networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Wednesday, March 21, 2018

Ranking Pendidikan Malaysia Dimata Dunia Meningkat.. #JanjiDitepati!!


Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia nampaknya telah berjaya meningkatkan taraf pendidikan Malaysia di mata dunia..

Rangking ini diukur daripada aspek Universiti Antarabangsa, Penilaian Pentaksiran Murid Antarabangsa (PISA) & Kajian Trend Pendidikan Matematik & Sains Antarabangsa (TIMSS)..

Maklumat yang kami terima peningkatan rangking Universiti daripada 2013/2014 ke 2017/2018 melibatkan Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia & Universiti Sains Malaysia...

1) Universiti Malaya kedudukan 167 ke 114
2) Universiti Putra Malaysia kedudukan 411 ke 229
3) Universiti Kebangsaan Malaysia 269 ke 230
4) Universiti Teknologi Malaysia 255 ke 253
5) Universiti Sains Malaysia 355 ke 264

Selain rangking Universiti, Rangking PISA melibatkan Matematik, bacaan dan Sains turut meningkat di mata dunia yang mana diukur dari tahun 2012 ke 2015 bersumberkan data National Transformation Programme:

1) Matematik 421 ke 416
2) Bacaan 398 ke 431
3) Sains 420 ke 443

Kajian Trend Pendirikan Matematik dan Sains Antarabangsa turut mencatatkan peningkatan dari tahun 2011 ke 2015.

1) Matematik 440 ke 465
2) Sains 427 ke 471

Ini menunjukkan betapa kerajaan kita sentiasa bekerja keras untuk memikirkan program bagi memastikan taraf pendidikan dioeringkat antarabangsa berjaya..

Pengenalan unsur KBAT dalam pendidikan Abad ke-21 dalam PdPC telah mula menampakkan kualiti pendidikan negara..pelajar-pelajar sekolah ketika ini lebih matang dan berani membuat sesuatu tugasan yang diberi dengan sendiri dengan pemantauan guru..

Apapun kami ucapkan syabas kepada KPM kerana berjaya meningkatkan keupayaan kualiti pendidikan negara selaras dengan kehendak yang terdapat dalam Program Transformasi Negara (NTP) mencapai matlamat Dasar Transformasi Nasional (DTN) yang diilhamkan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak..

Pada hemah kami DS Najib meletakkan orang yang betul ditempat yang betul merupakan aspek terpenting peningkatan mutu pendidikan negara..meletakkan Dato' Seri Mahdzir bin Khalid sebagai Menteri Pendidikan adalah satu pilihan tepat..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA