networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Sunday, March 4, 2018

DS @LiowTiongLai Berang DAP Tiada Sumbangan Setelah Orang Cina Beri Kepercayaan 2 Penggal!


Nampaknya Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai betul-betul berang dengan sikap DAP yang tidak ada prestasi yang boleh dibanggakan selepas mendapat kepercayaan masyarakat Cina selama 2 penggal Pilihan Raya.

Dalam satu kenyataannya DS Liow berkata "Selama dua penggal, sebanyak 38 kerusi Parlimen, 96 kerusi DUN, DAP diberi kepercayaan oleh masyarakat Cina tetapi hasilnya kosong tiada sumbangan pun dari DAP"

Biarpun MCA kerap kali dituduh tiada sumbangan kepada BN dan ada yang mengatakan MCA berkomplot dengan DAP..kami amat menyangkal tuduhan sumbang tersebut kerana jika dilayankan tuduhan tersebut maka kita akan memporakperandakan kem BN sendiri..

YAB Perdana Menteri sendiri akui yang berlakunya Tsunami Cina dalam PRU 13..kalau dilihatkan semua calon-calon MCA kita dapati mereka meletakkan calon yang boleh bekerja dan berimej baik tanpa terlibay sebarang skandal moral...

Berbeza dengan DAP mereka tidak kisah siapa calon mereka kerana mereka mengamalkan sentimen politik kebencian kaum Cina kepada Barisan Nasional..

Masyarakat Cina sebenarnya tidak faham konsep wakil rakyat sebenar..bagi mereka siapa sahaja calon walaupun tidak bekerja dan berambus dari kawasan setelah memenangi pilihan raya ia bukan masalah bagi masyaralat Cina..

Jika tidak masakan Lim Kit Siang yang tak guna tu masih lagi diberi kepercayaan dimana-mana sahaja dia bertanding..inilah konsep DAP berbakti kepada rakyat hanya pada musim-musim tertentu..umpamanya musim perayaan beri kurma..beri limau..

Kebanyakan pemimpin DAP balik kawasan dan berceramah yang sarat dengan kebencian dan tipu muslihat menunjukkan seolah-olah BN tidak bagus..

DAP parti tidak guna..mereka memainkan sentimen bahawa GST punca kenaikan kos sara hidup tetapi apa yang cuba disembunyikan ialah dalam diam mereka menaikkan bermacam-macam cukai berkaitan hartanah..kenaikan cukai inilah punca terbesar kepada peningkatan kos sara hidup..


MCA tetap dengan prinsip kesederhanaan dan berpegang kepada Barisan Nasional..

Itu semua kisah PRU 13 lalu..kini perubahan telah berlaku secara drastik..pengundi Cina mula berfikir bahawa mereka juga tertekan dengan tekanan ekonomi hasil pimpinan DAP...

Lim Kit Siang pun sedar hal ini dan dia sekarang ini dikhabarkan akan berpindah ke Pulau Pinang bagi mengukuhkan kuasa legasi Lim di Pulau Pinang..

DAP amat licik kerana tugas mereka sepanjang dapat kuasa adalah mendaftarkan undi dan memindahkan pengundi ke kawasan tertentu..umpamanya dalam satu DUN terdapat 10 PDM..maka mereka akan memindahkan sebanyak mungkin pengundi di 3 PDM sahaja..mereka tidak kisah kalah di 7 PDM yang penting 3 PDM yang mereka menang memberi moajoriti yang besar..ia dapat mengurangkan tugas mereka daripada menumpukan 10 PDM..

Inilah kaedah jahat yang dimainkan DAP selama ini..

Jika hendak dibandingkan MCA..MCA jauh lebih baik bagi membela masyarakat Cina..cumanya masyarakat Cina perlu melihat siapa bakal calon dan bukannya terpedaya dengan tipu muslihat sentimen kebencian..

Menurut DS Liow "MCA sebenarnya yang mewakili masyarakat Cina dalam Malaysia,  tidak kiralah sama ada MCA menang banyak undi agau mendapat sedikit undi"

"MCA bekerja rapat bersama UMNO dan parti lain dalam Barisan Nasional untuk kesatuan dan progres dalam negara" kata Liow lagi.

Apa yang diharapka DS Liow ialah masyarakat Cina harus memberi sokongan kepada MCA supaya parti itu akan lebih kuat menghadapi Pilihanraya..

Hasil tinjauan sikap setakat ini, orang Cina amat praktikal..mereka aka lihat apakah wakil rakyat itu memberi kesenangan buat mereka atau batang hidup pun tidam nampak..

Jika ditanya bagaimana strategi MCA mendapat undi Cina, DS Liow berkata "masyarakat Cina sangat praktikal dan amat jelas waktu ini setelah orang Cina memberi DAP 38 kerusi Parlimen dan 96 kerusi DUN kalinini amat jelas mereka melihat DAP gagal memberi khidmat bakti".

Lihat sahaja skandal banglo dan terowong..ia adalah hasil kepimpinan tidak bertanggungjawab DAP..pergilah ke sekolah-sekolah Cina..anda dapat lihat bagaimana MCA terlalu peka membantu kepentingan pendidikan masyarakat Cina di negara kita..

Di kampung-kampung baru, MCAlah yang membela orang Cina membkna berbagai infrastruktur..cuba tanya diri apa pula sumbangan DAP..rata-rata rakyat yang berada di kawasan DAP tidak tahu apa sumbangan pemimpin DAP kepada mereka...

Jika sudah begitu janganlah jadi seperti orang bodoh yang memberi undi kepada pihak yang tiada hasil..

Ibarat berniaga mengalami kerugian kerana tiada pelanggan adakah anda mahu meneruskan perniagaan?

Saksikan video di bawah :


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA