networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Sunday, April 29, 2018

ECRL Projek Mega Dipolitikkan Pembangkang!!Bukti Pakatan Sekat Pembangunan Mengalir Ke Pantai Timur!@SPADChannel


Projek Mega East Coast Rail Link (ECRL) menjadi medan pembangkang untuk memainkan sentimen anti kerajaan...projek ECRL ini tujuannya baik iaitu menghubungkan Tumpat ke Pelabuhan Klang sejauh lebih 600 kilometer..

Jadi bila siap nanti sudah tentu limpahan ekonomi dan pengangkutan akan mendapat sambutan rakyat..umum mengetahui masyarakat pantai timur banyak mencari rezeki di luar..jadi bila musim perayaan makanya semua jaringan pengangkutan darat dan udara pasti penuh dan jalan raya sesak teruk..

Setidak-tidaknya jika siap ECRL nanti pasti akan memberi kelegaan kepada pantai timur..pakatan pembangkang cuba menghalang projek ini berjaya..mereka memainkan sentimen negatif agar projek ini dilihat sebagai membazir dan sia-sia..

Pakatan pembangkang mengatakan projek ECRL ini sebagai :

1) Membazir kos ECRL ini mampu membina 30 KLCC..ini adalah kebodohan penyokong Mahathir..kami ingin tanya berapa ramai rakyat yang dapat manfaat dari projek KLCC?barang disana berprestasi tinggi..harganya tentu mahal..paling tidak pun jadi tempat riadah dan selfie..ini berbeza dengan ECRL..rakyat dapat manfaat dan menikmati kemudahan ini..

2) Pembangkang melenggah-lengahkan kelulusan tanah di Selangor. Kerajaan negeri gagal memberi kelulusan untuk membangunkan tanah yang akan digunakan membangunkan projek ini di Selangor.

3) ECRL bukti penjajahan China ke atas Malaysia..ini alasan paling bodoh dan tak masuk akal..dahulu kalau pembangkang masih ingat Mahathir ada membuat dasar pandangn ke timur..Jepun dijadikan sumber inspirasi dan tenaga kerja kita belajar dari mereka..ia sama sahaja dengan kes ECRL..tapi negaranya ialah China...

4) 100% pekerja China untuk projek ECRL..ini pun tak masuk akal..pakatan tidak menggunakan fakta..hanya 18% peratus sahaja pekerja China membina ECRL dari dekat 1,800 pekerja binaan dalam projek ECRL.

5) Menggunakan jentera negara China..dijajah kerana tidak menggunakan jentera tempatan..hello!!!jentera buat ECRL bukan seperti mesin buat kek kedai Mahathir...ia perlukan kepakaran dan teknologi dari China..that why ada tenaga pakar dari China dihantar untuk mengendalikan jentera tersebut..mana mungkin kita guna teknologi tempatan kerana kita nak bina 44 terowong kereta api..terowong terpanjang iaitu sejauh 16km antara Pahang dan Selangor..zaman Mahathir pun tak mampu buat macam ni..

6) Kontraktor tempatan disisihkan..ini tidak tepat kerana sebanyak 215 syarikat tempatan terlibat dalam pembinaan projek ini iaitu 26 syarikat perunding, 99 syarikat pembekal dan 90 kontraktor tempatan..jadi tuduhan ini tidak tepat sama sekali..ini baru kerja-kerja awal..belum lagi pembinaan rel bermula..

7) Rakyat tiada pekerjaan..kerajaan utamakan pekerja China bina ECRL..fuyo!!!ini tuduhan yang sangat dangkal..untuk makluman pembaca tahun lepas sahaja 185 graduan kita dari program latihan ECRL telah bekerja dengan projek ECRL.tahun ni saja 700 graduan lagi akan bekerja selepas tamat latihan..lebih 2000 pemohon telah ditemuduga terbuka yang dijalankan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Lembah Klang bulan lepas..jadi tuduhan 100% pekerja China dan tidak gunakan tenaga tempatan adalah fitnah akhir zaman..

8) Pakatan akan hentikan projek ECRL??jangan jadi bodoh..ECRL akan janjikan peluang pekerjaan sebanyak 80,000 secara langsung dan tidak langsung..kami ingin tanya berapa ramai pula peluang pekerjaan ditawarkan melalui projek KLCC???

Kami kesian dekat penyokong Mahathir..sejak mereka join Pembangkang..IQ mereka terus jadi lemah..setiap projek dikatakan sia-sia..dulu zaman Mahathir projek melibatkan kepentingan kroni dan terpaksa dibailout kerajaan pun dikatakan projek menguntungkan negara..Mahathir banyak berjasa..ibaratnya Mahathir langsung tak ada dosa..

Di zaman DA Najib sekarang ini pembangunan lebih jauh berkembang tapi penyokong Mahathir makin jauh kebelakang...

1 comment:

Aziz Naim said...

Naik kapal terbang lagi murah dan cepat.
Apa akan jadi kpd pengusaha bas?

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA