networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Friday, April 27, 2018

Pergh!!!MB @KhaledNordin Jawab Kritikan Lantang Puad..Level Bekas KP JASA Yang Low Class!!!


Menteri Besar Johor, DS Khaled Nordin menunjukkan kematangannya dalam menguruskan ahli parti BN Johor ketika menjawab kritikan pedas Puad Karkashi..

Puad sejak pengumuman calon BN Johor seperti hilang arah kerana tidak dicalonkan semula di Parlimen Batu Pahat..mulalah nak mengungkit seolah-olah dia sahaja berjasa pada parti..

Perlu diingat senarai calon bukan ditentukan mutlak oleh YAB MB Johor semata-mata..ia dinilai di banyak peringkat dari rakyat kepada pemimpin parti hinggalah kepengumuman akhir..

Senarai calon akan diendorsed banyak pihak..laporan tentang kajian sikap bukan datang dari satu pihak sahaja..

YAB PM dan TPM lebih tahu siapa yang lebih layak..sebagai seorang ahli yang sayangkan parti..kami menyeru agar Puad kembali kepangkal jalan...bersatulah dan sokonglah calon BN Batu Pahat..Puan Hajah Haliza Binti Abdullah!!



Sebagai ahli di dalam parti..kita kena sokong siapa sahaja calon yang diutuskan pucuk pimpinan..barulah kita boleh calai kemenangan 2/3!

Ikuti story di bawah ini yang menunjukan betapa matangnya MB Johor..

JOHOR BAHRU, 27 Apr – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin hari ini menyatakan beliau tiada masalah untuk menerima kritikan yang dilemparkan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi.

Tegas beliau, fokus utama hanya diberikan kepada usaha berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Saya hanya nak cakap satu perkara. Fokus kita sekarang ialah untuk berhadapan dengan pilihanraya.

“Kalau dia nak cakap atau bantai apa pun, saya sebagai ketua di Johor dalam masa untuk berhadapan dengan pilhanraya ini, I am willing to take the hit (saya sanggup terima kritikan).

“Pukullah seberapa banyak yang dia nak, puaskan hati dan lepas itu kerjalah untuk parti, itu sahaja,” kata beliau pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Laporan Tahunan Johor Corporation (JCorp) 2017, di Puteri Pacific, dekat sini hari ini.

Beliau memberi respons ekoran kritikan lantang oleh Mohd Puad yang tidak dicalonkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu Pahat bagi PRU kali ini.

Tambah Mohamed Khaled, beliau sanggup dikritik sepenuhnya asalkan Mohd Puad tidak menyalahkan parti.

“Biarlah dia nak salahkan saya, tapi jangan salahkan Presiden, Timbalan Presiden, orang-orang Batu Pahat dan jentera, salahkan saya seorang.

“I am willing to take the hit, so hit me as much as possible (saya sanggup terima kritikan dan kritiklah saya sepuas-puasnya),” tegasnya.

Respect MB kita. Berjiwa besar 👏👏

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA