networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Sunday, May 6, 2018

Analisis Terkini - BN Boleh Sapu Bersih Parlimen & DUN Ayer Hitam #P148 #N19 #N20


Barisan Nasional dijangka akan menang pada PRU 14 di Parlimen Ayer Hitam dan 2 DUN bawah Ayer Hitam iaitu Semarang dan Yong Peng..

Analisis kami ini dilakukan setelah kami membuat tinjauan di parlimen Ayer Hitam..memang tak dinafikan kemasukan calon besar DAP sedikit mengusarkan Kem BN..Chin Tong datang bukan tangan kosong..dia datang sarat dengan kempen dan propaganda baik dan jahat..

Untuk analisis kali ini kami ceritakan review kami tentang persepsi rakyat di Ayer Hitam..

Umum mengetahui DS Wee Ka Siong menang pada PRU 13 dengan jumlah undi majoriti sebanyak 7,310 mengalahkan calon PAS Hu Pang Chaw..

Pada PRU kali ini DS Wee ditentang oleh 2 calon menyaksikan pertandingan 3 penjuru di Ayer Hitam..

1. DS Wee (BN)
2. Liew Chin Tong (PKR/DAP)
3. Mardi Marwan (PAS)

Dahulu masa PRU 13..Jumlah undi PAS sebanyak 14,735..dari mana jumlah ini diperolehi di Semarang PAS dapat 4,906 dan Yong Peng DAP peroleh 10,825..selepas ditambah lingkungan 15,731 undi sepatutnya..

Itu selepas penyokong pembangkang mengundi PAS..kali ini berbeza..Penyokong pembangkang Cina di Yong Peng sudah tentu akan undi Chin Tong dan Pembangkang di Semarang akan mengundi Calon PAS..ini tidak termasuk dengan pengundi pembangkang di Semarang yang undi Pakatan dan pengundi pembangkang Yong Peng bukan semua mengundi DAP..ada juga yang mengundi PAS..

Disitu sahaja sudah berlaku kecelaruan undi..kami faham ada yang kata UMNO pun ada jadi PPBM..hakikatnya di Ayer PPBM tak kuat dan hanya parti kecil yang mempunya masalah jentera untuk dikerahkan...

Kehadiran Mahathir sebenarnya tidak menjejaskan apa-apa pun persepsi pengundi..di Ayer Hitam Chin Tong hanya boleh yakin dengan sokongan Cina DAP di Yong Peng..sekarang pun dengar khabar Cina DAP Yong Peng ada yang sudah beralih arah kepada Calon muda yang mesra dari BN iaitu Ah Soon..saingan di Yong Peng akan jadi pertempuran 35% Ah Soon..35% Penyandang Chew Peck Choo dan 30% Abdullah (itu pun sukar kerana orang Melayu Yong Peng ramai menyokong BN)

Giant point BN terletak di DUN Semarang..pastinya pengundi BN akan undi calon Penyandang iaitu Samsolbari..Samsolbari dijangka menang majoriti lebih besar kerana pengundi pembangkang akan terpecah 2 kepada PAS dan PKR..



Kesimpulannya DS Wee akan menang dengan majoriti lebih besar..begitu juga Samsolbari..Ah Soon pula memiliki peluang 50-50 dengan calon DAP..

Ini hanya pandangan penulis selepas bertemu bual dengan penyokong BN PAS dan PKR...Pakatan meletakkan calon Chin Tong sebenarnya membazir dan bakal memalukan pembangkang..

*jumlah kehadiran penyokong bukan penanda aras kemenangan seseorang calon..nantikan keputusan rasmi malam 9 Mei ini!

1 comment:

Anonymous said...

Mesti yakin pkr menang seluruh ..parlimen Ayer hitam johor

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA