networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Wednesday, May 2, 2018

Parlimen Sri Gading #P149 - Calon Bersatu Hati Menangkan BN..Ini Yang Harus Dilakukan Semua Calon BN!!Syabas @AKaprawi!


Parlimen Sri Gading merupakan pekan yang terletak di tengah-tengah antara Batu Pahat dan Ayer Hitam..pekannya pesat membangun..dalam dekad akan datang dijangka pembangunan di Sri Gading akan pesat membangun..

Projek jangka panjang HSR menghubungkan KL Singapura bakal menjadi mercu tanda baru daerah ini..jika siap HSR nanti pastinya Sri Gading menjadi tempat tumpuan..

Pasaran hartanah dan ekonomi setempat tersangat cepat membangun..semua ini adalah dari rakyat kepada rakyat..semua ini dapat dilaksanakan kerana rakyat P149 membuat pilihan tepat memilih calon Barisan Nasional..

Tugas BN selepas menang ialah mahu bekerja untuk rakyat berbeza dengan pakatan pembangkang..mereka lebih gemar menjadi penghasut supaya rakyat membenci Barisan Nasional..

Pada PRU kali ini..2 muka baru menjadi sandaran BN bagi memastikan kemenangan bergaya Parlimen ini..Penyandang Parlimen Datuk Ab Aziz Bin Kaprawi kekal bertanding..DUN Parit Yaani menampilkan muka baru iaitu Soh Lip Yan dan DUN Parit Raja menampilkan wanita yang kuat bekerja untuk rakyat iaitu Rashidah Ramli..

Sebaik sahaja pengumuman calon disahkan oleh SPR..3 orang calon ini terus bekerja untuk rakyat..kelebihan di Parlimen ini ialah calon-calonnya sentiasa bersatu padu demi rakyat..

Tiada masa untuk merajuk dan bercakaran sesama sendiri..Datuk Aziz Kaprawi pemimpin tempatan yang berjiwa besar..beliau membantu jentera Rashidah dan Soh Lip Yan tidak berbelah bagi..

Tidak kedengaran langsung Datuk Aziz mengutamakan penyokong setianya sahaja..ini kerana karektor Datuk Aziz yang meletakkan kepentingan rakyat mendahului segala-galanya..

Apa yang penting Datuk Aziz bukan kaki gaduh yang menyusahkan parti..beliau membina nama dari bawah sebab itulah beliau memahami denyut nadi rakyat..

Kami tidak mendengar sedikit pun cerita tentang AJK cawangan mahupun Bahagian merungut..semuanya bersatu hati untuk memenangkan BN...

Di bawah ini kami kongsikan 3 keping gambar kempen PRU 14 Parlimen Sri Gading..mereka sentiasa bersatu dan tiada sifat pilih kasih..Syabas Datuk Aziz Kaprawi!!Anda memang layak menjadi Ahli Parlimen!






No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA