networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Wednesday, February 7, 2018

Guan Eng Mau Lari Mana??CRCC Nafi Menjadi Pemegang Saham SPV Projek Terowong Dasar Laut!!!


Nampaknya Guan Eng sudah tidak boleh lari lagi kali ini..satu persatu perkara sumbangnya sebagai Ketua Menteri dilondehkan oleh seterunya Liow Tiong Lai dan Wee Ka Siong...

China Railway Construction Corporation (CRCC) mengesahkan bahawa mereka tidak pernah menjadi pemegang saham dalam syarikat tujuan khas (SPV) bagi projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang bernilai RM 6.3 billion..

Menurut Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata "CRCC bukan pemegang saham syarikat induk SPV yang dipegang oleh Zlenith Constructuon Sdn Bhd kerana tidak langsung menjalani kontrak dengan kerajaan Pulau Pinang"

Liow menegaskan bahawa "CRCC tidak memberi kelulusan dan tidak faham mengapa Kerajaan Pulau Pinang telah menganggap mereka sebagai pemegang saham SPV untuk projek terowong bawah tanah dan tiga projek jalan utama"

Maknanya CRCC tidak memberi sebarang kelulusan dan tidam faham mengapa kerajaan Pulau Pinanh telah mengganggap mereka sebagai pemegang saham SPV untuk projek terowong bawah tanah 3 jalan utama..

CRCC hanya menandatangani 'pengakuan komitmen' sebagai lampiran kepada permulaan perjanjian..

Pendedahan terbaru Liow ini bukan hanya cakap dan andaian semata-mata..beliau telah berjumpa sendiri dengan pemimpin tertinggi CRCC di Beijing semasa mengadakan lawatan ke sana untuk menghadiri Persidangan Menteri-Mentei Pertama Asia Pasifik mengenai Penerbangan Awam dan mesyuarat dua hala dengan Menteri Pengangkutan RRC..

Nampaknya kem pakatan sedang hadapi masalah besar...Lim Guan Eng tertekan kes terowong..terbaru Rafizi dipenjara 30 bulan Kes Bafia bocorkan akaun NFC..

Satu persatu musibah ditunjukkan Allah SWT bahayanya memilih pakatan pembangkang...akhir tahu lalu musibah teruk melanda Penang berpunca daripada pembangunan yang tidak dirancang...

Percayalah sikap pembangkang..jika masalah dan musibah menimpa mereka maka mereka akan menyalahkan Barisan Nasional..ini sudah tentu..tujuannya hanya mahu menutup kesilapan dan mengalihkan kesilapan kepada pihak lain..memang cilaka!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA