networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Wednesday, January 31, 2018

HOT!!Menjawab Tuduhan Pengkalan Udara Sg Besi Jadi Milik Syarikat China..Pakatan Sengaja Lakukan Ini Bagi Tutup Skandal Rasuah!!!

0 comments

Pakatan pembangkang masih lagi spin cerita kononnya negara China telah berjaya menawan Pangkalan Udara Sg Besi..dalam entry kami yang lalu bertajuk "Pengkalan Udara Sg Besi Milik China..Satu Lagi Tuduhan Pakatan Bagi Mengalihkan Isu Terowong Milik Syarikat Fesyen...", kami telah menulis tuduhan tersebut adalah rekayasa pakatan pembangkang bagi mengalihkan isu skandal terowong, skandal banglo, perebutan kerusi, dan perpecahan dalaman parti-parti dalam pakatan pembangkang yang tidak suka kehadiran Mahathir dalam pakatan..

Kali ini kami ingin kongsikan lagi info tambahan yang mana menafikan tuduhan Tanah Pengakalan Udara Sg Besi dimiliki Syarikat China..boleh rujuk entry di bawah:


BENARKAH TANAH PENGKALAN UDARA SUNGAI BESI DIMILIKI SYARIKAT CHINA? 

1. TIDAK BENAR. Tanah Pengkalan Udara Sungai Besi untuk pembangunan Bandar Malaysia TIDAK PERNAH DIJUAL. Di peringkat awal pelaksanaan program Rasionalisasi 1MDB, bukan TANAH yang DIJUAL, tetapi SAHAM pembangunan Bandar Malaysia. 

2. Apakah yang sebenarnya terjadi kepada PENGKALAN UDARA SG BESI? PENGKALAN UDARA SG. BESI 198 HEKTAR DIGANTIKAN SELUAS 300 HEKTAR DI SENDAYAN, DIPINDAH SECARA BERPERINGKAT. 1MDB hanya boleh membangunkan BANDAR MALAYSIA selepas tapak penhkalan udara ini dan 7 tapak kemudahan lain (6 milik ATM dan 2 milik PDRM) dibangunkan. Untuk mengalih dan membina semula 8 tapak kemudahan ATM dan PDRM ini, serta memulakan kerja-kerja tanah, 1MDB perlu membelanjakan sehingga RM2.7 bilion.

3. Adakah Pengkalan TUDM Sg Besi ini masih suatu tapak yang STRATEGIK? TIDAK. Ia sudah tidak lagi strategik. JIKA pada tahun 1950an dahulu, tak dapat dinafikan Pengkalan Tentera Udara Sungai Besi, Kuala Lumpur adalah yang paling strategik beroperasi. Namun selepas 50 ke 60 tahun selepas itu, hasil daripada perkembangan pesat Kuala Lumpur, maka tapak pengkalan udara berkenaan tidak lagi mampu menampung kewajarannya beroperasi disitu.

4. Atas sebab-sebab faktor keselamatan Pengkalan TUDM Sg Besar telah dipindahkan secara berperingkat ke tempat yang lebih selamat, malah jauh lebih selesa berbanding yang ada sekarang ini. Ia bukan semata-mata untuk pembangunan The Greater Kuala Lumpur sahaja, sebaliknya faktor keselamatan negara, kawalan infrastruktur pertahanan negara dan keselesaan kem serta berimpak tinggi terhadap operasi ketenteraan negara turut diambil kira dalam soal ini.

5. Adakah dakwaan syarikat China menguasai pembangunan Bandar Malaysia ini benar? TIDAK BENAR. Dalam rancangan awal Pelan Rasionalisasi 1MDB, syarikat China hanya diberi peluang memperolehi 24% saham dalam pembangunan Bandar Malaysia melalui Konsortium bersama syarikat tempatan. Konsortium ini dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd adalah perkongsian awam-swasta antara Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) (milik Kerajaan Negeri Johor) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).

6. Melalui penjualan saham ini, 76% daripada Bandar Malaysia dimiliki entiti Malaysia, iaitu 40% dimiliki oleh 1MDB, 22% dimiliki oleh syarikat swasta kepunyaan rakyat tempatan, iaitu Credence Resources dan 14% lagi dimiliki Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ). Jumlah keseluruhan saham yang dimiliki oleh kerajaan dan syarikat Malaysia ini adalah 76% sedangkan saham yang dimiliki oleh syarikat China, Chinese Railway Engineering Corporation (CREC) HANYA 24%.

7. Pelan induk Bandar Malaysia itu adalah untuk pembangunan bercampur pada purata nisbah plot kasar 4.05 melangkau keseluruhan tapak seluas 486 ekar di Sungai Besi. Bandar Malaysia akan dibangunkan dalam tempoh 15 hingga 25 tahun pada unjuran Nilai Pembangunan Kasar sebanyak RM150 bilion dan mampu mewujudkan lebih 200,000 peluang pekerjaan pelbagai bidang.

8. Bagaimanapun penjualan 60% saham pembangunan Bandar Malaysia kepada Konsortium ini telah dibatalkan pada bulan Mei 2017. Keputusan ini menyebabkan TANAH DAN SAHAM PEMBANGUNAN BANDAR MALAYSIA DIMILIKI SEPENUHNYA (100%) OLEH KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA melalui anak syarikatnya, TRX City Sdn Bhd. Jadi ia adalah milik KERAJAAN MALAYSIA sepenuhnya.

9. Nilai Bandar Malaysia ketika perjanjian penjualan saham ini dibuat hanya RM12.35 bilion. Bagaimanapun nilaian terkini Bandar Malaysia adalah jauh lebih tinggi, iaitu meningkat kepada RM20 ke RM30 bilion dan dilihat akan lebih menguntungkan kerajaan.

'Scammer' Baik Hati..Batal Hasrat Menipu Apabila Mangsa Menangis...

0 comments

Kami terbaca satu kisah seorang wanita hampir ditipu oleh scammer yang menyamar daripada pihak bank dan anggota polis dengan tujuan menipu orang ramai..taktik itu hampir menjadi ketika mangsa sudah percaya dengan cerita rekaan scammer tersebut..

Namun hasrat scammer tersebut untuk menipu telah dibatalkan oleh seorang daripada mereka kerana sayu hati dengan tangisan mangsa..ikut kisah yang dikongsikan oleh facebooker CIK POJ' di bawah :


Peringatan buat semua...
Ini betul2 bukan cobaannnn yea!
Betul2 terjadi pada cikpooja...

Kisahnya...
29 january 2018
Tepat jam 11.30pg td...
Cikpooja menerima 1 panggilan telefon dr nombor yang x dikenali...
07-2224300 
Dari pihak bank cimb katanya...

"Puan mempunyai tunggakan bayaran pinjaman selama 3bulan berjumlah rm2025..."

😱😡😱😡😱😡😱😡😱😡😱😡😱😡😱😡
Bila diberitahu begitu...
Cikpooja terkejut...
Sbb seumur hidup xpernah cikpooja buat pinjaman peribadi dgn mana2 bank pon...
Lalu...
"cikpooja menegaskan bahawasanya cikpooja xpernah membuat sebarang pinjaman dgn mana2 bank pon..."
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡Ini yg cikpooja catit sepanjang perbualan td...

Mengikut kata pegawai bank yg bercakap tu...
"Kalau puan xbuat sebarang pinjaman...mungkin data maklumat peribadi puan telah disalah gunakan oleh pihak2 tertentu"
😰😰😰😱😱😱😡😡😡cikpooja blerrrrr kejap!

Perbualan td...

Pegawai bank : kalau ini lah situasinya...mungkin puan adalah mangsa keadaan...jd puan dikehendaki ke IPK JOHOR utk membuat laporan polis berkenaan nie dalam tempoh 1jam...😡😡😱

Cikpooja: haaaa! Nak kene g ipk johor...biar betul...!!@%&$...😡😡😡...saya tinggal di kl skrg nih...nak ke johor tu makan masa 2jam kot!! Adoiiii...blerrrr jap😞😞😡😡

Pegawai bank : kalau macam tu...utk memudahkan keje...sy akan sambungkan puan ke ipk johor sesegera mungkin kalau puan bersetuju...

Cikpooja : ok la kalo gitu...(kecut perut pon ada...sebb melibatkan polis)

Disambungkan keee IPK JOHOR...

Sarjen shawn : hello ipk johor...saya sarjen shawn bercakap...ada apa2 bleh sy bantu puan...

Cikpooja : hello... sy nak buat aduan tentang penyalahgunaan data peribadi sy yg digunakan utk tujuan pinjaman peribadi...bla bla bla...sekian sekian...πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯
(Maklumat yg bank bg semua cikpooja berikan pada keterangan seperti dibawahπŸ‘‡)

Sarjen shawn : ok puan...kita akan cek list nama puan ke KDN yea...utk pastikan puan bebas dr sebarang kemungkinan...

Cikpooja : ok encik...😞😞😩😩(perasaan bercampur baur...macam2 fikir...apa pulak dugaan yg akan dtg nih)

Sarjen shawn : setelah di selidik...kami dapati nama puan terlibat dalam 2 kes dadah bernilai 2.3juta...nama puan juga terlibat dalam kes yg melibatkan jenayah DAVID SIM (bekas pegawai maybank yg menjalankan kegiatan jenayah dadah yg melibatkan 10ribu kad2 bank)...
Jika disabitkan kesalahan...puan akan ditahan reman utk membantu siasatan berhubung pertuduhan2 yg dibacakan...

Cikpooja : 😨😨😱😱😡😡😩😩πŸ˜₯πŸ˜₯😭apa nie...td kes penyalahgunaan data maklumat peribadi...ni sangkut dgn dadah plak...😭😭😭
(Cikpooja bleerrrr sambil airmata meleleh xbrenti😭😭😭😭 dugaan apa plak ni...)

Hampir sejam cikpooja sembang ngan SARJEN SHAWN tu...

Mmg betul2 buat cikpooja kecut perut n takut...gelabah bewak tau dak!!

At last...cikpooja tewas...menangis tersedu sedan dalam talian smbil menyusukan si iman zahira...

Cikpooja jujur bgtau sarjen shawn yg cikpooja xde masa nak buat keje terkutuk bagai tu...
Kepala blerrr sebb skrg tgh berpantang baru 17hari😷😷πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯...

Sarjen shawn : baik puan...sy faham...tapi perintah tahanan akan dikluarkan serta merta ke atas puan berhubung dgn kes tuduhan dadah yg dikeluarkan atas nama puan...
Macam ni la puan yea...saya simpati ngan puan.... dan sy nak puan bercakap sndr dgn tuan IO sy iaitu TUAN ZAKI...puan boleh membuat rayuan dr dia supaya menarik balik semua pertuduhan ke atas puan...

Cikpooja : okeyyyyyy...kalau itu yg membolehkan sy bebas dr pertuduhan segala bgai nih...sy setuju utk bercakap dgn tuan IO tu...sbb sy xbuat semua2 tu....sy surirumah sepenuh masa...xde masa nak main2 dadah ni...

Disambungkan talian ke tuan IO...

Tuan zaki: hello ...boleh sy tau dgn siapa sy bercakap dan apa boleh saya bantu...

Cikpooja : sy puan mahfuzah ...telah membuat laporan tntng penyalahgunaan data maklumat peribadi sebentar td dan hasil siasatan keatas nama sy...didapati terlibat plak dgn 2kes kegiatan dadah😭😭😭....tuan boleh rujuk no. File siasatan berikut... IPK/61078/18/JSJK

Tuan zaki : tggu sebentar yea puan....sy cek...
Okeyyyyyy... "puan skrg tgh berpantang? Bape hari puan?...

Cikpooja : 😨😨😡😡yea tuan...(dalam nada suara sayu +sedih+terkejut dgn apa yg berlaku sebentar td) skrg sy tgh berpantang anak ke 4...baru 17hari tuan...πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯
Apa lah salah sy yg xtau apa2 nie dikenekan tuduhan berat segini tuan...(cikpooja menangis dalam talian)

Tuan zaki : baik kak...Sebenarnya sy nak bgtau akk yg kami nie dr SCAMMER...

Cikpooja : maaf tuan...sy xdengar...boleh ulang...

Tuan zaki : kami dr talian SCAMMER...Sy simpati ngan akk...sy minta maaf yea kak...sy pon ada anak...sy faham perasaan akk...nak2 plak tgh berpantang...jd kalau sarjen shawn tanya nnt...akk pura2 yg akk xtau yg kami ni scammer yea...segala pertuduhan tu semua dusta belaka...

Cikpooja : allahuakbarrrrrrrr....AstaghfirullaaahhalAazimmm...nape buat cam nie...(cikpooja menangis teresak2 dalam talian...)
Allahuakbar allahuakbar...xtau nak cakap apa dah...allah saje yg tau perasaan ketika nie...

Tuan zaki : maaf kan kami yea kak...kami terdesak!!

Cikpooja : Terdesakkkkkk!! (dgn nada suara agak keras)

Tuan zaki : maaf yea kak...sy simpati ngan akk sbb tu sy bgtau ni talian SCAMMER...nnt bila sarjen shawn tanya...bgtau je yg sy dah tarik semua pertuduhan2 ke atas puan yea...jgn bgtau sarjen shawn yg akk dah tau kami ni scammer...

Cikpooja : okeyyyyyy...πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’jap2 encik...maksudnya dr panggilan pegawai bank n pinjaman n pertuduhan semua tu adalah scammer??(dlm hati bersyukur sgt sbb semua nie dusta belakaπŸ˜‡)

Tuan zaki : yea kak...maaf kan sy yea!

Talian disambungkan ke sarjen shawn...

Sarjen shawn : ya...apa boleh sy bantu...

Cikpooja : sy puan mahfuzah yg buat report td....tuan zaki cakap...dia dah bebaskan sy dr semua pertuduhan td...

Sarjen shawn xpuas hati...dia kata tggu sekejap yea puan...sy akan tnya tuan zaki sekali lagi...
Dan selepas itu...dia ditalian semula...

Sarjen shawn kata...puan mmg dibebaskan dr semua pertuduhan tapi dengan jaminan sy...puan dikehendaki membayar rm2000 sbg jaminan...

Cikpooja : tapi tuan zaki cakap tak perlu bayar jaminan apa2...

Sarjen shawn sambungkan semula talian cikpooja ke tuan zaki...

Tuan zaki : akk dengar baik2...selepas ni sy sambungkan akak ke talian sarjen shawn dan akk cakap akk faham semua yg tuan zaki cakapkan dan selepas tu akk matikan talian dan terus off telefon yea...

Cikpooja : oooooooo ok3...baik3...

Sarjen shawn ditalian...mntak yg bukan2 lagi...wang jaminan bgai lah...
(Dia xtau yg cikpooja dah tau dia adalah scammer...)

Tut tut tuuuuuuuuuuttttttt...cikpooja ikut apa yg tuan zaki suruh....cikpooja matikan talian dan off fon...

Selepas tu...lapang teruih dada...
Alhamdulillah... Allahuakbar...
Allah masih pelihara cikpooja...terima kasih ya Allah...
Perasaan xtau nak gambarkan camana...
Mata pon dah bengkak...menangis dgn prank dr scammer yg masih punya hati😒...

Hari nie jadi betui2 pada cikpooja...
Ramai lagi mangsa2 keadaan macam cikpooja lepas nih...berhati2 lah yea...

Ikhlas coretan dr Cikpooja...
Viral kan supaya semua tau....
Jgn ada dr friendlist fb cikpooja jd mangsa plak lepas nie...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA