networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Wednesday, February 7, 2018

Sofi Jikan Ditahan Positif Ganja..Adakah Dia Juga Dianiaya???


Selepas Farid Kamil..hari ini kecoh pula seorang lagi pelakon yang pernah membintangan filem KL Gangster, Sofi Jikan ditahan kerana positif dadah jenis ganja..

Terdahulu Sofi Jikan mendakwa Farid Kamil mempunyai darah Tunku Abd Rahman, Perdana Menteri Malaysia Pertama..

Farid Kamil yang ditahan tempoh hari berkelakuan ganas dan positif dadah mendakwa dirinya dianiaya 3 rakan...

Sama-sama kita nantikan apa pula alasan Sofi Jikan..adakah dia pun dianiaya seperti Farid Kamil?

Apalah nak jadi dengan industri filem tempatan..pelakon terlibat dadah!

Berikut laporan berita dari sebuah portal tempatan..
PELAKON Sofi Jikan telah ditahan pilhak polis malam tadi selepas didapati positif dadah jenis ganja, lapor sebuah portal tempatan. 
Sofi Jikan diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara selepas memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat oleh pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari. 
Sofi Jikan akan dihadapkan ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman. 
Terdahulu, Farid Kamil telah membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya dianiaya tiga rakan artis. 
Dikatakan rakan-rakannya itu telah mencemarkan minumannya dengan dadah sehingga dia berkelakuan ganas di Balai Polis Kota Damansara, bulan lalu. 
Tiga rakan artis yang dimaksudkan itu dilaporkan adalah seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B era 90-an, serta seorang lagi pelakon.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA