networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Wednesday, March 21, 2018

Agenda Licik Pakatan HOPE & DAP Didedah..Dulu Guna PAS...Kini PPBM & Mahathir Untuk Pecah Belahkan Melayu.. @AnnuarMusa


Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan kelicikan DAP dan Pakatan Hope bagi menagih undi Melayu dalam mengejar kuasa mereka menguasai Malaysia..

Dahulu PAS dijadikan sasaran untuk memecahbelahkan Melayu..selepas PAS sedar..DAP menjadikan Mahathir dan PPBM sebagai sasaran untuk memudahkan kerja DAP memecahbelahkan Melayu..

Dalam satu temubual bersama Utusan Online bertajuk "Pembangkang terpalit sejarah kelam Mahathir"..

Tan Sri Annuar Musa memberi analogi Mahathir adalah kayu terbaik untuk menumbangkan kayu..manakala DAP pula besi kapak!

"Bagi DAP Mahathir adalah kayu terbaik untuk menumbangkan kayu. DAP itu macam kapak yang dibuat daripada besi. Besi tak boleh tumbangkang kayu. Ia perlu kayu sebagai hulunya. Kayu itu adalah Mahathir"

Mahathir memudahkan urusan DAP terlalu banyak sehinggakan Kit Siang boleh berehat banyak..Kit Siang dan DAP berpendapat Mahathir mempunyai elemen nostalgia yang boleh digunakan untuk memporak perandakan Melayu..

Dan tugas ini nampaknya dilakukan dengan baik oleh Mahathir..ini menunjukkan Kit Siang tidaklah terasa kehilangan selepas kehilangan PAS..

Menurut Tan Sri, sejarah menunjukkan Mahathir bukan sahaja anti Cina tetapi juga anti DAP..

Buktinya "pada tahun 1969 dia kata tak perlukan undi Cina yang mengakibatkan orang Cina bertindak balas dan bila lawan debgan Yusof Rawa dia kalah"

"Selepas itu dia tulis buku The Malay Dillema sampai dia dapat branding sebagai Ultra Malay. Kemudian bila dia jadi Perdana Menteri dia tidak mampu membawa imej Ultra Malay itu kerana dia Perdana Menteri rakyat berbilang kaum. Maka dia berbaik-baik dengan kelompok usahawan Cina yang tertentu.

Menurut Tan Sri lagi. "Kalau dulu Mahathir perlukan sokongan Melayu dengan menuduh Tengku Abdul Rahman tak ultra Malay. Waktu itu talian hayatnya ialah UMNO. Sekarang apa dia ada?maka dia ada agenda peribadi nak jatuhkan Najib. Dia perlukan talian hayat tetapi kali ini ia tidam datang dari orang Melayu. Orang Melayu UMNO dan PAS tak melayan kerenahnya. Dia perlukan talian hayat politik dan hanya DAP boleh beri"

Begitulah sikap Mahathir dia layak dilabelkan sesumpah politik..baik dari pendirian dan perkataan yang diungkap semuanya berubah mengikut kehendak dan kepentingan peribadinya..jika tiada kepentingan maka dia akan ignore sahaja..

Pakatan Hope tidak akan pergi jauh kerana mereka ada kepentingan peribadi dan amalan nepotisme..

Mana mungkin Izzah nak menegur bapanya..Wan Azizah berani ke menegur suami dalam hal melibatkan politik?tak mungkin!begitulah yang terjadi terhadap Mukhriz dan Mahathir serta Kit Siang dan Guan Eng..

Pakatan Hope hanya tunggangan bagi mencapai impian masing-masing..yang jadi mangsanya rakyat..

Tugas mereka bukan untuk memajukan Malaysia..mereka banyak bersandar kepada hasutan yang penuh tipu muslihat..mengulang-ulang kes 1MDB seolah-olah DS Najib bersalah walhal laporan PAC yang juga diakui pemimpin DAP sendiri mendapati DS Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan..

1 comment:

Anonymous said...

dap jg yg pecahkn najib dn muhyidin.. cina dap tu nama jolow

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA