networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, April 12, 2018

ECRL Projek Genius Era @NajibRazak Majukan Pantai Timur.. @SPADChannel


Dahulu masa era penjajahan Britih di tanah Melayu..perkara pertama yang diberi perhatian British ialah kemudahan pengangkutan..barulah mereka membawa keluar bijih timah..

Tanpa pengangkutan semua benda tidak akan menjadi kenyataan lebih-lebih lagi berkaitan hal melibatkan ekonomi..


Disebabkan hal ini, DS Najib melihat betapa pentingnya kemudahan pengangkutan di bangunkan..sebab itulah kita lihat dalam sedekad ini, Malaysia banyak membangunkan projek pengkutan awam mega..semua ini untuk ekonomi negara dan rakyat.

Projek ECRL ini akan menghubung Timur ke barat semenanjung yang mana akan memberi manfaat kepada semua pengguna..

DS Najib berkata ketika merasmikan majlis pecah tanah 'base camp' projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Tunjong: 

"ECRL ini membuktikan kesungguhan Kerajaan untuk membawa perubahan yang dianggap sebagai transformasi besar, pembaharuan cukup ketara kepada seluruh Pantai Timur,"

"Sejak dari awal pengumuman pelaksanaan ECRL, impian saya dan Kerajaan adalah untuk menambahbaik perhubungan antara wilayah-wilayah di Pantai Timur dengan negeri-negeri lain di Semenanjung, selain saya juga mahu memastikan anak-anak di Pantai Timur negara merasai kemajuan pembangunan yang Malaysia kecapi."

DS Najib memainkan peranannya secara maksimum sebagai seorang Perdana Menteri Malagsia yang prihatin dimana setiap limpahan ekonomi dan pembangunan dipastikan sampai ke seluruh ceruk muka bumi Malaysia...

Tidak pula kedengaran DS Najib hanya memfokuskan pembangunan di bandar besar dan mengabaikan negeri-negeri pantai timur serta Sabah dan Sarawak..

Projek ECRL ini bila siap nanti bukan hanya sekadar membawa kemudahan pengangkutan..ia turut menjanjikan peluang pekerjaan mencecah 80,000 untuk rakyat tempatan...

Apa yang bagusnya tentang DS Najib ialah beliau menetapkan 70% pekerja ECRL mestikah anak tempatan..

Syabas kerajaan!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA