepun, Korea dan Australia yang maju dan kadar masa menunggu pengguna tersangatlah minima..

Saturday, February 25, 2017

PEMUDA TURKI GUNA KERETA PROTON KERANA IA PRODUK NEGARA ISLAM..PASTI MACAI MAKAN DEDAK DAP SAKIT UHTI!!!!

1 comments

Kami tertarik dengan obsesi dan keterujaanp pemuda dari negara Turki terhadap kenderaan Proton negara kita..antara alasan mereka menggunakan kenderaan Proton kerana ia datang dari negara Islam, Malaysia..

Penuda ini sedar bahawa barang dan alat ganti Proton memang susah nak cari tetapi ia tidak menghalangnya untuk terus menyokong produk keluaran Proton..

Semangat pemuda ini memang kami hargai tinggi kerana mereka menyokong keluaran negara kita..rakyat Malaysia sendiri mengutuk Proton seolah-olah mereka sendiri mengguna Proton..bekas pemimpin negara ketika berkuasa menjalankan kempen guna buatan Malaysia..support Proton..tapi keturunan dia sendiri guna produk keluaran luar negara...

Bila Proton menjual sebahagian saham kepada jenama China..masing2 acah pengguna setia Proton..puih!!

Berikut kami kongsikan gambar keterujaan pemuda Turki terhadap keluaran Proton..




Ikuti kisah penuh di bawah:

Walaupun sukar mendapatkan alat ganti kereta buatan Malaysia ini, namun ia bukanlah halangan bagi pengguna dan pencinta kenderaan Proton dari kalangan warga Turki.

Muhamad Nur Thaqib Shaker, pelajar Malaysia di Turki, Exco Data, Komunikasi dan Perhubungan MASAT berkongsi pengalamannya pernah ternampak beberapa kereta Proton model lama yang masih menyelusuri jalan raya di negara itu seperti Proton Waja, Saga dan terdapat juga Proton Waja yang dijadikan sebagai teksi di Istanbul.

Apa yang lebih mengejutkan, terdapat Kelab Proton Turki yang ditubuhkan bagi menghimpunkan para pengguna dan pencinta kenderaan Proton.

Muhamad tidak melepaskan peluang untuk mendekati kumpulan ini dan ingin mengetahui mengapa kereta Proton menjadi pilihan mereka.

"Kebanyakannya mengatakan sebab utama mereka membeli dan menggunakan kenderaan Proton ialah untuk menyokong kenderaan keluaran Malaysia sebagai sebuah negara Islam, di samping harga Proton yang begitu murah.

"Dari segi aspek keseluruhan, mereka mengakui bahawa ia sebuah kenderaan berkualiti, selesa, kukuh dan baik dari segi pemanduan. Namun mereka berdepan dengan kesukaran untuk menemui pakar kereta PRoton dan juga kesulitan untuk mendapatkan alat gantinya," tulis Muhamad.

Bagi seorang pemuda Turki yang berusia 19 tahun dari Istanbul ini, Hami Akyuz, merupakan peminat tegar jenama Proton telah menggunakan sekurang-kurangnya 18 jenis kereta Proton semenjak 8 tahun dan masih setia bersama jenama Proton. 

"Proton adalah kenderaan yang berkualiti, selesa dan mampu beli. Saya dan peminat jenama kereta Malaysia ini juga amat berharap model baharu Proton dapat masuk ke Turki lagi," ujarnya. 

Okan, 33 juga berasal dari Istanbul, mula memandu kereta Proton sejak dua tahun lalu. Bagi Okan yang pernah bekerja dalam sektor kenderaan dan sudah biasa dengan pelbagai jenama kereta lain, Proton dianggap sebagai antara otomobil yang berkualiti tinggi.

"Proton mempunyai prestasi yang baik setanding dengan jenama kenderaan dari negara lain. Sekiranya dilihat pada harganya yang berpatutan dan sememangnya merupakan salah sebuah kenderaan yang terbaik. 

"Saya harap Malaysia terus berjaya dan saya meminta supaya kerajaan dan rakyat Turki terus menerus menyokong kenderaan ini," katanya. 

Difahamkan, Proton pernah dibawa masuk ke pasaran negara itu seawal tahun 1993 dengan jenama Proton Wira. Tetapi hanya empat buah sahaja untuk pertunjukan kereta. Sekitar lima unit Proton dihantar ke Turki untuk percubaan kali pertama pada 1994 di bawah kendalian Ortaklar Motor. 

Kemudian Proton kembali masuk ke pasaran Turki pada 1997 di bawah kendalian JetPA tetapi hanya bertahan sehingga tahun 2000 selepas syarikat tersebut mengalami masalah. 

Pada tahun 2004, Proton sekali lagi dibawa masuk ke Turki di bawah Ulumotor yang bertindak sebagai pengedar utama di Turki sehingga ke hari ini

Friday, February 24, 2017

@WeeKaSiongMP Alukan Kehadiran Raja Arab..Minta Tambahan Kuota Haji..Lebih Elok Berbanding Rafizi Sotong...

0 comments

Dengar khabar Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud akan mengadakan lawatan ke negara kita..kehadiran pemimpin besar negara Islam tersebut pasti mendapat perhatian umat Islam negara kita dan dunia..banyak perkara boleh dibincangkan terutamanya bab mengenai urusan haji..

Ahli Jemaah Menteri yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam Johor, Datuk Wee Ka Siong turut mengalu-alukan kehadiran baginda Raja Arab..ia menarik perhatian kami kerana Datuk Wee bukanlah beragama Islam tetapi dia lebih positif daripada Rafizi yang tentunya beragama Islam..

Apa yang kami ingin kongsikan ialah Datuk Wee dalam kenyataan di Facebooknya berkata lawatan tersebut bakal mempertingkatkan lagi hubungan diplomatik, ekonomi, dan kebudayaan di antara dua negara.

Menurut Wee lagi, Lawatan Raja Salman lebih bermakna kerana kerajaan Arab Saudi akan mengembalikan semula kuota jemaah haji Malaysia kepada 27,900 untuk musim haji 2017 berbanding hanya 22,230 yang dibenarkan sejak 2013..

Wee turut mengharap kerajaan Arab menambah jumlah kuota haji rakyat Malaysia memandangkan projek mega di Masjidil Haram hampir siap..

Tambahan kuota ini akan mengurangkan tempoh penggiliran haji..ini yang kami cakap..orang bukan Islam lebih peka dengan urudan Haji berbanding Rafizi sotong yang menyeru orang awam keluarkan duit dari TH..

Tindakan Rafizi bermotif politik telah merugikan banyak pihak kerana jika dikeluarkan semua jumlah simpanan bermakna mereka hilang kelayakan dan giliran pergi haji..

Jika dilihat Datuk Wee lebih peka dengan kehendak rukun Islam kelima berbanding Rafizi yang agama Islam tetapi meracuni pemikiran rakyat sampai terlepas giliran haji...

Wednesday, February 22, 2017

MCA KESAL DAP TIDAK HIRAUKAN SENSITIVITI PESAKIT HOSPITAL.. #DAPEXIT!!

0 comments

Kerajaan DAP Pulau Pinang ditempelak apabila tetap menganjurkan Fiesta Belon Udara Panas P. Pinang di padang Polo 4 & 5 Februari lalu..masalahnya bukan karnival itu tetapi lokasinya dihadapan Hopital Pulau Pinang telah menyukarkan kenderaan hospital dan ahli keluarga pesakit untuk menziarahi keluarga mereka..

Inilah sikap bongkak DAP..MCA telah menghantar memorandum bantahan pada hujung bulan Januari tetapi langsung tiada jawapan dan tidak peka langsung dengan sensitiviti keluarga pesakit..

Laluan dihadapan hospital tersebut sesak teruk sehinggakan menghalang laluan keluarga untuk menghantar pesakit selama 20 minit..


Pengerusi Biro Aduan Pemuda MCA negeri, Ooi Teik Liang menyuarakan kekecewaan kerana kerajaan Lim Guan Eng tidak menghiraukan cadangan MCA untuk menukar lokasi yang sesuai..

Menurut Ooi, MCA negeri telah menerima 9 aduan daripada ahli keluarga pesakit yang terperangkap dalam kesesakan teruk selama 20 minit...

Menurut Ooi selain kesesakan, penganjuran aktiviti tersebut telah menimbulkan suasana bising yang mengganggu ketenteraman pesakit..

Memang penganjur ada menyediakan parkir tetapi tidak cukup sehiggakan kenderaan diletak tanpa mengikut undang-undang..

Kerajaan DAP langsung tidak peka yang penganjuran tersebut telah menyusahkan ramai orang yang mahu ke hospital..tamabahan pula lokasi padang polo itu merupakan tempat helikopter menghantar pesakit kecemasan ke Hospital Pulau Pinang..nasib baik tiada kejadian emergency berlaku..jika tidak pasti ia menambahkan lagi masalah kepada pesakit..

Kita dapat lihat kerajaan DAP tidak menghiraukan gesaan orang awam...ini amat mengecewakan..sepatutnya lokasi perlu ditukar untuk tahun depan..kita tak mahu perkara buruk berlaku baru hendak bertindak...

Masa nak dapat undi bukan main lagi bantu pesakit..bila dah berkuasa langsung tak sensitiviti..kami percaya nak PRU nanti wayang drama pemimpin DAP bersama pesakit akan tular di media sosial seolah-olah mereka kerajaan yang prihatin..

Pemimpin DAP ramai yang sudah menyampah dengan kepimpinan DAP pusat..rakyat bila lagi??buktikan pada PRU nanti.. #DAPEXIT

Pindah pengundi - hanya politik kotor DAP mahu burukkan kepimpinan Kluang.

1 comments

Semakin dekat pilihanraya, makin banyak isu yang DAP kluang cuba mainkan untuk hidupkan balik modal politik mereka.

Tuduhan mereka yang kononnya mengaitkan ianya strategi UMNO untuk menang secara kotor hanyalah helah politik kotor DAP yang sebenarnya gagal bawa suara rakyat Kluang apatah lagi menyelesaikan masalah rakyat di Parlimen Kluang.

Rakyat Kluang sebenarnya banyak mempersoalkan sejauh mana kerja wakil rakyat DAP sama ada Parlimen dan DUN dalam membantu mengatasi masalah rakyat Kluang.

Bahkan ada diantara rakyat Kluang mengatakan tidak pernah nampak pemimpin DAP turun ke kawasan untuk bertemu pengundi di akar umbi.

Apabila nak dekat pilihanraya, barulah muncul muka mereka yang kononnya untuk membela rakyat.. persoalannya ke mana mereka menghilang sebelum ini? Sebab itu tidak pelik, kenyataan YAB Menteri Besar Johor memetik Ahli Parlimen DAP ni tidak berkhidmat untuk rakyat, tetapi hanya hendak kerusi sahaja, selepas ini mereka akan cari kerusi lain sebab Rakyat dah tahu sikap sebenar mereka.

Ahli Parlimen Kluang yang merupakan anak jati pulau Pinang telah diimport ke Kluang, tiada ke anak jati Kluang yang lebih layak untuk jadi calon. Kerana Wakil rakyat DAP ini gagal bawa suara hati nurani rakyat Kluang. Mereka tidak tahu apa yg rakyat Kluang mahukan.

Kali ini, pilihanraya umum akan datang sekali lagi. Setelah gagal berkhidmat untuk rakyat mereka saja mahu memburukkan kepimpinan UMNO Kluang yang banyak berkhidmat dan membantu dalam menyelesaikan masalah-masalah rakyat Kluang.

Kehadiran YAB Menteri Besar Johor pada Januari lalu sahaja telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 150 juta untuk projek pembangunan rakyat Kluang. Daripada loji rawatan air, ambil alih tanah untuk perumahan mampu milik Johor di jalan niyor, kg paya dan Kg Sembrong, pembinaan sekolah agama di Taman Tamadun Islam Kluang, Taman Komuniti di Kg Melayu, klinik Waqaf An-nur bersebelahan masjid Kg Tengah serta Extreme Park berdepan Dataran Tasik Putih, Kluang dan banya lagi projek untuk rakyat yang lain.

Rakyat diajak jangan terpengaruh dgn dakyah jahat DAP yang memburukkan UMNO Kluang demi menutup kegagalan mereka menjaga dan menyelesaikan masalah rakyat Kluang. Kalau DAP kalah bukan sebab satu dua pengundi sebagaimana didakwa, tetapi kegagalan berkhidmat untuk rakyat.

Rakyat Kluang tidak mahu YB yg tidak berkhidmat untuk rakyat.. Kami tidak mahu DAP!! - Aspirasi Bangsa

Tuesday, February 21, 2017

MCA SEDIA KERJASAMA DENGAN PAS..INI MERISAUKAN PAKATAN PEMBANGKANG!!!

0 comments

Kenyataan terbaru daripada Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan yang menyatakan hasrat kesediaan MCA untuk bekerjasama dengan PAS dalam beberapa perkara yang melibatkan kebajikan rakyat..

Kenyataan ini pasti meresahkan kem pembangkang..apa tidaknya keinginan mereka untuk melawa PAS untuk berjuang bersama DAP ternyata gagal..serangan bertali arus PAN dan Parti Bunga nampaknya masih gagal mengubah keputusan PAS untuk menghentikan segala usaha menjalinkan kerjasama dalam Pakatan pembangkang..

PAS nampaknya sudah menutup rapat pintu untuk Pakatan Pembangkang..

Kini MCA pula menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan PAS..mereka akan menjalinkan kerjasama dalam bidang pendidikan, pembangunan ekonomi dan masalah kemasyarakatan..

MCA melalui Ong Ka Chuan menjelaskan bahawa parti itu bukanlah parti yang menentang Islam dan tidak mempunyai hasrat untuk campur tangan hal ehwal membabitkan umat Islam..

Mengenai pindaan RUU 355, kami memahami hasrat MCA yang berasa bimbang dengan pindaan hukuman..ia melibatkan umat Islam..rotan 100 kali tidak sama dengan rotan yang dilaksanakan mengikut hukuman sivil..

Menurut Ong Ka Chuan pendidikan perlu diutamakan berbanding memberi hukuman..kami yakin dengan kenyataan terkini MCA ini ia akan menambahkan lagi masalah buat pakatan pembangkang ditambah pula DAP kini sedang berhadapan krisis hilang kepercayaan oleh pemimpin mereka sendiri..

Ikan Kembung Naik Haraga Kerana Kerajaan Xde Duit Bagi BR1M..Bodonya!

0 comments

Ikan kembung naik harga..kalau baca tulisan tu dah terang2 wartawan ckp punca sebab laut bergelora dan cuaca tidak menentu..bila sampai berita ni kt sebelah sana..mereka salahkan Najib pula..aiyak!

Boleh pula ada yang merabat cakap..kerajaan BN kena bagi subsidi ikan berbanding BR1M yang tak semua dapat..gaya cakap macam orang mabuk minum ketum..bercakap tak fikir guna otak..

Bangsa pembangkang memang malas baca..kita semua tahu..laut bergelora pun nak salahkan Najib..gila betul..bawah ni kenyataannya!!

Story daripada Utusan di bawah :

Harga ikan kembung yang mencecah RM18 hingga RM20 sekilogram berban­ding RM5 sebelum ini walaupun dijual di lokasi peraih iaitu di Pusat Pendaratan Ikan Bisik-Bisik Kota Kuala Muda di sini mula meresahkan orang ramai.

Difahamkan harga ikan kembung yang juga dikenali sebagai ikan rakyat naik mendadak sejak seminggu lalu ekoran laut bergelora, sekali gus mengakibatkan nelayan tidak dapat turun menangkap hasil laut.

Seorang penduduk, Johari Abu Bakar, 62, berkata, dia bimbang kerana harga ikan tersebut mungkin boleh mencecah RM25 sekilogram jika cuaca buruk berterusan.

“Kebanyakan nelayan di kawasan ini bergantung kepada hasil tangkapan ikan kembung apabila turun ke laut.

“Akibatnya, sekarang peraih pun sukar untuk mendapat ikan kembung, kadang-kadang hanya lima kilogram sehari,” katanya ketika ditemui di pusat pendaratan ikan tersebut di sini hari ini.

Seorang peniaga, Zulkhairi Sha­ari, 51, dari Taman Nilam pula memberitahu, dia terpaksa membayar sehingga RM18 sekilogram semata-mata mahu memenuhi permintaan ikan kembung daripada penduduk di kawasan rumahnya.

“Apabila beli RM18 sekilogram, saya terpaksa jual RM20 sekilogram. Untung RM2 sahaja dan yang jadi masalah sekarang, ikan kembung tidak ada,” ujarnya.

Masalah sama turut dihadapi seorang lagi peraih, Sharifah Ismail, 45, dari Kampung Simpor Tambang yang terpaksa menjual ikan tersebut pada harga RM21 sekilogram.

Menurutnya, dia tiada pilihan lain kerana sebagai peraih pun terpaksa membeli ikan kembung dengan harga tinggi daripada nelayan.

Sementara itu, nelayan, Md. Saad Said, 58, dari Kampung Masjid Kuala Sungai Muda berkata, dia tidak turun ke laut sejak se­minggu lalu kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan termasuk laut bergelora ketika ini.

“Walaupun harga ikan kembung naik mendadak dan boleh dapat untung berganda, namun tidak ramai nelayan turun ke laut kerana bimbang dengan kese­lamatan mereka berikutan angin sangat kencang,” jelasnya.




Monday, February 20, 2017

Penubuhan Makmal Transformasi Bas Ekspress Diharap Dapat Selesai Banyak Isu Bas Ekspress..

0 comments

Seperti dijanjikan, siang tadi telah berlangsung upacara pelancaran Makmal Transformasi Bas Ekspress yang telah dilancarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)..

Makmal ini ditubuhkan untuk mencari jalan penyelesaian yang spesifik pada pengakhiran setiap minggu..bagi 2 minggu permulaan, tumpuan akan diberikan untuk mengenal pasti isu-isu sebenar dan mengambil kira keadaan semasa industri (melalui pengesahan data diterima dan juru runding dan kaji selidik) yang mana tempoh makmal ini berlangsung ialah selama 6 minggu..

Salah satu peranan makmal ini adalah sebahagian daripada usaha SPAD untuk menjalankan kerjasama dengan kesemua Kementerian, Agensi, Persatuan dan Pemegang berkepentingan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi serta menigkatkan taraf industri bas ekspress..

5 Aspek tumpuan makmal tersebut ialah :
1) Model perniagaan
2) Keselamatan, Standard dan Teknologi
3) Kebolehpercayaan Perkgidmatan dan kebolehcapaian
4) Sumber Tenaga dan Kepakaran
5) Strategi lautan biru nasional dan komunikasi permasalahan industri akan dimasukkan kedalam kategori tersebut..


Kita dapat lihat melalui makmal ini ia menunjukkan betapa seriusnya kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan masalah berkaitan industri ini..

Difahamkan industri bas ekspress ini amat besar yang mana melibatkan lebih 200 syarikat bas dan lebih 4300 kapten bas. Manakala terdapat pelbagai agensi Kerajaan dari pelbagai Kementerian terlibat dalam memantau dan mengawal selia industri ini..

Sebab itulah kita dapat lihat banyak pihak dilibatkan dalam makmal ini..ia bagi memastikan kelancaran perancangan sehinggalah tindakannya kelak. 

SPAD bukan baru dalam penubuhan makmal..sebelum ini agensi tersebut telah berjaya menubuhkan Makmal Teksi yang mana menimbulkan banyak konflik..

Kita dapat lihat bertapa seriusnya SPAD untuk mencegah tragedi ngeri melibatkan kemalangan bas sehingga mengorbankan bangak nyawa..

Sama-sama kita berdoa segala perkara yang dirancang daripada penubuhan makmal ini membuahkan hasil..

Ini penting kerana bidang pengangkutan awam darat merupakan bidang fokus utama yang disenaraikan sebagai NKRA di dalam Pelan Transformasi Kerajaan cetusan DS Najib Razak..

Sunday, February 19, 2017

"Ambil Pengajaran Insiden Basikal Dirempuh Kereta" Datin Paduka Chew Mei Fun

0 comments

Insiden basikal dirempuh kereta awal pagi sabtu lalu terus menjadi topik bualan sejak semalam..kami melihat gambar-gambar mangsa memang menyayat hati.

Terasa sedih walaupun mangsa bukan ahli keluarga kami..inilah sikap rakyat Malaysia..kita merasakan kesedihan orang lain dan insiden ini harus menjadi pengajaran buat semua ibu bapa dan abak-anak kita..

Insiden ini turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun..

Datin Paduka Mei Fun mengingatkan ibu bapa agar menjaga dan memantau pergerakan anak-anak mereka..

Jelas Mei Fun ia tragedi sedih dan kita perlu mengambil pengajaran daripada insiden ini..ibu bapa mangsa yang meninggal perlu menjalani khidmat kaunseling..ia perlu dilakukan memandangkan kejadian tersebut berlaku sangat pantas dan menyayat hati..

Tambahan pula, psikologi ibu bapa pasti akan menyalahkan diri sendiri kerana terleka daripada menjaga anak-anak mereka..

Hasil bacaan kami di media sosial, ada juga keluarga mangsa yang meluahkan rasa ralat melihat sikap anak-anak mereka yang tetap berdegil mahu keluar malam walaupun sudah dinasihat dan dirotan..

Di mana silapnya?apakah anak-anak kita mudah terpengaruh dengan rakan-rakan mereka?ia sebenarnya bermula dirumah..didikan agama yang cukup akan membawa anak ini berfikir secara waras..

Berbalik kepada kenyataan Mei Fun, menurutnya masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan..serahkan kepada pihak polis..ia masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa ibu bapa perlu menanggjng tanggungjawab undang-undang mengabaikan anak-anak mereka..

Awal pagi tadi, Sultan Johor mencemar duli untuk menziarahi keluarga mangsa dan bertitah "biar anak-anak kita menangis, jangan kita menangis".

Sultan Ibrahim turut berkongsi perasaan sedih apabila kehilangan anak yang amat disayangi..

Dalam pada itu, Timbalan Menteri KDN, Datuk Jazlan, turut mencadangkan larangan anak-anak dibiar tanpa ibu bapa selepas jam 11 malam..

Jadikanlah hal ini sebagai pengajaran untuk kita semua..Al-Fatihah...


Saturday, February 18, 2017

BN MENANG #PRKTGDATU & KEJAYAAN HIMPUNAN #RUU355 SIGNAL YANG MERESAHKAN PAKATAN DAP!!!!

0 comments

Walaupun perang persepsi banyak bermain di media sosial..tp sedikit pun tidak menjejaskan sokongan rakyat kelada kerajaan pemerintah..semakin bertambah sokongan lg ada..rakyat dah tahu kebenaran sebenar..aku cuma nak cakap..masa PRU14 nanti..persepsi di media sosial bukan keputusan sebenar...banyak bukti dah kita lihat...terkini  kemenangan Trump wlupub di media sosial memihak kepada Hillary..

Rompin - BN menang
PRN Sarawak - BN menang
Sungai Besar - BN menang
Kuala Kangsar - BN menang
Tanjong Datu - BN menang

Himpunan #RUU355 siang tadi di Padang Merbok pun berlangsung aman dan damai...Insya'allah Islam akan menang...





Friday, February 17, 2017

Malaysiakini Buat Story Lucu Tentang Kes Saman DS Jamil Khir Dan YAPEIM..

0 comments

Agak kelakar bila mana orang yang disaman ingin menyaman semula YAPEIM dan DS Jamil Khir..

Dunia sekarang..baca bawah kenyataan media tentang perkara ini...


Thursday, February 16, 2017

Pengerusi SPAD Suara Pendapat Peribadi Tentang Dego Ride..

0 comments

Selepas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi amaran supaya operasi Dego Ride dihentikan segera..Nampaknya Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed juga senada dengan gesaan Liow..

Cumanya SPAD tidak mempunyai kuasa untuk mengekang kegiatan Teksi Motorsikal yang semakin tular..SPAD tiada kuasa kerana peruntukan undang-undang mengenai perkara ini belum wujud..

Apa yang SPAD boleh lakukan ialah pengusaha dego ride berisiko  dikenakan tindakan undang-undang kerana perkhidmatan itu beroperasi tanpa lesen psv..

Satu perkara yang buat kami tertarik dengan statement Tan Sri ialah beliau suka dengan kreativiti dego ride ini yang mana sesuai untuk golongan rendah..ideanya juga datang dari orang muda..di sini sahaja kita dapat lihat bahawa Tan Sri bukannya melarang apa sahaja perkhidmatan berunsurkan pengangkutan..tetapi perlulah mematuhi undang-undang..

Dulu pun semasa UBER dan Grabcar Tan Sri memberi jawapan bahawa ia boleh dilaksanakan asalkan mematuhi undang-undang..

Tak mustahil suatu hari jika diluluskan parlimen teksi dego ride juga boleh dilaksanakan..

Selain itu, Dego Ride mempunyai masalah perlindungan Insuran..

Tan Sri mengakui untuk membanteras Dego amat susah kerana terdapat 13 juta motorsikal..memang susah untuk cek setiap penumpang..takkan nak tahan setiap motor dan tanya penumpang bayar atau tidak..

Apapun bagi kami teksi dego ride ini mungkin boleh dilaksanakan jika terdapat peruntukan undang-undang..risiko kemalangan boleh tolak tepi..semua kenderaan mempunyai risiko..tidak adil jika kita nak beri alasan motorsikal banyak terlibat kemalangan semata-mata nak menghalang operasi Dego Ride..

Monday, February 13, 2017

@LiowTiongLai Dedah Sebab Dego Ride Wajib Dihentikan...

1 comments

Perkhidmatan teksi bermotor atau Dego Ride yang menjadi trend masa ini dilarang meneruskan operasi mereka..larangan ini telah dinyatakan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mengatakan tiada peruntukan undang-undang membenarkan operasi teksi bermotor..

Sebelum ini kami ada terbaca sebuah entry mengenai teksi bermotor ini yang mana mula mendapat tempat daripada pengguna LRT, BAS, TEKSI dan MONOREL yang mahu menjadikan perkhidmatan ini untuk bergerak ke sesuatu lokasi tanpa perlu berjalan..

Artikel berkenaan juga menyentuh bahawa perkhidmatan ini merupakan alternatif pengguna mengelakkan diri daripada berhadapan dengan kesesakan lalu lintas dan kosnya juga lebih rendah berbanding teksi..

Pengasas Dego Ride, Nabil berkata perkhidmatan ini menerima sehingga 300 orang penumpang pada hari pertama Dego Ride diperkenalkan..kami memahami memang permintaan tinggi kerana penumpang mahukan perkhidmatan yang menjimatkan masa dan ekonomi..

Namun kita perlu melihat dari sudut undang-undang negara..tidak ada mana-mana undang akan membela penumpang dan ia menjadi satu kesalahan..

Seksyen 16 dan 47 Akta Pengangkugan Awam Darat (APAD) menyatakan bahawa mana-mana syarikat yang ingin menubuhkan perkhidmatan teksi mesti mempunyai lesen komersial daripada SPAD..

Kebimbangan Menteri Pengangkutan ini ada asasnya..mengikut statistik motorsikal mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi sekali di negara kita..takkan kita bak tambahkan lagi kemudahan yang berisiko tinggi untuk terlibat kemalangan..

Nampaknya Kementerian Pengangkutan amat serius dalam hal ini..mereka akan melakukan penyamaran untuk melakukan tangkapan kepada penunggang Dego Ride yang berdegil..

Pesan kami, nak jimat tu janganlah sampai membahayakan diri sendiri..

Sunday, February 12, 2017

TMJ Titah Bebaskan Mat Tere..Syabas TMJ!!!

0 comments

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BERTITAH UNTUK MEMBEBASKAN MAT TERE

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor hadir ke IPK Johor Bahru untuk memberi titah membebaskan Mat Tere yang sepatutnya dilanjutkan tahanan reman terhadap beliau dan dihantar pulang ke negeri Kelantan. Baginda percaya Mat Tere tidak bersalah dan telah dijadikan mangsa oleh individu di pihak atasan untuk agenda politik. Baginda mengucapkan syabas kepada kerajaan negeri Kelantan yang telah menjaga rakyat mereka dengan baik dan berjaga-jaga dengan orang politik yang ada niat untuk memecahbelahkan rakyat. Allah Peliharakan Sultan.

------

HRH CROWN PRINCE OF JOHOR CALLS FOR RELEASE OF MAT TERE

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, was at IPK Johor Bahru to call for the release of Mat Tere, whose remand was supposed to be extended before being sent back to Kelantan. His Royal Highness believes Mat Tere is innocent and has been victimised by individuals of higher ranks due to political agenda. His Royal Highness congratulated the Kelantan state government for taking care of the people and being aware of politicians with an intent to divide the people. Allah Peliharakan Sultan.

Kepada Allah Kami Berserah

#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Sekarang Giliran Penyokong @NajibRazak Pula Tanya @AzminAli Benarkah Ada Peminpin Pakatan Akan Keluar Parti...

0 comments

Kahkahkah...rasanya baru Azmin berguranu dengan Najib kata ada menteri nak letak jawatan..

Najib nafi dan Azmin cakap Najib takkan mengaku..

Tulah orang tua-tua kata jangan terlalu banyak ketawa..nanti menangis...tak ada angin tak ada apa pokok tiba-tiba tombang...

Kami ingin tanya benarkah dakwaan TV3 ada peminpin Pakatan keluar parti?sama2 kita tunggu Azmin jawab...


Saturday, February 11, 2017

Kisah Rumah Lelong Mampu Milik Jadi Rebutan Pemimpin Pakatoon!!!

0 comments
Gambar Hiasey
Wakil rakyat yang tak ingin jadi rakyat..begitulah sifat ujub takabur yang ada pada pemimpin pembangkang..mereka akan mengguna segala daya untuk mendapat keistimewaan yang rakyat tidak tahu...

Rakyat marhaen nak beli rumah flat pun tak mampu tetapi mereka membeli rumah bagai mahligai..yang menyakitkan hati kita mereka membeli rumah lebih rendah daripada harga pasaran..alasannya beli lelong..

Ini sudah terjadi di dua negeri pakatoon..kedua-dua pemimpin ini satu pemimpin muda membeli rumah lebih murah dengan harga lelong..

Agak hairan bagaimana mereka boleh dapat harga sebegitu murah tanpa sebarang saingan..penurunan lebih 50% dari harga pasaran..masakan tidak ada pesaing dari rakyat..

Atau apakah mereka menggunakan segala kedudukan dan pengaruh untuk membeli rumah lelong mampu milik..jika tidak mempunyai pengaruh adakah mereka dapat beli rumah berkenaan dengan harga lebih rendah dari pasaran...

Jika tidak percaya..apa kata mereka masukkan semula rumah mereka dilist harga lelong..pasti sekejap saja dah disambar rakyat..lebih2 lagi dikawasan tumpuan dan hartanah macam pisang panas..

Rakyat beli rumah mampu milik kena bersaing..depa BELI RUMAH LELONG MAMPU MILIK tak da saingan ka???mustahil!!!

Friday, February 10, 2017

Menarik Tentang Projek BRT..Satu Lagi Kemudahan Pengangkutan Awam Untuk Rakyat Era @NajibRazak..Syabas @SPADChannel!!

0 comments

Industri pengangkutan awam darat berkembang pesat pada era kepimpinan DS Najib Razak..dengan menubuhkan sebuah agensi yang diberi kepercayaan mengendalikan hal berkenaan pengangkutan awam darat, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilihat berjaya mencapai setiap KPI yang telah ditetapkan bagi mentransformasikan industri ini di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP)..

Terkini negara kita bakal menerima satu lagi kemajuan industri pengangkutan awam darat apabila SPAD telah mempelawa pemain-pemain industri ini yang merasakan mampu memenuhi hasrat 
kerajaan untuk menghantar permohonan tender membida projek BRT Kuala Lumpur (KL) - Klang disepanjang Lebuh Raya Persekutuan...

Strategi open tender ini menunjukkan bahawa kerajaan mengamalkan perkhidmatan yang profesional yang mana akan melihat keupayaan dari segenap aspek meliputi skop pelaksanaan termasuk perancangan keseluruhan projek, mereka bentuk, kewangan, membina, mengendali, menyelenggara dan menaik taraf projek BRT Kuala Lumpur - Klang..segala permohonan boleh merujuk laman sesawang www.spad.gov.my/tenders .

Jika siap nanti projek ini mampu mengurangkan perjalanan dari KL ke Klang daripada 70 minit kepada 40 minit..

Laluan BRT
Perkembangan industri pengangkutan awam di negara kita sedang pesat membangun..masih segar lagi kita dengan pelancaran projek MRT Fasa satu Sg Buloh - Semantan..kini sedang menanti pelancaran MRT Fasa Dua Semantan-Kajang pada Julai ini yang kini telah 95% siap..

Berbalik kepada BRT ia adalah sebuah landasan khusus untuk bas sepanjang 34 km..

Menurut satu kenyataan media mengenai BRT ia dilengkapi 25 stesen serta bakal meningkatkan perhubungan dengan kemudahan lain seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan KTM Komuter..setiap hentian BRT akan dihubungkan dengan perkhidmatan bas yang lain..

Jika siap nanti, perjalanan dari KL ke Klang akan menjadi 40 minit berbanding 70 minit ketika ini serta dapat dimanfaatkan kepada 1.9 juta warga kota dan mampu memberi perkhidmatan kepada lebih 400,000 penunpang. 

Banyak kemudahan dan keselesaan telah dibina hasil idea DS Najib Razak..setiap Perdana Menteri memberi jasa tersendiri yang kita akan ingat..umpamanya Tun Mahathir yang membina pencakar langit tertinggi di dunia KLCC dan KL Tower pada zamannya..ketika itu rakyat amat berbangga kerana dapat bergambar berlatar belakangkan bangunan tersebut..zaman Najib pula..bina kemudahan awam yang mana rakyat akan menikmati kemudahan secara langsung..insya'allah semua perancangan transformasi pengangkutan awam melalui GTP akan terlaksana jika setiap KPI berjaya dilaksanakan pada tempoh yang lebih awal dan bajet yang dapat dijimatkan...syabas SPAD!!

Lakaran projek BRT


HARGA MINYAK VENEZUELA MEMANG PALING MURAH TAPI KOS SARA HIDUP SANGAT MAHAL!!!

0 comments
Ilustrasi hiasan

Entry ini dicopy paste sepenuhnya dari sumber wasap..

*Harga Petrol RM0.04 sen seliter tetapi sebiji Burger berharga RM705.00*

Kos sara hidup di Caracas, ibu kota Venezuela atau nama rasminya, Santiago de Leon de Caracas dengan penduduk sekitar 5 juta orang pada waktu ini jauh lebih mahal daripada Tokyo, Jepun dan Zurich, Switzerland.

Tinjauan AFP mendapati, sebiji hamburger biasa dijual dengan harga 1,700 bolivar (kira-kira RM705) manakala kadar sewa penginapan bilik hotel jenis standard ialah 69,000 bolivar (RM28,578) untuk semalam.

*Kegagalan* presiden sebelumnya, Hugo Chavez merancang masa depan ekonomi negara *dengan menetapkan harga runcit petrol terendah di dunia kini ‘memakan’ Venezuela apabila kadar inflasi berada pada paras 800 peratus.*

Ini adalah senarai negara-negara dengan harga petrol termurah di dunia untuk bulan Februari 2017.

1. Venezuela - RM0.04 / litre
2. Saudi Arabia - RM1.06 / litre
3. Turkmenistan - RM1.22 / litre
4. Algeria - RM1.43 / litre
5. Egypt - RM1.46 / litre
6. Kuwait - RM1.51 / litre
7. Iran - RM1.63 / litre
8. Brunei RM1.66 / litre
9. Ecuador - RM1.73 / litre
10. Bahrain - RM1.85 / litre
11. Qatar - RM1.99 / litre
12. Nigeria - RM2.06 / litre
13. Kazakhstan - RM2.06 / litre
14. Sierra Leone  - RM2.19 / litre
15. Oman - RM2.23 / litre
16. UA Emirates - RM2.26 / litre

Harga petrol RM2.30 se-liter di Malaysia disenaraikan sebagai nombor 17 termurah di dunia.

Kebanyakan negara-negara yang petrolnya lebih murah dari Malaysia merupakan negara pengeluar dan pengekspot minyak yang besar - jauh bezanya dari ekspot minyak Malaysia yang amat kecil jika dibandingkan dengan mereka.

Pada pendapat anda, harga petrol di Malaysia patut lebih murah daripada mana negara di atas dan mengapa?


Wednesday, February 8, 2017

"Tragedi Bot Pelancong Karam Jejaskan Industri Pelancongan Sabah" @LiowTiongLai

0 comments


Kurang dua minggu dua insiden melibatkan bot karam berlaku di perairan Sabah..ini amat membimbangkan lebih-lebih lagi ia melibatkan pelancong negara luar..Pastinya Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak senang dengan kejadian ini...

DS Liow menyuarakan kebimbangan dan akan mengambil serius insiden ini kerana ia adalah satu kesalahan yang amat berat dan akan mengenakan tindakan tegas kepada pihak yang terlibat..

Insiden pertama berlaku pada 28 Januari yang melibatkan bot pelancong karam di perairan Pulau Mengalum..kejadian ini melibatkan sebuah bot jenis katamaran yang membawa 31 orang termasuk 28 pelancong China, karam di perairan Pulau Mengalum yang menyebabkan kematian 4 pelancong dari China, lima hilang dan 22 terselamat..status terkini berkenaan inisiden berkenaan, Kertas siasatan tragedi bot karam sudah siap dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya...20 orang pelancong China telah diambil keterangan dan sebahagiannya telah pulang ke negara mereka dan sebilangan masih berada di sini..

Insiden kedua pula berlaku semalam yang mana seramai 13 orang termasuk lima kanak-kanak hilang, dua terselamat setelah berada ditengah laut selama 24 jam..kedua-dua mangsa berasal daripda Indonesia..setakat ini operasi SAR sedang dijalankan..


Menteri Pengangkutan pastinya tak senang duduk melihat insiden bot karam ini berlaku lebih-lebih lagi ia berlaku dua kali dalam tempoh 2 minggu..Dalam satu kenyataan, Liow memandang serius kes ini (Insiden pertama) kerana ia melibatkan nyawa pelancong dan keduanya muatan bot pelancong itu melebihi spek yang ditetapkan..

Menurutnya, Kementerian Pengangkutan akan bekerjasama dengan kerajaan Sabah dalam memastikan tragedi seumpama ini tidak berulang. Liow turut akan membantu Sabah membangunkan Pelabuhan Sepanggar di negeri ini agas suatu hari nanti setanding seperti Pelabuhan Klang..

Kami berpendapat amat sesuai Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama pihak berkuasa untuk melakukan Spot Check kenderaan pelancong terutamanya Bot bagi memastikan mereka menjalankan operasi mengikut SOP yang sah disisi undang-undang..jika pengangkutan awam darat, kita ada Suruhanjaya Pengankutan Awam Darat (SPAD) di perairan juga perlu ada agensi yang dipertanggungjawabkan memantau pergerakan bot-bot pelancong..ini penting kerana melibatkan industri pelancong dinegara kita..

SULTAN JOHOR MENANG BIDA NOMBOR PLAT #VR46...

0 comments

Tersebar di media sosial bahawa DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim telah memenangi nombor pendaftaran VR46...

Kami merasakan Sultan Johor amat meminati pelumba motor Vallentino Rossi yang menggunakan nombor badan 46..

Sultan Johor memang peminat nombor2 plat unik..sebelum ini pernah menggemparkan negara membeli nombor plat WWW1 RM 520,000...dan pemimpin pembangkang mambalun Sultan Johor kerana disifatkan membazir..tetapi dari pandangan kami ia salah satu sumbangan Sultan kepada negara melalui pembelian ini...

Selepas itu Sultan Johor membeli nombor plat W1N berharga RM 748,000...kemudian V1 dengan harga RM 989,780,

Kami cuma nak katakan WOW!!!

Skandal BMF & FOREX Jejaskan Kesucian MAHAthir..

0 comments

Ikuti kupasan Tun Faisal berkaitan Skandal Forex dan BMF di atas..penjelasan ini dan laporan agensi perisikan USA nampaknya menjejaskan kesucian imej Mahathir yang disanjung pengikut-pengikut taksubnya...

Kalau nak diikutkan kronologi cerita ini..ia pendedahan lebih besar dan memalukan berbanding spekulasi dan tuduhan terhadap 1MDB..apapun kita tengok sejauh mana permainan MAHAthir..

Monday, February 6, 2017

Berang Dengan @AzminAli, Dato Jamal Ingin Buka Pusat Judi...Bodoh Punga Kerajaan Negeri!!Pusat Judi Dibela Habis!!!

1 comments

Dato Jamal membuat pengumuman mengejutkan apabila melepaskan semua jawatan dalam UMNO dan NGO bagi memberinya lebih banyak masa untuk membuka pusat judi di Selangor..

Mungkin agaknya berang dengan tindakan penguasa negeri Selangor yang terlalu mempertahankan institusi pusat judi membuatkan Jamal bertindak nekad untuk membuka satu pusat judi..

Ini signal buat Azmin Ali yang terlalu membela pusat judi sampaikan tindakan Jamal untuk merempuh pusat judi dianggap satu perbuatan jenayah..

Inilah hakikat yang harus diterima bila DAP berkuasa..tokey DAP buka pusat judi anak Melayu jadi penjudi..Apa Azmin xnamlak semua tu ke?memanglah ada undang2 tetapi ia tertakluk kepada peringkat umur dan bukannya agama Islam..

Sunday, February 5, 2017

Pakatan Pembangkang Tak Sudah-Sudah Nak Bodohkan Rakyat..Kalini Isu Proton Pulak!!!

0 comments

Naik meyampah aku tengok puak macai pakatan ni..konon-kononnya nak jadi rakyat Malaysia sejati membela Proton..mereka rasa mereka lebih Malaysia daripada orang Malaysia..pembangkang ni kita bukan tak tahu level mereka..macam katak kodok..hanya mahu mengambil kesempatan apa sahaja isu asalkan dapat meraih sokongan politik murahan..

Orang yang biol pun percaya bahawa Proton akan tegadai..haha!nak tergelak aku dibuatnya..dulu kata FELDA akan bankrup..negara akan Bankrup..sampai sekarang tak ada pun..tak usahlah pakatan pembangkang nak perjuangkan isu Proton ni...

Sejarah dah buktikan yang pemimpin pembangkang tidak berminat dengan PROTON..masihkan macai dedak pakatan ingat ketika kerajaan pakatan mendapat negeri Perak dulu?mereka telah menukar semua kereta rasmi kepada jenama Toyota Camry..ini nak dikatakan sayangkan PROTON?PUIH!!!

Apa ingat Proton bodoh ke nak gadaikan proton begitu saja..mestilah ada benda baik yang membuatkan mereka begitu yakin nak bekerjasama dengan Geely!!Proton bukan jenama pertama ok..mereka telah menghasilkan kereta jenama Peugeot dan Citroen..tujuannya hanya satu..mahu menaikkan semula populariti Proton..

Jika benar pembangkang sayangkan Proton..kami cabar kerajaan negeri pembangkang menukar kenderaan rasmi kembali kepada Proton Perdana..anak-anak cucu cicit pemimpin pakatan pembangkang wajib tukar kepada jenama Proton?berani?tak payah nak sembang..kita semua tahu jawapannya...

Untung pengetahuan macai makan dedak pakatanlah..Proton kini bukan dimiliki kerajaan..Proton kini dimiliki DRB-Hicon iaitu sebuah syarikat yang dikuasai oleh TS Syed Mokhtar Al-Bukhari..DRB-Hicom telah mengambilalih pegangang dalam Proton daripada Khazanah setelah mereka berjaya menewaskan bidaan Kumpulan Naza..

Pengambilalihan ini berlaku pada tahun 2011/2012 yang disokong sendiri oleh Tun M (pengasas Proton) dan DRB telah melantik Tun sebagai Pengerusi Proton sehinggalan dia meletak jawatan ketika masalah kewangan kemuncak..

Proton telah memohon geran dan telah diluluskan pinjaman sejumlah RM 1.5 bilion untuk membayar hutang Proton kepada Vendor-vendornya..pinjaman ini bertujuan untuk mengelakkan vendor-vendor ini gulung tikar..sebagai syaratnya, kerajaan telah menetapkan syarat bahawa Proton perlu mencari rakan teknikal yang sesuai untuk memulihkan Proton..

Jadi tak timbul isu kerajaan jual Proton..ini kerana jemputan atas tawaran kepada pihak berminat untuk menjadi rakan teknikal Proton dibuat oleh DRB-Hicom, pemilik Proton itu sendiri..

Tang mana pula Najib terlibat dalam urusan tawaran ini?tak pasal-pasal Najib juga disalahkan..kenapa pembangkang tak serang DRB-Hicom?inilah cara pembangkang membodohkan rakyat..kalau boleh semuanya nak dikaitkan dengan DS Najib..orang bodoh boleh lah percaya!

DS @NajibRazak Hargai Pengorbanan @SPADChannel & Anggota Keselamatan Jaga Ketenteraman Awam Ketika Musim Perayaan..

0 comments

Setiap kali musim perayaan, pastinya anggota keselamatan akan mengorbankan musim cuti semata-mata mahu menjaga keselamatan dan ketenteraman awam..mereka sanggup mengorbankan masa cuti untuk bersama keluarga demi berkhidmat untuk negara..

Pengorbanan mereka ini sentiasa mendapat perhatian YAB Perdana Menteri, DS Najib Tun Abd Razak..dalam satu entrinya di www.najibrazak.com baru-baru ini, beliau telah menulis penghargaan ini ditujukan kepada anggota keselamatan awam yang banyak berjasa kepada negara walaupun ketika musim perayaan..

Anggota keselamatan ini perlu diiktiraf..apa tidaknya disaat semua orang berebut untuk ambil cuti umum dan meluangkan masa bersama keluarga, tetapi mereka tidak..menjalankan operasi 24 demi menjamin perjalanan rakyat untuk pulang berhari raya berjalan lancar..

Dalam entry tersebut DS Najib berkata "Anggota Polis Diraja Malaysia yang menjaga trafik, Angkatan Tentera Malaysia mengawal sempadan dan kedaulatan negara malah membantu mangsa banjir, juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang bencana bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara, doktor dan kakitangan hospital kerajaan serta ramai lagi,"

"Selain itu, penghargaan juga harus diberi kepada Jabatan Pengangkutan Jalan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia yang memantau dan mengawal selia perkhidmatan pengangkutan awam kita bagi mengelak tragedi kemalangan dan kehilangan nyawa," katanya lagi.

Susah sebenarnya menjadi seorang anggota keselamatan awam..orang tengah tidur, mereka berjaga.orang happy-happy balik kampung mereka duduk tepi high way, kt airport, basten jaga kebajikan rakyat..mereka inilah wira rakyat yang harus dijaga..

Apa yang membuatkan kami rasa sedikit kesal ialah sikap segelintir rakyat yang bukankan mahu iktiraf tetapi mengganggu tugas anggota keselamatan..sudah diviralkan jangan guna laluan kecemasan masih lagi ramai rakyat yang seperti tak ada otak menggunakan laluan kecemasan sehinggakan menganggu laluan ambulans untuk menyelamatkan mangsa...


SPAD memainkan peranan penting bagi menjamin keselamatan pengguna untuk pulang bercuti di hari raya..pada ketika musim perayaan, anggota SPAD dengan kerjasama JPJ dan PDRM akan membuat pemantauan melalui ops yang mereka sertai.maklum sahajalah musim cuti, permintaan tinggi untuk menggunakan pengangkutan awam..apa yang pasti tugas SPAD ingin membasmi masalah seperti ulat tiket, mengurangkan kemalangan melibatkan pengangkutan awam dan menegakkan undang-undang pengangkutan awam..

Biarpun operasi kerap dilakukan tetapi masih lagi berlaku kes tangkapan ulat tiket, penipuan pemandu teksi tidak guna meter dan pemandu pengangkutan awam melanggar undang-undang yang ditetapkan..

Apa yang diharapkan SPAD ialah perkhidmatan berkualiti demi menjaga keselesaan penumpang..dari maklumat yang kami terima, pihak SPAD mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas penghargaan pengorbanan anggota keselamatan...

Syabas semua anggota keselamatan yang berkhidmat untuk negara!!!

Friday, February 3, 2017

Syukur.. @NajibRazak Diiktiraf Pemimpin Islam Berpengaruh Nombor 2..Bukan Pembela Rumah Maksiat..

6 comments

Macai pakatoon haram pasti meluat dapat tahu yang PM kita berada dikedudukan nombor 2 dunia yang paling berpengaruh..

Pemimpin yang diagungkan pakatan Jokowi pn ditempat kelapan..Yusof Qaradawi pula berada di kedudukan kesembilan..

Apapun hinaan yang dibuat langau pakatan..Najib tetap teruskan perjuangannya membela rakyat Malaysia..syabas PM!!jika tidak masakan dapat pengiktirafan nombor 2 pemimpin Islam paling berpengaruh..ingat berpengaruh ok bukannya makan rasuah macam pemimpin disebuah negeri membeli rumah..dan bukannya pembela rumah maksiat!!!

10 Pemimpin Islam Paling Berpengaruh..PM kita nombor 2

1) Presiden Turki, Tayyip Erdogan
2) Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak
3) Raja Arab, Raja Salman Bin Abdulaziz
4) SU Agung Pertubuhan OIC, Dr Yousef Ahmad
5) Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh
6) Sultan Brunei, Sultan Hj Hassanal Bolkiah
7) Raja Jordan, Raja Abdullah II
8) Presiden Indonesi, Jokowi
9) Presiden Persatuan Ilmuan Islam Antarabangsa, Sheikh Yusuf Qaradawi
10) Mantan Pangliman Angkatan Bersenjata Mesir, Abdel Fattah Saeed

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA