networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Sunday, April 22, 2018

Pembangkang Ambil Kesempatan Mempolitikkan Pemberian Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia..

Majlis penyerahan Kad bantuan Temsi di Langkawi
Nampaknya pembangkang mula kepanasan dengan bantuan demi bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada pemandu teksi..mulalah mereka mengeluarkan cerita-certia sandiwara bagi menunjukkan bahawa pemandu teksi anti kepada kerajaan..tujuan mereka satu sahaja mahu menutup usaha dan bantuan kerajaan kepada golongan pemandu teksi..

Sejak pemberian Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia oleh YAB Perdana Menteri, DS Najib pada 13 April lalu lagi pembangkang cuba mengambil tugas syaitan melaga-lagakan rakyat dan pemandu teksi seolah-olah pemandu teksi sekarang menyokong Pakatan Pro DAP..

Cerita bermula ketika YAB Perdana Menteri sedang berucap..tersebar video kononnya, semua pemandu teksi keluar meninggalkan PM yang sedang berucap..tiba-tiba apabila kad bantuan teksi 1 Malaysia diberi..muncul pula pemandu teksi..kata mereka pemandu teksi sudah balik meninggalkan majlis..itu sahaja kita dapat tengok macamana sikap tidak bertanggungjawab dan terdesaknya pembangkang..

Selepas iti timbul pula kekecohan pemandu teksi berasak sampai ada yang tercedera..ia seperti ada tindakan sabotaj dari pihak tertentu yang kami rasakan dari pembangkang...

Selepas itu kecoh pula Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia tidak boleh digunakan..sebenarnya kad tersebut telah diaktifkan dan hanya pemilik sahaja yang boleh menggunakannya..kami dapati ada pemandu teksi yang menjual semula kad tersebut kepada orang ketiga dengan harga yang murah..ini dilakukan supaya mereka dapat duit cash..ternyata taktik tersebut sia-sia sahaja..duit yang sudah habis..kad tak boleh guna oleh pihak ketiga..

Sebelum dapat kita disajikan dengan aksi sabotaj keluar dewan..bila pengagihan kad..mereka huru hara seperti tak bertamadun..dah dapat kad mereka jual pula..apa terus sangatkah pemandu teksi pembangkang di Malaysia ni?

Sekarang ini kecoh pula cerita pemandu teksi di Langkawi tidak dapat Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia..ini adalah taktik dan cubaan mahu menaikkan kemarahan pemandu teksi kepada kerajaan Barisan Nasional..untuk pengetahuan semua, sebanyak 500 kad telah diagihkan kepada pemandu teksi di Langkawi sahaja..

Proses pengedaran Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia sedang berjalan lancar di Langkawi..ketika perjumpaan bersama pemandu teksi Langkawi pada 19 April 2018, seramai 113 pemandu teksi telah menerima kad bantuan mereka di majlis tersebut. Sehingga 21 April 2018, sebanyak 500 kad bantuan bantuan telah diserahkan di Langkawi..Ini adalah sebahagian daripada 27,100 kad bantuan yang telah diedarkan bagi seluruh Malaysia. Oleh itu dakwaan bahawa kad tersebut tidak diedarkan di Langkawi adalah tidak benar sama-sekali.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memaklumkan sekali lagi bahawa para pemandu tidak perlu khuatir kerana sebanyak 67,000 kad bantuan telah disediakan untuk mereka. Tambahan pula, pemandu teksi diberi tempoh selama 3 bulan (dari 16 April sehingga 16 Julai 2018) untuk mengambil kad bantuan tersebut dari pejabat-pejabat cawangan SPAD seperti yang tertera di bawah. 

Pengambilan Kad Bantuan 1Malaysia di pejabat-pejabat SPAD bermula Isnin (16 April
hingga 16 Julai 2018)

• Pejabat SPAD Kelana Jaya 
• Pejabat SPAD Putrajaya
• Pejabat SPAD Pulau Pinang
• Pejabat SPAD Kuala Terengganu
• Pejabat SPAD Johor Bahru

Pengambilan Kad Bantuan 1Malaysia di cawangan-cawangan SPAD bermula Selasa (17
April hingga 16 Julai 2018)

• Cawangan SPAD UTC Kuantan
• Cawangan SPAD Melaka
• Cawangan SPAD UTC Ipoh
• Cawangan SPAD UTC Alor Setar
• Cawangan SPAD UTC Kota Bahru
• Cawangan SPAD Langkawi

Untuk rujukan tambahan sila pergi ke LINK di SINI

Tidak usahlah pembangkang hendak menabur racun di minda pemandu-pemandu teksi..pemandu teksi kami akui ada segelintir berperangai tidak elok..menceritakan keburukan negara kepada pelancong dan berpolitik dengan pelanggan dalam kereta..ini imej tidak baik kepada pelancong dan negara..

Sedarlah..anda patut bersyukur bergelar pemandu teksi di Malaysia..jika di luar negara anda tidak akan dilayan seperti yang anda dapat hari ini..

Di bawah ini kami kongsikan majlis penyerahan Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia di Langkawi..tuduhan Kad tak dapat tu amat dangkal dan menipu sama sekali..





2 comments:

Anonymous said...

Tahniah amin pkr

Anonymous said...

Tahniah....rasuah nyata

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA