networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Monday, April 30, 2018

Tatkala DAP Tampil Muka Veteran..MCA Pula Tampil Calon Muda Lebih Bertenaga!

0 comments

MCA kali ini tampil lebih bersedia dengan menampilkan banyak muka-muka baru..kebangkitan MCA sudah bermula ketika mereka kalah teruk lada PRU13..

Sebab itu kita lihat calon-calon MCA tampak lebih bersedia..sebabnya MCA awal-awal lagi telah menetapkan calonnya yang akan bertanding di 39 calon Parlimen dan 90 dun...

Di Parlimen Ayer Hitam..Ah Soon telah mula membina nama dan membantu rakyat Yong Peng sebelum bubarnya Parlimen lagi..jadi dia bekerja bukan untuk PRU semata-mata..

Beliau bekerja untuk rakyat..berbeza dengan calon-calon DAP yang lompat kawasan..mereka bermatlamatkan hanya untuk memenangi PRU..

Berbakti kepada masyarakat hanya bermula ketika ini sahaja..ketika kempen PRU..ia memberi sedikit kelebihan kepada Ah soon dan calon-calon MCA yang lain..mereka telah mengetahui akan dicalonkan..makanya mereka telah mula bekerja..

Disebabkan hal ini calon DAP Ayer Hitam, Chin Tong terpaksa menaikkan billboard berunsur hasutan kononnya DS Najib dan isteri terlalu banyak dosa..walhal tidak ada mahkamah dunia pun telah menyabitkan DS Najib sebagai orang bersalah dalam kes 1MDB..


Billboard kebencian seolah-olah DS Najib dan isteri sengaja diletakkan oleh DAP bagi menaikkan kemarahan rakyat..

Ini style DAP..memberi politik kebencian dan provokasi..tidak ubah seperti cara PAP..mencetuskan ketegangan kaum dengan cara provokasi..

Politik kebencian ini sebenarnya merugikan rakyat kerana bila menang sahaja mereka tidak membuat kerja..hanya menang dan senyap..

Buat pengundi yang telah mengundi DAP dan mengetahui akibatnya..maka betulkanlah keadaan ini dan ubah pendirian..kita support siapa sahaja calon BN..

Ayuh!!sokong BN!









Sunday, April 29, 2018

Batu Pahat Iron Lady Halizah Abdullah Harapan BN Rampas #P150!!!

0 comments

Calon Batu Pahat Halizah Bt Abdullah merupakan Ketua Wanita UMNO Batu Pahat, beliau anak tempatan yang disenangi masyarakat setempat..

Kami labelkan Halizah ini sebagai Iron Lady Batu Pahat..beliau gagah dan istiqomah dalam perjuangan bagi memastikan UMNO Batu Pahat dapat merampas semula Batu Pahat..

Calon lalu Puad Zarkashi kalah kerana undi protes dan tsunami Cina..tanpa memikirkan kekalahan itu, Halizah menggerakkan wanita Batu Pahat..

Wanita merupakan tulang belakang UMNO..Puad ada yang tidak gemar caranya..biasalah..mulut orang mana kita boleh tutup..mereka bebas katakan apa sahaja..

Penyandang Batu Pahat ialah Idris Jusi dari PKR..kewujudannya tidak dirasakan..selama 5 tahun boleh dihitung jasa dan sumbangannya memajukan Batu Pahat..seperti tiada..kewujudan pun tidak dirasa..

Ia tamparan hebat buat pembangkang..mereka sedar rakyat Batu Pahat bukan menyokong PKR...tetapi tersalah pilih kerana dek marahkan Puad dan protes dalaman..tsunami China pun ia jugak..

Semasa PRU 13..Nama Halizah disebut-sebut bakal menyandang di DUN Sengarang..tup..tup keluar nama orang lain..sebagai insan yang sayangkan parti..jadi Haliza abaikan perkara itu dan terus bekerja..

Mungkin kali ini rezekinya..orang Batu Pahat sebenarnya tidak mahu parti lain..cuma mahukan calon baru yang mampu membawa perubahan..

Prinsip kami latar belakang calon dan hal silam tidak usahlah nak diperkatakan..ia sama seperti kita mengutuk Anwar yang didapati bersalah meliwat..tang ini kita lihat bagaimana kesetiaan penyokong pakatan..masih istiqomah bersama Anwar biarpun pemimpin mereka disabitkan kes liwat oleh mahkamah...apa yang penting cara Anwar memimpin..hal peribadi tolak ketepi..

Ayuh warga Batu Pahat..teruskan menyokong Barisan Nasional..misi kita rampas Batu Pahat dan Dun Penggaram..kekalkan Senggarang dan Rengit..

ECRL Projek Mega Dipolitikkan Pembangkang!!Bukti Pakatan Sekat Pembangunan Mengalir Ke Pantai Timur!@SPADChannel

1 comments

Projek Mega East Coast Rail Link (ECRL) menjadi medan pembangkang untuk memainkan sentimen anti kerajaan...projek ECRL ini tujuannya baik iaitu menghubungkan Tumpat ke Pelabuhan Klang sejauh lebih 600 kilometer..

Jadi bila siap nanti sudah tentu limpahan ekonomi dan pengangkutan akan mendapat sambutan rakyat..umum mengetahui masyarakat pantai timur banyak mencari rezeki di luar..jadi bila musim perayaan makanya semua jaringan pengangkutan darat dan udara pasti penuh dan jalan raya sesak teruk..

Setidak-tidaknya jika siap ECRL nanti pasti akan memberi kelegaan kepada pantai timur..pakatan pembangkang cuba menghalang projek ini berjaya..mereka memainkan sentimen negatif agar projek ini dilihat sebagai membazir dan sia-sia..

Pakatan pembangkang mengatakan projek ECRL ini sebagai :

1) Membazir kos ECRL ini mampu membina 30 KLCC..ini adalah kebodohan penyokong Mahathir..kami ingin tanya berapa ramai rakyat yang dapat manfaat dari projek KLCC?barang disana berprestasi tinggi..harganya tentu mahal..paling tidak pun jadi tempat riadah dan selfie..ini berbeza dengan ECRL..rakyat dapat manfaat dan menikmati kemudahan ini..

2) Pembangkang melenggah-lengahkan kelulusan tanah di Selangor. Kerajaan negeri gagal memberi kelulusan untuk membangunkan tanah yang akan digunakan membangunkan projek ini di Selangor.

3) ECRL bukti penjajahan China ke atas Malaysia..ini alasan paling bodoh dan tak masuk akal..dahulu kalau pembangkang masih ingat Mahathir ada membuat dasar pandangn ke timur..Jepun dijadikan sumber inspirasi dan tenaga kerja kita belajar dari mereka..ia sama sahaja dengan kes ECRL..tapi negaranya ialah China...

4) 100% pekerja China untuk projek ECRL..ini pun tak masuk akal..pakatan tidak menggunakan fakta..hanya 18% peratus sahaja pekerja China membina ECRL dari dekat 1,800 pekerja binaan dalam projek ECRL.

5) Menggunakan jentera negara China..dijajah kerana tidak menggunakan jentera tempatan..hello!!!jentera buat ECRL bukan seperti mesin buat kek kedai Mahathir...ia perlukan kepakaran dan teknologi dari China..that why ada tenaga pakar dari China dihantar untuk mengendalikan jentera tersebut..mana mungkin kita guna teknologi tempatan kerana kita nak bina 44 terowong kereta api..terowong terpanjang iaitu sejauh 16km antara Pahang dan Selangor..zaman Mahathir pun tak mampu buat macam ni..

6) Kontraktor tempatan disisihkan..ini tidak tepat kerana sebanyak 215 syarikat tempatan terlibat dalam pembinaan projek ini iaitu 26 syarikat perunding, 99 syarikat pembekal dan 90 kontraktor tempatan..jadi tuduhan ini tidak tepat sama sekali..ini baru kerja-kerja awal..belum lagi pembinaan rel bermula..

7) Rakyat tiada pekerjaan..kerajaan utamakan pekerja China bina ECRL..fuyo!!!ini tuduhan yang sangat dangkal..untuk makluman pembaca tahun lepas sahaja 185 graduan kita dari program latihan ECRL telah bekerja dengan projek ECRL.tahun ni saja 700 graduan lagi akan bekerja selepas tamat latihan..lebih 2000 pemohon telah ditemuduga terbuka yang dijalankan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Lembah Klang bulan lepas..jadi tuduhan 100% pekerja China dan tidak gunakan tenaga tempatan adalah fitnah akhir zaman..

8) Pakatan akan hentikan projek ECRL??jangan jadi bodoh..ECRL akan janjikan peluang pekerjaan sebanyak 80,000 secara langsung dan tidak langsung..kami ingin tanya berapa ramai pula peluang pekerjaan ditawarkan melalui projek KLCC???

Kami kesian dekat penyokong Mahathir..sejak mereka join Pembangkang..IQ mereka terus jadi lemah..setiap projek dikatakan sia-sia..dulu zaman Mahathir projek melibatkan kepentingan kroni dan terpaksa dibailout kerajaan pun dikatakan projek menguntungkan negara..Mahathir banyak berjasa..ibaratnya Mahathir langsung tak ada dosa..

Di zaman DA Najib sekarang ini pembangunan lebih jauh berkembang tapi penyokong Mahathir makin jauh kebelakang...

Friday, April 27, 2018

Pergh!!!MB @KhaledNordin Jawab Kritikan Lantang Puad..Level Bekas KP JASA Yang Low Class!!!

0 comments

Menteri Besar Johor, DS Khaled Nordin menunjukkan kematangannya dalam menguruskan ahli parti BN Johor ketika menjawab kritikan pedas Puad Karkashi..

Puad sejak pengumuman calon BN Johor seperti hilang arah kerana tidak dicalonkan semula di Parlimen Batu Pahat..mulalah nak mengungkit seolah-olah dia sahaja berjasa pada parti..

Perlu diingat senarai calon bukan ditentukan mutlak oleh YAB MB Johor semata-mata..ia dinilai di banyak peringkat dari rakyat kepada pemimpin parti hinggalah kepengumuman akhir..

Senarai calon akan diendorsed banyak pihak..laporan tentang kajian sikap bukan datang dari satu pihak sahaja..

YAB PM dan TPM lebih tahu siapa yang lebih layak..sebagai seorang ahli yang sayangkan parti..kami menyeru agar Puad kembali kepangkal jalan...bersatulah dan sokonglah calon BN Batu Pahat..Puan Hajah Haliza Binti Abdullah!!



Sebagai ahli di dalam parti..kita kena sokong siapa sahaja calon yang diutuskan pucuk pimpinan..barulah kita boleh calai kemenangan 2/3!

Ikuti story di bawah ini yang menunjukan betapa matangnya MB Johor..

JOHOR BAHRU, 27 Apr – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin hari ini menyatakan beliau tiada masalah untuk menerima kritikan yang dilemparkan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi.

Tegas beliau, fokus utama hanya diberikan kepada usaha berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Saya hanya nak cakap satu perkara. Fokus kita sekarang ialah untuk berhadapan dengan pilihanraya.

“Kalau dia nak cakap atau bantai apa pun, saya sebagai ketua di Johor dalam masa untuk berhadapan dengan pilhanraya ini, I am willing to take the hit (saya sanggup terima kritikan).

“Pukullah seberapa banyak yang dia nak, puaskan hati dan lepas itu kerjalah untuk parti, itu sahaja,” kata beliau pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Laporan Tahunan Johor Corporation (JCorp) 2017, di Puteri Pacific, dekat sini hari ini.

Beliau memberi respons ekoran kritikan lantang oleh Mohd Puad yang tidak dicalonkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu Pahat bagi PRU kali ini.

Tambah Mohamed Khaled, beliau sanggup dikritik sepenuhnya asalkan Mohd Puad tidak menyalahkan parti.

“Biarlah dia nak salahkan saya, tapi jangan salahkan Presiden, Timbalan Presiden, orang-orang Batu Pahat dan jentera, salahkan saya seorang.

“I am willing to take the hit, so hit me as much as possible (saya sanggup terima kritikan dan kritiklah saya sepuas-puasnya),” tegasnya.

Respect MB kita. Berjiwa besar 👏👏

Gelombang Kebangkitan MCA #PRU14 Semakin Terasa...Orang Cina Mula Menolak DAP...#HebatkanNegaraku

0 comments

Menjelang PRU 14 ini kita dapat lihat kembalinya sokongan masyarakat kepada MCA..setiap ceramah yang dianjurkan MCA mendapat sambutan tidak berbelah bagi daripada masyarakat Cina..

Asas perjuangan MCA ada kesederhanaan dan parti itu banyak bekerja keras sejak tsunami Cina melanda negara pada PRU 13 lalu..

Mereka melakukan kaji selidik tentang kelemahan dan mengapa larinya sokongan Cina pada PRU yang lalu..

Orang Cina bangsa yang realistik..mereka undi DAP mahukan perubahan tetapi setelah memenangi banyak kawasan ahli Parlimen DAP banyak yang tidak tahu buat kerja dan jarang-jarang membela masyarakat..mereka hanya tahu daftar pengundi, bantu daftar BR1M, beri pemplet, ceramah sarat dengan propaganda..tetapi bakti kepada masyarakat tidak seperti usaha yang dilakukan oleh BN yang bersungguh-sungguh...

Dahulu Parlimen Gelang Patah dimenangi Kit Siang..setelah sepenggal..Kit Siang tidak seperti yang diharapkan rakyat tempatan..jarang balik kawasan..

Kini mahu bertanding semula..dan saingan nampak sengit apabila calon rakyat Parlimen Iskandar Puteri dari BN  Jason Teoh akan menentang Kit Siang..rakyat tempatan mahukan Jason membawa perubahan kepada Iskandar Puteri..

Dalam pada itu banyak kawasan yang ditandingi pemimpin DAP tahun sudah telah bertuka muka..bak kata MB Johor, mereka calon Nomad..antaranya Chin Tong lari dari Kluang ke Ayer Hitam untuk menentang Calon pilihan rakyat DS Wee Ka Siong.

Kluang pula digantikan oleh Wong Su Qi yang juga berpindah dari Dun Senai..

Diperingkat pusat pula calon heavyweight DAP Nga Kor Ming, Hannah Yeoh, Lim Lip Eng juga berpindah kawasan...

Inilah yang dikatakan pemimpin nomad..kerusi lebih penting daripada membela rakyat di kawasan yang sama..

Sikap pemimpin pembangkang sudah diketahui rakyat..kini perubahan sedang berlaku..setiap ceramah daripada MCA mendapat sambutan hangat oleh rakyat..

Umpamanya ceramah di :
1) Ayer Hitam, Johor
2) Bentong, Pahang
3) Alor Setar, Kedah
4) Selayang, Selangor
5) Seremban, Negeri Sembilan

Semua kawasan panas ini mendapat sambutan hangat..ditambah pula dengan serangan bertali arus DS Wee kepada Guan Eng dalam skandal terowong membuatkan DAP tak senang duduk..

Jadi mereka menggubakan isu 1MDB dan Jho Low untuk mengaburi mata rakyat..1MDB bukan isu..ia hanya propaganda jahat pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan..

Saksikan gambar di bawah..anda lihat sendiri bagaimana sokongan rakyat..esok penamaan calon..ayuh sokong BN..kita kekalkan BN..Hebatkan Negaraku!!!!






Thursday, April 26, 2018

PEMIMPIN PAKATAN KAKI TEMBERANG..CERAMAH DI FELDA HAMBAR & TIADA SAMBUTAN!!!

2 comments

Pagi-pagi lagi dah buat aku tergelak!!siang malam pagi petang pakatan cakap orang FELDA dah tak menyokong BN..

Mereka jaja cerita FELDA nak bankrup..setiap kali PRU saja semua cerita FELDA bankrup dimainkan..macam FELDA tu kedai roti atuk dia nak bankrup..

Kedai roti tu lainlah..dia boleh bankrup..tengoklah siapa punya..dalam kerajaan pun banyak syarikat bankrup masa zamannya terpaksalah kerajaan jadi pak sanggup nak bailout..

Ni gambar berlaku di kawasan FELDA..gambar ni tidak didedahkan di mana media dan macai pakatan..

Kalau ikut mereka ni gambar hanya propa UMNO..majlis belum mula..

Apapun FELDA tetap menolak pakatan pembangkang sampai bila-bila!!tahniah!!!

Tuesday, April 24, 2018

PANAS!!!ORANG CINA SEMAKIN RAPAT DENGAN MCA!!BIAR GAMBAR BICARA!!!

0 comments

Tatkala DAP berbangga dengan kerjasama yang diberikan oleh parti komponen Pakatan Harapan..mereka terlupa yang masyarakat Cina tidak gemar dengan Mahathir...

Pemimpin DAP sendiri sekarang ini ada juga yang tak berkenan dengan Mahathir sejak bibit-bibit kerjasama mula terjalin..banyak video ucapan pemimpin pembangkang keluar yang berang dengan Mahathir sehingga ada yang mendakwa DAP menggunakan Mahathir..

Pakatan Harapan sebenarnya mahu menyembunyikan konflik sokongan penyokong..PKR wujud kerana Mahathir menggugurkan Anwar..kini PKR pula kembali kepada Mahathir...para reformis nak tak nak terpaksa menelan pahit..

DAP dan PKR pernah alami konflik kuasa ketika PRN Sarawak..hasilnya rakyat Sarawak menolak PKR dan DAP..

Pakatan beranggapan mereka terlebih sokongan..mereka sering memaparkan gambar kehadiran audiens yang ramai ketika ceramahnya..seolah-olah rakyat menolak BN secara total..

Itu tidak betul..sebenarnya yang terjadi..ramai orang Cina kini mula berjinak-jinak mendengar manifesto dan falsafah yang ingin di bawa oleh MCA pada PRU 14 nanti..mereka akui tertipu dengan tipu helah dan janji manis DAP..sebab itu kita tengok ramai pemimpin DAP yang cabot lari dari kawasan lama dan memilih kawasan yang lebih selamat...

Kehadiran rakyat yang majoriti kawasan Cina mendengar ceramah MCA memberi petanda positif..pakatan cuba sembunyikan..tetapi rakyat sudah ada jawapannya...

Terkini ceramah MCA mencatatkan rekod yang baik..ketika ceramah MCA di Seremban, Kampar, Ayer Hitam dan Bentong ramai datang untuk melihat calon-calon mereka berhujah..

Hujah MCA bukan hujah tin kosong..setiap janji pasti ditepati..ramai pemimpin DAP tidak dapat menterjemahkan janji di kawasan yang mereka menangi pada PRU 13 lalu.

Petanda jelas pemimpin DAP panik ialah mereka terpaksa bertukar kawasan dan mencari kawasan yang lebih selamat..

Di bawah ini kami kongsikan betapa sokongan rakyat kepada MCA semakin baik..lihatlah gambar di bawah..rakyat Cina sudah mula meninggalkan DAP..















Monday, April 23, 2018

Batu Pahat #P150 Perlu Kita Rampas!!Puad Perlu Nafikan Text Ugutan Sabotaj Parti Secepat Mungkin..

1 comments

Jentera Batu Pahat masih lagi kecewa apabila calon Ketua Bahagian mereka Dato Puad tidak dicalonkan pada PRU14..tidak ketinggalan tuan punya badan juga khabarnya agak kecewa sejak malam tadi setelah namanya tidak dicalon pada PRU 14..

Biasalah mana-mana calon BN pun akan kecewa bila tidak dicalonkan..tapi apa boleh buat..kita kena letakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi..

Dato Puad kena sedar..ada lagi Ahli Parlimen yang menang PRU yang lalu tidak dicalonkan..mereka akur dan tetap berjiwa besar serta menerima hakikat sebenar...tapi Dato Puad pula kalah PRU yang lalu..jadi kena terima hakikat...jika hendak meroyan tu muhasabah diri tu..ada yang menang PRU13 tak disenarai calon pun masih steady..

Buka buku baru..beri peluang kepada muka baru pula..sokonglah demi parti bukan kepentingan peribadi..lagi pun calon yang mengantikan Puad bukan orang asing..Ketua Wanita UMNO Batu Pahat juga..

Apa yang kami harapkan Puad kena cepat respon tentang text wasap yang tular mendakwa dia akan keluar parti dan letak jawatan Kp Jasa 26 April ini..

Hal lain dia cepat sahaja bertindak harap hal ini pun kami harap Puad kena cepat respon dan nafikan bagi membersihkan namanya..

Bawah ni komen jentera Puad...kami hanya mahu katakan bertabahlah demi parti..bukan Puad Zakarshi..

Beliau ialah Ketua Bahagian kami.

Kami tahu bagaimana letih dan perihnya beliau berusaha untuk memastikan kemenangan BARISAN NASIONAL P150. Berulang alik dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat. Bukan sesuatu yang mudah dan dipandang enteng. Bukan semua orang mampu melakukan pengorbanan dan usaha sehebat itu. Beliau sentiasa istiqamah dalam melakukan pelbagai aktiviti di BATU PAHAT demi menebus semula kekalahan beliau pada PRU13. 

Tetapi hanya kerana satu 'posting' yang viral semalam dan yang kita sendiri tidak tahu sejauh mana kebenarannya, kita terus memandang beliau dengan pelbagai sudut negatif. Mana konsep setiakawan yg kita laung dan jeritkan selama ini? Benarkah itu luahan daripada beliau sendiri? Selagi beliau masih ahli UMNO kami tetap menghormati beliau sebagai Ketua Bahagian kami dan sekali gus sebagai Komandan Perang kami dalam perjuangan ini.

Sepatutnya sebagai rakan seperjuangan, kita bersama-sama merasai dan simpati dengan kesedihan yg beliau alami. Seterusnya mendoakan agar beliau terus tabah melalui ujian ini. Mungkin kita tak mampu melakukan apa2 tetapi cukuplah tidak memperlekehkan jasa dan sumbangan beliau selama ini untuk UMNO dan BARISAN NASIONAL Batu Pahat.

Kami tiada apa2 kepentingan dalam hal ini. Kami hanyalah pengikut dan pengundi setia BIRU. Walau apa pun yg berlaku kami tetap pilih BIRU dan memilih calon yang telah dicadangkan oleh Pucuk Kepimpinan tertinggi.

Kalau tak mampu jadi garam jangan pula kita jadi langau.


Sokonglah Pn Hjh Halizah!!Kita rampas semula Batu Pahat!!!

BN Johor Tampil 45.1% Muka Baru Hadapi #PRU14..Tahniah DS @KhaledNordin

0 comments

Hari ini Johor mengumumkan calon-calon PRU 14 bagi parlimen dan DUN untuk bertanding pada PRU 14...26 Kerusi Parlimen dan 56 Kerusi  DUN diumumkan siang tadi..

Ada beberapa nama besar dalam kepimpinan negeri dan pusat digugurkan..daripada 20 kerusi  Parlimen yang dimenangi BN pada PRU 13..15 penyandang dikekalkan..2 ahli parlimen tidak dicalonkan semula iaitu Parlimen Pasir Gudang dan Parlimen Kota Tinggi..

1 calon bertukar dan bertanding di DUN iaitu Parlimen Sikijang ke DUN Kemelah..1 Ahli Parlimen tidak mahu bertanding iaitu Parlimen Tebrau..

1 Calon berpindah parlimen iaitu dari Parlimen Tenggara ke Kota Tinggi..

DUN pula 37 kerusi yang dimenangi BN PRU 13 lalu 19 kekal dan 13 tidak dicalonkan semula..3 calon berpindah di Parlimen iaitu :

1) DUN Kemelah ke Parlimen Sikijang 
2) DUN Pasir Raja ke Parlimen Tenggara
3) DUN Bukit Kepong ke Parlimen Pagoh..

2 orang DUN tidak menawarkan diri untuk bertanding iaitu DUN Parit Raja dan DUN Johor Lama..

Menteri Besar akan bertanding di 2 kerusi iaitu Parlimen Pasir Gudan dan DUN Permas..2 calon yang kalah pada PRU 13 akan bertanding emula iaitu DUN Bekok dan DUN Johor Jaya..

Analsis daripada senarai calon yang diumumkan tadi ialah daripada 82 orang calon BN..9 orang Pergerakan Wanira, 2 Pemuda dan 1 Puteri..

Sebanyak 37 orang calon baru bertanding di Johor pada PRU kali ini iaitu 45.1%..Parlimen 5 muka baru iaitu 19.2%..dan DUN 32 muka baru iaitu 57.1%..

Sunday, April 22, 2018

Pembangkang Ambil Kesempatan Mempolitikkan Pemberian Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia..

2 comments
Majlis penyerahan Kad bantuan Temsi di Langkawi
Nampaknya pembangkang mula kepanasan dengan bantuan demi bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada pemandu teksi..mulalah mereka mengeluarkan cerita-certia sandiwara bagi menunjukkan bahawa pemandu teksi anti kepada kerajaan..tujuan mereka satu sahaja mahu menutup usaha dan bantuan kerajaan kepada golongan pemandu teksi..

Sejak pemberian Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia oleh YAB Perdana Menteri, DS Najib pada 13 April lalu lagi pembangkang cuba mengambil tugas syaitan melaga-lagakan rakyat dan pemandu teksi seolah-olah pemandu teksi sekarang menyokong Pakatan Pro DAP..

Cerita bermula ketika YAB Perdana Menteri sedang berucap..tersebar video kononnya, semua pemandu teksi keluar meninggalkan PM yang sedang berucap..tiba-tiba apabila kad bantuan teksi 1 Malaysia diberi..muncul pula pemandu teksi..kata mereka pemandu teksi sudah balik meninggalkan majlis..itu sahaja kita dapat tengok macamana sikap tidak bertanggungjawab dan terdesaknya pembangkang..

Selepas iti timbul pula kekecohan pemandu teksi berasak sampai ada yang tercedera..ia seperti ada tindakan sabotaj dari pihak tertentu yang kami rasakan dari pembangkang...

Selepas itu kecoh pula Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia tidak boleh digunakan..sebenarnya kad tersebut telah diaktifkan dan hanya pemilik sahaja yang boleh menggunakannya..kami dapati ada pemandu teksi yang menjual semula kad tersebut kepada orang ketiga dengan harga yang murah..ini dilakukan supaya mereka dapat duit cash..ternyata taktik tersebut sia-sia sahaja..duit yang sudah habis..kad tak boleh guna oleh pihak ketiga..

Sebelum dapat kita disajikan dengan aksi sabotaj keluar dewan..bila pengagihan kad..mereka huru hara seperti tak bertamadun..dah dapat kad mereka jual pula..apa terus sangatkah pemandu teksi pembangkang di Malaysia ni?

Sekarang ini kecoh pula cerita pemandu teksi di Langkawi tidak dapat Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia..ini adalah taktik dan cubaan mahu menaikkan kemarahan pemandu teksi kepada kerajaan Barisan Nasional..untuk pengetahuan semua, sebanyak 500 kad telah diagihkan kepada pemandu teksi di Langkawi sahaja..

Proses pengedaran Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia sedang berjalan lancar di Langkawi..ketika perjumpaan bersama pemandu teksi Langkawi pada 19 April 2018, seramai 113 pemandu teksi telah menerima kad bantuan mereka di majlis tersebut. Sehingga 21 April 2018, sebanyak 500 kad bantuan bantuan telah diserahkan di Langkawi..Ini adalah sebahagian daripada 27,100 kad bantuan yang telah diedarkan bagi seluruh Malaysia. Oleh itu dakwaan bahawa kad tersebut tidak diedarkan di Langkawi adalah tidak benar sama-sekali.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memaklumkan sekali lagi bahawa para pemandu tidak perlu khuatir kerana sebanyak 67,000 kad bantuan telah disediakan untuk mereka. Tambahan pula, pemandu teksi diberi tempoh selama 3 bulan (dari 16 April sehingga 16 Julai 2018) untuk mengambil kad bantuan tersebut dari pejabat-pejabat cawangan SPAD seperti yang tertera di bawah. 

Pengambilan Kad Bantuan 1Malaysia di pejabat-pejabat SPAD bermula Isnin (16 April
hingga 16 Julai 2018)

• Pejabat SPAD Kelana Jaya 
• Pejabat SPAD Putrajaya
• Pejabat SPAD Pulau Pinang
• Pejabat SPAD Kuala Terengganu
• Pejabat SPAD Johor Bahru

Pengambilan Kad Bantuan 1Malaysia di cawangan-cawangan SPAD bermula Selasa (17
April hingga 16 Julai 2018)

• Cawangan SPAD UTC Kuantan
• Cawangan SPAD Melaka
• Cawangan SPAD UTC Ipoh
• Cawangan SPAD UTC Alor Setar
• Cawangan SPAD UTC Kota Bahru
• Cawangan SPAD Langkawi

Untuk rujukan tambahan sila pergi ke LINK di SINI

Tidak usahlah pembangkang hendak menabur racun di minda pemandu-pemandu teksi..pemandu teksi kami akui ada segelintir berperangai tidak elok..menceritakan keburukan negara kepada pelancong dan berpolitik dengan pelanggan dalam kereta..ini imej tidak baik kepada pelancong dan negara..

Sedarlah..anda patut bersyukur bergelar pemandu teksi di Malaysia..jika di luar negara anda tidak akan dilayan seperti yang anda dapat hari ini..

Di bawah ini kami kongsikan majlis penyerahan Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia di Langkawi..tuduhan Kad tak dapat tu amat dangkal dan menipu sama sekali..





Saturday, April 21, 2018

Satu Lori Kontena Penuh Bendera PKR Sudah Sampai!!China Mari Ka???Kahkahkah!!!

2 comments

Sebelum ini riuh puak macai macai dedak pakatan mendakwa BN memberi kontrak buat bendera BN pun sampai ke China..

Ketika itu kita yang pro BN ni menjelaskan yang kos membuat bendera di China jauh lebih murah..mereka bukan main balun lagi kata BN guna China buat bendera sampai tak bagi tender kat kompeni Malaysia..

Tiba-tiba keluar pula video bendera BN dan PKR dibuat dikilang yang sama..macai terus senyap macam orang bodoh..

Hari ini keluar pula gambar bendera PKR selamat dihantar sebanyak satu kontena penuh..

Sekarang macai dedak yang tuduh BN tempah bendera kat China tengah bersilat nak rasionalkan tempahan bendera PKR dari China..mereka kata kos tempahan di sana murah..

Aku cuma nak cakap..puih!!

 





ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA