networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Tuesday, May 8, 2018

TERKINI DARI BATU PAHAT #P150 - HALIZAH AKAN MENANG #PRU14..PAKATAN TERJERAT PERANGKAP SIMPATI!


Esok seluruh negara akan membuang undi..kami akan mengupas kajian sikap yang diperolehi sepanjang kempen PRU 14 dijalankan di kawasan Batu Pahat..

Parlimen Batu Pahat menyaksilan pertembungan 3 penjuru di mana BN diwakil Haliza dan ditentang calon PKR dan PAS..

Pada awalnya momentum Haliza agak ketinggalan kerana beliau berhadapan masalah apabila calon favor yang dimahukan jentera parti Puad Zarkashi tidak dicalonkan..

Sudah tentu Puad merajuk diikuti jenteranya..mereka beranggapan kerja selama 5 tahun sia-sia kerana calon idaman mereka tidak dipilih..

Perlu diingat kali ini BN memilih calon boleh menang hasil daripada tinjauan dan persepsi rakyat..jadi pemilihan Haliza adalah amat tepat..

Mulalah kedengaran suara suara sumbang daripada Puad yang mengatakan Haliza mempunyai masalah moral..biasalah orang kecewa emosi lebih pantas dari akal..

Jentera parti pada mulanya hanya membantu calon DUN Senggarang, Zaidi..kita tahu yang calon Rengit Ayub bukanlah pro Puad jadi jentera Batu Pahat bekerja untuk Senggarang..

Apabila melihat masalah ini, dengan pantas Haliza berjumpa Khaled Nordin untuk mendapatkan bantuan dan nasihat..

Bermula daripada itu jentera BN mula membantu Haliza dan barulah kelihatan poster Haliza di Batu Pahat..

Penyokong PKR memainkan sentimen serangan peribadi kononnya calon BN tidak bermoral..

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pakatan kerana menyerang Haliza secara peribadi..dengan serangan inilah rakyat mula mengenalinya dan berasa simpati dan perasaan itu mula viral ke kampung-kampung..

Kami gelarkan Haliza sebagai Iron Lady Batu Pahat..ia seperti rahmat dari tuhan kerana serangan peribadi itulah menyebabkan Haliza mendahului calon-calon lain..

Calon PKR dan PAS agak tenggelam..ternyata dengan serangan peribadi ini peratusan sokongan terhadap Haliza semakin meningkat..

Barangkali anak muda PKR mula sedar..mereka terus quit dari melancarkan serangan peribadi..mungkin agaknya mereka tersentak dengan pendedahan gambar tidak senonoh mirip Mat Sabu..prinsip kami mudah setiap calon mampu berbakti untuk masyarakat..membuka aib orang bukan ajaran Islam..

Sejak itu serangan pembangkang tidak tentu arah..ada yang pening nak sokong PAS atau PKR..orang Batu Pahat sebenarnya setia kepada BN..

Walaupun BN kalah PRU 13..orang masih mengharapkan bantuan BN kerana calon PKR lalu tidak seaktif dan tidak boleh diharapkan...patutpun PKR tidak mencalonkannya semula...

Jadi pada hemah kami Haliza mampu merampas semula daerah panas Batu Pahat..selamat mengundi..undilah Haliza!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA