networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Sunday, May 20, 2018

Projek ECRL Wajar Diteruskan Kerajaan Baru Demi Rakyat.. @SPADChannel

0 comments

Teka-teki mengenai status projek ECRL jika Pakatan Harapan memerintah selepas PRU-14 mungkin sudah terjawab..

Kerajaan akan mengkaji dan memberi petanda bahawa projek ini mungkin akan diteruskan..

Untuk rekod ECRL ini dijangka siap 2024 melibatkan 28 stesen menawarkan perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo sepanjang 688 km yang mana menghubungkan Pelabuhan Klang, Selangor dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Penasihat kerajaan Tun Daim mengklasifikasikan projek ini bukanlah bernilai RM 55 Billion tetapi lebih dari itu..

Daim berkata "Kos projek ECRL bukan RM 55 billion, kos itu hanya membabitkan fasa pertama sahaja. Manakala fasa kedua mungkin melibatkan kos RM 11 billion"

Berkenaan status projek ini, Daim menyatakan bahawa keputusan itu tertakluk kepada kerajaan dan memberi bayangan bahawa projek ECRL ini melibatkan antara dua kerajaan..

Daim menjelaskan bahawa Kerajaan Berpandangan Positif Tentang Projek ECRL..

“Saya berpendapat kerajaan China amat mesra (dengan Malaysia) dan kita mempunyai hubungan yang lama dengan kerajaan China, iaitu sejak 1994.

“Dalam tempoh 22 tahun di bawah kepimpinan Dr Mahathir sebelum ini, kita tidak pernah mengalami sebarang masalah. Kita bekerjasama rapat dan saya berpendapat kita akan terus menjalin kerjasama yang erat,” kata Daim.

Bagi kami projek seperti ini seharusnya diteruskan kerana ia mampu menjana ekonomi ke pantai timur..

Wednesday, May 9, 2018

Teruskan Sokongan Kepada BN..Update Malaysiakini Berniat Jahat!!!#BNMenang!

14 comments

Ayuh semua penyokong Barisan Nasional!jangan cepat berputus asa..kiraan undi masih berjalan..kami dapati update daripada Malaysiakini berniat jahat kerana mahu memberi winning psychology kepada penyokong Pakatan...

Ini tujuan mereka apabila kiraan undi belum rasmi sudah membuat tuduhan yang ramai pemimpin besar BN tumbang..

Walhal kiraan masih berjalan..jikalau sampai kiraan akhir mendapati Barisan Nasional menang sudah tentu penyokong Pakatan yang sudah bertempih sorak kegembiraan akan marah..

Ini yang dimahukan mereka..maka demonstrasi besar-besaran akan berlaku bagi menunjukkan protes kemarahan...

Nasihat kami kepada semua penyokong BN dan PH jangan cepat percaya kerana rata-rata kiraan undi masih dalam proses...

Tunggu sehingga habis undi barulah kita tahu siapa menang dan siapa kalah...insya'allah BN akan menang..ayuh teruskan sokongan anda!!

GELOMBANG KEBANGKITAN PEMANDU TEKSI SOKONG BARISAN NASIONAL...INI BARU BETUL!!!

2 comments

Nampaknya PERS1M bolehlah tutup muka guna baldi..selama ini mencanang seolah-olah pemandu teksi anti kepada kerajaan Barisan Nasional..

Terutamanya PERS1M yang selalu memainkan sentimen seolah-olah pemandu teksi menyokong pakatan dan Mahathir...

Bagi mereka kerajaan BN gagal membela pemandu teksi..sebenarnya BN lah paling banyak membela pemandu teksi jika nak bandingkan Pakatan..

Pakatan langsung tiada sumbangan melainkan air liur berceramah menghasut pemandu teksi..seeloknya pemandu teksi perlu bersama BN agar menceritakan kebaikan Malaysia kepada pelancong asing..

Lihat gambar di bawah ini..pemandu teksi bersama BN..mantap!!!




DS @NajibRazak Tersalah Peti Undi...Pembangkang Terdesak Nak Bodohkan Rakyat Saja...

0 comments

Kecoh dimedia sosial yang YAB DS Najib Razak tersalah peti undi..kononnya Najib masukkan kertas undi DUN ke Peti Parlimen..

Maka bermula kerja-kerja pendedak macai pakatan..sebenarnya yang berlaku ialah Najib telah memasukkan kertas undi di peti Undi Parlimen Pekan tetiba Wartawan suruh berlakon..

Jadi Najib layankan sajalah..bawah ini buktinya..


Kalau tak bodoh pakatan ni tak sah agaknya..inilah level pemikiran mereka asal isu boleh buat rakyat marah kepada BN semua halal..puih!!!

Tuesday, May 8, 2018

Aspirasi Datuk @AKaprawi Yang Wajib Diketahui Semua Pengundi #P149!!#KitaPilihBiru!!!

0 comments

Buat pengundi Parlimen Sri Gading P149..di sini kami ingin kongsikan satu video aspirasi calon Barisan Nasional Datuk Aziz Kaprawi..

Dalam video berkenaan, Datuk Aziz telah menceritakan segala impiannya untuk rakyat Sri Gading..Datuk Aziz Kaprawi bukanlah nama asing di Sri Gading..


Sebelum beliau menjadi Ahli Parlimen, beliau telah memegang portfolio sebagai ADUN Parit Raja sejak 2004 lagi..pengalaman yang luas dalam dunia politik tempatan telah menaikkan darjatnya kepada Ahli Parlimen..

Calon tempatan yang kita mahukan di Sri Gading..sebut sahaja Kampung mana Parit mana semua beliau tahu..malah orang kampung yang sakit pun beliau kenal dan akan melawat jika ada di kawasan..


Banyak pembangunam telah dikecapi di Sri Gading..baik dari segi pendidikan umpamanya UTHM, Insturusi Pendidikan Guru..Kolej Jururawat dan sebagainya..sektor perkilangan banyak terdapat di kawasan perindustrian Sri Gading..sektor ekonomi tempatan yang menjadi mercu tanda di Sri Gading..umpamanya pusat membeli belah Aeon, BP Mall dan terbaru TESCO..

Terkini Sri Gading bakal ada kemudahan pengangkutan HSR sedikit masa lagi..untuk mengetahui Aspirasi Datuk Aziz Kaprawi boleh rujuk video di bawah..


Sebab itu pentingnya kita memilih pemimpin tempatan yang berpengalaman..bukannya memangkah pemimpin yang datang entah dari ceruk mana tiba-tiba jadi mahu jadi wakil rakyat..

Buat pengundi Sri Gading..janganlah termakan hasutan pakatan..mereka kian terdesak kerana mereka tahu amat susah untuk mengalahkan BN tanpa bantuan PAS...

Lihat sahaja keputusan PRK Sg Besar dan Kuala Kangsat..teruk mereka kalah dengan BN..sedangkan dengan bantuan PAS pun mereka tetap kalah PRU 13...

Ramalan kami esok BN bakal menang 2/3..sama-sama kita berdoa agar doa dimakbulkan Allah SWT...



TERKINI DARI BATU PAHAT #P150 - HALIZAH AKAN MENANG #PRU14..PAKATAN TERJERAT PERANGKAP SIMPATI!

0 comments

Esok seluruh negara akan membuang undi..kami akan mengupas kajian sikap yang diperolehi sepanjang kempen PRU 14 dijalankan di kawasan Batu Pahat..

Parlimen Batu Pahat menyaksilan pertembungan 3 penjuru di mana BN diwakil Haliza dan ditentang calon PKR dan PAS..

Pada awalnya momentum Haliza agak ketinggalan kerana beliau berhadapan masalah apabila calon favor yang dimahukan jentera parti Puad Zarkashi tidak dicalonkan..

Sudah tentu Puad merajuk diikuti jenteranya..mereka beranggapan kerja selama 5 tahun sia-sia kerana calon idaman mereka tidak dipilih..

Perlu diingat kali ini BN memilih calon boleh menang hasil daripada tinjauan dan persepsi rakyat..jadi pemilihan Haliza adalah amat tepat..

Mulalah kedengaran suara suara sumbang daripada Puad yang mengatakan Haliza mempunyai masalah moral..biasalah orang kecewa emosi lebih pantas dari akal..

Jentera parti pada mulanya hanya membantu calon DUN Senggarang, Zaidi..kita tahu yang calon Rengit Ayub bukanlah pro Puad jadi jentera Batu Pahat bekerja untuk Senggarang..

Apabila melihat masalah ini, dengan pantas Haliza berjumpa Khaled Nordin untuk mendapatkan bantuan dan nasihat..

Bermula daripada itu jentera BN mula membantu Haliza dan barulah kelihatan poster Haliza di Batu Pahat..

Penyokong PKR memainkan sentimen serangan peribadi kononnya calon BN tidak bermoral..

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pakatan kerana menyerang Haliza secara peribadi..dengan serangan inilah rakyat mula mengenalinya dan berasa simpati dan perasaan itu mula viral ke kampung-kampung..

Kami gelarkan Haliza sebagai Iron Lady Batu Pahat..ia seperti rahmat dari tuhan kerana serangan peribadi itulah menyebabkan Haliza mendahului calon-calon lain..

Calon PKR dan PAS agak tenggelam..ternyata dengan serangan peribadi ini peratusan sokongan terhadap Haliza semakin meningkat..

Barangkali anak muda PKR mula sedar..mereka terus quit dari melancarkan serangan peribadi..mungkin agaknya mereka tersentak dengan pendedahan gambar tidak senonoh mirip Mat Sabu..prinsip kami mudah setiap calon mampu berbakti untuk masyarakat..membuka aib orang bukan ajaran Islam..

Sejak itu serangan pembangkang tidak tentu arah..ada yang pening nak sokong PAS atau PKR..orang Batu Pahat sebenarnya setia kepada BN..

Walaupun BN kalah PRU 13..orang masih mengharapkan bantuan BN kerana calon PKR lalu tidak seaktif dan tidak boleh diharapkan...patutpun PKR tidak mencalonkannya semula...

Jadi pada hemah kami Haliza mampu merampas semula daerah panas Batu Pahat..selamat mengundi..undilah Haliza!!!

Monday, May 7, 2018

Ceramah Mahathir Di Ketereh Hambar Bukti Pakatan Tidak Dapat Sokongan Melayu..#HebatkanNegaraku @AnnuarMusa

3 comments

Gambar kehadiran Mahathir ke Ketereh kawasan Tan Sri Annuar Musa cuba disembunyi dan dikaburi macai dedak pakatan..

Amat malu..di kawasan majoriti Penyokong DAP memanglah boleh dibanggakan tetapi di kawasan pengundi Islam ternyata Pakatan Harapan tetap ditolak umat Melayu..

Orang Melayu tahu dan sedar bahawa setiap sokongan mereka kepada PKR bermakna sahamnya akan menguntungkan DAP..mereka cuba menutup dengan jumlah calon Melayu lebih ramai daripada DAP tetapi yang mereka gagal sembunyi ialah DAP bertanding di zon selesa menang..

Di kawasan calon-calon Melayu belum tentu Pakatan boleh menang..setakat ceramah dihadiri ramai orang belum tentu Pakatan Menang..jika tidak dah lama Mahathir bungkus ikat tepi semasa gelombang reformasi dulu...

Apa yang dapat digambarkan ialah sokongan orang Islam kepada BN semakin kukuh..pakatan tetap gagal menagih undi Melayu walaupun terpaksa mengheret Mahathir menjadi kuda tunggangan!!!

Ayuh dengar ucapan Tan Sri Annuar Musa di bawah!!kami yakin Tan Sri akan menang..undi PH bererti undi DAP!!!



Surat Terbuka Untuk Mahathir Daripada Anak Jati Muar

1 comments


.: Surat Terbuka Untuk Tun Dr Mahathir Mohamad :.

Assalamualaikum wbt Ybhg Tun.
Saya mendoakan agar Tun & Tun Dr Hasmah berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.
Semoga Allah swt merahmati usaha Tun untuk melihat “Malaysia yang lebih baik”, biarpun di saat ini sepatutnya Tun sedang berehat bersama keluarga di rumah.
Tetapi atas nama “perjuangan”, Tun tetap gagahkan jua sisa-sisa kudrat yang ada untuk buat apa yang terdaya.

Sebelum saya pergi jauh, izinkan saya perkenalkan diri saya kepada Tun.
Nama saya Qaim, berasal dari Muar, Johor. Seorang anak muda daripada keluarga sederhana, yang mempunyai minat yang sangat tinggi dalam bidang politik, tetapi saya bukanlah ahli daripada mana-mana parti politik.

YBhg Tun,

Tun merupakan idola saya sejak kecil.
Saya membesar dengan lagu “Jika Kau Fikirkan Kau Boleh (Fikirkan Boleh)”, “Puji dan syukur pada Illahi (Sejahtera Malaysia)”, dan berbagai-bagai lagi lagu patriotik yang membina jatidiri saya sebagai seorang rakyat Malaysia.

Saya juga sedang melalui zaman di mana penghormatan kepada Tun boleh menjadi suatu “taboo” bagi sesetengah penjawat awam, guru-guru, dan juga anggota-anggota keselamatan yang membesar di zaman kepimpinan Tun.
Kami dinasihatkan untuk berkecuali dalam menyatakan pendirian atau kencenderungan dalam politik, tetapi hormat kami kepada Tun, sewajarnya merentasi sempadan politik. 

Ybhg Tun,

Saya masih meneduhkan diri daripada berjudi melontarkan sebarang pertanyaan tatkala negara ini sedang melanda perubahan cuaca politik yang tidak dapat saya fahami dengan jelas.

Takut-takut persoalan saya menyebabkan segelintir pihak tidak akan senang dan membuat keputusan untuk melabel saya sebagai askar upahan parti, buta taqlid, dan bermacam-macam lagi tuduhan yang  bakal membuli diri ini daripada mendapatkan sesuap kebenaran.

Saya masih dirantai keraguan yang sangat membelengu.

Yang terbaharu, Tun dan rakan-rakan yang dahulunya dari UMNO sedang berusaha untuk memadamkan nama UMNO dan Barisan Nasional, sebuah parti yang Tun dan rakan-rakan telah bangunkan sekian lama, untuk dihantar ke jirat politik.

Dalam bahasa yang lebih mudah, Tun dilihat begitu bersungguh-sungguh ingin membentuk kerajaan bersama-sama rakan dari Pakatan Harapan, yang dianggotai oleh musuh-musuh politik Tun dahulunya.

Saya pelik dan hairan Tun, 

Tidakkah Tun melihat bahawa musuh-musuh Tun dahulunya sedang menyediakan jeriji besi yang akan memenjarakan Tun daripada terus melakukan perubahan? Penjaranya bukan di Sungai Buloh, tetapi penjara di kem Pakatan Harapan yang lebih perit siksaannya.

Sejujurnya, saya rasa tertampar dengan hanyunan kekeliruan yang sungguh dahsyat, bilamana Tun mengambil keputusan untuk menyertai Pakatan Harapan bersama dengan rakan-rakan dari UMNO yang rakyat kenal sebagai “Ultra-Melayu”, tidak ada yang lebih pro kepada Melayu seperti Tun, Tan Sri Muhyiddin, Dr Rais Yatim, dan lain-lain.

Saya tidak berminat untuk mempersoalkan tentang sama ada benar atau tidak segala tuduhan Tun kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, satu sosok politik yang telah dan sedang menghabiskan majoriti usianya di dalam penjara sejak saya kecil lagi, dan juga tidak berminat untuk mempersoalkan sama ada benar atau tidak skandal-skandal politik Tun yang telah didoktrin oleh barisan pemimpin pembangkang semasa saya cenderung untuk minat politik sejak dari zaman remaja.
Terlalu panjang untuk saya persoalkan.
Episod itu terlalu panjang.

Namun, cukuplah yang asas sahaja hari ini, saya masih belum jumpa jawapan yang konkrit, kenapa Tun melakukan ini semua?

Saya faham, niat asal Tun hanya mahu membuang parasit yang merosakkan sebahagian pokok, tetapi mutakhir ini, Tun dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk menebang keseluruhan pokok yang telah berusia puluhan tahun, pokok yang telah memberi banyak manfaat daripada buah-buah kepimpinan terdahulu, daun-daun idea pemimpin lama yang menjadi tempat berteduh orang Melayu, tanpa mengetepikan kaum-kaum yang lain, serta bunga-bunga pencapaian yang terhasil daripada baja-baja perjuangan pemimpin terdahulu yang telah pergi lama meninggalkan kita. 

Idea untuk menumbangkan pokok yang sedia ada ini asalnya ialah perjuangan golongan antagonis yang sentiasa iri hati dengan usaha setiap pemimpin yang datang & pergi, yang ikhlas menggalas amanah untuk menjaga pokok ini bersilih ganti.

Iya, saya boleh bersetuju dengan Tun.
Tanyalah 10 rakyat secara rawak, secara purata, majoriti daripada mereka akan bersetuju UMNO memerlukan sosok pemimpin yang lebih baik untuk memimpin, tidak dinafikan sama sekali.

Tetapi adakah dengan cara menghukum keseluruhan pemimpin & penyokong berkecuali yang selama ini bermati-matian memperjuangkan nasib agama, bangsa & negara merupakan satu tindakan yang tepat?

Bagaimana pula harini Tun boleh bertanding di atas tiket Parti Keadilan Rakyat yang ditubuhkan pada tahun 1998 untuk melawan Tun secara khusus dan terang-terangan?
Saya masih kabur dan sangat tidak faham.

Saya percaya Tun dah pun menonton video Hew “Superman DAP” dan Nga Kor Ming yang sungguh biadap meletakkan maruah Tun di tahap “kuda tunggangan” mereka untuk menuju Putrajaya, meminta kaum cina untuk mendoakan Tun tidak mati dahulu sebelum mereka berjaya tumbangkangkan BN, melawak-lawakkan Tun di atas pentas dengan bahasa yang sangat biadap, tidakkah apa yang mereka perkatakan ini sedikit pun tidak menjentik hati Tun?

“Demokrasi Ala Penjajah” yang cuba digerakkan oleh pemain-pemain watak antagonis sebelum merdeka yang tidak senang dengan kuasa yang ada pada orang Melayu & Islam harini, pastinya akan menjerut mati figura-figura yang sememangnya ikhlas berjuang kerana agama, bangsa & negara.

Golongan yang memperjuangkan “Demokrasi Ala Penjajah” ini persis penjajah British sewaktu mereka datang ke tanah melayu ketika dahulu.

Mereka tidak mahu menjadi pemimpin nombor satu, mereka cuma mahu menjadi penasihat, dan akhirnya merekalah yang akan jadi pencatur yang sangat berkuasa menentukan segala-galanya, termasuk dalam urusan orang Melayu dan juga agama Islam.

Ybhg Tun,

Saya juga merasa sangat hiba dan sedih kerana terpaksa mendengar Tun mengubah skrip ucapan di dalam setiap siri ceramah dengan mencela parti yang Tun bangunkan ketika dahulu bersama-sama rakan yang lain.

Ianya teramatlah janggal bagi saya.
Mereka yang selama ini tidak dapat menyeberang sungai, harini berlari-lari di atas penyertaan Tun untuk mereka cuba sampai ke tanah yang diimpikan.

Tulisan ini bukanlah terlahir hasil doktrin BTN, jauh sekali saya mewakili lidah UMNO, yang sering dituduh kerap menggunakan isu kaum dan agama.
Saya bukan ahli politik.

Tetapi ianya datang daripada akal dan pertimbangan saya sebagai anak muda yang masih meraba-raba jawapan.
Datang dari generasi Y yang suka bertanya.
Saya cumalah anak muda yang baru hendak celik dan belajar cakna politik.

Maafkan saya Tun.
Sungguh kurang adab saya jika saya berniat ingin “mengajar” Tun untuk berpolitik.
Pengalaman Tun jauh lebih luas dari saya, malah jauh lebih luas dari orang tua saya & juga datuk saya. Kami semua menghormati dan menyanjungi Tun.

Namun ketahuilah Tun,

Saya sedang tersepit.
Saya percaya, ramai orang Melayu juga sedang tersepit.
Kami mahukan perubahan, tetapi bukan bersama dengan parti chauvanis, liberal, ekstrim bersama konco-konconya.
Biarlah sejarah yang menjelaskan segala-galanya.

Saya tak mahu jadi Buang dalam filem Sarjan Hassan.
Saya tak mahu memilih untuk menjadi “berkuasa” di dalam kesulitan.
Bersekongkol dengan pihak musuh dan menjadi Kempeitai Jepun.
Menunjuk belang di hadapan orang-orang yang sebangsa dan seagama.
Hakikatnya, bangsa dan agama kita tetap dibantai dengan begitu kejam.

Saya yakin orang kita boleh berubah dan maju dengan cara dan acuan kita sendiri, tanpa perlu mengharapkan bantuan daripada watak penjajah yang kononnya hendak membantu, tetapi penjajah tetap penjajah.

Saya tidak rela menjadi orang yang “tertawan sebelum ditawan”.
Saya hormati perjuangan Tun.
Tun merupakan tokoh yang sangat berpengaruh, tidak boleh dinafikan.
Cuma sayang perjuangan ini tidak berakhir untuk kebaikan, malah mendekat kepada kehancuran.

Biarlah dengan cara apa sekalipun, biarpun mungkin pincang, saya sebagai anak warisan kepada bangsa yang kerdil ini akan cuba meneruskan sebuah “Perjuangan Yang Belum Selesai” ini mengikut susur perjuangan saya sendiri, untuk mengubah kelemahan tanpa mengubah prinsip.
Kerana prinsip itu tidak ternilai harganya.

Biarlah rebah berkali, berjalan mata tertutup tanpa tali, asalkan bangsa ini dapat berdikari.
Yang hak tetap hak, yang batil tetap batil.
Sesekali saya tidak akan menyokong yang batil, baik kerajaan yang bakal dibentuk adalah masih dari Barisan Nasional, Pakatan Harapan, ataupun Gagasan Sejahtera.

Sayang seribu kali sayang.
Sungguh perang demokrasi ini tidak ubah seperti najis yang cuba dihias cantik.
Memalit kotor kepada kesatuan.
Mencela ukhwah kerana perebutan.

Salam hormat dari saya buat Tun,
9 Mei 2018 ini akan menentukan segala-galanya. “Semoga berjaya” Tun.
Kita doakan rakyat benar-benar bijak menilai.
Assalamualaikum.

Insan kerdil yang mempunyai kuasa undi.
#MalaysiaMemilih #PRU14

Sunday, May 6, 2018

Analisis Terkini - BN Boleh Sapu Bersih Parlimen & DUN Ayer Hitam #P148 #N19 #N20

1 comments

Barisan Nasional dijangka akan menang pada PRU 14 di Parlimen Ayer Hitam dan 2 DUN bawah Ayer Hitam iaitu Semarang dan Yong Peng..

Analisis kami ini dilakukan setelah kami membuat tinjauan di parlimen Ayer Hitam..memang tak dinafikan kemasukan calon besar DAP sedikit mengusarkan Kem BN..Chin Tong datang bukan tangan kosong..dia datang sarat dengan kempen dan propaganda baik dan jahat..

Untuk analisis kali ini kami ceritakan review kami tentang persepsi rakyat di Ayer Hitam..

Umum mengetahui DS Wee Ka Siong menang pada PRU 13 dengan jumlah undi majoriti sebanyak 7,310 mengalahkan calon PAS Hu Pang Chaw..

Pada PRU kali ini DS Wee ditentang oleh 2 calon menyaksikan pertandingan 3 penjuru di Ayer Hitam..

1. DS Wee (BN)
2. Liew Chin Tong (PKR/DAP)
3. Mardi Marwan (PAS)

Dahulu masa PRU 13..Jumlah undi PAS sebanyak 14,735..dari mana jumlah ini diperolehi di Semarang PAS dapat 4,906 dan Yong Peng DAP peroleh 10,825..selepas ditambah lingkungan 15,731 undi sepatutnya..

Itu selepas penyokong pembangkang mengundi PAS..kali ini berbeza..Penyokong pembangkang Cina di Yong Peng sudah tentu akan undi Chin Tong dan Pembangkang di Semarang akan mengundi Calon PAS..ini tidak termasuk dengan pengundi pembangkang di Semarang yang undi Pakatan dan pengundi pembangkang Yong Peng bukan semua mengundi DAP..ada juga yang mengundi PAS..

Disitu sahaja sudah berlaku kecelaruan undi..kami faham ada yang kata UMNO pun ada jadi PPBM..hakikatnya di Ayer PPBM tak kuat dan hanya parti kecil yang mempunya masalah jentera untuk dikerahkan...

Kehadiran Mahathir sebenarnya tidak menjejaskan apa-apa pun persepsi pengundi..di Ayer Hitam Chin Tong hanya boleh yakin dengan sokongan Cina DAP di Yong Peng..sekarang pun dengar khabar Cina DAP Yong Peng ada yang sudah beralih arah kepada Calon muda yang mesra dari BN iaitu Ah Soon..saingan di Yong Peng akan jadi pertempuran 35% Ah Soon..35% Penyandang Chew Peck Choo dan 30% Abdullah (itu pun sukar kerana orang Melayu Yong Peng ramai menyokong BN)

Giant point BN terletak di DUN Semarang..pastinya pengundi BN akan undi calon Penyandang iaitu Samsolbari..Samsolbari dijangka menang majoriti lebih besar kerana pengundi pembangkang akan terpecah 2 kepada PAS dan PKR..



Kesimpulannya DS Wee akan menang dengan majoriti lebih besar..begitu juga Samsolbari..Ah Soon pula memiliki peluang 50-50 dengan calon DAP..

Ini hanya pandangan penulis selepas bertemu bual dengan penyokong BN PAS dan PKR...Pakatan meletakkan calon Chin Tong sebenarnya membazir dan bakal memalukan pembangkang..

*jumlah kehadiran penyokong bukan penanda aras kemenangan seseorang calon..nantikan keputusan rasmi malam 9 Mei ini!

Apa Yang Hang Dok Merapu @DrRaisYatim Oi!!Padan Muka Dipecat!!!

3 comments

Nampaknya Rais Yatim terus meroyan apabila Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan beliau, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz dipecat kerana memburukkan parti..

Rais yang berang meminta UMNO  memberi surat tunjuk sebab kepadanya kononnya Rais tidak beralah..kononnya UMNO tak boleh ditegur..

Hello..mana-mana parti kat Malaysia ni malau ada parasit macam Rais yang memberi kenyataan terbuka pun pasti akan dipecat..

Kau tengom parti PPBM berapa ramai telah dipecat kerana mengutuk parti?PKR dan DAP pun sama..jadi Rais nak lata UMNO jahat?

Hangpa dah kata UMNO dibatalkan yang hang tiba-tiba duk sibul mahu surat tunjuk sebab kenapa?

Kalau Ku Nan kata Rais and the geng dipecay..aku pula kata sila berambus dari UMNO!!!



Saturday, May 5, 2018

Jawapan Balas Terhadap Surat Terbuka Tun Kepada Polis & Tentera..

3 comments

Balasa surat terbuka Tun kpd Polis dan Tentera.

Hebat sungguh Tun cuba mencuit hati kami anggota pasukan keselamatan dalam hal pilihanraya kali ini. Sejak bila pula Tun pandai bermadah dan cuba mengajar kami apa perlu kami buat bila berhadapan dengan situasi keselamatan. 

Tun baru terjaga dari lena agaknya atau dia baru tersedar sudah hilang kuasa selepas membersarakan diri sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa. Atau dia sudah terlupa jasa jasa pasukan keselamatan semasa dia berkuasa dulu. Maklumlah MELAYU MUDAH LUPA (ayat ini Tun yg cakap)

Tun sudah tidak releven memujuk atau menasihat kami apa yg perlu kami buat.

LUPAKAH TUN..Pasukan keselamatan yg daif zaman Tun inilah yg mempertahankan negara dari segala ancaman tanpa arahan Tun. Semua kami buat sendiri.

LUPAKAH TUN...berapa ramai anggota keselamatn yg terkorban dan cacat, isteri kehilangan suami dan anak kehilangan bapa demi mempertahan negara dan Tun selama 22 tahun di atas takhta.

LUPAKAH TUN...hanya berbekal semangat kami berjuang berbanding dengan peralatan, logistik, senjata dan komunikasi yg orang kampong cakap “ciput” yang Tun bekalkan di zaman Tun. Semua peralatan itu hanya layak digunakan oleh negara mundur dunia ketiga saja.

LUPAKAH TUN...siapa yg bersunguh sungguh memetarai perjanjian damai parti komunis pada tahun 1989 semata mata untuk memperkuatkan kerajaan Tun hingga Tun bersara. Ada Tun ambil kesah?. Dengan perjanjian itulah Tun mampu memerintah dan mentadbir dengan aman sehingga disanjung melangit sampai sekarang. Tun dipuja sedangkan kami menderita. Gaji pun tak seberapa ketika itu. Berapa kali kami dapat kenaikkan gaji di zaman Tun?. Apa pemodenan pasukan keselamatan yg Tun pernah buat? Berapa banyak budget yg Tun peruntukan setiap tahun untuk pasukan keselamatan sedangkan Tun berbangga dengan berbillion menaikkan dua tiang batu nesan KLCC dan berbillion lagi mendirikan mahligai di Putrajaya? Ada Tun kesah?

LUPAKAH TUN...siapa yang mempertahankan Tun ketika Anuar Ibrahim dipecat sebab kesalahan jenayah rasuah dan seksual. Memang mahkamah sudah buktikan dia bersalah tetapi Tun telah mengaibkan dia dan keluarganya seantero dunia. Banyak kerosakan yg Anwar buat. Setiap hari demonstrasi dan bakar sana sini bertahun tahun lamanya sehingga Tun berasa aman bersara awal. Kamilah yg bersengkang mata, berpanas dan berhujan, berkorban waktu rehat dan cuti bersama keluarga. Ada Tun kesah? Tup tup sekarang Tun berpeluk kembali dengan Anwar demi kelangsungan untuk berkuasa semula. SIA SIA SAJA PENGORBANAN KAMI KETIKA ITU. Terasa nak sumpah seranah Tun tapi kami masih ada iman.

LUPAKAH TUN...apa yg Tun sudah lakukan dengan Tun Musa Hitam, Tengku Razaliegh, Abdullah Badawi dan terkini Najib. Tindak tanduk Tun itu menjadikan politik kucar kacir, demonstasi, peningkatan kadar jenayah, social disorder dan berbagai lagi. Siapa yg mempertahankan kerajaan Tun ketika itu? Ada Tun kesah?

LUPAKAH TUN...siapakah yg berkuasa ketika peristiwa Memali. Siapa yg terkorban? LUPAKAH TUN. Tiba tiba Tun kata mereka itu MATI KATAK. Adakah kami pasukan keselamatan ini pun MATI KATAK? Kami tidak sehina itu wahai Tun pujaan ramai. TERIMA KASIHLAH TUN KATA KAMI MATI KATAK. Terima kasih sekali lagi. Terima kasih sekali lagi. Terima kasih sekali lagi....

LUPAKAH TUN...siapa yg mencipta political disorder ketika Tun memerintah sehingga berlaku permusuhan di kalangan orang Melayu dan Islam yg berlainan ideologi politik? Siapakah yg mempertahankan Tun? Ada Tun kesah?

Banyak lagi yg kami pendam hingga tak tertulis rasanya. Biarlah kami simpan dendam itu...moga2 Allah membuka hati kami untuk memaafkan Tun. Entah bila kami tak tahu. KAMI RASA TERTIPU DAN DITIPU OLEH TUN selama ini. Terasa hinanya kami ini. Sia sia sahaja pengorbanan kami selama ini apabila Tun buat pusingan U berbaik, berpeluk, menangis dan menyembah MUSUH  yg Tun cipta semasa berkuasa dulu. Rupa rupanya ia PALSU semata mata. 

Sekarang Tun nak pula mencipta KEPALSUAN baru konon kerajaan sekarang zalim dan jahat serta menindas rakyat. Mereka dipilih oleh rakyat dan kami yg mempertahankan mereka. Apa dosa rakyat yang mengangkat kerajaan sekarang melalui pilihanraya. Apa dosa kami mempertahankan kerajaan sekarang. Terlalu banyak kebaikan yang kami dapat dari kerajaan sekarang yg AMBIL KESAH kebajikan kami pasukan keselamatan. Serendah rendah pangkat kami dapat juga membeli kenderaan dan kediaman untuk keselesaan keluarga. Jika belum beli rumah dapatlah kami rumah kerajaan yg selesa. 

Sangat jauh bezanya antara zaman Tun dengan zaman kerajaan sekarang walaupun Tun hina dan aibkan mereka seantero dunia dengan SKRIP PALSU yg belum dibuktikan. 

Cukuplah kami ditipu dengan SKRIP PALSU TUN berabad lamanya. Cukup cukuplah Tun... jangan mengajar apa yg patut kami buat. Kami tahu bagaimana nak jaga keselamatan negara ini. Jangan ganggu kami. Jangan cipta lagi political dn social disorder palsu dalam negara tercinta ini. Kami dan anak cucu kami lama lagi nak hidup menghirup nyamannya keamanan dan kedamaian MALAYSIA BUMI BERTUAH. Biarkan kami dengan cara kami. Jangan ajar kami.

Esok kami akan menunaikan kewajipan sebagai warganegara membuat pilihan yang betul mengundi awal...bukan memilih KEPALSUAN YG DICIPTA. Kami tidak akan TERTIPU LAGI DENGAN SKRIP PALSU Tun.

Sekian, wabillahitaufikwalhidayah.

Dari,
Pasukan Keselamatan Yg TIDAK TERTIPU LAGI.

Berkibar megah
PANJI PANJI DIRAJA PDRM/ATM



Friday, May 4, 2018

Datuk @AKaprawi Anak Tempatan Berjiwa Besar Disayangi Semua Lapisan Masyarakat!!#P149 #N21 #N22 #HebatkanNegaraku

1 comments

Datuk Aziz Kaprawi pemimpin yang disenangi rakyat..mesra dan kerap berada dikawasan..sesibuk mana pun beliau di ibu kota..Sri Gading tidak pernah dilupakan..beliau akan curi-curi masanya untuk balik ke Sri Gading jika ada jemputan kahwin dll di kawasannya..beliau pemimpin yang tidak banyak kerenah dan protokol yang rumit..

Anak muda..wanita..orang kampung..rakyat pelbagai bangsa tidak pernah diabaikan..ada saja program mendekati rakyat yang dianjurkannya..

Baru-baru ini pertandingan Bola Sepak liga Sri Gading..ia mendapat sambutan hangat seluruh pelusuk Sri Gading dan dianjurkan dengan sangat meriah..inilah idea anak Sri Gading kepada orang Sri Gading..

Masyarakat kampung pun beliau bawa ke Kuala Lumpur untuk rakyat melihat sendiri kerja-kerjanya di peringkat Kementerian Pengangkutan..tidak ramai pemimpin seperti Datuk Aziz..

Kami yakin dengan kerja keras sepanjang 5 tahun..Sri Gading mampu merai kemenangan 3-0 #PRU14!insya'allah P149 tetap milik BN..

Kemana Chin Tong Bertanding Mesti Ada Billboard Roboh..Anehkan! @WeeKaSiongMP #P148 #N19 #N20

0 comments

Liew Chin Tong calon nomad DAP yang berpindah dari Kluang untuk mencuba nasib ke Ayer Hitam..

Kehadirannya menentang Wee Ka Siong disambut baik oleh calon MCA itu..malangnya sejak Chin Tong berkempen bermacam-macam taktik jahat dikenal pasti..

Pertama berlaku kejadian pergaduhan seorang warga emas ditolak jatuh dari atas pentas sehingga mencederakan warga emas itu..dikhabarkan warga emas itu retak tulang rusuk dan luka di kaki..

Tindakan jahat lelaki itu dipertahankan DAP atas alasan warga emas itu mencabut bendera DAP..itu yang diceritakan macai Chin Tong..

Sebenarnya kes bermula apabila seorang macai Chin Tong memacak bendera di dewan yang ketika itu sedang berlangsung ceramah DS Wee Ka Siong..tindakan itu amat kurang hajar..warga emas itu mencabut bendera dan menyandarkan di dinding dengan cara sopan..kemudian warga emas itu dipukul..mana boleh pacak bendera di kawasan yang kita pun tahu sedang berlangsung ceramah BN..agak tidak sopan..kalau ia berlaku ketika ceramah DAP pun pasti mereka marah...

Kedua..Chin Tong sengaja menjaja potret Mahathir yang mereka sendiri sedia maklum tidak boleh..mereka sengaja melakukan itu sebagai satu cara prokosi murahan..bagu kami SPR tidak seharusnya menampal gambar Mahathir..SPR patut turunkan sahaja Billboard itu..

Mulalah mereka menyalahkan BN..

Ketiga...billboard Chin Tong roboh..ini taktik yang sama berlaku ketika Chin Tong bertanding di Kluang..kami tidam tahu di mana puncanya..


Apa yang kami dapat simpulkan ialah dimana Chin Tong bertanding disitulah Billboard Roboh..seolah-olah ia taktik meraih simpati..

Herannya tempat lain tiada pula kedengaran kejadian billboard roboh..dalam peperangan politik..blackops perlu dilakukan bagi meraih simpati rakyat supaya calon mendapat emphati untuk meraih undi..

Cukuplah gunakan taktik kotor tu..Ayer Hitam perlukan calon tempatan yang bersemangat untuk membela rakyat..

Ayuh orang Ayer Hitam..kita bungkuskan kerier politik Chin Tong di Ayer Hitam!!!

#GST Banyak Hasutan Pembangkang Mengelirukan Rakyat!!Wajib Baca!!!#HebatkanNegaraku!!!

0 comments

Bercakap soal GST..banyak manipulasi dan berita tidak benar disebarkan puak pakatan pembangkang..GST banyak maklumat dan info tidak betul disebarkan..pakatan tidak menceritakan kebaikan GST..bukan Malaysia sahaj yang laksanakan..banyak negara yang telah menggunakan sistem cukai ini..

Diceramah Pakatan, mereka berbangga nak jadikan Malaysia macam Finland dan Turki kerana pendidikan percuma diperingkat tinggi..tapi mereka tak cerita yang kadar GST Finland 25% dan Turki 18%..

Pakatan mahu jadikan Malaysia macam Venezuela kadar minyak termurah dan Greece kadar GST 0%..tapi mereka tak cerita Venezuela nak Muflis dan Greece negara yang menghadapi ekonomi yang tenat..bak bayar duit pencen rakyat pun nazak..

Mereka bangga jadi rakyat Singapura kerana mampu belanja lebih di Johor..tapi mereka sembunyikan cerita rakyat Singapura tak mampu belanja di negara sendiri dan kadar GST negara itu dari 7% dinaikkan kepada 9%..

Yang mereka jaja Malaysia negara gagal..negara yang bankrup..walhal ekonomi kita terbaik dirantau ini..mampu bayar pencen..malah duit pencen dinaikkan lagi..bulan Julai ini..gaji pula naik 1 kali..bermakna setiap penjawat awam dapat rasa kenaikan 2 kali kenaikan gaji..

Bab pakatan ini kalau membandingkan memang tak adil..mana boleh bandingkan epal dengan kobis..mana nak dapat persamaan...mana boleh bandingkan Mad Sabu dengan Siti Nurhaliza..kenalah bandingkan Mad Sabu dengan Anwar Ibrahim..barulah betul..

Sebenarnya ancaman Malaysia ketika ini ialah fitnah dari pakatan pembangkang..penipuan mereka menjadi-jadi seolah-olah Malaysia ni teruk sangat sampai nak dijajah China..

Mereka gelar kerjasama Malaysia melibatkan ekonomi sebagai menjual negara..tapi zaman Mahathir benda yang sama dilakukan Najib digelar FDI..

Bijaknya Najib tidak menggunakan taikun sebagai kroni untuk memenuhkan kantong poket kroni sendiri..Mahathir sudah terlalu tua..cakap pun kejap betul..banyak pula yang tak betul..banyak pula tersasul suruh undi BN..haha!!!

Jadi pakatan rugi..orang yang dah tua dan bersara dikerahkan untuk berkempen..lihat Pak Lah..bersara dengan aman dan hidup penuh bahagia..Pak Lah pernah menjadi mangsa kezaliman Mahathir..sekarang orang itu hidup bahagia..Mahathir pula sengsara..tayar kapal terbang masalah dikatakan sabotaj...

Kasihan!!!

Info mengenai kemana wang GST dibelanjakan boleh klik lini SINI

Thursday, May 3, 2018

Seremban Panas!!!Ah Chong Buat DAP Seremban Bakal Tak De Harapan!! #PRU14 #GE14

3 comments

Ah Chong Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia ni memang punua kebolehan besar dalam memimpin..beliau bijak mentadbir..bijak juga tutur kata..

Pandai berhujah dan lembut lidah mematah hujah keras lawan..inilah kebolehan yang ada pada Calon BN Seremban..

Sikap Ah Chong yang terbuka disenangi masyarakat setempat..kadang kala telatahnya nakal juga..

Terbaru banner miliknya diconteng oleh budak nakal DAP..apa yang dilakukan Ah Chong ialah beliau mengantikan dengan banner baru dan menyediakan ruangan untuk macai DAP conteng..

Banner itu kami sifatkan sebagai sindiran hebat buat pembangkang...silap hari bulan Seremban milik BN..

Anda pilih yang mana?

BENDERA BIRU TUA..CALON MUDA

ATAU

BENDERA BIRU MUDA..TAPI CALON TUA!



Wednesday, May 2, 2018

Rakyat Kelantan Kena Beri BN Perintah Untuk Lihat Banyak Perubahan...#PRU14 #HebatkanNegaraku

0 comments

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa menyeru rakyat Kelantan agar memberi Barisan Nasional peluang untuk memajukan negeri Kelantan pada PRU ke-14 kali ini..Sudah lama PAS merintah Kelantan, kita tidak nampak perubahan yang ketara dalam negeri Kelantan..

Semua yang ada di negeri itu adalah bantuan oleh kerajaan pusat tadbiran Barisan Nasional..menurut Annuar, beliau yakin yang pengundi luar Kelantan yang berjumlah kira-kira 200,000 hingga 300,000 akan memihak kepada UMNO dan Barisan Nasional..



Barisan Nasional dan PAS walaupun bermusuhan tapi kita ada hadnya..politik kita tidak keterlaluan kerana kita punyai kiblat yang sama..ini berbeza dengan DAP yang mengetuai Pakatan Harapan..biar apapun hujah daripada pakatan harapan ia tetap tidak mengubah pendirian BN untuk mengambil peluang memerintah Kelantan.

Dalam PRU kali ini, Annuar yakin yang anak Ketereh yang berkhidmat di luar negeri akan memihak kepada Barisan Nasional..untuk rekod seramai 15,000 hingga 20,000 orang Ketereh yang berkerja di luar Kelantan akan balik mengundi..

Kelantan perlukan pembangunan..kerajaan negeri perlu ditukar kerana perubahan hanya akan berlaku jika kerajaan bertukar..Sepanjang kempen berlangsung, tiada lagi insiden tidak sihat berlaku di negeri itu..

Parlimen Sri Gading #P149 - Calon Bersatu Hati Menangkan BN..Ini Yang Harus Dilakukan Semua Calon BN!!Syabas @AKaprawi!

0 comments

Parlimen Sri Gading merupakan pekan yang terletak di tengah-tengah antara Batu Pahat dan Ayer Hitam..pekannya pesat membangun..dalam dekad akan datang dijangka pembangunan di Sri Gading akan pesat membangun..

Projek jangka panjang HSR menghubungkan KL Singapura bakal menjadi mercu tanda baru daerah ini..jika siap HSR nanti pastinya Sri Gading menjadi tempat tumpuan..

Pasaran hartanah dan ekonomi setempat tersangat cepat membangun..semua ini adalah dari rakyat kepada rakyat..semua ini dapat dilaksanakan kerana rakyat P149 membuat pilihan tepat memilih calon Barisan Nasional..

Tugas BN selepas menang ialah mahu bekerja untuk rakyat berbeza dengan pakatan pembangkang..mereka lebih gemar menjadi penghasut supaya rakyat membenci Barisan Nasional..

Pada PRU kali ini..2 muka baru menjadi sandaran BN bagi memastikan kemenangan bergaya Parlimen ini..Penyandang Parlimen Datuk Ab Aziz Bin Kaprawi kekal bertanding..DUN Parit Yaani menampilkan muka baru iaitu Soh Lip Yan dan DUN Parit Raja menampilkan wanita yang kuat bekerja untuk rakyat iaitu Rashidah Ramli..

Sebaik sahaja pengumuman calon disahkan oleh SPR..3 orang calon ini terus bekerja untuk rakyat..kelebihan di Parlimen ini ialah calon-calonnya sentiasa bersatu padu demi rakyat..

Tiada masa untuk merajuk dan bercakaran sesama sendiri..Datuk Aziz Kaprawi pemimpin tempatan yang berjiwa besar..beliau membantu jentera Rashidah dan Soh Lip Yan tidak berbelah bagi..

Tidak kedengaran langsung Datuk Aziz mengutamakan penyokong setianya sahaja..ini kerana karektor Datuk Aziz yang meletakkan kepentingan rakyat mendahului segala-galanya..

Apa yang penting Datuk Aziz bukan kaki gaduh yang menyusahkan parti..beliau membina nama dari bawah sebab itulah beliau memahami denyut nadi rakyat..

Kami tidak mendengar sedikit pun cerita tentang AJK cawangan mahupun Bahagian merungut..semuanya bersatu hati untuk memenangkan BN...

Di bawah ini kami kongsikan 3 keping gambar kempen PRU 14 Parlimen Sri Gading..mereka sentiasa bersatu dan tiada sifat pilih kasih..Syabas Datuk Aziz Kaprawi!!Anda memang layak menjadi Ahli Parlimen!






Tuesday, May 1, 2018

Bila @KhaledNordin Kata DAP Demokrasi Ala Penjajah Pandai Pula Nafi..Sekarang Apa Cerita @CMLimGuanEng???

1 comments

Baru-baru ini DS Khaled Nordin menggelarkan DAP sebagai Demokrasi Ala Penjajah..tahu pula pemimpin-pemimpin DAP melompat..menuduh DS Khaled sebagai rasism.

Padahal tiada kaitan pun rasis..Khaled cuma cakap yang sikap penjajah British dulu macam DAP..cakap tak mahu kuasa dan jawatan..

Tapi sebenarnya mereka mahukan kuasa sebagai penasihat yang mampu mengatur segala-gala keputusan..

Hari ini terbukti kata-kata Khaled ada kebenarannya..Guan Eng belum apa-apa lagi sudah tawarkan jawatan kepada Pengerusi DAP Sarawak..lihat berita di bawah..
DAP mula memancing undi rakyat di sini khususnya masyarakat Cina dengan mencadangkan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen ke dalam Kabinet jika menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, sekiranya pembangkang menang dalam PRU-14, beliau sendiri akan memberitahu Tun Mahathir Mohamad untuk membawa Chieng Jen ke Kabinet.
"Chieng Jen merupakan suara sebenar rakyat Sarawak dan mesti dinaikkan pangkat sebagai menteri Kabinet.
 
"Selain itu, cukai barang dan perkhidmatan (GST) dijanji dihapuskan dalam tempoh seratus hari," katanya ketika sesi minum teh di Medan Selera Stampin hari ini. 
Tambah Guan Eng, GST adalah punca utama yang menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup sehingga membebankan rakyat. - UTUSAN ONLINE

Siapa DAP?bukankah mereka tidak mahu kuasa?jadi kenapa pula mereka beria mahu menjanjikan kuasa..mana mungkin orang yang tiada kuasa mengaturkan portfolio kerajaan persekutuan??

Masih nak nafi ke Demokrasi Ala Penjajah??tak mahu jawatan tapi mahu menguasai keputusan???



Profile Iron Lady Batu Pahat Haliza Abdullah Seorang Peguam Bercita-Cita Besar Menjadi Harapan #P150 ..

3 comments

Profile calon Parlimen Batu Pahat #P150..seorang peguam bercita-cita besar mahu memikul tanggungjawab menjadi wakil rakyat Batu Pahat...

Biarlah apa orang nak kata..kami tak kisah siapa calonnya..orang kata Puad sombong..kami tetap sokongnya..kali ini giliran Haliza jadi calon..pun orang kata macam-macam..saya tetap menyokongnya sebagai wakil rakyat...

Orang Batu Pahat sudah beri PKR berkuasa..penggal lepas Idris Jusi..tak nampak impak pada Batu Pahat..yang ada pun gambar dia naik bot..sebab itu PKR tukar Calon..jika bagus masakan PKR letak calon lain..

Bab PKR ini satu je kami repect..mereka setia..setia pada parti tidak kira latar belakang calon..lihat sahaja Anwar..bekas banduan..itu bukan persoalan..yang penting tetap menyokong Anwar..

Jadi harap rakyat Batu pun begitulah setia pada BN dan memastikan kemenangan kerusi P150..

BN Batu Pahat kali ini mempunyai peluang besar untuk menang..hasil tinjauan kami yang berkampung di Batu Pahat..

Orang Cina menyokong pembangkang akan undi PKR..orang Melayu pembangkang akan undi PAS..dan segelintir menyokong PKR..orang India majoriti menyokong BN..dan sebilangan kecil lagi menyokong PKR...orang BN kalau setiap pada parti insya'allah kita punyai peluang besar..

Jangkaan kami Haliza menang PRU 14 dengan majoriti 3,000 lebih..untuk lihay profile calon P150..rujuk grafik di bawah!!!




PANAS!!Video Penyokong PKR Ayer Hitam Pukul Warga Emas Ketika @WeeKaSiongMP Berucap..!!!Kurang Hajar!!Politik Samseng!!!#P148

1 comments

Panas!!!Warga Emas Cedera Dikepala Ditolak Penyokong Pakatan Ayer Hitam..#PolitikSamseng #DAP #P148

Sangat kirang hajar politik yang dibawa DAP ke Ayer Hitam..belum berkuasa telah menunjukkan tindakan biadap!!!

Sejak DAP berkempen di Ayer Hitam mereka tidak lari dari propaganda membawa fahaman kebencian terhadap rakyay Ayer Hitam...

Hari ini seorang warga emas berusia 74 tahun ditolak jatuh dari pentas oleh penyokong Pakatan Ayer Hitam..



Warga emas itu mengalami kecederaan di kepala dan dikejarkan ke klinik kesihatan Yong Peng..warga emas itu mengadu sakit kepala dan perlu menjalani ujian scan...

Penyokong DAP PKR tidak boleh melihat orang menyokong BN..sampaikan hilang kewarasan tergamak menolak warga emas tersebut..amalan dan budaya samseng ini di bawa DAP PKR..

Kejadian tersebut berlaku di Yong Peng Walk ketika DS Wee Ka Siong sedang berucap..anda boleh saksikan sendiri video tersebut di bawah..


Sungguh kurang hajar!!tiada perikemanusiaan..mendapat tahu kejadian tersebutm.Ah Soon calon BN Yong Peng tidak tahan sampai menitiskan air mata..

Tergamak penyokong pakatan melakukan tindakan kejam itu..di pihak pakatan pastinya mereka menuduh ini aandiwara dan lakonan..

Mereka mana tahu minta maaf...seboleh-bolehnya menyalahkan BN apa jua keadaan yang berlaku dalam dunia ini..


Monday, April 30, 2018

Tatkala DAP Tampil Muka Veteran..MCA Pula Tampil Calon Muda Lebih Bertenaga!

0 comments

MCA kali ini tampil lebih bersedia dengan menampilkan banyak muka-muka baru..kebangkitan MCA sudah bermula ketika mereka kalah teruk lada PRU13..

Sebab itu kita lihat calon-calon MCA tampak lebih bersedia..sebabnya MCA awal-awal lagi telah menetapkan calonnya yang akan bertanding di 39 calon Parlimen dan 90 dun...

Di Parlimen Ayer Hitam..Ah Soon telah mula membina nama dan membantu rakyat Yong Peng sebelum bubarnya Parlimen lagi..jadi dia bekerja bukan untuk PRU semata-mata..

Beliau bekerja untuk rakyat..berbeza dengan calon-calon DAP yang lompat kawasan..mereka bermatlamatkan hanya untuk memenangi PRU..

Berbakti kepada masyarakat hanya bermula ketika ini sahaja..ketika kempen PRU..ia memberi sedikit kelebihan kepada Ah soon dan calon-calon MCA yang lain..mereka telah mengetahui akan dicalonkan..makanya mereka telah mula bekerja..

Disebabkan hal ini calon DAP Ayer Hitam, Chin Tong terpaksa menaikkan billboard berunsur hasutan kononnya DS Najib dan isteri terlalu banyak dosa..walhal tidak ada mahkamah dunia pun telah menyabitkan DS Najib sebagai orang bersalah dalam kes 1MDB..


Billboard kebencian seolah-olah DS Najib dan isteri sengaja diletakkan oleh DAP bagi menaikkan kemarahan rakyat..

Ini style DAP..memberi politik kebencian dan provokasi..tidak ubah seperti cara PAP..mencetuskan ketegangan kaum dengan cara provokasi..

Politik kebencian ini sebenarnya merugikan rakyat kerana bila menang sahaja mereka tidak membuat kerja..hanya menang dan senyap..

Buat pengundi yang telah mengundi DAP dan mengetahui akibatnya..maka betulkanlah keadaan ini dan ubah pendirian..kita support siapa sahaja calon BN..

Ayuh!!sokong BN!









ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA