networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Monday, February 19, 2018

Tan Sri Annuar Musa Lancar Akademik Bola Sepak Sendiri..#TRW


Untuk entry kali ini, kami lari sedikit daripada cerita hal politik..kali ini mengenai bola sepak..

Perkara yang paling penting dalam bola sepak ialah negara kita tidak akan ketandusan bakat muda bagi membawa nama Malaysia keperingkat lebih tinggi..

Prestasi semasa skuad bola sepak negara mempunyai sinar harapan yang cerah..apabila baru-baru ini skuad Harimau Muda menunjukkan taringnya apabila berjaya melangkah ke peringkat Suku Akhir Kejohanan Bola Sepak Asia Bawah 23 tahun..ia memahat sejarah bola sepak negara..

Melayakkan ke peringkat akhir Piala Asia bawah 23 tahun sudah cukup baik apatah lagi sehingga ke peringkat suku akhir..biarpun tewas tetapi kita melawan dan hampir-hanpir menumpaskan Korea Selatan..

Mengenai pembangunan sukan akar umbi..kami ingin kongsikan usaha yang dilakukan oleh negeri pantai timur iaitu Kelantan..

Dikhabarkan satu akademik bola sepak akan dibangunkan di mana dikenali sebagai Kampus TSAM ARMY..

Ini merupakan usaha yang baik dilakukan oleh Tan Sri Annuar Musa..sebaik sahaja pulang daripada Jepun..TSAM melihat bagaimana Jepun sebuah negara berjaya mencipta nama diperingkat dunia..semuanya bermula daripada pembangunan akar umbi..

TSAM akan membawa masuk modul latihan dari Jepun untuk diadaptasikan di Kelantan..

Untuk permulaan seramai 500 pelatih akan diambil untuk skim akademik bola ini..dengan kos berjumlah RM 1 juta..pastinya ia menjadi harapan yang amat besar buat rakyat Kelantan untuk melihat bakat-bakat di negeri pantai timur itu menyerlah..

Menurut TSAM, "Permulaan, kita mengambil pelajar ini dahulu dan ramai lagi yang masih menunggu untuk menyertai akademi"

Faktor yang paling utama ialah disiplin,  disebabkan hal itu TSAM amat menitik beratkan faktor ini. 

"Jika pelatih yang ada ini mempunyai masalah disiplin, kita akan mengambil pelatih dalam kalangan senarai menunggu"

Kami mengharapkan projek 'brainchild' akan menampakkan hasilnya 5-10 tahun akan datang..

Ini merupakan perkara yang wajib ada di setiap negeri..kira mahukan setiap pasukan mempunyai pembangunan yang baik..kami melihat Kelantan,JDT, Kedah mempunyai bakat-bakat muda yang baik..semua negeri haris mengambil serius salam pembangunan bola sepak ibi..barulah kita dapat lihat hasilnya dimana Malaysoa mempunyai ramai UBI yang berkualiti!

Syabas Tan Sri Annuar Musa atas usaha murni ini!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA