networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Friday, February 16, 2018

#SkandalTanahIJOK Secara Ringkas Yang Perlu Rakyat Tahu..


Skandal tanah Ijok  nampaknya hangat kembali..ia berikut pendedahan oleh BN Strategic Comms mendedahkan terdapat unsur meragukan dalam tender jualan Tanag Ijok...

Yang mana pada asalnya tanah Ijok ini telah diberi secara percuma oleh BN kepada peneroka..namun pampasan yang diberikan kepada peneroka daripada hasil jualan tanah berkenaan tidak munasabah..

Ikuti kronologi Skandal Tanah Ijok di bawah :

*Isu skandal tanah Ijok secara ringkas*

- Tahun 1998: Tanah itu diberi oleh kerajaan BN Selangor dahulu secara percuma kepada peneroka 

- Tahun 2000: Peneroka beri tanah itu kepada pemaju syarikat swasta yang ada kaitan dengan penyokong tergar Mahathri, Khairuddin Abu Hassan dengan janiji pampasan RM180k cash dan sebuah rumah.

- Tahun 2000 hingga 2008: Projek tidak jalan lancar sehingga 2008. 

- Tahun 2008 hingga 2018: Di bawah kuasa kerajaan Pakatan.

- Tahun 2009: Kerajaan Khalid Ibrahim rampas tanah itu pada tahun.

- Tahun 2013 Syarikat swasta saman kerajaan Selangor di Mahkamah Tinggi untuk dapat balik tanah tetapi kalah.

- Tahun 2014: Syarikat swasta saman kerajaan Selangor di Mahkamah Rayuan untuk dapat balik tanah tetapi kalah lagi.

- Tahun 2014: Tan Sri Khalid Ibrahim dijatuhkan dan Azmin Ali menjadi Menteri Besar baru.

- Tahun 2015: Walaupun sudah kalah dua kali dan tanah tidak lagi di atas nama mereka, syarikat swasta itu jualkan tanah itu kepada syarkiat awam untuk RM1.18 bilion.

- Tahun 2016: Sebelum perbicaraan bermula di Mahkamah Persekutuan, kerajaan Azmin Ali mengaku kalah dan serahkan tanah-tanah itu kepada syarikat swasta dengan syarat hanya boleh dijual kepada syarikat awam di atas.

- Tahun 2018: Pampasan RM180k cash dan sebuah rumah diberikan kepada peneroka2.

Jumlah pampasan yang diberi kepada peneroka-peneroka ialah RM421 juta tetapi syarikat swasta itu mendapat hasil jualan tanah peneroka sebanyak RM1.18 bilion. 

- Tahun 2018: BN Strategic Comms (BNSC) menimbulkan isu ini dan bertanya mengapa Azmin Ali cepat mengaku kalah walaupun sudah pernah menang dua kali.

BNSC juga bertanya di mana baik sebanyak RM756 juta sudah pergi?

*Tanah yang dijual semua dari peneroka2 tetapi syarikat swasta dapat RM1.18 bilion dan peneroka2 dapat RM421 juta. Adil atau tidak?*

- Tahun 2018: Bekas MB Khalid Ibrahim kata pada masa itu ada banyak broker-broker dan ajen-ajen yang mahu beliau menyelesaikan masalah tanah ini untuk kepentingan syarikat swasta yang terbabit tetapi dia tolaknya kerana tidak menjaga hak peneroka2.

Khalid juga membidas Azmin berbuat demikian kerana merugikan kerajaan Selangor dan mahu semua pihak yang terlibat disiasat.

Persoalan juga ialah tanah tersebut dijual dengan harga RM12 satu kaki persegi walaupun kawasan itu kini cepat membangun semenjak lebuhraya LATAR dibuka.

Adakah harga ini terlalu rendah kerana ada juga tanah yang sama kini dijual pada harga RM40 hingga RM65 satu persegi?

Jika tanah itu dijual secara tender terbuka, apa harganya?

LSS.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA