networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Saturday, February 24, 2018

#PRU14 BAKAL MENYAKSIKAN KEMBALINYA SOKONGAN PENGUNDI DAP KEPADA BARISAN NASIONAL!


Seperti yang kami jelaskan sebelum ini, PRU 14 bakal menyaksikan banyak kawasan yang dimenangi DAP sebelum ini bakal memihak semula kepada Barisan Nasional..

Ini ekoran pelbagai masalah pemimpin dan kepimpinan negeri yang dikuasai DAP yang gagal memterjemahkan segala janji dan kata-kata mereka sebelum ini..

Peralihan dan kembalinya sokongan pengundi DAP kepada BN tidak mustahil..ia telah berlaku di PRN Sarawak dan PRK Teluk Intan..

Di Sarawak peralihan pengundi memihak kepada BN kerana DAP tidak menunjukkan kemampuan untuk menunaikan janji-janjinya dan pergeseran konflik dalaman pakatan yang mana PKR dan DAP bercakaran sesama sendiri ketika berkempen..

Di Teluk Intan pula, Datuk Mah berjaya merampas kerusi tersebut daripada DAP..antara faktor kemenangan ialah hilang kepercayaan kepada DAP serta calon dari DAP yang tidak mempunyai kredibiliti iaitu Dyana Sofia..kalau nak diikutkan Dyana ni jawatannya ialah SU kepada Lim Kit Siang..lagipun pengundi DAP tidak rela kaum Melayu mewakili DAP membuatkan Kit Siang malu besar...

Kali ini untuk PRU14..kami percaya faktor-faktor kekalahan DAP di Sarawak dan Teluk Intan bakal terjadi di PRU14..

Umum mengetahui negeri tadbiran DAP iaitu Pulau Pinang menghadapi banyak masalah..kadar cukai berkaitan hartanah terus meningkat sehinggakan rakyat hidup melarat dan ada antara mereka yang terpaksa keluar dari Pulau Pinang kerana tidak tahan dengan peningkatan kos sara hidup yang terlalu tinggi...

Boleh rujuk grafik di bawah..DAP hanya menurunkan kos cukai ketika 2008 selepas merampas negeri Penang..kemudian satu persatu cukai dinaikkan menyebabkan tekanan ekonomi dan kos sara hidup meningkat mendadak..


Jika cukai meningkat sudah tentu ia menyebabkan kenaikan harga semua barang..berbeza dengan GST kerajaan hanya mengumumkan GST sekali sahaja berbanding dengan Cukai tanah yang naik setiap tahun..

DAP setiap kali ceramah menyalahkan BN kerana mengenakan GST walhal GST hanya dikenakan sekali..sebenarnya punca kepada kenaikan kos sara hidup ialah kenaikan cukai hartanah..ini yang setepatnya..masakan mungkin hendak disalahkan GST kerana jika dilihat kepada logik kenaikan harga disebabkan GST hanya sekali sahaja dan ada barangan yang turun harga..tapi disebabkan kenaikan cukai inilah membuatkan rakyat Penang terpaksa emigrasi ke negeri luar..


Bukan hanya menaikkan cukai hartanah tetapi cukai-cukai lain turut dinaikkan sekali..lihat grafik di atas..apakah kita masih nak percaya yang GST punca kepada kenaikan..sudah tentu tidak sama sekali..

Sekarang ini sedang tersebar satu video menunjukkan seorang wanita yang hidup susah selepas DAP memerintah Pulau Pinang..

Klip video berkenaan menunjukkan wanita tersebut merupakan penyokong himpunan Bersih dan kini telah menolak DAP kerana desakan dan tekanan ekonomi yang dibuat DAP!ini signal penting!bukan hanya seorang wanita tetapi ramai penyokong bersih merasakan keperitan hidup dizaman DAP..

Dalam video berkenaan menyatakan rakyat Penang terpaksa keluar negeri lain kerana tidak tahan dengan tekanan dan musibah banjir kerap berlaku ekoran kegagalan kerajaan negeri membina banyak projek tanpa mengira kesan kepada Alam Sekitar..

Menurut wanita tersebut, jika perkara ini berlaku (kos sara hidup meningkat) maka rakyat Penang akan keluar dan Penang akan jadi tempat para pelancong dan orang luar negara duduk di sana..

Saksikan video berkenaan di bawah :


Sikap bermuka-muka dan lidah bercabang Pemimpin DAP amat biadap..ketika banjir besar melanda..mereka merayu supaya kerajaan BN memberi bantuan..bila semua sudah selesai..banjir sudah surut..baru keluar semua tikus-tikus DAP berpolitik menyalahkan BN..siaw!

Inikalilah Ubah DAP!I Love Penang!

2 comments:

Muhammad Zamani said...

Saya warga Pulau Pinang. Mohan maaf banyak2, saya tak akan undi BN mahupun PAS. Dua penggal di bawah DAP, banyak perubahan positif dilakukan.

lan caloo said...

Sayapun rakyat pinang.. untuk pru 14 ni saya akan pilih barisan nasional semula

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA