networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Sunday, February 11, 2018

Macai Dedak Pakatan Putar Belit Cerita Pelaburan Malaysia-China Supaya Nampak Mahathir Insan Mulia..Puih!!!


Macai pakatan tidak puas hati bila ada sesiapa yang menyentuh kepribadian Tun Mahathir..bak kata perkara yang buruk didedahkan oleh sesiapa sekalipun tentang tun maka itu semuanya fitnah dan salah kerana macai menyifatkan Mahathir insan suci yang tiada dosa..

Menceritakan perkara sebenar mengenai fitnah yang dibuat Mahathir itu dikatakan berdosa kerana memburuk-burukkan kepribadian mulia Mahathir...jadi tiada seseorang pun dimuka bumi ini boleh memburukkan Mahathir..itu yang dimahukan macai dedak pakatan pro Mahathir..

Tetapi jika Mahathir memburukkan negara dimata dunia itu dikatakan pejuang yang harus disokong semua..biarpun pendedahan itu  mampu memburukkan Malaysia dan mampu menggugat kestabilan ekonomi negara..

Terbaru..portal sensasi penjilat pakatan pembangkang Malaysiakini dan Malaysia Chronicle memainkan sentimen rasis dengan memuatkan tajuk berita "Mahathir dikecam didepan duta China" dan " Najib mahu memakukan orang Melayu"

Inilah standard macai dedak..bilamana Mahathir menghina bangsa bugis merekalah yang mempertahankan kononnya tindakan Mahathir itu patut..

Perkara yang portal berkenaan cuba sembunyikan ialah MCA mengecam Mahathir kerana Mahathir dan pembangkang sering memainkan agenda anti-China dengan cara tipu muslihat agar rakyat nampak apa sahaja bentuk kerjasama Malaysia dengan China dikirakan perjanjian untuk menggadaikan kedaulatan Malaysia..

Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai mendedahkan bahawa Mahathir sengaja menyembunyikan kebenaran demi kepentingan politik peribadi..

Menurut Liow, Mahathir telah melawat Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) dan dengan menunjukkan papan jalan? Jalan Qinzhou yang tulis dalam bahasa Cina telah mendakwa tanah dan sumber negara telah dijual kepada China..

Itu yang Mahathir cerita..tetapi yang Mahathir sembunyikan ialah di Qinzhou, China juga ada sebatang jalan yang akan dinamakan Jalan Kuantan..

Ini namanya hubungan baik..tidak logik jika kita nak kata kerana di China ada nama Jalan Kuantan maknanya Malaysia sudah jajah China..orang China sure rasa bodohnya pemikiran pembangkang di Malaysia..

Inilah strategi Mahathir DAP dan Pakatan bagi menidakkan usaha baik kerajaan meningkatkan kerjasama ekonomi negara..pada zamannya dia berbangga dan melabel itu FDI tetapi sekarang dia kata mahu jual negara..

Untuk pengetahuan anda.. MCKIP dan Qinzhou Industrial Park merupakan kawasan perindustrian berkembar yang diwujudkan untuk merancakkan aktiviti perlaburan dan perusahaan kedua-dua negara selain itu juga dapat mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-China..

Patutlah orang China lebih maju dari Malaysia..kerana di China tiada Mahathir yang merosakkan pemikiran masyarakat..bagi macai dedak Taman Industri China-Malaysia Qinzhou yang bertapak di bandar Qinzhou China dimiliki 49% oleh Malaysia dan keluasannya 10 kali ganda Taman industri MCKIP di Kuantan yang 51% dimiliki oleh Malaysia..secara logiknya kita yang untung kerana mempunyai taman Industri yang jauh lebih luas berbanding apa yang China dapat di negara kita...

Bercakap biar cerdik..kalau ikut Mahathir semakin mundurlah kita..usianya pun sudah 92 tahun sudah terlalu tua untuk memikirkan hal-hal negara..sebab itu banyak merapu..dalam hal ini DAP juga untung kerana kerja mereka dibereskan Mahathir...

Zaman dia 2020..zaman sekarang TN50..lagi jauh kehadapan!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA