networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Monday, February 12, 2018

@NajibRazak Bapa Transformasi Pengangkutan Awam Darat...@SpadChannel


Mungkin agak terlalu awal kita hendak mengiktiraf YAB Perdana Menteri kita, DS Najib Razak sebagai bapa transformasi pengangkutan awam..

Tetapi jika kita lihat track rekod daripada Perdana Menteri terdahulu, beliaulah PM yang menumpukan pembangunan dalam bidang ini...

Ramai tidak nampak apa peranan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sehinggakan YAB PM kita hendak tubuhkan..banyak kritikan diterima sampaikan orang mengatakan bahawa SPAD mahu over rule JPJ dan Polis Trafik..

Sebenarnya peranan SPAD lebih besar daripada itu..bukan hanya menguatkuasakan undang-undang berkaitan pengangkutan awam darat..malah lebih besar dari itu yang mana SPAD menjadi mastermind dalam merancang, mengendali dan memajukan industri ini sehingga hari ini..

Sebagaimana kita dapat lihat hari ini..banyak benar yang telah dilaksanakan dalam tempoh tak sampai sedekad..

Daripada sistem teksinya pemandu teksi dibela dalam program transformasi pemandu teksi yang mana mampu membebaskan pemandu teksi daripada cengkaman syarikat pengendali..membaik pulih sistem teksi dengan penetapan harga syiling tambang dan kemudahan lain seperti tayar, memudahkan urusan PUSPAKOM dan banyak lagi...

Industri BAS pula turut menjadi keutamaan..yang popular ketika ini ialah myBAS dimana semua kawasan perlu ditembusi biarpun jumlah penumpang tidak menguntungkan..ini perancangan kerajaan yang bukan hanya berorientasikan keuntungan malah lebih dari itu dimana memastikan kemudahan pengangkutan awam sampai kesemha pelusuk tanah air...di bandar pula mita ada sistem bas yang dikemaskini..melalui perkhidmatan goKL..disetiap negeri umpamanya Johor juga mengambil inisiatif memperkenalkan perkhidmatan bas percuma untuk kemudahan warganegara Malaysia...

Projek MRT laluan 1, 2 dan 3 dilihat sebagai satu mercu tanda kemajuan pengangkutan awam di negara kita..

MRT 1 Sg Buloh - Kajang, MRT 2 Sg Buloh - Serdang - Putrajaya dan MRT 3 Lembah Klang  (Masih dalam perbincangan)

Menunjukkan betapa seriusnya kerajaan membangunkan perkhidmatan Rel..tidak hanya tertumpu di ibu kota, pihak kerajaan turut akan membina projek East Coast Rail Link (ECRL) bagi merapatkan jurang pengangkutan negeri-negeri pantai timur dan ibu kota yang mana akan bermula di Tumpat dan berakhir di Port Klang..

Disamping itu juga kerajaan turut membina lebuh raya pan borneo menghubungkan Sabah Sarawak tanpa mengenakan tol turut menjadi sebahagian perancangan impak tinggi kerajaan pada hari ini..

Hubungan baik Malaysia dan Singapura telah menjadi pencetus kepada wujudnya projek kereta api laju HSR menghubungkan KL-Singapura yang hanya mengambil masa 90 minit sahaja...

Jika hendak dikatakan apa yang sinonim dengan kepimpinan DS Najib Razak..kami akan katakan beliaulah bapa transformasi semua aspek dan yang paling penting kejayaannya sehingga hari ini berjaya mentransformasi industri pegangkutan awam dilihat paling menyerlah jika hendak dibandingkan era Tun Mahathir yang menjadi PM paling lama di Malaysia..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA