networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Monday, April 9, 2018

MCA Lebih Realistik Berbanding DAP..Tampil 10 Janji & 10 Inisiatif Manifesto #PRU14


Tatkala DAP sibuk menjaja kempen menjatuhkan BN dengan cara kempen kebencian, MCA tidak mengikut rentak lawan yang hanya lebih tertumpu mencari keburukan sampai sanggup menabur fitnah..

Kempen Pakatan pada PRU 14 ini tiada apa yang istimewa..semuanya dicedok dari idea BN..bezanya mereka hanya recycle isu 1MDB yang kita sudah jawab banyak kali..

Pemimpin pakatan seperti menghadapi masalah otak lemah dan gagal berhubung dengan jawapan yang kita beri..

Kelmarin YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak mengumumkan manifesto BN PRU 14..kami takrifkan manifesto ini mampu membuatkan pakatan terduduk kerana mereka tidak dapat membayangkang betapa hebat dan beraninya YAB PM menawarkan bermacam-macam manfaat langsung kepada rakyat..

Idea pakatan sangat ketinggalan..mereka lebih gemar bermain politik menghasur..rakyat kini mahukan janji yang realistik..BN beri kenaikan gaji dan naikkan kadar BR1M..pakatan pula jaja fitnah GST akan naik..janji yang tidak logik dan masuk akal..

MCA kali ini tampil dengan idea manifesto 10 Janji dan 10 Inisiatif untuk pengundi Cina..pastinya jika orang Cina mahukam wakil mereka menjadi menteri dan suara mereka didengari mereka patut mengundi BN..

10 Janji MCA :
1) Mempertahankan kesederhanaan mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara
2) Memastikan semak dan imbang  disamping amalan semak serta imbangan dalam kerajaan berbilang bangsa
3) Pendayaupayaan Belia dan Wanita. Sejajar hasrat kerajaan TN50. MCA bertekad mahu melahirkan belia berkemahiran
4) Meningkatkan Kualiti Pendidikan Cina mamui sinil UEC, SJKC
5) Memacu pendidikan bertaraf dunia dengan menggalakkan R&D menerusi UTAR, Kolej Universiti TAR san institusi VTAR
6) Memanfaatkan inisiatif satu jajaran dan satu jalan dengan meluaskan peluang perniagaan serta komuniti ekonomi ASEAN
7) Ekonomi digital dan inovasi disamping dapat meningkat perniagaan tradisi Perusahaan PKS
8) Lonjakan dalam perniagaan dan kewangan dengan janji mewujudkan Bank Kolerasi KOJADI.
9) Kampung baru diurbanisasi dengan menggalakkan e-dagang pertanian moden dan pelancongan eko budaya
10) Penjagaan kesihatan mudah capai dengan menjadikan Hospital UTAR sebagai institusi penjagaan kesihatan.

Selain 10 janji, MCA turut menawarkan 10 Inisiatif iaitu :
1) Unit pemantauan pusat yang mana akan mewujudkan satu unit atau Biro Pemantauan Pusat untuk memantau pelaksanaan dasar
2) Konektiviti Global dan Serantau melalui MBRACE untuk mengukuhkan rangkaian perniagaan PKS dengan negara China
3) Mewujudkan majlis ekonomi digital dan inovasi dengan menggalakkan inovasi e-dagang dan revolusi digital.
4) Pengajian tinggk bertaraf dunia dengan menggalakkan UTAR sebagai universiti swasta terkemuka.
5) Membangunkan generasi akan datang dengan menaiktaraf Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman menjadi universiti Teknikal
6) Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai sebuah institut untuk meningkatkan kemahiran bakat-bakat muda.
7) Penjanaan kekayaan untuk PKS dan golongan berpendapatan rendah dan pertengahan dengan memperkenalkan skim pelaburan mengikut cara Amanah Saham Nasional
8) Kampung baru diurbanisasikan  berdasarkan model Bentong dan Yong Peng
9) Melindungi kebajikan wanita, kanak-kanak dan warga emas
10) Perkhidmatan Jangkauan Berterusan untuk Masyarakat 

Inilah dinamakan teras manifesto MCA untuk rakyat..ia nampak jauh lebih realistik daripada janji manis DAP..sebelum PRU DAP dulu berjanji menurunkan harga air..cukai tetapi selepas menang..kampung Melayu dimusnahkan..cukai hartanah dinaikkan..

Sekarang ini orang Cina ada 2 pilihan..hendak memilih parti yang mempunyai teras perjuangan yang realistik atau memilih parti yang mengamalkan politik hasutan yang penuh kebencian...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA