networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Saturday, May 5, 2018

Jawapan Balas Terhadap Surat Terbuka Tun Kepada Polis & Tentera..


Balasa surat terbuka Tun kpd Polis dan Tentera.

Hebat sungguh Tun cuba mencuit hati kami anggota pasukan keselamatan dalam hal pilihanraya kali ini. Sejak bila pula Tun pandai bermadah dan cuba mengajar kami apa perlu kami buat bila berhadapan dengan situasi keselamatan. 

Tun baru terjaga dari lena agaknya atau dia baru tersedar sudah hilang kuasa selepas membersarakan diri sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa. Atau dia sudah terlupa jasa jasa pasukan keselamatan semasa dia berkuasa dulu. Maklumlah MELAYU MUDAH LUPA (ayat ini Tun yg cakap)

Tun sudah tidak releven memujuk atau menasihat kami apa yg perlu kami buat.

LUPAKAH TUN..Pasukan keselamatan yg daif zaman Tun inilah yg mempertahankan negara dari segala ancaman tanpa arahan Tun. Semua kami buat sendiri.

LUPAKAH TUN...berapa ramai anggota keselamatn yg terkorban dan cacat, isteri kehilangan suami dan anak kehilangan bapa demi mempertahan negara dan Tun selama 22 tahun di atas takhta.

LUPAKAH TUN...hanya berbekal semangat kami berjuang berbanding dengan peralatan, logistik, senjata dan komunikasi yg orang kampong cakap “ciput” yang Tun bekalkan di zaman Tun. Semua peralatan itu hanya layak digunakan oleh negara mundur dunia ketiga saja.

LUPAKAH TUN...siapa yg bersunguh sungguh memetarai perjanjian damai parti komunis pada tahun 1989 semata mata untuk memperkuatkan kerajaan Tun hingga Tun bersara. Ada Tun ambil kesah?. Dengan perjanjian itulah Tun mampu memerintah dan mentadbir dengan aman sehingga disanjung melangit sampai sekarang. Tun dipuja sedangkan kami menderita. Gaji pun tak seberapa ketika itu. Berapa kali kami dapat kenaikkan gaji di zaman Tun?. Apa pemodenan pasukan keselamatan yg Tun pernah buat? Berapa banyak budget yg Tun peruntukan setiap tahun untuk pasukan keselamatan sedangkan Tun berbangga dengan berbillion menaikkan dua tiang batu nesan KLCC dan berbillion lagi mendirikan mahligai di Putrajaya? Ada Tun kesah?

LUPAKAH TUN...siapa yang mempertahankan Tun ketika Anuar Ibrahim dipecat sebab kesalahan jenayah rasuah dan seksual. Memang mahkamah sudah buktikan dia bersalah tetapi Tun telah mengaibkan dia dan keluarganya seantero dunia. Banyak kerosakan yg Anwar buat. Setiap hari demonstrasi dan bakar sana sini bertahun tahun lamanya sehingga Tun berasa aman bersara awal. Kamilah yg bersengkang mata, berpanas dan berhujan, berkorban waktu rehat dan cuti bersama keluarga. Ada Tun kesah? Tup tup sekarang Tun berpeluk kembali dengan Anwar demi kelangsungan untuk berkuasa semula. SIA SIA SAJA PENGORBANAN KAMI KETIKA ITU. Terasa nak sumpah seranah Tun tapi kami masih ada iman.

LUPAKAH TUN...apa yg Tun sudah lakukan dengan Tun Musa Hitam, Tengku Razaliegh, Abdullah Badawi dan terkini Najib. Tindak tanduk Tun itu menjadikan politik kucar kacir, demonstasi, peningkatan kadar jenayah, social disorder dan berbagai lagi. Siapa yg mempertahankan kerajaan Tun ketika itu? Ada Tun kesah?

LUPAKAH TUN...siapakah yg berkuasa ketika peristiwa Memali. Siapa yg terkorban? LUPAKAH TUN. Tiba tiba Tun kata mereka itu MATI KATAK. Adakah kami pasukan keselamatan ini pun MATI KATAK? Kami tidak sehina itu wahai Tun pujaan ramai. TERIMA KASIHLAH TUN KATA KAMI MATI KATAK. Terima kasih sekali lagi. Terima kasih sekali lagi. Terima kasih sekali lagi....

LUPAKAH TUN...siapa yg mencipta political disorder ketika Tun memerintah sehingga berlaku permusuhan di kalangan orang Melayu dan Islam yg berlainan ideologi politik? Siapakah yg mempertahankan Tun? Ada Tun kesah?

Banyak lagi yg kami pendam hingga tak tertulis rasanya. Biarlah kami simpan dendam itu...moga2 Allah membuka hati kami untuk memaafkan Tun. Entah bila kami tak tahu. KAMI RASA TERTIPU DAN DITIPU OLEH TUN selama ini. Terasa hinanya kami ini. Sia sia sahaja pengorbanan kami selama ini apabila Tun buat pusingan U berbaik, berpeluk, menangis dan menyembah MUSUH  yg Tun cipta semasa berkuasa dulu. Rupa rupanya ia PALSU semata mata. 

Sekarang Tun nak pula mencipta KEPALSUAN baru konon kerajaan sekarang zalim dan jahat serta menindas rakyat. Mereka dipilih oleh rakyat dan kami yg mempertahankan mereka. Apa dosa rakyat yang mengangkat kerajaan sekarang melalui pilihanraya. Apa dosa kami mempertahankan kerajaan sekarang. Terlalu banyak kebaikan yang kami dapat dari kerajaan sekarang yg AMBIL KESAH kebajikan kami pasukan keselamatan. Serendah rendah pangkat kami dapat juga membeli kenderaan dan kediaman untuk keselesaan keluarga. Jika belum beli rumah dapatlah kami rumah kerajaan yg selesa. 

Sangat jauh bezanya antara zaman Tun dengan zaman kerajaan sekarang walaupun Tun hina dan aibkan mereka seantero dunia dengan SKRIP PALSU yg belum dibuktikan. 

Cukuplah kami ditipu dengan SKRIP PALSU TUN berabad lamanya. Cukup cukuplah Tun... jangan mengajar apa yg patut kami buat. Kami tahu bagaimana nak jaga keselamatan negara ini. Jangan ganggu kami. Jangan cipta lagi political dn social disorder palsu dalam negara tercinta ini. Kami dan anak cucu kami lama lagi nak hidup menghirup nyamannya keamanan dan kedamaian MALAYSIA BUMI BERTUAH. Biarkan kami dengan cara kami. Jangan ajar kami.

Esok kami akan menunaikan kewajipan sebagai warganegara membuat pilihan yang betul mengundi awal...bukan memilih KEPALSUAN YG DICIPTA. Kami tidak akan TERTIPU LAGI DENGAN SKRIP PALSU Tun.

Sekian, wabillahitaufikwalhidayah.

Dari,
Pasukan Keselamatan Yg TIDAK TERTIPU LAGI.

Berkibar megah
PANJI PANJI DIRAJA PDRM/ATM



3 comments:

Anonymous said...

Awak semua lupa makan rasuah najib

Cik Minah said...

SIAPA yang tulis surat jawapan ni.........????
General ATM..........???
Ketua Polis Negara......?????
Ketua Turus Udara TUDM...............????
Dah pasti b ukasn LAKSMANA TENTERA LAUT sebab dia dah jawab
dalam facebuknya, SEMUA TENTERA LAUT BEBAS NAK UNDIA PARTI MANA.
MENGUNDILAH DENGAN BIJAKSANA, pesanan beliau.
Dari ayat-ayatnya, bunyi macam geng trooper BN menyamar jadi
Prevet ADAM.......HAHAHA

Anonymous said...

cIK mINAH . AWAK ADA BILLION2 MCM mukriz ? kalau x da baik DIAM....

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA