networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Friday, January 19, 2018

Pakatan Tiada Harapan!!Hanya Pandai Beretorik Menipu Rakyat!! @AnnuarMusa


Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini menjelaskan perbezaan kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan yang tiada Harapan...

Kerajaan Barisan Nasional hari ini merupakan kerajaan yang terbaik dan sentiasa melaksanakan setiap janji dan manifesto bagi menterjemahkan kepada rakyat yang Barisan Nasional lebih baik daripada Pakatan Harapan pro DAP atau lebih dikenali Pakatan yang tiada harapan!

Menurut Annuar, "BN tiada masa untuk beretorik kepada rakyat kerana kerajaan sibuk bekerja untuk memastikan setiap janji-janji di dalam manifesto kepada rakyat dapat dilaksanakan seperti yang dikatakan"

Apa yang kerajaan lakukan menurut Annuar ialah "membentang belanjawan tiap-tiap tahun dan bahas di dalam parlimen."

"Kemudian bila masa pelaksanaan, ia mesti dilakukan dengan baik, kadang-kala masalah timbul dan kerajaan kena selesaikan pula masalah teesebut"

Semua yang kerajaan lakukan ada audit dan rakyat menyemak apa yang kerajaan lakukan..

Dalam kerajaan Barisan Nasional yang ramai rakyat tak tahu, YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak akan menyuruh wakil-wakil rakyat untuk memasikan segala janji kita pada rakyat perlu ditunaikan..

Setiap pemimpin BN perlu sediakan sistem report card sebagai eviden yang segala janji telah dilaksanakan...

Ini berbeza dengan Pakatan yang tiada harapan..rancang hendak bina terowong dasar laut..tapi kelaut..hampeh satu benda pun tak jalan..malah yang lebih melucukan kita pula sebuah kompeni fesyen pakaian yang tiada kena mengena dalam industri megastruktur pula menjadi pemegang saham utama...

Dari dulu lagi pakatan tiada harapan mahu mansuhkan tol..tapi sehingga ke hari ini tiada satu pun tol telah dimansuhkan..apabila YAB PM mengumumkan akan memansuhkan tol di beberapa lokasi..pemimpin pembangkang pula mengatakan PM kita ini membazir kerana membayar konsesi sejumlah wang yang cukup besar..

Tapi siang malam berkempen mahu mansuhkan tol..calon PM pakatan pro DAP Mahathir pula mengeluarkan kenyataan bahawa tol di Malaysia ini masih berpatutan...

Inilah retorik penipu pakatan yang setiap hari dimainkan pemimpin pembangkang..

Berkaitan janji retorik pembangkang..Annuar Musa menempelak perancangan mahu membina stadium baru disebuah negeri..janji mereka gempak mahu bina surau disetiap penjuru tapi sehingga hari ini langsung tiada pembangunan dibina..

Seorang pemimpin pakatan yang tiada harapan dulu pernah berjanji mahu membina lebuh raya rakyat tapi sehingga hari ini retorik hanya janji kosong...duit derma telah dikutip terapi tidak diaudit dan kita pun tak tahu kemana duit tu pergi...

Apa yang dikatakan Ketua Penerangan UMNO ini memang betul..rakyat seharusnya memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional kerana setiap janji pasti ditepati!!!

Pakatan harapan pula hanya tahu beretorik..tolak Pakatan PRU14 nanti!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA